Disclaimer
    The entire contents of this blog are based upon the opinions of author unless stated otherwise noted. The information in this blog is not intended to replace a one-on-one consultation with lactation consultant. It is a sharing information and knowledge from the research of author. This blog outlines sources, ideas and suggestions on breastfeeding your baby. The author and family disclaim any liability arising directly or indirectly from the use of the information contained in this blog.

    Do drop by at any Lunatots Outlet ( Your Parenting Partner) to buy breastfeeding, cloth diaper and babywearing item. Our official website is http://www.lunatots.com

    Kindly do not SMS me to ask about breastfeeding problem as I may not be able to reply it.
    Feel free to communicate through my email suraya'at'lunatots.com for counseling appointment.
facebook.com/suelunatots
Suraya Lunatots

Create Your Badge
Leave me a msg for friend request approval purpose
Networked Blog

[Google]
Announcement
    LUNATOTS AMCORP MALL , MAJU JUNCTION & CHERAS
    010-2414050/012-5880515

    LUNATOTS PENANG
    012-5510829/012-5280515

    LUNATOTS PUTRAJAYA
    010-2548020/013-6042348

    LUNATOTS GIANT KOTA DAMANSARA
    012-6362919

    LUNATOTS GIANT BUKIT TINGGI, KLANG
    012-4895567
Luna’s Counter
Friends Online

View My Stats
Nuffnang ADV
Luna’s Shop
Readers
Lunatots @HotFM
ShoutBox

wendy___counselor_p0in

Ini entri saya di petang hari
Ianya mungkin berbaur emosi dan tidak sesuai di tempekkan di mana mana laman web..hihi
Tapi saya kongsikan juga disini buat bacaan semua yang sudi

Saya menerima banyak panggilan telefon, email, YM mahupun SMS mengenai ‘bagaimana menjadi kaunselor laktasi’
Maafkan saya, saya tidak tahu nak menjawab soalan itu on the spot
Sebab di masa yang  sama, saya tertanya tanya ‘mengapa mahu menjadi kaunselor laktasi?’

Biar saya jawab dahulu soalan di atas
Saya tidak tahu ujudnya satu title ‘kaunselor laktasi’ dalam dunia ini sebelum ini
Tapi saya mengkagumi mereka yang mempunyai tahap pengetahuan yang tinggi tentang susu ibu
Anda tahu siapa ‘mereka’ tanpa saya nyatakan namanya
Mereka yang suka bercakap mengenai susu ibu dan membuatkan ibu mahu menyusukan anak mereka dengan hanya sesi kaunseling 10 minit
Mereka hebat kerana mampu menjadikan susu ibu yang hebat daripada isu biasa biasa sebagai topik yang luar biasa!
Saya tidak ada pernah memasang niat untuk menjadi seperti mereka (dari segi populariti)
Tapi saya teringin nak berkongsi ilmu dan motivasi diri
Saya bercita cita melihat penyusuan susu ibu suatu yang istimewa di hati ibu, bapa dan seluruh masyarakat Malaysia
Lalu wujudlah www.diyaluna.com
Dari dalam hati seorang ibu yang pernah gagal menyusukan pada 2 bulan pertama bayinya
Yang sampai sekarang malu melihat kembali gambar anaknya minum susu formula
Saya kongsikan SEGALA-GALANYA di blog ini
Dari cara pengepaman, pam susu, cara penyimpanan, cara pengekalan susu
Sungguh, saya rendah diri kalau kalau pakar laktasi masuk blog saya
Positifnya, saya patut bangga kalau mereka masuk dan menegur bahagian ilmu yang saya tersalah tulis kan?

Kepada kawan kawan yang pernah kenal saya pada Februari, Mac, April, May, June, July 2008 akan tau
Bagaimana ‘eksaited’ nya saya mengenai Penyusuan Susu Ibu
Saya on the phone berjam jam dalam sehari demi membantu teman ibu
Asal balik kampung, saya bersyarah ala ala nurse gomen tak bergaji
Bila nampak org mengandung, saya terus meluru cerita pasal susu ibu
Kalaupun ibu itu tidak berminat dengan cerita saya, sekurang2nya susu ibu masuk dalam list Things To Buy/Consider untuk si comelnya

Sehinggalah suatu hari, salah seorang kaunselor laktasi di Malaysia menggalakkan  saya untuk menyertai kursus
Saya bertanyanya “kenapa saya perlu menyertai nya? sekarang pun dah puas hati membantu ibu”
Katanya “sbb Sue ikhlas dan akak nak Sue jadi one of the lactation counselor”
Itu kepercayaan dan penghargaan yang amat tinggi buat saya!

Kursus laktasi adalah pelengkap ilmu yang saya ada
Ilmu yang selama ini saya cari dari sumber pembacaan dan perbincangan
Dan dalam kursus laktasi itu berkali kali airmata saya bergenang
Bila mana terbayang ruginya anak saya tidak mendapat kolustrum (susu awal)
Menyesal kerana tidak mencari ilmu lebih awal
Dan saya tidak mahu ramai ibu lain jadi seperti saya

Tiada niat meraih untung apatah lagi menjadi kaya atau popular setelah bergelar kaunselor laktasi
Cas kelas yang dikenakan bukan utk keuntungan melampau tetapi bagi saya menampung bayaran kelas
Bayaran peralatan, bayaran makanan, bayaran pekerja, kos fotostat dan handout serta sedikit saguhati terhadap kaunselor
Ianya bukan kareer yang boleh menjadikan anda kaya
Tapi saya tidak menyesal, kerana saya tahu ilmu yang berterusan dimanfaatkan akan beroleh kebaikan
Setiap titis susu ibu yang berjaya menyusukan anaknya berkat dari sedikit ilmu yang saya sampaikan adalah tanda kasih sayang saya yang tiada henti

Dan bila ramai ibu yang mahu menjadi kaunselor laktasi
Jujurnya saya BANGGA!
Kerana ramai yang berhati murni membantu ibu dan masyarakat di luar sana
Lepas ini lebih ramai yang tidak akan terperangkap dengan mitos penyusuan yang mengarut

Tapi bila ramai yang mahu menjadi kaunselor laktasi kerana sebab sebab lain  contohnya mahu membuat kelas,  mahu mendapatkan title itu dan dikenali
Perasaan saya bercampur baur..
Jangan salah faham, anda bukan pesaing saya kerana saya tidak pernah/akan bersaing dengan sesiapa
Saya tidak pernah terfikir yang anda akan ‘mengambil’ kes/customer saya
Kerana kes ibu ibu TERLALU banyak sehingga tak terkejar dek tangan dan masa kami yang terhad (existing kaunselor laktasi)
Saya percaya siapa yang pernah berurusan dengan saya pada Mac 2008 dan Mac 2009 akan rasa perbezaannya
Bukan saya sombong jauh sekali berbangga diri
Tapi saya semakin tidak sempat meng’entertain’ semua case ibu baik melalui phone mahupun email
Masa siang saya terhad kerana berkerja dan malam pula utk keluarga
Ditambah dengan kemampuan fizikal diri saya yang sedang mengandungkan SEJU
(Ianya bukan alasan kukuh untuk tidak terus membantu ibu lain kan?)
Tunjukkanlah kesungguhan anda terhadap penyusuan susu ibu
Walaupun anda bukan kaunselor laktasi!
Anda tidak perlu mendapatkan status itu untuk bersuara atau berkongsi ilmu
Susukan anak anda selama mungkin, bantulah teman anda menyusukan anaknya, berceritalah tentang susu ibu
Sertailah Kumpulan Sokongan Susu Ibu, dengarlah masalah ibu ibu yang tidak mampu menyusukan anak mereka
Build up reputation anda sehingga anda mampu memperoleh kepercayaan ibu ibu
..dan kami barisan kaunselor laktasi akan berbesar hati menjemput anda menyertai kumpulan sokongan susu ibu

Tiada apa yang kami kedekutkan
Cuma besar harapan kami supaya mendapat barisan kaunselor laktasi yang betul2 berniat ikhlas terhadap penyusuan susu ibu di Malaysia khususnya dan dunia amnya
Anda mungkin boleh membayar sebarang kos untuk sebarang sijil tetapi semangat dan kekuatan diukur oleh diri anda sendiri bukan sebarang barisan penilai

Bersediakah anda untuk tidak menolak mana mana kes walau seremeh mana sekalipun
Telefon berdering berkali kali sehari dari ibu yang memerlukan jawapan di waktu itu juga
(Sehingga anak anda berharap anda tidak ada telefon! Ianya menyedihkan..)
Masa 24 jam yang sama dengan semua ibu lain tetapi dibahagikan kepada bukan hanya majikan, anak dan suami tapi semua ibu dari seluruh penjuru Malaysia
Hujung minggu anda bukan untuk keluarga mahupun ibu bapa, sebaliknya adalah kelas dan kes2 yang perlu perhatian anda
Kami tidak melakukan itu kerana sijil, dan bukan kerana arahan Jawatankuasa Laktasi hospital
Tapi kerana tanggungjawab kaunselor dari dalam diri

Entri ini tidak ditujukan kepada mana mana individu tertentu
Ianya berbentuk general kepada semua
Semoga dapat menjadi panduan dalam menimbangtara kareer anda
Renung renungkan
Kenapa anda MAHU menjadi kaunselor laktasi..

Kepada yang bersungguh sungguh untuk menjadi kaunselor laktasi
Lengkapkan diri anda dengan ilmu dan kesabaran untuk menyampaikan informasi yang tepat dan berkesan dari sekarang, dari hari ini
Yakin dan amalkan apa yang anda sampaikan
Suatu hari nanti, anda bukan milik keluarga anda sahaja tetapi masyarakat!

Puan Suraya, Kaunselor Laktasi Jun 2009

Related Posts with Thumbnails

Related posts:

  1. Mengapa Kaunselor Laktasi?
  2. 5 July 2009 – BF Class
  3. Saya Sedang Mengandung & Mahu Menyusukan
  4. Kelas dan Kaunseling Khusus Relaktasi
  5. Peaches 17 – Menyusukan Anak Angkat

16 Responses to “Kaunselor Laktasi”

  • Saya setuju dgn Puan Suraya. jujurnya saya berharap kita bantu ibu2 lain bukan berpanduarahkan wang. Ianya tanggungjawab utk memberitahu ibu bahawa anak mereka harus disusukan dengan susu ibu mereka
    sendiri. Bukan utk mendapat “kredit” bagi perniagaan masing masing.

    Bila saya tanya “kenapa mau jadi kaunselor laktasi?” jawapan yang saya terima “sbb mcm best je tgk korang”. Saya harap lepas ini tiada jawapan begitu. Saya akui, masa saya terbahagi. Tgh2 malam menjawab panggilan ibu bermasalah menyusukan anak. Komitmen tinggi setiap masa.

    Saya harap nawaitu kita betul.

    Sekian.

    Salam Puan Farah : Kalian, saya dan Puan Farah besar hati dengan sokongan dari semua.
    Semoga kita sama sama menjadi ibu yang menyokong penyusuan susu ibu di Malaysia tanpa mengira title yang dipegang.

    Saya mengaku sehingga ke hari ini saya masih perlu muhasabah diri tiap kali rasa penat melanda.

    Salam berjaya, untuk semua ibu yang kuat :)

  • Salam, saya sangat bersetuju dengan Puan Suraya & juga Puan Farah dalam hal ni. Saya sendiri sebagai salah seorang kaunselor laktasi , juga sering menerima panggilan telefon, sms & email yang bertanyakan soalan yang sama. Saya sangat cintakan dunia breastfeeding dan mahu semua ibu tahu kelebihan breastfeeding. Seperti Puan Suraya & Puan Farah, saya juga menerima galakan daripada seseorang yang memang mempunyai nama besar dalam dunia breastfeeding kerana passion saya dan niat saya yang sentiasa ikhlas dalam mebantu ibu-ibu di Malaysia. Atas jemputan & galakan itu, saya ke kursus laktasi tersebut. Niat saya hanya satu, supaya saya dapat terus menerus memberikan ilmu kepada ibu2 di m’sia.
    Niat anda perlu betul dalam hal ini. Glamer, popular & kaya memang tak ada dalam istilah kaunselor laktasi. yang ada hanyalah panggilan telefon yang tak henti , kunjungan mommies ke rumah atau pejabat tak kira masa untuk memohon bantuan (dalam toliet, tengah suap anak, tgh meeting, tengah shopping, tengah makan, tengah malam, subuh sapie ,etc.). Sanggupkah anda bekerja & berada di luar rumah sehingga 12 tgh malam membantu ibu-ibu yang memerlukan? Sanggupkah anda melayan seribu satu pertanyaanItu yang kami kaunselor laktasi lakukan sekarang ini.
    Dan yang paling penting, adakah suami anda menyokong niat dan usaha anda serta sanggupkah dia menjaga anak ketika anda sedang atau keluar membantu ibu yg memerlukan?

    Fikirkan lah

    Terima kasih diatas pandangan dan sokongan kak Zatul

  • Rina:

    Hi Sue, lama sy tak reply dlm blog ni.
    Anyway, psl topik ni, yup mmg kaunselor laktasi yang sy harapkan adalah seorang yang sanggup membantu, menasihat, membimbing & menggalakkan penyusuan susu ibu dengan penuh komitmen dan sabar.
    Pd sy, peranan kaunselor laktasi adalah sangat mulia kerana menyedarkan ibu2 terutamanya ibu2 anak sulung utk kembali pd fitrah penyusuan bayi sebenar setelah kita disogokkan dengan terlalu banyak “kebaikan” susu formula. Apalah gunanya kuantiti kaunselor laktasi yang ramai tp boleh dipertikaikan dari segi kualiti dan mutu perkhidmatan. Lebih menyedihkan klu ada yang ingin menjadikan bidang ini sbg bidang komersil yang mementingkan keuntungan.
    Sy akui yg sy dah tak lagi menyusukan anak sy yg berumur 11 bln atas sbb2 sendiri tp sy sangat kagum dengan 3 orang kawan sekursus sy skrg yang masih mengepam wpun dgn kepadatan kursus & stress bila kami di modul tentera & polis. Untuk kawan2 yg telah berkahwin tp blm mengandung, sy telah menjadi “kaunselor laktasi” kpd mereka. Siap promote blog ni & mengaku kaunselor laktasi yg interprem muka chomelnya dlm pa&ma Julai kawan ku lagi (adakah sy yg terhover :p ) ooo. ye, dlm kursus ni pun ada satu slot public speaking. Sy dah plan slot tu sy nak share psl breastfeeding. Wpun sy tak bf anak lagi tp at least anak sy berjaya disusukan dgn susu ibu selama 8 bln. Kegagalan lalu boleh diperbaiki pd masa akan dtg….oooo…terlebih sudah….sori…

    Rina : Selamat berusaha, dear. Memang ku kawanmu tau..Jangan rasa dirimu seorang mengaku sendiri. Sebab ku ke sana ke sini cakap ada kawan di tentera dan polis :)

    Tunggu anak no 2 nanti, Rina mesti lebih expert dari Sue..Amin..hihihi

  • jutt:

    salam sue. jujur sebagai seorg kawan jutt ingin memberi komen di sini. jutt akui menjadi kaunseling laktasi bukanla mudah dan perlukan komitmen sepenuhnya. jutt faham tugas membantu org yg dalam serba daif ilmu buknlah semudah A, B, C kerana jutt juga adalah seorg pensyarah yg selalu perbetulkan niat…mengajar bukan krn duit tp tanggungjawab. cuma, maaf ye sue kalo jutt menegur secara jujur di sini…jutt kenal su dah lama sejak sblm jd kaunselor lg. so, i know mcm mane bersemangatnya sue dlm membimbing kaum ibu yg lain yg memerlukan bantuan. tapi sejak akhir2 ini, seperti yg sue tulis, layanan sue terhadap masyarakat agak kurg berbanding dahulu (mungkin sue ade alasan sendiri kenapa..) tetapi, apa yg jutt nak nasihatkan (ini cuma pandangan jutt dr segi pemerhatian jutt terhadap cara sue menjawab soalan sama ada di blog, ym atau sms…tak terhad pd soalan jutt tp juga org lain), once sue dah pegang title tuh…lakukan la secara konsisten…jawapan biar nampak betul2 seperti ingin membantu…sbb dulu jutt rasa sue mmg sgt membantu…cuma lately mcm ader yg kurg sket. Apa2 pun jutt bersyukur kerana sbb suelah jutt berjaya susukan aimin sampai skrg. i appreciate ur effort so much. dan jutt kagum dgn ketabahan dan semangat su dlm memperjuangkan misi penyusuan susu ibu. jutt tak mungkin mampu jadi seperti sue. jgn pandg belakang. teruskan usaha sue dan yg penting sentiasa perbetulkan niat. sbb kadang2 cara kita nampak mcm kita nk cari glamor dan keuntungan wpun hakikatnya kita ikhlas membantu. that’s why ramai org salah anggap dan ingin jadi seperti kita krn mahu glamor dan untung…hakikatnya…mereka lupa tentang tanggungjawab ygkita sedang dan mereka bakal pikul. sekadar pendapat.

    Jutt : Sue akan balas di entri lain :)

  • Yan:

    hmmm… untuk org yang baru kenal sue… yan dapat ‘feel’ keikhlasan sue … insyaAllah org dapat paham apa yang cuba sue sampaikan dalam entry ni…

    honestly, yan tak berapa gemar dinasihati oleh org yang muda dari yan… (perangai buruks ku)… ego kot… tapi bila dgn sue… yan boleh terima… maybe cara sue approach tu tak nampak langsung ianya untuk menunjuk-nunjuk atau nak glamer tapi benar-benar dari seorang ibu kepada ibu yang lain…

    dulu yan pun pernah nak tau pasal cam ne nak jadi kaunselor laktasi ni… tapi tak sanggup memikul tanggungjawab nya yang besar. ada jugak member yang jadi tapi cara advise tu lebuh kepada menunjuk-nunjuk dan pandang rendah pada ibu yang bagi susu formula…

    macam yang yan cakap masa pertemuan pertama kita dulu… “tak de ibu yang tak baik kat dunia ni… senua nak jadi beri yg terbaik, tak kira lah bagi susu ibu ke susu formula, yg penting tunjukkan contoh yang baik “… may be tak tau cara lagi…sbb tu nak tolong kan…kalau tak baik dah lama dah anak tu kat tong sampah…

    alhamdulillah… hasilnya dah nampak… kat office dah start dah… ibu yang baru2 ni berkumpul sama-sama waktu break pam susu dgn yan… puas hati tau!

    good entry… !

    Terima kasih Yan : Tersenyum simpul Sue baca komen Yan.
    Yup, ibu yang menyusukan anak menggunakan susu formula pun mahukan susu yang terbaik utk anak mereka kan.

    Chaiyok dear..

  • salam adik akak yg chumel :)

    akak suka entri ni, betul sgt setuju, title ni bukan lah untuk glamour semata2. maybe paparan aktiviti sue lepas dpt title tu buat org luar pikir ke arah itu. Boleh glamour masuk majalah, paper bagai, buat duit ngan kelas bagai (ni bg yg xpaham nape kena bayaran, mmg fikir lain nih).
    sejak akhir2 ni gak akak dpt byk pertanyaan yg sama dr mereka2 camne nk jd kaunselor laktasi. bila tanya nape nak jd kaunselor laktasi plak?
    - cam best tgk bla…. (xsuka jwpan ni)
    - nak buka kanak2 centre, senang sikit kalu ade title nih …(hmm ade kaitan ke?)
    - etc.
    akak pun x ready lg nak join kursus ni, w/pn Pn. R da invite byk kali. akak takut akak xmampu. sbb akak tau benda ni bukan mudah. skrg akak da jd kaunselor x bertauliah ni pun x terlayan tp seronok dpt kepercayaan ibu2 ni tuk bantu diarg. satu kepuasan yg sue sendiri faham camne :)
    Apa2 pun sue teruskan niat, keikhlasan murni sue tuk bantu ibu2 dlm bf n promote BF kat ibu2 semalaya. I’m proud of u, Go Gurl!!!

    Kak Nurul : Rezeki dari Allah untuk kami sekeluarga. Ada masanya ditimpa dugaan kesusahan, dan ada masanya ujian kesenangan.

    Yup, saya mengalu alukan ibu yang mahu menjadi LC dan kita boleh menjadi sebuah persatuan yang gigih membantu ibu menyusukan..Amin..

  • jutt: menjawab komen jutt, rasanya paan kena jelaskan sikit kat sini. Yup, tugas kami membantu ibu-ibu bermasalah. Tak kira waktu masa kdg2 tgk muka anak2 “benci” bila telefon berbunyi. Namun, dlm setandan pisang, ada pisang yang busuk/buruk. Begitu juga dgn manusia. Dlm banyak2 ibu yang bermasalah, ada yang ingin ambil kesempatan. Bertanya soalan berjam-jam mcm kaunter pertanyaan. Dgn alasan tak mahu ke klinik laktasi takut kena bayar utk konsultansi.

    Concern disini jutt, masa kami amat terhad. Sgt terhad. Adakah patut letakkan kesalahan layanan tak sama ketika dulu sbg perbandingan. Nombor telefon tertera merata hala. Kdg2 bukan ibu(orang mengganggu) pun telefon. then, bagaimana pula dgn masa kami? Anak-anak kami? Kerjaya kami? Bak kata pepatah: Tolong org pun berpada-pada, jgn sampai kera di hutan disusukan, anak dirumah mati kelaparan. Ingin saya tegaskan disini.. Sgt sukar menjadi apa yang saya dpt sekarang. But satu je, my passion of breastfeeding and helping mothers. Jika mereka yang bermasalah menghadiri kelas dan sesi kaunseling dengan kami, mereka tahu di mana stand kami. Moga kerjaya ini tidak dijadikan commercial value to add on credit.

    Salam.

    Thanks Farah : Chaiyok dear! You can do it!

  • Liz:

    saya suka entry sue yg nie.

    saya pun kenal sue sejak di universiti lagi. okay, maybe time tu kita hanya kenal sekadar sbb satu group utk buat assignment. hehe.. pendek kata, takde la nak borak lama-lama kan?

    masa saya pregnant pun, sue xde pulak approach saya ttg susu ibu. saya pun tak tanya apa2. sebaliknya saya dptkan info melalui websites yg lain.

    dlm perjalanan pulang lepas berurut (lps bersalin), sue called. wah, lama giler sue berbual dgn saya. hampir sejam! topiknya hanyalah SUSU IBU. dgn suara excited, sue buat saya berapi dan bersemangat nak menyusukan anak hingga 2 tahun. mak saya sgt hairan sbb ada kwn saya yg betul2 teruja dlm hal nie.

    kita tak brp rapat kat MMU tp sue sudi nak tolong sy. sy sgt bersyukur. dr situ, br la kita rajin berbual.

    yes, sue tak mcm dulu. mana mungkin kita nak sue menjadi seperti dulu. dulu, dia kurang sibuk. jd masa tu byk utk tlg org. skrg dia sudah sibuk. bg yg mengenali sue, mesti nampak bagaimana DIYALUNA menjadi LUNATOTS yg sedang perlahan-lahan membangun, cuba sebaris dgn brand yg lain. saya bangga, sue! kalau dulu sue boleh layan segala soalan saya on the spot, skrg saya faham kalau sue terpaksa mengambil sedikit masa utk menjawab persoalan saya. sungguh nie, sy faham sgt.

    kalau nak tau, kat office pun sue terpaksa ‘bergayut’ di telefon hanya kerana seorang pemanggil perlukan khidmat nasihat dia pada waktu tu jugak. (dan saya yg xtau nie dok tunggu sue kat tingkat bwh sbb nak ambik CD.. hehehe).

    kpd yg nak menjadi kaunselor laktasi hanya kerana nama dan kesenangan, tak perlu la teruskan niat anda. title tu sesuatu yg murni dan jika anda mendapat title tu, tugas dan tanggungjawab yg digalas adalah berat dan anda perlu jalankan tanggungjawa tersebut. jgn hanya kerana nama, ok?

    Salam Liz : Terharu Sue sbb Liz faham dan tidak menghukum kesibukan Sue.
    Lunatots masih bertatih dan 105% perhatian Sue dibahagikan kepada Lunatots dan Diyaluna. Ada masanya kita tak dapat buat 2 benda dalam satu masa (seperti yang dijangka)

    Sue bangga dengan Liz sbb semangat Liz dan suami utk menyusukan Batrisyia. Hari ini, blog Liz idola Sue bilamana Sue rasa nak datang makan semua makanan Batrisyia..Mesti sedap dan sihat!

    Dunia keibubapaan ni indah kan dear..
    Selamat menyusukan, selamat ber-CD :)

  • syabas atas gigihmu amik nih http://www.youtube.com/watch?v=65t2vbVgRI8&feature=related

    Dida:Ulang kali ku pasang video ni..penat penyanyi ni nyanyi utkku..Thanks :)

  • shakila:

    saya merasakan melaksanakan tugas sebagai ibu yang menyusukan adalah sesuatu yang amat2 mencabar…sebagai kaunselor laktasi pula sudah pastinya tugas yang mencabar itu menjadi berlipat kali ganda…dan ianya merupakan satu kepuasan sekiranya tugas sebagai kaunselor laktasi dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab dan bukannya berdasarkan kewangan semata-mata….

    Terima kasih Kila atas reminder utk Sue :)

  • aida:

    k.aida setuju ngan pendapat sue dan k.aida bangga sgt2 ngan sue. dlm usia yg muda dpt breastfeed ank, jd tauke Cd, jd kaunselor laktasi, ada kerjaya tetap, ada husband yg very supportive (alamak betul ke eja nie). Bukan mudah nk handle semua benda dlm 24 jam sehari kan. k.aida yg stkt kerja tetap nie pun dh kelam kelibut dibuatnyer.bg k.aida besar sgt2 t/jwb sebagai kaunselor laktasi nie. x sangka ada ramai yg berminat dgn title tu. k.aida tau psl info breasfeed nie pun dari adik. slalu promote kt member2 utk breastfeed ank2 masing.memang besar dugaan nyer, kena sabar bila kita nk ajak org susukan ank w/pun diaorg tau susu ibu tu bagus. kadang2 fed up gak tp k.aida kuatkan semangat. sbb k.aida hanya fully brasfeed ank yg ke-3 (skrg dh sethn), yg 1st mmg dh campur dari first day, yg kedua sampai 8 bulan. sbbnyer kurang ilmu dan tak set nk breastfeed. so bila ada sdkt ilmu yg ciput nie, nk la kongsi ngan kwn2.
    xpe sue, sue teruskan perjuangan sue tu. biasanyer org akan nampak yg glamor2 je ngan fulus…, ( sb asyik muka sue je kot yg masuk majalah.hi..hi..hi..) diaorg x nampak kesusahan din sebaliknyer.

    * sori la sue, k.aida antara org yg slalu call sue.tp paham bila sue x reply sms ngan jwb telefon.

    Kak Aida : Kadang2 Sue tak dapat angkat phone sbb ada meeting (siang) dan tidurkan anak (malam)
    Sejak badan penat lenguh sana sini ni, Sue tidur awal..ehehe

    Malam tadi baru mula bangun jam 3 pagi onwards sampai skrg
    Mulakan kembali tidur sehari 3-4 jam, supaya ada banyak masa reply email,komen, SMS dan buat apa yang patut :)

    Terima kasih kerana memahami Sue Kak Aida

  • sabar:

    Salam sue…
    Saya ingin menyampaikan rasa kagum kepada semua yg terlibat dalm laktasi terutama sue dan yang lain2 secara amnya…Saya kagum dan terharu dgn usaha anda semua dlm memberi kesedaran dan berkongsi ilmu dgn ibu2 terutamanya dan masyarakat lain secara keseluruhannya…Saya antara yang mendapat manfaat dari usaha tersebut…setelah anak ke3 baru saya mampu menyusukan anak sepenuhnya…sebelum ni hanya dlm pantang dan dicampur fm setelah mula bekerja atas alasan susu tidak cukup….huhuh sungguh tidak cukup ilmuku pada waktu itu…
    Sudah lumrah kehidupan setiap jalan yg kita pilih pasti akan ada halangan…Yg penting kita tahu jalan yg pilih, apa tujuan kita, apa yg ingin dicapai, bagaimana kita menghadapinya…Jgn berputus asa dgn pandangan yg diberikan…ambil iktibar dan sentiasa muhasabah diri…yg penting kita tahu niat kita…kdg kala pandangan jujr kita perlukan sbg titik penilaian diri utuk memastikan kita tidak tersasar dari niat asal…cuba setakat termampu, berterus terang bila perlu…
    GOOD LUCK Untuk semua Kaunselor Laktasi…teruskan usaha anda semua…SEMOGA MENDAPAT BERKAT DARINYA…InsyaAllah

    Salam Sabar : Terima kasih dan Selamat berjaya menyusukan anak ketigamu ye dear :)

  • Idamurni:

    salam,

    gembira, sedih, geram, terharu. itulah semua perasaan saya bercampur baur menjadi 1 tatkala membaca entry sue kali ini. gembira kerana isu ini dijawab oleh seorang LC dgn baik sekali. terima kasih sue kerana berani & jujur sekali mewakili kami & menyatakan perasaan kami yg tidak terluahkan selama ini. gembira juga kerana kesedaran ttg kepentingan susu ibu kian dirasai & dihayati oleh ramai ibu2 / keluarga. lantaran itu yg mencetuskan fenomena ‘ingin menjadi kaunselor laktasi’. tapi sedih & geram kerana ia ‘dicemari’ oleh niat sebilangan kecil dari ‘LC wannabes’ yg lebih memandang glamour & keuntungan material semata-mata. terharu pula apa bila ada lagi di antara pembaca yg masih mengerti penat lelah, jerit perit menggalas tanggungjawab sebagai LC.

    pada saya menjadi LC itu adalah tanggungjawab semata-mata. tanggungjawab untuk membantu ibu2 yg dlm kebuntuan, menenangkan hati ibu2 & tidak kurang juga menenangkan anak2 yg kecil yg bahasa tangisnya sukar dimengerti. bukan setakat bertindak sebagai ‘guru’ mengajarkan apa yg tidak difahami, nah, kadang kala hingga menjadi kaunselor keluarga (marriage counselor) dlm sesetengah situasi. (sedangkan dlm family kami sendiri belum tentu lurus bengkoknya). tatkala ada kes/masalah yang tidak dapat ditangani, apabila ada ibu yang masih lagi belum berjaya menyusui walau telah berjumpa dengan kami, setiap keluhan & setiap garisan kecewa di wajah mereka, juga adalah ibarat tanggungjawab yang telah ‘gagal’ kami penuhi. bayangkan rasa kecewa itu juga lah menyelubungi hati kami. itu la perasaan sebenar seorang LC. walaupun ia bukanlah janji atau satu kemestian bahawa kami akan pasti menyelesaikan semua masalah (kami bukan tuhan yg mampu menjanjikan apa2), tapi kerana keikhlasan & kesungguhan kami, we will do anything at our ends wit to try to help people in any way we can. any anything here means sacrifising our time, money, energy. cuba lah bayangkan di mana ‘glamour’nya di sini?

    pada saya minat untuk menjadi LC tu bagus, klu ikhlas wujud di hati. tapi apa yang lebih penting ialah mendalami ilmu breastfeeding itu sendiri. x guna mengejar gelaran LC tapi ilmu itu tidak sentiasa diperbaharui. lebih baik mengejar ilmu kerana ia lebih abadi dari gelaran. tapi pastikan ilmu itu diperolehi dari sumber yang betul, baru lah ia menjadi ilmu yang tepat.

    maaf sue kalau comment ku ini terlebih2 pula, mengalahkan entry mu.

    -idamurni-
    lactation counselor

    Terima kasih Ida : Sue baca setiap bait tulisan Ida. Yang paling akhir, sesuai utk diri Sue sendiri supaya sentiasa berusaha memperbaharui ilmu. Terima kasih :)

  • ayg:

    semuanya berbalik pd niat.

    Terima kasih Ayg!

  • eLMa:

    Salam .. Semoga berjaya pada sue & LC semua. Moga usaha murni kalian diberkati & balasan yg setimpal

    Pada LC Wannabe, betulkan nawaitu dulu .. Kalau nawaitu kite utk glemer & duit aje, mmg x akan lame bertahan

    p/s : Nak kacau Sue @ Farah lagi, tapi kesian pulak korang tgh bz.huhuhuhu

    Terima kasih Elfi : Elfi boleh call kami bila2 masa yang Elfi perlukan.

  • kak su.. sy masih igt.. ms u di momsliltleone(tul ke eje ni).. sy sedang berura2 membeli spectra.. dgn ilmu BF yg sgt ckt (hasil pmbacaan dr akhbar).. kak su dtg kpd sy dan menerangkn dengan panjang lebar ttg BF dan mjwb segale ?lan sy, hgga sy tersgt bersemangat utk bf… time tu sy fikir kak su adalah utusan Allah yg mahu mmberi sy petunjuk… alhmdllah… sy stll bf hgga ke hr ini… tq kak su

Leave a Reply