Disclaimer
    The entire contents of this blog are based upon the opinions of author unless stated otherwise noted. The information in this blog is not intended to replace a one-on-one consultation with lactation consultant. It is a sharing information and knowledge from the research of author. This blog outlines sources, ideas and suggestions on breastfeeding your baby. The author and family disclaim any liability arising directly or indirectly from the use of the information contained in this blog.
[Google]
Announcement
    Lunatots Booth (Maju Junction)
    Date : 1-30 Sep 2010
    Venue : LG Floor, Maju Junction KL
    Time : 10.30 am - 7 pm
    Contact No : 010-2414050 (HOTLINE)
Luna’s Counter
Friends Online

View My Stats
Nuffnang ADV
Sponsor





Calendar
Luna’s Shop
Readers
Lunatots @HotFM
ShoutBox

Saya menerima komen membina daripada seorang teman berikutan entri kaunselor laktasi
—————————————————————————————————————–

salam sue. jujur sebagai seorg kawan jutt ingin memberi komen di sini. jutt akui menjadi kaunseling laktasi bukanla mudah dan perlukan komitmen sepenuhnya. jutt faham tugas membantu org yg dalam serba daif ilmu buknlah semudah A, B, C kerana jutt juga adalah seorg pensyarah yg selalu perbetulkan niat…mengajar bukan krn duit tp tanggungjawab. cuma, maaf ye sue kalo jutt menegur secara jujur di sini…jutt kenal su dah lama sejak sblm jd kaunselor lg. so, i know mcm mane bersemangatnya sue dlm membimbing kaum ibu yg lain yg memerlukan bantuan. tapi sejak akhir2 ini, seperti yg sue tulis, layanan sue terhadap masyarakat agak kurg berbanding dahulu (mungkin sue ade alasan sendiri kenapa..) tetapi, apa yg jutt nak nasihatkan (ini cuma pandangan jutt dr segi pemerhatian jutt terhadap cara sue menjawab soalan sama ada di blog, ym atau sms…tak terhad pd soalan jutt tp juga org lain), once sue dah pegang title tuh…lakukan la secara konsisten…jawapan biar nampak betul2 seperti ingin membantu…sbb dulu jutt rasa sue mmg sgt membantu…cuma lately mcm ader yg kurg sket. Apa2 pun jutt bersyukur kerana sbb suelah jutt berjaya susukan aimin sampai skrg. i appreciate ur effort so much. dan jutt kagum dgn ketabahan dan semangat su dlm memperjuangkan misi penyusuan susu ibu.

———————————————————————————————————————————————-

Izinkan saya menjelaskan sesuatu
Ianya bukan salah faham mahupun kesalahsangkaan mana mana pihak
Datang dari kesilapan kami (barisan kaunselor laktasi) amnya dan saya khususnya kerana tidak menjelaskan
Bagaimana cara kami bekerja

Saya harap entri saya sebelum ini tidak melukakan hati mana mana pihak
Menjadi kaunselor laktasi ialah komitmen
Kaunselor laktasi adalah kerjaya percuma, tiada gaji bulanan
Tiada  allocation handphone allowance mahupun duit minyak
Tapi jalan ini yang kami pilih, dan kami akan bertanggungjawab :)

Sekiranya anda mengalami sebarang masalah laktasi
Samada latching, mahupun position, bayi terkena nipple preference/confuse
Ibu mengalami low milk supply, nipple cracked, atau blocked duct
Anda boleh :

  • Merujuk ke laman web www.diyaluna.com dan search keywords yang anda inginkan
  • Atau merujuk kepada artikel yang ditulis oleh saya
  • Email saya untuk appointment dan beritahu secara ringkas, masalah yang dihadapi
    (Waktu appointment  : Setiap hari Isnin hingga Jumaat 6.30 pm – 9.30 pm
    Sabtu dan Ahad     10 am – 6 pm                 )
  • Telefon saya di 0125880515 jika saya tidak membalas email tersebut dalam tempoh 3 hari
  • Telefon kembali jika saya tidak kembali kepada anda seperti yang dijanjikan
  • SMS bukanlah communication method yang baik kerana saya selalu terlepas pandang SMS
  • Blog ini hanyalah sebagai bahan bacaan dan bukannya tempat utama untuk diskusi permasalahan penyusuan

Perbezaan sebelum dan selepas saya bergelar Kaunselor Laktasi
Kami terikat dengan tata etika kaunseling dimana setiap permasalahan perlu dilihat dari segala aspek
Sebelum ini, isu ibu tidak sukar seperti bagaimana mengekalkan penyusuan susu ibu selepas mula bekerja
Dan hari ini, isu yang kami hadapi lebih besar dan memerlukan research, sumber rujukan dan pembacaan (yang mengambil masa)
Kerana itu, saya tidak dapat menjawab secara terus setiap kali ada ajuan soalan
Kami perlukan fakta bagi setiap yang kami cadangkan

Persepsi masyarakat terhadap kami juga berubah
Katakan ada ibu yang bertanya melalui email :  Bolehkah saya relaktasi?
Jika saya reply : Boleh.
Ibu tidak akan berpuas hati dengan jawapan saya, mereka mahukan cara cara memulakan atau sekurang2nya motivasi utk diri kan?
Tapi saya tidak dapat memuatkan semuanya dalam satu email
Masa saya terhad, kerana itu saya minta ibu2 membaca artikel mengenai relaktasi terlebih dahulu yang ada di dalam blog
Semasa temujanji dengan kaunselor laktasi anda, tanya kan bahagian yang anda tidak faham

Kenapa perlu kelas?
Setiap hari kami menerima kes yang hampir sama
Setelah memikirkan cara terbaik, kami sekalikan semuanya dalam kelas yang sama
Supaya ibu bapa mempunyai tempat yang selesa utk konsultasi (berbanding rumah kecil saya)
Dan prinsip asas penyusuan susu ibu dapat dijelaskan dengan lebih berkesan, insyaAllah
Saya juga percaya kumpulan sokongan yang dianjurkan akan dapat memberikan semangat kepada ibu2 ini berbanding sesi one-to-one dengan saya seorang

Kalian,
Diminta jangan dikontroversikan entri ini
Kalau kalian percaya apa yang kalian lakukan, teruskan
Tiada siapa dapat merubah apa apa

Saya/Kami masih dalam proses memperbaiki diri
Kami barisan kaunselor laktasi tidak tergugat dengan mana mana ibu yang turut mahu menjadi kaunselor
Malah kami berbesar hati menerima ahli kumpulan baru yang dapat bekerjasama dalam membantu banyak kes penyusuan susu ibu
Jika anda mempunyai sebarang masalah dengan masalah dengan tulisan saya
Hubungi saya di 0125880515

Kami hargai komen membina berbanding kritikan di mana mana laman web forum yang tidak dapat saya jawab bagi pihak saya
Sama sama ‘orang kita’, sama sama kita maju :)

Kaunselor Laktasi anda :
Puan Farah Farhan(0126448091)-Shah Alam  admin@sarakids.com
Puan Zatul (0163855189)- Klang & Petaling Jaya
Puan Ida Murni (0122969054) – Melaka & Johor

Related Posts with Thumbnails

Related posts:

  1. Kaunselor Laktasi
  2. Mengapa Kaunselor Laktasi?
  3. 5 July 2009 – BF Class
  4. Sportingkah anda?
  5. Nilai RM web anda

15 Responses to “Bagaimana Menghubungi Kaunselor Laktasi Anda”

  • yer ku pun lebey bnyk membaca dan akan terus membara

    Dida : Chaiyok!

  • Riez:

    sue dear..ku sentiasa di sis mu!!! chaiyok2..

    Thanks Riez :)

  • serinditrimba:

    dan sue tau mana nak cari akak bila sue perlukan akak kan??

    Kak Serindit akan berada di tut tut tut di talian tut tut tut :)

  • jutt:

    salam sue. bagus huraianmu. dengan ini kurasa mereka di luar sana termasuk diriku akan lebih faham dan jelas dgn tugas sebenar kaunselor laktasi. bukan mudah, yup…ianya memerlukan komitmen yang tinggi. syabas sue dan terus berusaha. ku sentiasa menyokongmu dan penyusuan susu ibu. hem…satu lagi, kurasa hari ahad itu perlu sue peruntukkan diri sue untk berehat dan family…kecuali kes2 kecemasan sahaja. kerana…ku khuatir dirimu terlalu penat nanti…kusayangkan mu.

    Salam Jut : Dahulu takkan sama dengan sekarang :) Dahulu anak seorg, skrg dah plus plus plus…
    Dahulu tenaga lebih, skrg tenaga makin berkurang…ehehe :)

    Apapun terima kasih kerana sudi tinggalkan komen

  • aida:

    bagus sue punye huraian. at least org tau masa yg betul utk hubungi sue.k.aida pun ada search laman2 web psl breastfeed nie. anyway, sue pun kene ada masa utk diri sue , iki yg sedang membesar tu ngan hubby, esp ur SEJU. mesti dia pun kesian kan mommy dia kan…..

    Terima kasih Kak Aida :)

  • ainazura:

    zura sentiasa menyokong dan akan menyokong…semoga sentiasa cekal n tabah!! zura pun akan majukan diri dlm susu ibu nih…mekasih sue.

    Terima kasih Zura

  • siti:

    assalamualaikum su

    pertamanya, saya ucapkan tahniah dan terima kasih banyak banyak kepada semua kaunselor laktasi yang ada pada masa kini. sebagai seorang pegawai perubatan di jabatan pesakit luar, hampir setiap hari saya berjumpa dengan masalah yang berkaitan penyusuan, hampir kesemuanya boleh diselesaikan dengan pemahaman dan pengetahuan yang lebih. sedih hati saya bila jumpa masalah rashes, asthma di kalangan kanak-kanak kecil, eczema, sembelit, bila dikorek korek, kurang satu bulan dah diberi formula milk.

    ini sebenarnya menunjukkan yang penerangan dan kempen dari profesional perubatan adalah sama ada tak mencukupi atau tak meyakinkan. maka inilah yang menjadikan kaunselor laktasi sangat terbeban. tapi ,saya rasa pihak berwajib sendiri pun tidak bersungguh-sungguh dalam mendidik kakitangan perubatan ni. contohnya , bagi para doktor, memang ada disentuh tentang penyusuan bayi dalam syllabus pembelajaran, tapi tak menyeluruh. kami ditekankan tentang kelebihan susu ibu, dan seterusnya cara mengatasi masalah seperti mastitis dan breast abscess (payudara bernanah). namun, penekanan tentang praktikal adalah sangat kurang. saya sendiri apabila baca blog sue ni, rasa, wahh,banyaknya yang aku tak tahu…. ada kursus laktasi di hospital kerajaan, tetapi selalunya dianjurkan 2 kali setahun (apabila dekat-dekat hari penyusuan ibu sedunia, selama sehari sahaja!!) , jadi berapa keratlah staf yang dapat menghadiri kursus begini.

    pengalaman saya sendiri, apabila mengalami masalah latching di salah sebuah hospital kerajaan, saya ada panggil nurse di jabatan pediatrik (yang sepatutnya arif dalam perkara begini) tetapi tunjuk ajarnya seperti acuh tak acuh, tidak ada follow up …jadi saya rasa mungkin para ibu lain pun pernah jumpa masalah begini, jadi terus malas dan kecewa, bertukar ke susu formula.

    pendapat saya;
    1. setiap nurse/pegawai perubatan harus diwajibkan menjalani kursus laktasi, kerana masyarakat akan datang berjumpa mereka jika ada apa-apa masalah. jika mereka ini tidak cukup pengetahuan, bagaimana hendak menolong masyarakat. kaunselor laktasi boleh menumpukan pada masalah-masalah yang lebih berat seperti relaktasi atau induced lactation, dan biarkan para profsional ini menyelesaikan masalah yang kecil kecil sperti salah posisi/latching problem dan sebagainya.

    2. kementerian kesihatan harus menekankan para jururawat mereka untuk terus berkempen mengenai susu ibu , SELEPAS bersalin. sebelum bersalin, memang saya pasti, semua ibu berkobar-kobr nak menyusu badan, tetapi bila berhadapan masalah, semangat pun padam…jadi jururawat masyarakat di klinik ibu dan anak mesti tolong mereka ini ( timbul masalah kedua pula, tidak cukup staf di klinik untuk sembang lama-lama…aduhai…..:D )

    3. mungkin kementerian oleh dapatkan register kaunselor laktasi , dan hulurkan sedikit bayaran (elaun? duit minyak?) kerana hakikatnya, bila anak menyusu ibu, anak sihat, ibu gembira, produktiviti negara meningkat. ataupun wujudkan pos di hospital/ klinik bergaji, bagi kaunselor laktasi. rakyat pun senang sebab tahu nak cari siapa bila ada masalah. sekarang ni, kebanyakan kaunselor laktasi di hospital kerajaan adalah terdiri daripada ketua jururawat (sisters) mungkin masyarakat segan nak menghubungi mereka.

    hehehe…cadangan banyak, tak tahu nak forward kat siapa. masalah saya lebih kpada pendidikan masyarakat , di kampung-kampung, tak ramai ibu ada akses internet (atau masa berinternet?)….jadi nak cari cara agr ibu-ibu lebih tahu dan motivasi untuk meyusu anak mereka.

    sekali lagi, terima kasih semua, chaiyok chaiyok!!! teruskan lah berusaha !!!

    (*aqidah tu memang kawan saya..sekarang ni hari hari belek mata orang hahhah…bila saya keluar makan dengan saya, saya akan tanya pasal sue…)

    Dr Siti : Terima kasih.
    Niat asal entri saya ialah mengadu bomba yang kami kaunselor laktasi ialah ibu seperti anda semua :)
    Yang berkerja 8-6pm, ada anak merengek2, ada suami, sediakan makan malam (samada masak atau beli di luar) dan perlu tidurkan anak (selalunya tidur sekali)
    Tiada masa lebih 28 jam sehari

    Jadi besar harapan kami kalau ibu2 tidak terlalu tinggi expectationnya. Dulu tidak akan sama dengan sekarang :)
    Emosi kan? ihihi..

    Yup, kakitangan hospital perlu diberikan latihan asas laktasi kerana mereka ialah orang awal yang berhadapan dengan ibu2 yang baru melahirkan.
    Seperti saya dahulu, bila saya minta tolong dari nurse utk menyusukan anak,
    Nurse tanya kembali, “sekarang ke?”
    Hati ibu dah libang libu…”nanti2lah” jawab saya
    Terima kasih sekali lagi atas cadangan dr. Mungkin nanti saya boleh forwardkan kepada yang mempunyai kuasa membuat perubahan :)

  • jutt:

    wah bagusnya dr siti. cadangan yang sgt bernas. jika semua org bersungguh menjayakan misi penyusuan susu ibu ini…gembiranya saya sampai rasa nak nangis.

    p/s: aqidah tuh kwn saya juga. kirim salam dkt dia ek

    :)

  • salam.. za harap sue bertambah maju ke depan, harap apa yang sue impikan dan harapkan akan terus tercapai, za sama seperti Jutt, kalau tidak kerana sue pastinya adik sama seperti kakak akan terus bersusukan susu formula. Tengs sue.

    Sama sama Za :)

  • Rina:

    Utk tambahan apa yg Dr. Siti dah tulis…

    Pendapat sy, kerajaan (terutamanya yg boleh sekat/release iklan di tv – Kementerian Penerangan ek? sori tak pasti) pun perlu memainkan peranan utk mengurangkan iklan2 susu formula. Klu peringkat Kementerian Kesihatan jer yg beriya2 utk bagi ilmu pd nurse & doktor utk ajar pd ibu2 sedangkan iklan di tv beriya2 iklankan “kehebatan” susu formula masing2, sy rasa ramai juga di kalangan ibu2 yg kurang percaya dgn susu ibu terutamanya yg kurang nak cari ilmu kelebihan susu ibu & formula.

    Lps tu hadkan penjualan susu formula di pasaran. Mcm nak jual ubat, sure lps ni stok breastpump pulak laku :)

    Salam Rina : Kod etika susu menghalang susu formula mengiklankan susu dibawah umur 2 tahun. Mereka juga tidak boleh membuat sebarang promosi harga runtuh dimana mana pasaraya.
    Selain itu, mereka tidak boleh menaja mana mana hospital atau klinik dengan sebarang bentuk tajaan samada hari sukan, pen, kalendar, susu formula di hospital, free gift utk ibu ibu.
    Malangnya ia baru di amalkan di Baby Friendly Hospital dan belum SEMUA hospital di Malaysia.
    Let us pray supaya SEMUA ibu di Malaysia menghargai susu ibu yang dianugerahkan Allah dan sudi menyusukan anak mereka sehingga umurnya 2 tahun (suatu hari nanti) :)

  • siti:

    jutt,
    insya-Allah, bila jumpa aqidah, saya sampaikan…:)

    Rina, betul tu. iklan susu zaman sekarang, sesiapa tengok pun pasti tergoda. tapi mestilah takkan sama dengan susu ibu….nanti kita cari jalan untuk ketengahkan idea-idea begini…

    Terima kasih Siti : Perlahan2 kita bina satu kumpulan sokongan yang teguh. Ianya akan mengambil masa.
    Sama seperti susu formula yang mengambil masa 100 tahun++ untuk BOOM bermula tahun 1870 sehingga 1970-an. Alhamdulillah ramai ibu dah sedar kepentingan pemberian susu ibu dan itulah pentingnya kumpulan sokongan untuk membantu ibu2 ini :)

  • kalau sesiapa perasan, memang tidak ada susu formula untuk bayi bawah 2 tahun di iklankan di TV sebab polisi kementerian kesihatan memang tak benarkan.. Malaysia ada kod mengenai pengiklanan susu formula. susu formula utk newborn & baby bawah 1 tahun
    Apa yang berlaku sekarang ni ialah iklan yang keluar hanya untuk yang berumur lebih satu tahun. walaupun untuk umur yg lebih tua tapi kita semua macam tak perasan mengenai itu semua. itu yg menyebabkan ramai yg memilih susu formula ni..kalau tak percaya, nanti tengok iklan yer

    Salam Kak Zatul: Betul.
    Sebelum Sue ada anak, Sue tak perasan tentang kod etika penyusuan itu.
    Susu formula yang diiklankan ialah bagi bayi berusia 3 tahun ke atas.

  • Sekadar ingin menambah, kadangkala juga tugas mereka ini ditambah dengan soalan2 yang tidak2 seperti, “Bagaimana jika anak saya terhantuk?” :) Fahamilah mereka supaya mereka boleh memahami kita.

    Suraya, moga ALLAH mudahkan

    Terima kasih Kak Pija : Saya mahu menjawab soalan2 seperti itu, cuma ianya diluar bidang pengetahuan saya.
    Apa yang boleh saya lakukan ialah berkongsi pengalaman dan pendapat (Dimana ianya tidak valid kerana tiada fakta)
    Apapun, terima kasih kerana ada yang memahami kami.

  • shakila:

    chaiyok sue..!!! saya rakan maya yg kagum bangat sama kamu……!!! kebaikankan mu akan mendapat rahmat…

    Terima kasih Kila : Sue pun ‘mangga’ pada semangat Kila menyusukan anak. Chaiyok!

  • nurul:

    saya sangat setuju dgn siti. sebagai peg perubatan juga, i’ve observing the same scenario. sedih sgt2 dgn usaha pihak kerajaan/kementerian yg hangat2 tahi ayam. usaha membekalkan ilmu bf kat staf perubatan x boleh secara berkala, kena consistent. susah sangat nak gi kursus 20jam sekarang buat refresher, apatah lagi yang 40 jam. x silap dah dekat setahun apply. perkara ni sebenarnya dipandang ringan, sedangkan sebenarnya boleh jadi satu aset yang sangat berguna lagi pulak tgh h1n1 ni.
    xtahan mata bila duduk di hospital yg lum bb friendly ni, ibu-ibu x dibantu sgt, kesian.
    kalau ada kursus 40jam beritahu saya ya, kak sue. nak pergi..

    Terima kasih Nurul di atas feedback yang membina.

Leave a Reply