FAQS

1.Mengapa saya perlu memakaikan lampin kain moden (cloth diaper-CD) kepada anak saya?
Lampin kain moden (CD) adalah alternatif yang mudah, selamat dan praktikal kepada ibu bapa berkerjaya yang mempunyai anak kecil. Ianya juga selamat untuk alam kita dimana mengurangkan pencemaran daripada lampin pakai buang (disposable diaper-DD) yang mengambil masa beratus2 tahun untuk lupus. Kajian mengatakan pemakaian DD meningkatkan kadar ruam dikalangan bayi daripada 7.1% ke 61%.

P1T5_nsl2

2. Apa bezanya dengan lampin kain dulu2/seluar getah?

p5066899

Material lampin kain adalah daripada cotton dan perlu dipin menggunakan baby safety pin. Selain itu, anda perlukan seluar getah bagi menghalang air kencing bayi daripada bocor. Ianya tidak praktikal bagi ibu bapa yang menghantar anak mereka ke rumah pengasuh atau nurseri kerana remeh dan mengambil masa.

Lampin kain moden (CD) adalah dari material PUL (luar) yang menghalang kebocoran,  fleece (dalam) yang lembut, selesa dan menyebabkan bayi rasa kering sementara mikrofiber insert yang diletakkan di dalam poket adalah untuk menyerap kencing bayi.
Pemakaian CD adalah serupa dengan DD dimana ianya berbentuk seluar.

how to use cd

3. Berapakah harga sekeping CD?
Lunatots CD mempunyai 2 pilihan samada snap button CD ataupun velcro CD.
Anda juga boleh memilih samada berpoket atau jenis all-in-one(AIO)
Refer link ini untuk stok yang masih available

4. Adakah insert disertakan sekali dengan CD itu?
Ya, 1 insert disertakan sekali. Bagaimanapun, anda boleh membeli lebih insert di sini.

5. Apakah perbezaan Snap Button CD dan Velcro CD? Dan yang manakah lebih bagus?
Snap Button CD menggunakan button untuk waist adjustment sementara Velcro CD menggunakan hook and loop fastener. Velcro CD lebih praktikal bagi mereka yang menghantar anak ke rumah pengasuh bagi kemudahan penjaganya. Sementara Snap Button CD (nampak) lebih tahan lama dan sesuai untuk bayi yang masih kecil dan belum lasak.

6.Bagaimana memilih saiz CD untuk anak saya?
Lunatots CD adalah one size CD dimana setiap CD mempunyai barisan butang yang boleh diselaraskan mengikut saiz.
sizecd

Bermakna, CD yang sama boleh digunakan untuk bayi anda ketika bayi sehinggalah dia belajar kencing sendiri. Lunatots CD sesuai untuk bayi berat 3 kg(newborn) sehingga anggaran berat 15kg.

7. Berapa lamakah CD ini boleh dipakaikan kepada bayi?
Pakaikan sekeping CD dengan satu insert selama 3-4 jam dan 2 insert untuk pemakaian 6-7 jam

8. Berapa lamakah jangka hayat CD?
Ianya ibarat baju dan seluar anak kita yang kerapkali dipakai dan dibasuh. Maksud saya, ianya bergantung kepada cara pembasuhan, jenis sabun, cara pengeringan dan lain lain.
Biasanya CD yang sama boleh diguna selama 2 tahun lebih dan disimpan untuk dipakaikan kepada anak yang seterusnya. Sekiranya berlaku kerosakan pada CD anda (katakan di bahagian getah peha) selepas menggunakannya selama 1 tahun atau lebih, anda boleh men-DIY sendiri :) ! Jimat kan?

9. Berapa banyakkah CD yang saya perlukan untuk seorang bayi? Dan jika saya mahu fully-CD (tidak membeli DD langsung), berapa helaikah yang diperlukan?
Anda memerlukan sekurang-kurangnya 6 CD sehari utk seorang bayi. Rujuk artikel ini untuk maklumat lebih lanjut.
Jika anda mahu fully-CD, 10 keping CD adalah memadai. Cuma jika anda mempunyai lebih (seperti 20 atau 30), anda tidak perlu membuat basuhan CD setiap hari kerana cukup stok untuk 3 hari.

cloth-diapers-pocket-diaper

10. Bolehkah saya menukar insert didalam sahaja setiap kali bayi kencing?
Tidak boleh. Anda perlu menukar keseluruhan CD dan insert dengan yang baru kerana keseluruhan CD sudah terkena air kencing bayi.

11. Apakah prewash?
Prewash ialah basuhan awal sebelum menggunakan CD bagi tujuan membersihkan CD baru. Selain itu, prewash juga bertujuan untuk ‘melatih’ mikrofiber insert yang baru untuk menyerap air. Semakin tinggi kadar basuhan, mikrofiber insert akan semakin menyerap dan risiko untuk bocor adalah rendah.

12.Bagaimanakah cara basuhan?
Terdapat 2 fasa basuhan CD. Yang pertama, CD yang terkena najis (air besar atau air kecil) perlu dibersihkan terlebih dahulu dengan cara menyiram air yang banyak bagi menghilangkan bau dan bentuknya.
Selepas itu, masukkan CD anda ke dalam laundry bag dan basuh menggunakan mesin basuh.
Anda boleh refer link ini tentang cara mengendalikan lampin kain moden.

13. Bolehkah saya membasuh CD menggunakan tangan (jika tidak ada mesin basuh)?
Boleh, dengan cara merendam CD supaya warna najis hilang. Jangan sental CD menggunakan berus kerana material fleece nya akan rosak dan berbulu.
Selain itu, anda akan mengambil masa yang lama untuk mengeringkan insert yang tebal (kerana tidak di-spin)

15.Apakah sabun yang boleh atau tidak boleh digunakan?
Anda boleh menggunakan sebarang jenis sabun SEKIRANYA bayi anda sesuai (tiada ruam atau rekahan kulit).
Sebagai panduan, gunakan sabun Pureen HAD atau sabun murah yang tidak berenzim, tidak peluntur dan tidak berpelembut.

16. Bagaimana jika bayi saya masih ruam selepas menggunakan CD?

  1. Jika anda menyusukan bayi anda, kurangkan pengambilan dairy product seperti susu, yoghurt dan keju.
  2. Jika anak anda sudah mula makan, perhatikan sebarang makanan yang baru diperkenalkan yang mungkin memberi kesan alergi kepada bayi.
  3. Cuba tukarkan sabun basuh CD anak anda.
  4. Kerapkan penukaran CD daripada 3 jam kepada 2 jam sekali.

17. Mengapa CD anak saya kerap bocor?

  1. Pastikan CD anak anda sudah di prewash berulang kali sebelum digunakan.
  2. Saiz yang sesuai adalah PENTING semasa memakai CD. Sekiranya CD bayi terlalu longgar di bahagian peha, ianya akan menyebabkan kencing bayi mengalir keluar jika bayi bergerak (atau berjalan).
  3. Pastikan mikrofiber insert diletakkan elok2 dan merangkumi bahagian keseluruhan cawat.
  4. Ini adalah kes yg jarang2 berlaku tetapi perhatikan samada PUL (lapisan luar) CD anda dalam keadaan elok (tidak koyak). Sekiranya anda baru sahaja membelinya, tukarkan dengan penjual CD anda. Ianya mungkin manufacturing defect.

18. Bagaimana mendapatkan Lunatots Cloth Diaper?
Anda boleh melayari www.lunatots.com dan membeli belah secara online.Ianya mudah, cepat dan selamat. Lunatots Online Store adalah laman web yang telah beroperasi selama 2 tahun dan reliable untuk anda. Cara cara membeli belah secara online disini. Anda juga dijemput datang kerumah saya di Batu 9 Cheras untuk melihat lampin kain moden ini secara terus.

Selain itu, reseller Lunatots juga berada di serata Malaysia amnya dan Lembah Klang khususnya disenaraikan di dalam list ini

19. Apa bezanya Lunatots Cloth Diaper dengan jenama lampin kain moden yang lain?
Anda ibu bapa yang arif tentang nilai wang yang dibelanjakan dengan kualiti barang yang anda akan dapat.
Kami di Lunatots mementingkan kualiti dan after sales service. Sekiranya terdapat kekurangan dalam produk kami mahupun layanan, sila nyatakan kepada info@lunatots.com.

Selain itu, Lunatots CD adalah produk Malaysia yang boleh dibanggakan. Kami pernah muncul di majalah keibubapaan utama di Malaysia iaitu Pa&Ma(Julai 2009) dan suratkhabar Berita Minggu, 21 Jun 2009.

Produk Lunatots adalah inspirasi keibubapaan alami daripada saya sebagai pemilik, untuk anda yang kami hargai.

Sumber :

Entri ini bertujuan untuk memberi pendidikan kepada ibu bapa mengenai pemakaian lampin kain. Sekiranya anda mahu men-copy sebarang bentuk tulisan didalam web ini, hubungi Puan Suraya di info@lunatots.com dan ianya harus dikreditkan kepada www.lunatots.com. Terima kasih.

Related Posts with Thumbnails

Related posts:

  1. Pencarian Model Baby Lunatots Cloth Diaper
  2. July 2009 – Pa&Ma
  3. cloth diaper
  4. 20 Jun 2009 – Lunatots Cloth Diaper di Berita Minggu

Leave a Reply


10 Responses to “FAQS”

  1. Comment by suriati

    hai sue..ermm suriati masih berhutang pada sue ni..sue tak lupa kan..just xder masa ye tak..well nak minta permission nak guna entry ni utk rujukan kekawan kat luar yang tak der access internet bley?..sue ada tak artikel berita mingguan tu dalam bentuk pdf ker?..miss out lagi info u kat media…take care yer dear..

    Salam Suriati : Suriati boleh print atau linkkan ke url FAQs tersebut :)
    InsyaAllah nanti Sue scan kan artikel di Berita Minggu dan Pa&Ma tersebut.

  2. Comment by ziah

    hai su..lama x jenguk sini..very good info..lain kali kalau org tanya blh suruh refer article ni..hehe
    sue semakin maju..syabas ya!take care…(bila nak berselisih bahu dgn su lg ni?)

    Salam Ziah : Thanks. Kalau selisih bahu, bahumu tinggi lampai serupa orangnya..bahu Sue renek renek mata memandang..ekeke. Nanti kita jumpak masa beli benda baru lagi ye :)

  3. Comment by hasni

    saya stil tak berapa faham penggunaan lampin ini. boleh tolong jelaskan dengan terperinci.? adakah ia lampin pakai buang atau bagaimana? jika harga sekeping RM45, bagaimana untuk ibu bapa berjimat sedangkan bayi dan anak kecil memerlukan lebih lampin setiap hari. tolong jelaskan. terima kasih

    Hasni boleh refer artikel2 lain di sini
    Selain itu, bagaimana lampin kain moden membantu ibu berjimat ialah dengan cara lampin ini boleh dibasuh berulang kali tidak seperti lampin pakai buang.
    Jadi jika bayi Hasni memerlukan 10 keping sehari, Hasni boleh dapatkan 20 keping sebagai spare dan 20 keping ini tahan sehingga bayi anda berumur 3 tahun.
    Jimat kan :)

  4. Comment by mawar

    salam…kak…saya baru sahaja menggunakan CD lunatot ni..masalah saya ialah…kesan kuning di mikrofiber tak hilang walau direndam berjam2. saya rendam dgn Dynamo…sebab cucian Pureen saya berpelembut…
    Sebelum mendapat banyak maklumat disisni..saya telah memberus mikrofiber utk menghilangkan kesan kuning akibat najis anak saya yg bewarna kuning pekat.Utk pengetahuan akan sya juga menggunakan nappy liner…tapi warna kuning tetap tidak hilang…bagaiman utk mengatasi masalah ini?tq

    Salam Mawar, cuba gunakan sabun Pureen HAD yang tidak berenzim. Rendam selama 3 jam menggunakan mesin basuh (diletak di dalam laundry bag).
    Jemur di bawah cahaya matahari, warna kuning tersebut akan hilang :)

  5. Comment by eda

    assalamualaikum….
    “Sebagai panduan, gunakan sabun Pureen HAD atau sabun murah yang tidak berenzim, tidak peluntur dan tidak berpelembut. ”

    boleh tak bagi contoh/jenama bagi ’sabun murah yang tidak berenzim, tidak peluntur dan tidak berpelembut’

    tqvm.

    Eda boleh guna apa apa sabun, sebagai rujukan, refer link ini http://www.diyaluna.com/diary/2009/06/22/20-jun-2009-lunatots-cloth-diaper-di-berita-minggu/
    dan ini http://www.diyaluna.com/diary/2009/03/02/jusco-tesco/

  6. Comment by ramlah

    puan su,
    kalau saya berminat untuk jadi reseller macam mana prosedurnaya
    boleh ke size cd di buat dalam size XXL or XXXL. maklum saja sekarang ni ramai big baby?????

    Ramlah boleh hubungi saya semula pada early Disember ye.
    Big baby sampai berapa kg dear? Tujuan penggunaan lampin kain ialah menggalakkan bayi belajar ke tandas lebih awal (2 tahun++) dan biasanya bayi seusia tersebut tak sampai 17 kg.
    Saya alu alukan cadangan Ramlah :) Terima kasih.

  7. Comment by suzani

    salam.
    kak sue chantek..
    mintak halal sbb ku tempek article ni kat webpage saya ek…supaya bile hubby bace die leh cepat2 hulur budget untuk ku beli CD..
    dh msg sbb nk kol kak sue tp kak sue cam bizi eks??

  8. Comment by azima

    salam,
    adakan herp insert hanya dipakai sehelai untuk tempoh pemakaian yang lama berbanding dengan microfiber insert yang perlu dipakai 2 lapis bagi tempoh lama?

    Hemp insert perlu diletakkan di bawah mikrofiber insert (didalam pocket pants)

  9. Comment by Rini

    Puan Sue..

    Saya nak tahu apa beza 1 insert dan 2 insert. Saya baca di artikel, 2 insert untuk penggunaan dalam tempoh 6-7 jam. Maksudnya kita perlu masukkan 2 keping insert ke dalam CD?
    Terima kasih.
    __
    Dear Rini, betul tu. 2 insert biasanya kita guna pada waktu malam. Masukkan saja 2 keping insert secara berlapis ke dalam pocket CD tu.

  10. Comment by hildah

    sekiranya saya membeli CD yang AIO,bknkah ianya sudah berjahit sedia?jdi bagaimanakah cara untuk saya menggantikkan insert tersebut sekiranya anak sy adlah heavy wetter?bukankah sy perlu memakai pelapik hemp?

    Hildah boleh beli jenis berpoket untuk pemakaian malam (untuk dimasukkan pelapik hemp) dan AIO sesuai untuk kemudahan pengasuh dihari siang.