![]()
Kelas Persediaan Susu Ibu untuk Ibu Mengandung (July 2009) akan diadakan pada:
Tarikh : 5 July 2009
Hari : Ahad
Masa : 9 am hingga 1 tghari
Tempat : Sara Kids, TTDI Jaya

Yuran : RM50 seorang/ RM80 satu pasangan
Topik :
- Mengapa Susu Ibu? Kesannya kepada bayi, ibu dan keluarga
- Posisi dan Cara Menyusukan (Teori dan praktikal)
- Penyusuan Susu Ibu untuk Ibu Berkerjaya
- Mitos Penyusuan
- Q & A Session
Pendaftaran boleh dibuat dengan cara membuat bayaran ke MBB 1540-2632-6859 (Siti Nur Suraya) dan emailkan bukti bayaran kepada info@lunatots.com
Buat semua bakal ibu bapa,
Mengapa anda perlukan kelas ini?
Penyusuan susu ibu tidak susah namun ianya perlukan persediaan awal mental dan fizikal
Insya Allah dengan pengisian dan pemahaman yang berkesan,
anda mampu menyusukan anak anda secara eksklusif selama 6 bulan pertama dan seterusnya sehingga 2 tahun
Pusing sekeliling anda, dan ramai yang tidak dapat menyusukan anak dalam tempoh itu
Dengan pelbagai sebab yang tersendiri
Dan ramai yang mampu melakukannya berkat ilmu didada
Knowledge is a treasure..anda boleh lakukannya!
Dan kami barisan kaunselor laktasi, besar hati membantu anda…
Salam sayang,
Puan Suraya, Kaunselor Laktasi Anda
Related posts:




farah tringin nk g klas kaksue la…apakan daya, jauhh nun disana….
ape kata kak sue buat road tour bf class…hihi..
—
Salam Farah : InsyaAllah ada rezeki, sampailah Kak Sue ke tempat Farah
alamak sue, adik ipar nak dtg pulak 5hb tu..huhu
—
Faiz : Takpe, nanti Faiz join date lain ye dear.
nanti if pregnant lagi, kite pi kelas su..hehe ..doakan…
—
Amin Azza, Amin…hihi (terdoakan berkali kali…ekeke)
awat masa sya preggy dulu cam tak de pn kelas2 ni?(ke…aku yg taktau)..huhu..tapi apepun, alhamdulillah, dapat gak sya teruskan perjuangan sya sampai skrg(dah 10bulan pn)..doakan sya ye
…silent reader je selama ni 
—
Sya, insyaAllah utk yang seterusnya bolehla Sya join kami kan
yer lah jauhkan… meh lerr buat road tour……..
—
Puanpunyer : Kalau saya buat roud tour,sudikah jengah kami? hihihi…
Salam kak su, sha dah BF baby sha almost 8 months tapi tak pernah berkesempatan nak pegi mana2 BF class. Last week nak ke open day sarakids pun tak dapat.ada ajer halangannye. boleh ke sha join this coming class sebab rasanya banyak lagi ilmu yang sha perlukan dalam niat meneruskan full BF sampai baby 2 tahun.
—
Sha : Haritu kita jumpak sekejap kan kan? Boleh kalau Sha nak join mana mana kelas kami. Kak Sue cadangkan Sha join yang bulan 8 nanti. Nanti Kak Sue beritahu agenda dan aktivitinya ya.
salam………alang, along nk tumpg BF class ni leh??hikhik…tp nk free……sori ye, along nyibuk kt tpt post comment ni..br je dpt info dr kwn psl alang pny website ni…….ape2 pn syabas utk alang….along tumpang gumbira………
—
Terima kasih Along, Along boleh join ..jadi speaker, nak? Hihi..
jd speaker? biar betul…kene training ngn alang dulu nih!!haha…..
kalau alang salah, tolong
—
Haha : Along, Along jenguk la sini selalu..Nanti Along boleh kasi apa apa tips dari seorang doktor
lepukkantunjukkan