Disclaimer
    The entire contents of this blog are based upon the opinions of author unless stated otherwise noted. The information in this blog is not intended to replace a one-on-one consultation with lactation consultant. It is a sharing information and knowledge from the research of author. This blog outlines sources, ideas and suggestions on breastfeeding your baby. The author and family disclaim any liability arising directly or indirectly from the use of the information contained in this blog.

    Do drop by at any Lunatots Outlet ( Your Parenting Partner) to buy breastfeeding, cloth diaper and babywearing item. Our official website is http://www.lunatots.com

    Kindly do not SMS me to ask about breastfeeding problem as I may not be able to reply it.
    Feel free to communicate through my email suraya'at'lunatots.com for counseling appointment.
facebook.com/suelunatots
Suraya Lunatots

Create Your Badge
Leave me a msg for friend request approval purpose
Networked Blog

[Google]
Announcement
    LUNATOTS AMCORP MALL , MAJU JUNCTION & CHERAS
    010-2414050/012-5880515

    LUNATOTS PENANG
    012-5510829/012-5280515

    LUNATOTS PUTRAJAYA
    010-2548020/013-6042348

    LUNATOTS GIANT KOTA DAMANSARA
    012-6362919

    LUNATOTS GIANT BUKIT TINGGI, KLANG
    012-4895567
Luna’s Counter
Friends Online

View My Stats
Nuffnang ADV
Luna’s Shop
Readers
Lunatots @HotFM
ShoutBox

Archive for June, 2009

wendy___counselor_p0in

Ini entri saya di petang hari
Ianya mungkin berbaur emosi dan tidak sesuai di tempekkan di mana mana laman web..hihi
Tapi saya kongsikan juga disini buat bacaan semua yang sudi

Saya menerima banyak panggilan telefon, email, YM mahupun SMS mengenai ‘bagaimana menjadi kaunselor laktasi’
Maafkan saya, saya tidak tahu nak menjawab soalan itu on the spot
Sebab di masa yang  sama, saya tertanya tanya ‘mengapa mahu menjadi kaunselor laktasi?’

Biar saya jawab dahulu soalan di atas
Saya tidak tahu ujudnya satu title ‘kaunselor laktasi’ dalam dunia ini sebelum ini
Tapi saya mengkagumi mereka yang mempunyai tahap pengetahuan yang tinggi tentang susu ibu
Anda tahu siapa ‘mereka’ tanpa saya nyatakan namanya
Mereka yang suka bercakap mengenai susu ibu dan membuatkan ibu mahu menyusukan anak mereka dengan hanya sesi kaunseling 10 minit
Mereka hebat kerana mampu menjadikan susu ibu yang hebat daripada isu biasa biasa sebagai topik yang luar biasa!
Saya tidak ada pernah memasang niat untuk menjadi seperti mereka (dari segi populariti)
Tapi saya teringin nak berkongsi ilmu dan motivasi diri
Saya bercita cita melihat penyusuan susu ibu suatu yang istimewa di hati ibu, bapa dan seluruh masyarakat Malaysia
Lalu wujudlah www.diyaluna.com
Dari dalam hati seorang ibu yang pernah gagal menyusukan pada 2 bulan pertama bayinya
Yang sampai sekarang malu melihat kembali gambar anaknya minum susu formula
Saya kongsikan SEGALA-GALANYA di blog ini
Dari cara pengepaman, pam susu, cara penyimpanan, cara pengekalan susu
Sungguh, saya rendah diri kalau kalau pakar laktasi masuk blog saya
Positifnya, saya patut bangga kalau mereka masuk dan menegur bahagian ilmu yang saya tersalah tulis kan?

Kepada kawan kawan yang pernah kenal saya pada Februari, Mac, April, May, June, July 2008 akan tau
Bagaimana ‘eksaited’ nya saya mengenai Penyusuan Susu Ibu
Saya on the phone berjam jam dalam sehari demi membantu teman ibu
Asal balik kampung, saya bersyarah ala ala nurse gomen tak bergaji
Bila nampak org mengandung, saya terus meluru cerita pasal susu ibu
Kalaupun ibu itu tidak berminat dengan cerita saya, sekurang2nya susu ibu masuk dalam list Things To Buy/Consider untuk si comelnya

Sehinggalah suatu hari, salah seorang kaunselor laktasi di Malaysia menggalakkan  saya untuk menyertai kursus
Saya bertanyanya “kenapa saya perlu menyertai nya? sekarang pun dah puas hati membantu ibu”
Katanya “sbb Sue ikhlas dan akak nak Sue jadi one of the lactation counselor”
Itu kepercayaan dan penghargaan yang amat tinggi buat saya!

Kursus laktasi adalah pelengkap ilmu yang saya ada
Ilmu yang selama ini saya cari dari sumber pembacaan dan perbincangan
Dan dalam kursus laktasi itu berkali kali airmata saya bergenang
Bila mana terbayang ruginya anak saya tidak mendapat kolustrum (susu awal)
Menyesal kerana tidak mencari ilmu lebih awal
Dan saya tidak mahu ramai ibu lain jadi seperti saya

Tiada niat meraih untung apatah lagi menjadi kaya atau popular setelah bergelar kaunselor laktasi
Cas kelas yang dikenakan bukan utk keuntungan melampau tetapi bagi saya menampung bayaran kelas
Bayaran peralatan, bayaran makanan, bayaran pekerja, kos fotostat dan handout serta sedikit saguhati terhadap kaunselor
Ianya bukan kareer yang boleh menjadikan anda kaya
Tapi saya tidak menyesal, kerana saya tahu ilmu yang berterusan dimanfaatkan akan beroleh kebaikan
Setiap titis susu ibu yang berjaya menyusukan anaknya berkat dari sedikit ilmu yang saya sampaikan adalah tanda kasih sayang saya yang tiada henti

Dan bila ramai ibu yang mahu menjadi kaunselor laktasi
Jujurnya saya BANGGA!
Kerana ramai yang berhati murni membantu ibu dan masyarakat di luar sana
Lepas ini lebih ramai yang tidak akan terperangkap dengan mitos penyusuan yang mengarut

Tapi bila ramai yang mahu menjadi kaunselor laktasi kerana sebab sebab lain  contohnya mahu membuat kelas,  mahu mendapatkan title itu dan dikenali
Perasaan saya bercampur baur..
Jangan salah faham, anda bukan pesaing saya kerana saya tidak pernah/akan bersaing dengan sesiapa
Saya tidak pernah terfikir yang anda akan ‘mengambil’ kes/customer saya
Kerana kes ibu ibu TERLALU banyak sehingga tak terkejar dek tangan dan masa kami yang terhad (existing kaunselor laktasi)
Saya percaya siapa yang pernah berurusan dengan saya pada Mac 2008 dan Mac 2009 akan rasa perbezaannya
Bukan saya sombong jauh sekali berbangga diri
Tapi saya semakin tidak sempat meng’entertain’ semua case ibu baik melalui phone mahupun email
Masa siang saya terhad kerana berkerja dan malam pula utk keluarga
Ditambah dengan kemampuan fizikal diri saya yang sedang mengandungkan SEJU
(Ianya bukan alasan kukuh untuk tidak terus membantu ibu lain kan?)
Tunjukkanlah kesungguhan anda terhadap penyusuan susu ibu
Walaupun anda bukan kaunselor laktasi!
Anda tidak perlu mendapatkan status itu untuk bersuara atau berkongsi ilmu
Susukan anak anda selama mungkin, bantulah teman anda menyusukan anaknya, berceritalah tentang susu ibu
Sertailah Kumpulan Sokongan Susu Ibu, dengarlah masalah ibu ibu yang tidak mampu menyusukan anak mereka
Build up reputation anda sehingga anda mampu memperoleh kepercayaan ibu ibu
..dan kami barisan kaunselor laktasi akan berbesar hati menjemput anda menyertai kumpulan sokongan susu ibu

Tiada apa yang kami kedekutkan
Cuma besar harapan kami supaya mendapat barisan kaunselor laktasi yang betul2 berniat ikhlas terhadap penyusuan susu ibu di Malaysia khususnya dan dunia amnya
Anda mungkin boleh membayar sebarang kos untuk sebarang sijil tetapi semangat dan kekuatan diukur oleh diri anda sendiri bukan sebarang barisan penilai

Bersediakah anda untuk tidak menolak mana mana kes walau seremeh mana sekalipun
Telefon berdering berkali kali sehari dari ibu yang memerlukan jawapan di waktu itu juga
(Sehingga anak anda berharap anda tidak ada telefon! Ianya menyedihkan..)
Masa 24 jam yang sama dengan semua ibu lain tetapi dibahagikan kepada bukan hanya majikan, anak dan suami tapi semua ibu dari seluruh penjuru Malaysia
Hujung minggu anda bukan untuk keluarga mahupun ibu bapa, sebaliknya adalah kelas dan kes2 yang perlu perhatian anda
Kami tidak melakukan itu kerana sijil, dan bukan kerana arahan Jawatankuasa Laktasi hospital
Tapi kerana tanggungjawab kaunselor dari dalam diri

Entri ini tidak ditujukan kepada mana mana individu tertentu
Ianya berbentuk general kepada semua
Semoga dapat menjadi panduan dalam menimbangtara kareer anda
Renung renungkan
Kenapa anda MAHU menjadi kaunselor laktasi..

Kepada yang bersungguh sungguh untuk menjadi kaunselor laktasi
Lengkapkan diri anda dengan ilmu dan kesabaran untuk menyampaikan informasi yang tepat dan berkesan dari sekarang, dari hari ini
Yakin dan amalkan apa yang anda sampaikan
Suatu hari nanti, anda bukan milik keluarga anda sahaja tetapi masyarakat!

Puan Suraya, Kaunselor Laktasi Jun 2009

Harini saya demam selsema, mata gatal, kepala sakit
Pagi2 saya hantar suami ke pejabat dan Iki kerumah pengasuh
Bila saya tanya, “mommy work, iki pergi rumah?”
(Dia biasanya jawab MAH MAK-(rumah mak) pengasuh)
Harini dia jawab “mah mommy – rumah mommy”
Walaupun saya tidak bekerja hari ini, saya tak boleh jaganya dirumah kerana saya perlu berehat lebih

Iki belum faham maksud mommy sakit dan nak tidur rehat :)

Sekadar untuk dikongsikan bersama dengan semua teman ibu
pic30031




Sayangi diri anda, hargai peluang menjadi ibu dari pelbagai sudut..Take care!

Puan Suraya, 17 June 2009

Kalut kalut balik dari Breastfeeding Class dan kemudiannya kenduridi Kepong
Masa tengah sedap2 makan lauk kenduri, Iki meragam sbb poo poo
Tak berhenti2 dia beritahu “mommy, poo poo”
Sambil pegang bahagian depan seluarnya..



Bila pengantin lama nak bergambar dengan pengantin baru pun Iki mengamuk
Lagi gambar Iki meroyan di blog Azza, wife xschoolmate hb

Kebetulan CD2nya tertinggal di Sara Kids lalu dari Kepong kami roger semula ke TTDI Jaya
Iki menangis sepanjang highway sambil beritahu yang dia poo poo

Sampai di Sara Kids, saya terus meluru ke toilet (haha..sila jangan tiru weh..datang tempat orang sila bersopan :P )
Dalam toilet, bukakan CD dia dan saya nampak darah
Memang Iki poo poo, tapi ada darah di bahagian hadapannya (bukan di stoolnya)
Wah gelabah acik, terus dukung anak tak sempat2 basuh punggung
Nak lari ke wad emergency hospital mana ntah..
Banyak…di hujung penisnya nampak luka..uwaaa

Sudahnya encik suami cucikan punggung Iki sementara saya pergi bertenang
(Apakah?)
Serius weh tertekan kalau anak berdarah darah ni
Selepas menangis sakan dan dipakaikan CD bersih
Iki main macam biasa..macam takde apa apa
Klinik Pakar Kanak Kanak tutup hari Sabtu petang, jadi kami decide utk perhatikan je samada dia menangis semasa buang air kecil atau air besar

Sepanjang malam suami google mengenai bleeding in infant penis
Dan mengikut pembacaannya, ianya normal untuk bayi lelaki yang belum dikhatankan
Boleh refer di sini untuk tujuan pembacaan

Pagi Ahad kami ke Hospital Az Zahrah, Bandar Baru Bangi

DSC01770

Iki dapat antibiotik untuk disapu sehari 2 kali
Kami merancang2 untuk circumsize kan Iki secepat mungkin
Apa pendapat anda?

DSC01771

DSC01772

Dear Iki,
Mommy mahu iki sihat sihat selalu :)

Mewakili Jawatankuasa Laktasi Pusat Perubatan Universiti Malaya
Saya menjemput semua ibu ke ‘Infant and Young Child Feeding Workshop’
Yang akan berlangsung pada:

Date     : 20 June 2009
Time   : 8.30am-5.00pm
Venue : Dewan Sekapur Sireh,
Tingkat 1, Bangunan Trauma & Kecemasan,
Pusat Perubatan Universiti Malaya.
Fees    : RM150 per person

Sekiranya anda mahu membawa baby, anda boleh membawa suami untuk membantu anda menjaga baby dengan hanya membayar RM18 (bayaran makanan).

Agenda :

8.30 am   : Registration
8.45 am   : Welcome and Open Remarks
9.00 am  : Breastfeeding & Working : How to Make Sure It Works!
(Dr Hairin, PPUM)
10.00 am : Morning Tea
10.15 am  : How Can I Help My Child for A Better Brain, Growth & Development
(Prof Madya Dr Zalilah Mohd Shariff, UPM)
11.15 am  : Preparing A Proper Meals for Infant & Young Children
(Pn Siti Mariam Ali, Nutritionist, Ministry of Health
1.15 pm   : Lunch
2.15 pm   : Hygienic Preparation of Feeds
(En. Alsuwad Ali, Food Technologist, Department of Health Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur)
3.15 pm   : A planning Guide for Preparation of Young Children’s Food
(Pn Rokiah binti Ismail, Dietician PPUM)
4.15 pm   : Tea break
4.30 pm  : Cooking Demonstration
5.00 pm : Synopsis & Closing Remarks

Objektif Workshop ini ialah Menyampaikan informasi mengenai Penyusuan Susu Ibu dan Pemakanan Bayi dan Kanak Kanak untuk Ibu Bekerjaya.

Pendaftaran boleh dibuat melalui email ke Secretariat dmomsnbabylink@yahoo.com
Jumpa saya di sana :)

Jujurnya, saya TERINGIN nak ke kursus ini
Kenapa? Sebab saya tahu anak saya makan..tapi saya nak tahu lebih lanjut apakah yang diconsumenya
Seperti cukupkah pengambilan kalsium, zat besi mahupun vitamin A dan lain lain
Sebab makin lama saya nampaknya makin kurus..ahaha
(See..inilah dinamakan severe cultural problem bila bayi harus gemuk bam bam..ekeke)
Saya mengaku, saya faham yang asalkan bayi sihat walaupun kecil dan kurus, dia dalam keadaan yang baik
Tapi saya perlukan ilmu lebih lanjut supaya saya boleh menarik nafas lega

Jom kalian, kita lengkapkan info pemakanan anak kita!

Saya perasan ada ramai juga yang mencari mengenai sabun Mior
Dan sampai ke blog saya
Selaku pengguna yang sudah menggunakan selama hampir 6 bulan
Saya rasa saya harus menulis dan tulis menulis sebagai rujukan ibu ibu :)
Review terakhir saya ada disini

Saya saspek perubahan hormon yang berlaku sepanjang mengandung
Menyebabkan sabun Mior tidak mampu menghalang jerawat2 ini timbul
Ianya besar, banyak dan setempat..macam pakat pakat berjiran pula..hihi

Ini gambar semasa saya menghadiri meeting bersama jawatankuasa kumpulan laktasi PPUM di Hotel Flamingo

Saya ada sekeping je gambar, tak sanggup saya berlama lama di depan kamera…ekeke
DSC01775

Sekali lagi saya tegaskan, ianya bukan kerana sabun Mior ataupun saya malas basuh muka..ekeke
MUNGKIN perubahan hormon yang keterlaluan…
Dan Sabun Mior pun tidak membantu…ihiks  :)

Salam minum petang,
Puan Suraya

Related Posts with Thumbnails