Salam kalian (sambil menyapu sawang2 di pintu masuk blog)
Seminggu kebelakangan ini saya amat kelam kabut
Dengan urusan Lunatots Lampin Kain Moden
Alhamdulillah penerimaan ibu bapa terhadap Lunatots semakin meluas
Rezeki dari Tuhan, untuk kita semua insyaAllah
Saya dah banyak kali duduk depan laptop nak update blog
Tapi saya jadi black blank
Tak tahu nak mula dari mana dan nak cerita apa
Nak guna kata ganti nama apa pun lama termenung..ekeke..sindrom menopause kah?
Lagi saya risau bila pembaca baru baca seperenggan
Kalian cepat2 klik X button tanda ah ah tak suka saya cerita saya yang bosan..hihi
Asalnya blog ini tempat letak pelbagai perkara
Dari teman lelaki (ala masa saya muda muda dulu-wah wah kellas bunyinya ‘teman lelaki’ ) kepada suami dan anak (masa saya dah meningkat kedut usia)
Dan harapnya sehinggalah saya bongkok2 sabut pun
Saya masih berkesempatan untuk menaip SEMUA cerita tentang saya dan keluarga kami
Kebetulan kebelakangan ini masa dan tenaga saya difokuskan kepada Lunatots Breastfeeding & Cloth Diaper
Kerana itu banyak cerita mengenai mereka (mereka = BF & CD)
Jadi kalian layankan aje ye..hihi
Malam tadi saya tak lena tidur
Bimbangkan Ayang yang berkhemah di luar ‘rumah’ saya

Kesian Ayg, berembun di luar. Alg terlupa nak jemput masuk sebaliknya Alg suruh Ayg tunggu Alg update ![]()
Sorry…
Saya dah lama tak bergambar lantaran jerawat naik menggantikan jeragat
Sekali nampak macam perumahan setinggan lagaknya
Berderet2 bersusun tunggu turn dirobohkan
Oh oh kurang keyakinannya saya…
Gambar diambil dari kamera suami
Photographernya adalah org lain selain saya jadi mungkin sudut muka saya tidak dapat diambil dengan baik
Aiceh…padahal saya memang shomot amat pun kalian
Sebab tu saya suka salahkan dia, dia, dia dan dia bila saya tak shantek :big grin:
Saya menghadiri reunion suami saya (Batch SPM99 SM Sains Selangor)
Tudia..Azza (isteri xskulmate suami) dah update pada 29 Jun lepas
Saya baru nak mengarang2…Azza, Sue copy paste ayatmu sebijik2 lah..ekeke
Ini lah gambar teman lelaki, suami dan bapa2 org selepas 9 tahun meninggalkan sekolah
Mesti cigu sekolah kalian tak sangka kalian jadi orang berguna …hihihi
(Cakap pada diri sendiri..sbb tiba tiba teringat suka ponteng masa zaman sekolah)
Ini keadaan di dalam rumah
Sebenarnya ramai orang lain
Tapi semuanya dah balik lepas kenyang makan
Saya dan Iki yang masih duduk dan ambil makanan sesuap dua tanpa henti
Saya melayankan Iki main Airyll’s toy ni, boleh pusing2 stereng tu
Teruja saya Iki!
Nampak macam saya cool je kan senyum2?
(Sebab saya tau ada orang nak ambil gambar kami)
Tengok gambar di bawah, saya tak perasan bila Azza snap
Itulah wajah sebenar saya yang membebel tanpa henti pada Iki..hihihi
Gambar terakhir di reunion adalah gambar kami bertiga
Orang tua tua kata tak elok ambil gambar bertiga
Sebab tu kami kelam kabut nak dapatkan SEJU
Hihi..taklah saya bergurau je.. (muka tengah buat lawak ni kalian harap2 ada yg perasan )
Subuh sapi’e berikutnya, suami drive ke Port Dickson sbb ada teambuilding
Tinggallah isteri tercantik dan anak tercinta di rumah
(Apa motifnya buh ‘tercantik’ kan? haha..)
Jadi saya mengharap ihsan Kak Nurul & suami untuk membawa saya ke Sara Kids Mini Open Day
Kebetulan mereka pun mahu ke sana ![]()
Sudahnya penuh boot kereta mereka dengan barang2 saya
Terima kasih Kak Nurul, Hafeez dan Abg Din di atas jasa baikmu
Lain kali boleh Sue dan Iki menumpang nyibuk lagi?
Dek kerana kelam kabut tiada suami
Gigih la saya angkat plastik2 hamper bagai ke sini
Anak nak berdukung dan menangis sahaja..uwaaa penat!
Saya dijemput untuk membuat short briefing mengenai Cloth Diaper – Lampin Kain Moden
Iki saya selitkan di pinggang, supaya saya senang bergerak dan bercakap
Iki gembira (read:tak menangis) bila didukung – ini kaedah babywearing namanya
Kepada yang berminat utk mendapatkan pouch seperti saya
Hubungi Kak Shada dari BigEyesShop
Kenapa saya bermuka cuak?
Saya risau orang boring dan menguap di depan saya..ekeke
Jadi saya terjah crowd dan minta mereka bertanyakan soalan kepada saya
Dan briefing saya berasaskan soalan mereka ![]()
(Itu teknik mengalih perhatian namanya…hihi)
Saya tak bawa keluar kamera pink saya
Atas alasan yang sama (jerawat acik manyak wehhhh)

Nak dijadikan cerita, ada akak tu tegur saya
“adik, muka adik ni kalau pakai produk USANA mesti cantikkkkkk”
Saya dah mula rendah diri “nape, sekarang teruk ye kak?”
Dia “Ha a…teruk…”
Uwa…saya berlari2 kembali ke khemah tekup muka dan tak sanggup jalan2 pusing tgk booth lain (haha)
Low self esteem sungguh kan?
Mujur Azza sudi ajak saya bergambar
Ailevyu tau Azza, hihihi
Dapat juga saya tersenyum sakan dengan perut
(Acik dah 6 bulan pregnant, dah ala ala org makan kekenyangan je…kekeke)
Kepada penganjur Sara Kids Mini Open Day
Terima kasih daun keladi
Kek sedap, mee kari pun nyammiii…
Maafkan diriku yang tidak membantu dari segala sudut
Ku tak berdaya, suami dan kereta orenku tiada
*Saya ada sibuk2 membantu dari sudut emosi, tanpa bertanya samada diperlukan atau tidak..ekeke
Dan tema pink putih tidak saya patuhi
Kerana warna putih membuatkan saya lebih besar dari yang sepatutnya..hihi
Bukan, saya tiada baju warna putih dan tak sempat nak terjah mana mana sopomarket
Maafkan saya ye tuan/puan penganjur
Kepada SEMUA yang hadir
Walaupun tak sempat berulit mesra sbb saya pemalu (ihiks, saya gantikan penat mengah2 dengan pemalu )
Saya harap di kesempatan yang lain, saya kurang penat dan boleh bertegur sapa dengan SEMUA
Tanpa ada seorang pun yang tertinggal
Salam sayang,
Puan Suraya & Iki
Related posts:




seronok tgk kumpul ramai2 kat MOD sara kids tu
. 5 thn lg kot blhla sy nyibuk2 kat gathering cmtu. hehe
—
Nadiah kan jauh di sana..hihi Bila balik nanti kita jumpak macamtu ye
Sue,
X terasa mengah ke mendukung Iki kesana kemari dgn membawa perut lagi…tapi ye la Sue muda lagi…tenaga masih kuat…Masa sy pregnant yg ke2 dulu, 3 bulan dah mula rasa tekanan kat bhgian bwh perut(bekas luka ceasar) tiap kali mendukung anak, so doktor advise jgn angkat berat/dukung anak…
Atau bila guna bby wearing beban berat tu x terasa?
—
Sabar,
Utk kandungan SEJU ni Sue tak terasa penat sangat. Bekas luka caesar rasa perit2 tapi boleh tahan lagi,hihi.. Baby wearing membantu seketika dan bukannya menyelesaikan keseluruhan permasaalahan..eh apa Sue cakap, maksud Sue, bolehla buat sementara 20 ke 30 minit sebelum rasa lenguh tiba
Sue akan dukung Iki bila terpaksa, selainnya ayah dia tolong dukungkan