Ini entri meminta cadangan
Saya dah tidur jam 12 tidurkan anak dan tertidur sekali
Terjaga semula jam 4 pagi selepas dihempap anak, terus mata tak boleh nak pejam
Saya teringat Ajasu (kawan forum nan cantek jelita)
Dia pernah tinggalkan mesej di forum cari pukul 4 pagi melapor diri
Masa tu saya confuse, dia bangun bersahurkah?
Tidur itu tak pentingkah?
Rupanya makin bertambah bilangan usia
Makin wanita cantek tak pedulikan tidur, kan?
(Perasan tak kata sifat yang sama digunakan berulang kali?)
Dah beberapa minggu saya risaukan kedudukan katil di bilik utama kami
Gambar dicilok dari fotopages masa kahwin
Masih menggunakan katil dan langsir yang sama
Cuma kedudukannya dirapatkan ke dinding tepi
Dan tanpa cadar bunga ros

Buat masa ini, saya dan suami menggunakan separuh daripada ruang utk kami
Dan separuh lagi milik Iki
*Anak panah bermaksud kawasan Iki bergolek2
Kalau rasa nak kena hempap, berani berani lah masuk kawasan jajahan Iki..ekeke

Dan kadang2 Iki tidur tengah2 antara kami
Kalau dari sudut pandangan atas, nampak macam KLCC dan jambatan ditengah2
Atau lebih tepat umpama huruf H

Merujuk kepada keadaan sekarang
Dimana SEJU patut tidur?
Saya mahukan co-sleeping ketika dalam pantang kerana tak mahu terlepas feeding cues jika bayi berada di dalam playpen
Apa maksudnya?
Begini, bayi ada beberapa feeding cues (hint2 yang dia mahukan susu)
Iaitu antaranya :
- Bola mata bergerak2
- Tangan mengusap2 muka dan mata
- Mulut nak makan selimut atau apa saja yg berada di tepi mulut
- Berbunyi hek hek (cooing)
- Air liur keluar2
- Mulut ternganga nganga mencari sesuatu
- MENANGIS
Dan kalau boleh, saya tak mahu sampai stage terakhir iaitu MENANGIS dan barulah menyusukan dia
(Macam yang berlaku pada Iki semasa dia kecil kerana dia tidur di dalam playpen..hihi)
Kerana itu saya mahu tidur bersebelahan SEJU
Seperti mana saya tidur bersebelahan Iki selama 1 tahun 7 bulan ini
(oh anak bujang saya dah 1 tahun 7 bulan!)
Melihatkan kepada kedudukan Iki dan katil kami
Saya menimbangkan beberapa perkara
- Daddy & Iki tidur di lantai (bentang tilam dan toto) atau
- Mommy & SEJU tidur di lantai atau
- Beli set katil king di bawah (yang takde kaki katil) dalam gambar di bawah bagi merapatkan jurang antara org atas katil dan org bawah katil :mode air liur meleleh:

Ga….yang mana cadangan paling menarik?
Related posts:




wah,alang dh full-time jd businesswomann…congratzzz…eh,tp slh komen plak..xpe le kan alang..dah terklik kt sinie..hikss….angah nk gie umah alang..nk kasik balik baju alang yg dh setaun lebey angah perap..arap alang x marah…sbb dgn adanye baju tu..bile angah pandang baju alang yg angah simpan dlm almari yg sentiasa x bertutup..angah mesti ingt alang…
—
Eh : la nape angah komen kat sini..ekeke
Ok ok, jemputlah kerumah alg bila2 masa ye Angah..
batrisyia pun dah co-sleeping dgn kitorang. dulu dlm playpen je. dah besar 9 bln ni br sibuk2 nak co-sleeping. dia seperti lebih suka tido di katil empuk abi dan uminya dr tilam span playpen dia. hehe.. skrg dia tido di tgh2 dan dia sgt ‘baik’ sbb suka curi masuk kawasan saya. kawasan abi dia, dia tak kacau langsung! huhuh..
guess what? ada satu malam tu, saya terjaga sbb terasa ada org (iaitu Batrisyia.. bkn org lain) sedang cuba menyelak baju saya sbb nak susu. Haha, so cute!
ok, berbalik pd soalan sue. Ala sue, saya tau… sue mesti nak katil yg rendah tu kan? lagi mau tanya. hehe.. beli aje la katil tu.
—
Ahaha : Liz dah ada kawasan masing2 yang ditandakan ye. Pandainya Batrisyia cari susu sendiri
Iki punya feeding cues “susu..”
Bukan cue dah tu, memang betul betul sampai maksudnya..keke
Urut dada, sabar..tak buleh beli semua. Nanti Menteri Dalam Negeri rumah garu kepala..ekeke
hi sue!!
ni alkesah cerita dan pendapat saya yer..
anak sulung saya, hannah sebaya iki..dan adik dia, hadif baru je sebulan (baru abes pantang).
ape yg kami buat, mmg tido kt atas katil king. 2-3hari pertama dlm pantang, papa+hannah bentang toto tido dibawah..
tp oleh kerana nyamuk suka sgt gigit hannah, maka papa pasang kelambu besar dan kami mula tido berempat. tp dgn cara kepala kami tidak terletak dibahagian kepala katil. kami susun kedudukan ikut lebar katil. dan susunan : papa – hannah – mama – hadif.
saya perlu berada di tengah-tengah hannah dan hadif sebab dua-dua mereka menyusu badan. so senang la mama dorang ni nk turn left or right mengikut demand.
aiyooh walaupon tido dikatil king..saya masih tak selesa. sebab tak boleh bergerak. hannah tido lasak. suka amek ruang mama.
sehabis pantang ni, saya perasan hannah kurang minum waktu malam dah. so kami amek keputusan utk letakkan hannah dlm babycot. (belum laksana lagi laa) dan hadif tetap disebelah saya. dia bgn 2-3kali setiap malam utk susu. dan ye, saya tak penah lg ketinggalan cues dari dia
ini adalah supaya dapat memberi ruang papa dan mama berkasih sayang semula hahahah..sgt gediks ok
so pada pandangan saya, mmg elok sgt sue beli katil/tilam king itu.
seterusnya sue boleh tengok pattern abg iki…jika dia sama seperti hannah, mungkin boleh letakkan iki dlm cot juga nnt.
sekian
membantu ke??
hehehe
—
Lydzar : Sangat membantu pendapatan-an Lydzar itu.
Sue baru berkira kira nak letak Iki dalam playpen nya semula.
Dah biasa bergolek diruang yang besar, kalau dalam playpen harus dia langgar segala bucu kan Lydzar?
Sedih pula nak sorang tidur atas dengan anak pertama dan sorang tidur bawah dengan anak kedua..ekeke (Makin jauhla jarak antara kami)
Pastu kalau pakat bentang toto depan TV, apa fungsinya master bedroom? hihi… Ada 5 bulan utk berfikir
ku pilih katil king size itu..
—
Haha : Kak Serindit suka katil tu ye..hihi..shantek kannnn..
masa mengandung hakim(SEJU) kami pun pikir yg sama…pastu dalam satu hujung minggu tu konon nak survey kedai perabut..nak tukar katil…keluar simpang sg. sekamat kajang tengok ada iklan beli umah kat saujana impian RM165k. umah ni kecik jer 18′x55′. hubby ajak tengok pastu dier kata kiter takyah beli katil la…kiter beli umah…msa tu kalu ikut duit tabung ngan gaji rasa2 cam sesak nafas gak nak tambah hutang.. tapi hubby kata belasah jer la…so la ni kami dah pindah pun umah tu…
susun atur..ibu ngan hakim(seju) tido atas katil, kakak ngan ayah tido atas toto….ni dah nak masuk 3,4…kami pun tgh pening nk susun aturkan anak2….pujuk kakak ngan hakim tido bilik sendiri…kakak demand bilik nk pasang air cond…nak hias gambar princess….ibu ayah mode garu kepala pusing nak carik modal…..
Rezeki SEJU kak Huda..
—
Ye ke Kak Huda : Dah ada rumah sendiri kan
Buat masa ni, itu aturan Kak huda dan suami ye. Keke, pandai kakak demand…haha…
Hakim baya Iki, dah boleh tidur sendiri ke Kak Huda..ehehe (Ni kes anak takut tidur sorang ke mak tak sanggup berpisah? haha)
iki dah besar, gerenti langgar bucu playpen. sbb ape? sbb batrisyia yg baru 9 bln tu pun dah selalu langgar bucu., psl tu dia nangis2 manja xnak tido dlm tu. kalau tido kat katil kitorang,amboi.. sedap tido lena sbb byk ruang nak golek2 (ni time kitorang x tido lg la).
now, abi dia buat keputusan nak carikan tilam lembut (latex sesuai ke sbb nmpk dah byk jual) utk letak dlm playpen supaya dia leh tido di tmpt dia sndr. nak transfer kat katil sndr, mcm halus sgt je anak aku tido sorang2 kat katil. abi nye semangat, divan base utk anak daranya dia dah ada. tinggal letak tilam and beli penghadang utk elak dia jatuh katil je.
—
Ha a Liz, Sue notice kalau ruang Iki sempit dan kerap terhalang dek bantal2 atau katil mahupun dinding, dia kerap berbunyi merengek2. Tapi kalau tidur ruang besar boleh bergolek sakan, dia lena tidur.
Waha, dah siap tempat utk Batrisyia tidur sendiri ye. Tunggu dia berhenti menyusu nanti, dah boleh tidur sendiri
cantik katil tuh..bole beli katne tuh..hehehe..nyibuk nye aku kan..
—
Aini boleh jenguk2 Cavenzi, ada di sana..
ayg pilih yg katil xde kaki. ayg pun teringin katil begitu, tp x cukup duit so ayg beli tilam spring dulu. letakkan tilam atas carpet terus. bila tidur pura2 mcm tidur di katil tu.
—
Oh oh Ayg pun suka katil tanpa kaki (mengurangkan risiko jatuh katil) tu ye. Berkenan sungguh Alg, boleh masuk list mengidam kah? Kekeke..
huhu…walaupun seju dah takde, tp jutt dah berkira2 nak asingkan aimin. nak ajar tidur sendiri…tp ku masih tak sanggup…huwaaaaa. tp, beli king ok gak cuma dr segi penjimatan kena pk 20 kali. yelah anak makin besar…akhirnya tinggal ibu ayah je…
—
Jutt : Tidur bersama senang nak susukan baby mlm2, tak perlu bangun ke playpen dia..Mak pun lena sekali
Katil king lebih besar ibu ayah bergolek dan golek dan golek ..keke
SUE, tetiba lak nama Aja naik kan?? ewahhh.ewaahhh…. dia pon x tido kan..kan..
Ahahha…. Sue, Aja now tido berLIMA ada 2 katil queen. TOTO is a big NO-NO-NO..
not good for your backbone, ingat tak Aja kena slipped disc tanpa sebab…rasanye because of postur x betul n about 4 years tido atas toto..sampai dh beranak 2. Now tido atas katil less sakit belakang even bfeed the whole night. The choice you have, boleh beli another katil king/queen. Cantum jer dgn katil sedia ade. Tapi katil Sue tuh foster bed kan ada tiang. Tatau la kalau cantum leh rapat ke tak?
p/s: Sue, parent kamu baca kah blog kamu, bisa timbul dlm pikiran nyer…aduhai anak pompuan aku, letak gambo katil online…wakakakkaka….
—-
Haha : Thanks Aja. Bilik Sue kecik, tak muat bubuh 2 katil queen.
Kalau nak bubuh juga, kena keluarkan almari baju dan meja solek..ekeke
(Tu dia, betul2 bilik tidur semata)
Baiklah, tidur di atas toto sahaja is not a good idea. Terima kasih.
p/s : Parent ku tak baca rasanya..TNB buleh guna intranet je hantar email together2 kat kawan sekerja sahaja..ekeke
Sekadar nk kongsi.
Saya mmg tkboleh tido sempit2. Masa anak dara dh guna katil queen walaupn bdn kurus kering. Bila kawin rs agak sempit tp rela (haha). Dh ada anak sorang, mula rs sempit yg amat sbb dia mmg dr kecik tk mau tidur playpen. Bdn pun sengal2, mood pn dh tk elok lg, nk beli saiz king BUDGET plak.. so, beli katil single rapatkn (kanan dinding, kiri katil queen). wah, lebar: syok tidor! (hubby-i-anak).. tiba2 blum anak sempat berdikari (now 2 thn) dpt SEJU plak. So, katil2 tu dh jd agak sempit sbb baby dh ambik ruang abgnya. Aturan tido pn dh berubah (i-baby:kepala tilam & abg:kaki tilam-hubby). I kene tido tepi sbb senang nk bgn mlm2 tuk salin lampin baby. Sebulan dua bleh lah tahan, lama2 sakit bdn la. Lgpn skrg baby dh 3 bulan mula brgolek2, silap2 abg jatuh katil so i amik keputusan, beli tilam queen lg satu (sbb toto tk selesa kn). Katil single simpan stor, dgn harapan 2 tido atas, 2 bawah. Katil queen tk beli, jimat. Kesudahannya, skrg ayah tido sorang2 atas katil queen, ibu diapit oleh abg n adik atas tilam queen. haha, abg masih mahu bau ketiak ibunya. ketiak ayah tk best ker?. So, if i tahu jd mcm ni, baik beli tilam king aje utk I n anak2. Ayah cukup dgn single. hahaaa… skrg, brsabar aje lah sampai anak besar skit (dh tk menyusu). bleh ibu naik tido sblh ayah bila anak2 dh lena. Tp i ada ckp kt hubby: silap2 one day hubby balik kerja tgk, dua-dua tilam duk bawah. Habis cerita. Anak2 i mesti suka punya lah! Jd playground.
—
Hihi : Thanks Nur..oh oh ayah dan ibu berjauhan sementara la ye..Luas ayah tidur sorang atas katil queen..ekeke
Nanti Sue susun aturkan anak beranak ni..ekeke (dah terbayang ramai ramai atas katil)