Officially self-employed
Saya belum beritahu kalian
Yang saya sudah secara rasminya berkerja sendiri
Selepas hampir 4 tahun berkerja dengan orang lain
Saya tender my resignation pada Januari 2009 dan berkerja sehingga hujung Jun 2009 (Ianya akan jadi tempoh notis berhenti kerja yg paling lama kan)
Apa kerja saya sekarang?
Menguruskan segala urusan jual beli, bank, pembayaran sana sini, stok dan marketing Lunatots.com dari rumah
Ianya urusan yang sama seperti yang saya lakukan semasa berkerja
Bezanya saya boleh lakukannya dihari siang (8am-5 pm)
Berbanding terpaksa bangun di malam hari dan melakukannya seperti selama ini
Antara lain, saya perlu ada perancangan saya sendiri
Seperti minggu ini nak siapkan apa
Minggu depan nak target apa
Waktu berkerja saya 8am hingga 6 pm Isnin – Sabtu
Ahad adalah melalui appointment sahaja
Bagi yang memerlukan khidmat kaunseling penyusuan susu ibu
Saya boleh dihubungi dengan cara ini
Iki dihantar kerumah pengasuh dan dijemput jam 6 pm setiap hari

Berkerja dari rumah bermakna walaupun saya takĀ menyibuk ambil tahu tentang jiran2 sekeliling
Saya tetap akan tahu..ekeke
Contohnya jiran depan saya sedang renovate rumahnya
Jadi dia banyak bahan buangan dan perabot lama yang dibuang
Suami saya bercita cita nak ambil papan dari perabot itu utk dibuat ’sesuatu’
Jangan tanya saya apakah ’sesuatu’ itu sbb saya pun belum diberitahu
Tapi saya menghalang niat suci murninya kerana perabot yang dibuang itu adalah altar (tempat sembahyang)

Dan jiran sebelah kiri saya mahu menjual rumahnya dengan harga RM178k nett
Rumah setingkat, 3 bilik dengan keluasan 20×75 sqf (kalau tak silap)
Perlu diberitahu yang bank hanya memberikan pinjaman 90% daripada RM135k (harga semasa rumah)
Jadi jika ada yang berkenan mahu membeli rumah ini, siapkan RM 56,500 tunai
No utk dihubungi, saya perlu keluar melihat semula jika ada yang berkenan
Saya tiada komisen sekiranya rumah ini berjaya dijual
Harapnya saya akan mendapat jiran utk berbual lepas boring tgk Manjalara ..hihi

Aktiviti dirumah ialah ‘bergaduh’ dan menari dengan Iki
Bila saya leka sekejap depan laptop, Iki ada agenda sendiri
Anak saya dah memanjat sana sini
Kotak2 A4 itu adalah barang2 saya dari ofis yang masih belum dikemaskan
Banyak…sbb hasil usaha menyepuk selama 3 tahun berkerja
(Eh terkembang hidung pula walaupun bukan perkara yang bagus – menyepuk barang2)

Kalian,
Saya gembira dengan apa yang saya lakukan
Life is too short, pastikan anda lakukan sesuatu yang berbaloi buat kehidupan anda ya!
Hari ke enam bergelar self employed,
Sue belum mandi, 6 July 2009
Related posts:












sue
i’m proud of you
go mommy!
—
Kak Ina, Terima kasih
sue dear..selamat memulakan kerjaya baru!
—
Terima kasih Riez..
teringin nak kerja dari rumah jugak. tengah mencari peluang. Huhu
—
Azza : Sue doakan yang terbaik utk Azza dan Airyll
wahhh…bestnyer dengar…selamat menempuh kerjaya baru yer…gud luck
—
Terima kasih Suriati. Su, saya ada email Suriati tapi mungkin Suriati tak perasan. Ianya mengenai jumlah CD yang dihantar tempohari
Diam2 je Sue ye…so skrg leh full time dgn kerjaya baru…seronok kan leh tengok anak2 membesar depan mata…Wish one day I will have the chance…duk kat rumah tapi duit masyukkk…
WISH U BEST OF LUCK!!!
—
Sabar, doakan Sue sukses sukses ye.Terima kasih
bestnya dapat kerja dari rumah.
Gud luck to u..
—
Terima kasih mirah, lama tak nampak mirah tinggal komen. Mirah dan anak anak sihat?
waaa..bestnyerrrrrr…bekerja di rumah jugak cita2 saya..insyallah 1 hari akan terlaksana jugak…amin…
—
Amin utk Syaz dan keluarga..dari Sue, Iki & SEJU
salam

tahniah sue… bgus la… semoga berjaya ok!
—
Terima kasih Kak Nana : Doakan Sue sukses ye..
Tahniah dari admin Awra’s OnLiNe StoRe.. wish u the best…
)
—
Terima kasih Awra’s Online Store (Macam baru buka kedai dan syarikat lain hantar bunga di depan kedai pula perasaannya
Semoga sukses selalu! Tingin nak keje cam Su tp self-employed memerlukan self discipline yg amat tinggi. Nak merancang, melaksana semuanya sendiri kan. Usaha kena double triple sblm btl2 establish. Tp seronok sbb takyah keje bwh org ;)Kita boleh buat apa2 je mengikut kreativiti & kehendak kita. Kak Nik doakan Su berjaya & jd inspirasi setiap ibu2 di Malaysia.
P/S: Skima lak ayat ku ini..he..he..
—
Terima kasih Kak Nik : Betul tu Kak Nik, segala sudut sen syiling perlu dikira dan balance.
Doakan Sue gigih ke hadapan ye Kak Nik, amin..
sonoknyerr keje dr umah kannns..
—
Saya baru lagi en_me, belum tau seronok ke tidak..serasanya macam sama waktu berkerja dulu, bezanya berkerja sendiri
wah…bestnyer keje kt rumah jer kan. x yah susah nk siapkan itu ini pg2 kan……Good luck sue. mana tau nti boleh bukak kilang CD lak kt M’sia lak….Who know’s……Insya Allah
—
Salam Kak Aida, terima kasih? Kilang CD? emmm..tak terfikir pula..ekeke
Salam su,
Wah da berkerja dari rumah ya..
Amat menarik sekali n tentunya seronok kan..:)
—
Salam Ma : Harini Sue berkerja dengan Iki. Sementara Sue menaip, Iki main plug (baru dia diam dan leka)…Sigh
wah..tahniah sue..take a good care of yourself, iki and seju..
—
Sya : Terima kasih..
tahniah sue…bekerja sndiri lebih baik..nk jadi mcm sue tapi tak rezeki lagi…
teruskan usaha mengembangkan brand lunatots.. chaiyok!
—
Terima kasih June : Doakan Sue tak asyik berbaring di atas katil dengan alasan rehat sekejap..ekeke
tahniah sue..
akhirnya berjaya juga bekerja dari rumah..
semoga business sue bertambah maju…
—
Terima kasih Sya. Amin..
wah syoknyeeeeeeeeeee….
tahniah.. tahniah…
—
Terima kasih Laila
Sue..really impressed of you! saya pun self employed juge!
berkerja dari rumah! Iki pun lebih kurang sebaya dengan Ammar (1thn). dah pandai panjat2 la! siang cuma ada 4-6jam aje..mlm la baru buat keje….
Viel Gluck!!
Bila bersama dia, memang susah nak buat kerja sbb kena dahulukan dia
Sudahnya jadual berkerja jadi 18 jam kalah ofis hour ..hihi
—
Terima kasih Mak Ammar
mesti best keje sendiri, kn? sy ada gk cita2 nk keje sendiri..berbisnes sbb sy tak minat sgt keje mkn gaji & ms pun lbh flexible kalau keje sendiri tapi….sy tak reti berbisnes! huhu..cmne tuh?
—
Salam Nadiah : Sebenarnya saya bercita cita utk kerja sendiri dan berkerja sebagai penulis…bukan bisnes. Tapi bila terbayangkan buku yang saya tulis
syoksendiri tu tersadaimelambak2takde org beli di kedai buku, saya padamkan dulu cita cita itu..kekeke..kak sue…silakan menulis buku ye…..ihihi…
love your writting la….
—
Terima kasih Farah : Nanti kak Sue fikir nak tulis buku ape ye..ekeke
slalu menempek kt blog kak sue dan tgk iki, balik umah tgk syifa pon dh mcm iras iki…hehe
iki sgt comel dan kiut…geram sungguh, untie nk cubit2 je rasa….iki jadik menantu untie nak x? hee…
—
Farah : Kalau jumpa betul2, Farah pun pengsan, terus cancel jadi menantu..keke..berlengas amat Iki ni..
go mummy..go mummy….
—
Thanks Kila
WAHHHHHHHHH self employed !! alangkah bagus nye
penat mmg penat, sue .. tp puas…
tgk anak beso depan mate lagi ..
1 anganku yg x kesampaian ..sbb x pandai cari
peluang keja sendiri + gaji lalingku x beso .. hihihihihih
*moga diredhai Allah & berjaya hendaknye
—
Elfi : Terima kasih atas doa Elfi..
Sue ‘Just Do It’ je Elfi..dan berharap rezeki kami sekeluarga tak putus..Amin (kena aminkan banyak kali..hihi)
Congrats…i’m jealous..huhu…really want 2 be WAHM;-)
—
Nurel, terima kasih sbb sudi jenguk blog saya