Selamat pagi kalian,
Harini terlewat update blog sbb siapkan sarapan utk anak terlebih dahulu
Bila anak kenyang, ibu senang berblogging bagai kan kan?
(Sambil menjeling manja sepinggan buah oren yang diramas ramas anak)
Gambar gambar di bawah ialah semasa hari terakhir saya berkerja di ZEN
Ala ala majlis perpisahan yang dihadiri oleh separuh daripada colleagues
Separuh lagi sudah punya agenda lain samada di rumah mahupun di luar
(Ada juga yg tak dpt dtg kerana berkerja..isk..kasian mereka)
Kami berkaraoke di Green Box Jusco Cheras Selatan
Tempatnya dekat dengan Balakong (memang di Balakong pun..hehe)
Bilik yang kami dapat sangat cantik, siap ada toilet di dalam bilik
Satu bilik dapat 4 mikrofon, jadi nak berduet boleh, berkoir pun buleh
Kami sampai jam 8pm dan terus serbu makanan
(Di lobi ada macam macam makanan-nasi, pasta,mee segala)
Cheese cake, cheese tart, keropok2 MSG dan macam macam lagi
Air merah, oren, hitam pekat ke air kosong semua ada
Bila dah kenyang makan, baru boleh menyanyi dengan sedap..hihi
Anak saya disuapkan oleh suami sementara mommynye warm up nyanyi sengau serak serak basah
Kami bawa Iki sbb takde siapa nak jaganya
Segan nak minta pengasuh jaga sampai ke malam
Dan memang pukul 6 ptg je saya nak jumpa anak dan libatkan dia dalam SEMUA
(ok, bukan semua, tapi most of our activities)
Besar gelak saya sbb Joseph dan suami sedang berduet lagu Kuch Kuch Hota Hai
*Siap buat suara penyanyi wanita…adoila..
Kalaulah mereka boleh berpusing2 keliling bilik, mesti lagi menarik..hihi
Gambar tayang jerawat di bawah tiada motif
Budak2 laki ni sengaja buat muka boring dengar saya menyanyi..dah mereka kontrol hensem tamo nyanyi kan..keke..
Satu bilik dpt 4 mikrofon, tapi satu mikrofon dah diambil alih oleh Iki
Mommy Iki satu, Iki satu..balancenya 2 mikrofon je utk org lain
Semua sekali 19 orang..sungguh rendah kebarangkalian mereka dapat pegang mikrofon dan menyanyi
Bila gambar dah banyak, saya skip2 cerita je la ye
Kalian enjoy viewing the pictures tau
Oh oh tang gambar ni saya nak announce kan
Yang KC (dalam gambar) masih single dan mencari..hihi
Antara lagu2 yang memerlukan khidmat jurutari sukarela
Ialah YMCA, Macarena dan Poco Poco (sigh)
Tak larat saya sengih2 tengok gelagat diorg ni
Semua ni akan jadi antara kenangan terindah dalam hidup saya
Lampu malap mungkin nak mencipta mood sedih..ekeke
Saya tak bercakap panjang2 sbb dah tengah malam
Masing2 nak balik rumah..ekeke
Mula mula saya cadang nak menyampaikan sebuah dua lagu
Tapi ngeri pula dibaling telur, botol, pinggan kosong etc etc
Jadi saya ucapkan Good Luck kepada semua walau dimana mereka berada
dan tak lupa, Good Luck kepada diri saya sendiri
Hadiah dari teman2 di ofis
Menurut kata mereka ada yg contribute kotak, ada yg sumbangkan jarum dan ada yg sumbangkan klip besi jam
Terima kasih semua!
Video saya menyanyi syok sendiri di bawah
*Sengaja saya lalu lalang depan budak2 laki yang sibuk bergambar
Weh..kita kat karaoke la weh, bukannya studio gambar..keke
Entri entri kenangan semasa di ZEN:
Company trip, Pulau Perhentian 2008
Teambuilding Nur Lembah Pangsun 2008
Mei 2007 semasa Majlis Perkahwinan kami di Pusat Konvensyen Sg Siput(U)

Saya & suami juga tidak akan lagi seopis :muka berlagak tenang macam takde apa apa berlaku:
Buat semua,
Yang berbeza cuma saya tidak berkerja bersama kalian lagi
Selain itu, semuanya masih sama
Saya masih Suraya yang kipuchi dan shanteks (haha)
Dan kalian akan tetap berada di ruang hati saya kerana kalian pernah menjadi sebahagian daripada hidup saya
Salam sayang,
Miyuki Sue, Sue Slim, Sue Shanteks Amat, Pinky Sue ( Semua ni signature saya tiap kali tulis di kad birthday mereka semasa di ofis)
Related posts:




Kompom leh tubuhkan sesuju! mommy berkaraoke bagai masa baby dalam perut..hihihi
Take care alang
—
Acu : Kalau macamtu, tinggal mantopkan tarian Alg, betul tak? Ekeke..Thanks
Dear Su,
Bak kate MR Herry kiter..’su x buleh ditukar ganti..”
Su ibarat sesuatu yang cantik menghiasi dan menceriakan.
Miss u a lot.
Thanks for everything.
Semuga su berbahagia hidup di dunia & akhirat bersama famili tersayang.
—
Ika, Sue ibarat wanita vok yang tidak disedari oleh sesiapa di ofis sehinggalah hari kehilangannya..hihi
Eh kenapa ku prefer memegang title vok daripada shanteks pula ni? Oh Acu..Alg menjangkitimu