Disclaimer
    The entire contents of this blog are based upon the opinions of author unless stated otherwise noted. The information in this blog is not intended to replace a one-on-one consultation with lactation consultant. It is a sharing information and knowledge from the research of author. This blog outlines sources, ideas and suggestions on breastfeeding your baby. The author and family disclaim any liability arising directly or indirectly from the use of the information contained in this blog.

    Do drop by at any Lunatots Outlet ( Your Parenting Partner) to buy breastfeeding, cloth diaper and babywearing item. Our official website is http://www.lunatots.com

    Kindly do not SMS me to ask about breastfeeding problem as I may not be able to reply it.
    Feel free to communicate through my email suraya'at'lunatots.com for counseling appointment.
facebook.com/suelunatots
Suraya Lunatots

Create Your Badge
Leave me a msg for friend request approval purpose
Networked Blog

[Google]
Announcement
    LUNATOTS AMCORP MALL , MAJU JUNCTION & CHERAS
    010-2414050/012-5880515

    LUNATOTS PENANG
    012-5510829/012-5280515

    LUNATOTS PUTRAJAYA
    010-2548020/013-6042348

    LUNATOTS GIANT KOTA DAMANSARA
    012-6362919

    LUNATOTS GIANT BUKIT TINGGI, KLANG
    012-4895567
Luna’s Counter
Friends Online

View My Stats
Nuffnang ADV
Luna’s Shop
Readers
Lunatots @HotFM
ShoutBox

Kalian, tgk tajuk dah berubah menjadi WAHM episod seterusnya berbanding bernombor seperti sebelum ini sbb kalau ada episod 2, mesti ada 3, 4 lepastu kena ada season 1, 2 pula…ekeke

Setelah seminggu bergelar WAHM – saya dan suami rasa lebih tenang
Malam, saya luangkan utk keluarga, seperti masak sardin simple2, menonton TV/movie dan bergolek sambil melayan Iki
Dan siang saya allocatekan utk SEMUA kerja seperti – packing barang, blogging, shopping barang dapur, basuh CD..ekeke
Tiada lagi mulut muncung meroyan pagi2-nak-pergi-kerja-baru-nak-packing-order
Jujurnya, mungkin dari segi kewangan kami akan mengalami sedikit kemerosotan..hihi
Tetapi kalau itulah harga sebuah ketenangan dan keharmonian rumah tangga
Saya rasa berbaloi (wah wah sila pengsan, ayat tak boleh blah..ikiki)

Bila badan penat berkerja siang dan malam, ditambah masa yang singkat, rumah yang selerak dan anak yg suka merengek
Keseluruhan formula itu menimbulkan rasa runsing dan rasa ai-lev-yu-lev-me-too itu entah ke mana, kan?
Besar harapan saya, yang being a WAHM akan membuatkan saya rasa rumahku sorgaku..hihi

Harini saya hantar Iki ke rumah pengasuh dan dia gembira babai saya dari gate rumah ‘maknya’
Saya cadang nak singgah ke pasar pagi yang menjual sayur2
Tapi saya nervous (apakah?)
Haha..saya nervous memikirkan, apakah pakaian yang sesuai
Sebab saya lihat semua wanita berpakaian cantik pergi ke pasar sementara saya hanya memakai tshirt dan seluar tidur malam tadi
Saya tak jadi singgah pasar sebab saya tak bawa duit dan kamera
(tak bawa duit tu logikla, tak bawa kamera?kekeke)
Sebab saya cadang nak ambil gambar pasar pagi dan tunjukkan kepada kalian
Saya juga dah plan nak bawa pen dan kertas kerana saya sudah sampai masanya saya patut tahu berapa harga kangkung seikat, telur sepuluh biji, ayam sekilo dan lain lain barang supaya dapat dibandingkan dengan Tesco…hihi (ai kan surirumah yang pandai berjimat..)

Sekarang saya nak :

  1. Packing order utk dipos
  2. Serbu Tesco untuk beli barang dapur
  3. Terjah tingkat bawah Amcorp Mall utk cari tong sampah dan book stand (haha..jauh2 cari tong sampah. Itupun kalau saya rajin)
  4. Kemudian mungkin ke Seri Kembangan dan Bandar Baru Bangi untuk menghantar barang :)

Istimewanya menjadi WAHM- kalau saya malas, saya buat aktiviti no 1 sahaja
Dan no seterusnya tu ditunda ke hari berkerja yang berikutnya..hihi

Kalian,
Janganlah terpedaya bulat2 dengan tulisan saya
Jika anda seorang pendidik, apa yang anda lakukan adalah SANGAT murni
Jika anda pekerja tetap kerajaan, usah pandang belakang..(jenguk kejap2 je blog saya)
Dan jika anda berkerja dengan badan swasta, mantapkan prestasi demi kareer anda
Kerana khidmat seorang wanita dan ibu tak kurang pentingnya seperti tenaga kaum lelaki dalam pembangunan sosio-ekonomi negara
Biar di mana anda berada – rumah, sekolah, universiti mahupun ofis
Anda kuat orangnya..sbb itulah anda berada di tempat anda sekarang!

Saya selalu nampak org passing2 award tapi tak pernah dapat (tiu tiu tiu lagu sedih..hihi)
Ini untuk anda, SEMUA..yang datang ke blog saya
Mungkin dari jauh anda nampak saya berwajah tidak cantik kerek
Atau bilamana saya tak sempat reply YM atau SMS panjang2
Tapi jauh di dalam hati saya, saya hargai kehadiran kalian
Kalau kalian tak sudi masuk www.diyaluna.com
Mesti suram je suasana blog ni tauu (mode memujuk..hihi)

Dan kalau kalian update blog harini atau bila bila teringat, tempekkanlah gambar love di bawah ini
Supaya saya tau anda sayangkan kerja anda dan anda akan sentiasa menyukung saya walau apa yg saya lakukan kerana saya akan berbuat begitu juga!
(Sepenumbuk tangan digenggam erat ke udara..ahaha)

i-love

Salam berusaha,
WAHM-8 Julai 2009

Dan Acu,
Selamat hari lahir yang ke-22 27
Anda wanita cantik yang berpendidikan tinggi pasti akan jadi rebutan para jejaka di luar sana
Jaga diri, pakai baju sejuk bila musim sejuk ye.

Related Posts with Thumbnails

Related posts:

  1. WAHM episod 1
  2. WAHM-NWAHM
  3. WAHM di hari Jumaat
  4. Kembali WAHM-Resipi Nasi Mentega
  5. Pasar Malam Trip

13 Responses to “WAHM episod seterusnya”

  • syda:

    salam sue, seronok jadi wahm.. tapi kan setau saya jadi wahm tu anak kita tak hantar ke pangasuh, kita jaga sendiri. heheh, jagan mare.. enjoy selalu!

    Syda : Sue jadi WAHM hari Sabtu – Selasa je. Hihi..selain tu, anak dihantar ke rumah pengasuh :)

  • salam..sue cantik la gambar love sue tue..nice..so sue jemput ambil award di blog MaMaCt..Selama nie memang ada perasaan nak panjangkan award buat Sue cumil tetapi MaMaSiTi risaukan mungkinkah Sue sudi mengambilnya..:)..Ok Sue..jemput ambil ya Sue..

    Terima kasih mamact, insyaAllah tak lama lagi Sue menjengah dan ambil di blog mamact ye. Terima kasih.

  • syaz:

    sue kita suka baca blog awak…kalau baca sure tersenyum je…TQ 4 the award n kata2 semangat itu td..:p
    baru td rasa mcm nk brenti keje dek kerana bebanan yg sukar ditanggung lagi…skrg saya kembali bersemangat!!:D…

    sejak baca blog su ni saya semakin yakin utk menyusukan anak ke 2 saya kalau ada nnt..insyallah…

    Salam Syaz : Sedapnye resipi masakan Iman, rasa nak datang buka mulut minta disuap hihi..
    Selamat berkerja ye Syaz, jadikan apa yg kita buat skrg ialah antara perkara yang kita suka dan mahu lakukan tanpa ada paksaan.

    Yup, Syaz boleh hubungi Sue utk sebarang kekeliruan mengenai penyusuan susu ibu :)

  • acu:

    thank you alang..terharu! =) tapi bab cantik tu tak bleh tahan nak gelak..pembetulan – wanita vok perasan diva yang kuat meroyan..kekeke

    alang take care jugak. didoakan kebahagiaan dan kejayaan alang dalam hidup. *eh, mcm ucapan untuk bday alang pulak* kekeke
    muah!!

    Oh ye : Mesti stuck youtube yamapi sebab ramai org nak ucap Selamat Hari Lahir pada Acu kan?

    Terima kasih atas ucapan itu Acu (dan Alg macam biasa…perasan birthday girl sweet 17 pula)

  • haza:

    wah wah.. iskh..buat ku teruja.. syiok ya jadik org rumah..
    ku pon tgh berlakon seronok jadi staff.. hahahha

    all the best!

    Haza : Sila berlakun jadi staff yang rajin..hihihi..Thanks!

  • Liz:

    kelakar la entry ni.

    tp mmg btul. bila dah penat keje, I LOVE YOU tu dah jarang. mmg la sayang tp x ditunjukkan dgn bersungguh-sungguh. kdg2, mcm takde mood nak manja-manja nie. hahaha..

    tp kitorang ada cara sendiri. setiap pagi, lepas salam cium tgn, cium la kat mulut lak. tp jgn lama2, nnt x pegi keje pulak. harharhar. b4 ada anak, wajib cium 7 kali. dah ada anak, sekali aje dh sbb isterinya nak merempit ke nursery. xnak kena traffic jam. hehehe..

    sue mmg kena amek tau psl harga sayur2.. kdg2 tesco murah tp kurang fresh. hehe.. kdg2 fresh gak. tgk mane yg ok. sy suka pegi pasar aje..

    Betul tu Liz : Lagi lagi bila ada anak. Makin ramai anak, jarak ruang tidur antara ibu dan ayah pun makin jauh..ekeke

    Sue boleh i follow lah cara Liz itu. Kalau tak dijadikan habit, nanti makin lama makin tak biasa, kan?

    Oh oh..Tesco lebih murah ye. Seronok pula tgk surirumah ramai ramai pergi pasar pagi, mana lah tau lepas ni Sue ada kumpulan bersekutu..ekeke

  • Maziah:

    wah su tentu semakin happy bekerja dari rumah kan..i wish i could…

    Ma : Ma pun happy di pejabat, boleh makan dengan kawan kawan, pakai shanteks2 :)

  • along:

    sori ye alang, along ni sengal skit………eih bkn, sengal byk!!!hik2…..WAHM tu kebende??org lain dh smpe oversea, along br kt t.i !!!!hahaha…..sori la lembap…
    p/s: alang,nk mntk tlg skit ni…tlg emel kn along, emel acu & ayang…xtau nk contact diorg cmne.thanks!

    Along , WAHM to work at home mother. Utk Alg maybe title yang sesuai Not Work at Office Mother (NWOM)..
    Tapi macam kurang best kan?
    P/S – Alg takde email mereka tapi Alg ada blog mereka.
    Acu – http://kisahciktutor.blogspot.com/
    Ayang – http://sikakikecil.blogspot.com
    Amma – http://alifkhamsa.blogspot.com/
    Angah – http://kriesz.blogspot.com/

    Kawan kawan, Alang jaja blog kalian. Sekian.

  • yan:

    waaaaaaa… jeles nye!!!! nak jugak….

    Salam Yan : Sue pula jeleskan Yan berkerja opis pakai mangi2 shanteks2 :)

  • ziah:

    sy nak bgtau ni, dr pagi bukak blog su..la ni baru sempat baca…terasa tau..mmg tau kerja pendidik itu murni..tp ttp ada cita2 nak jadi FAHM..haha..

    Pst Ziah : Ziah nak jadi FAHM? WAHM kan Ziah kan?
    Kikiki..jangan terasa dengan diriku Ziah..dirimu amat sesuai menjadi pendidik, mendidik anak bangsa..cam cigu/lecturer2 ku dulu mendidik ku..

  • hai sue…
    seronoknyer ….jeles dpt buat xtvt harian rumah….
    saya nak ambil award …i love my job :)

    nanti sue ambik award dari blog saya yer….

    Asmaa’ : Sue terjah blog me ye..
    Asmaa’ kena print screen gambar dah edit di paint..Payah kan? Sorry…

  • Sue,

    Ayat nih “Tiada lagi mulut muncung meroyan pagi2-nak-pergi-kerja-baru-nak-packing-order”

    Sungguh terkena diri ini…. hinshhh…hinsshhh… Tapi nk jadi WAHM mcm Sue lagi kena kuat semangat tau. Still i love my lecturing job laaa

    Lalalallalalalla….. hehehhe

    Hihi : Siapakah? Siapakah yang menuturkan ayat itu? :terkinjit kinjit pandang belakang:

    Aja, ku mangga ada kawan lecturer tau!Walaupun masa Sue kecik kat ruangan cita cita tu Sue bubuh PENSYARAH dan tak tercapai…ekeke
    Sue ada kawan bergelar pensyarah (bangga…)

  • DNNA:

    Salam perkenalan (secara formal) Sue …

    Selama ni akak silent reader jer … Akak selalu terjah blog sue pg2 buta sambil mengepam.
    Kali ni takleh tahan, nak komen gak … tak kira!! Hihi …

    Utk diri akak, sekali sekali pasti akan datang perasaan nak quit my job and be a SAHM …
    Perasaan tu datang bila akak stress di opis atau bila akak fikir2 pasal anak2 mungilku yg hari2 dok clamouring for their ibu’s attention bila akak balik keja …
    Bila ku luahkan hasrat murni tu ke che abe, dia kabo – pendapatan dia sorang je tak le tanggung expenses kami..
    (Sebenarnye akak tau, dia takut JPA datang kutip gantirugi scholarship akak … wa ha ha ha ha)

    Kan best kalau akak boleh jadik macam sue … jadik WAHM yang shanteks dan sakses gitu (kipas jgn tak kipas ;p)
    Namun akak tau akak memang tak berbakat dalam bidang perniagaan ni …

    Bila akak baca entry sue kali ni … akak makin bersemangat utk teruskan perjuangan akak dalam bidang yang akak ceburi ni … Everyone has his/her own role to play in this world kan …
    Dan sebenarnya .. (Sila nyanyi ala2 Yuna gitu) ..
    I love my job!!!
    Thanks a million che sue ye for the inspiring entry
    Semoga kita semua sakses selalu, amiin …

    Salam kak DNNA : Betul, masing masing punya peranan yang berbeza di dunia ini.
    Dan kita harus mangga dan bahagia dengan apa yang kita lakukan kan?

    Biasanya bila berkerja, rasa nak berhenti dan bagi yang dah berhenti kerja, teringin nak pakai lawa lawa pergi berkerja (rasa itu takkan berhenti)

    Walau apapun, yang masam masam asam kelubi…..akan manis juga akhirnya (kalaupun bukan sekarang)

    Chaiyok kak DNNA! Ku bangga dengan SEMUA kerja yang kawan2ku lakukan!

Leave a Reply