Mesin taip Olivetti

Salam kalian, selamat petang!
Kami sekeluarga baru sampai dari kampung (Perak) pagi tadi
Bagi yang cuba menghubungi saya tapi tidak berangkat sepanjang weekend lepas, saya minta maaf
Saya khusyuk makan durian sampai tak dengar bunyi telefon..hihi
Harini saya coba FOKUS
Sebab minggu2 sebelum ni pagi2 saya sibuk basuh baju, basuh bilik air, sapu sampah etc etc
Tengok2 dah petang, semua kerja belum selesai…ekeke
Jadi harini saya pejam mata hati melihat rumah yang bersepah2
Sebab saya perlu anggap yang saya sedang berkerja 8 am to 5 pm
Mana ada org sedang kerja sambil lap2 pantry kan? Hihi..
InsyaAllah kerja rumah tu tunggu malam kata suami saya
Nanti dia tolong saya tengok yang mana perlu dikemaskan
Hari ini saya buat pemfailan
Saya failkan SEMUA sales, expenses dan invoices Lunatots.com yang dibuat sepanjang 2009
Sampai jam 4.00 pm saya dah mula malas pening pening ayam
Fail2/kertas2 ini perlu disiapkan atau sekurang2nya dikemaskan sebelum saya jemput Iki jam 5.30 pm nanti
Kalau tidak, resit 2008 termasuk file 2009 dan begitu juga sebaliknya..kikik
Kalian,
Saya ambil mesin taip lama di kampung

Ianya hadiah saya dapat 4A semasa UPSR (masa kecil saya pandai, dah besar, memandai2..hihi)
Harganya sekitar RM300++ semasa tahun 1994 (Mahal kan?)
Tapi saya jarang pakai sebab tingkatan 1 saya masuk sekolah berasrama dan tak boleh bawa mesin taip
(Budak2 sekarang tak boleh bawa handphone, saya dulu tak boleh bawa lebih atau sama canggih dengan kalkulator)
Kenapa saya minta mesin taip sebagai hadiah?
Sebab saya kan nak jadi penulis buku memandu
Ketuk ketak saya menaip malam malam (masa cuti sekolah) sampai jiran sebelah bilik marah (mak dan ayah saya)
Menaip siang mana ada ‘feel’ kekeke
Sudahnya mesin taip itu tersadai begitu sahaja
Nak buat hobi lain macam mengait ke (yang lebih senyap), harus terkait2 dengan saya sekali
Oh oh sambung cerita mesin taip
Saya jumpa carbonnya di kedai stationary Kuala Kangsar
Harganya RM4.50 dan stok terakhir di kedai itu!
Lepas incik suami gantikan carbon mesin taip itu
Ianya tak boleh bergerak
Macam stuck dan terkunci walaupun setelah di buka kuncinya
TOLONG…TOLONG…
Ada yang tahu pusat servis utk mesin taip?
Related posts:












Errrr…arrrrr…hhhmmm….achik pun tatau jugak. Maybe old style stationery store boleh bikin kot….
—
Asu : Kalau kalau lalu lalu nampak kedai lama lama yg tengah servis mesin taip, beritahuku ye Asu.
agaknya dh lama tak digunakn kot…tu yg stuck tu. tak sure la pulak kat mana blh repair typewriter tu
—
Nadiah, hari sebelum tu Sue try taip2 tanpa carbon, boleh…hari selepas bubuh carbon dah tak buleh..
uh..uh..kenapa jugak sue nak pakai typewriter..pakai je laa komputer..:P
—
Sya : Sue nak guna utk benda benda yang perlu ditaip (kes tulisan tangan Sue kurang meyakinkan..hihi)
dah berkarat kot sue.. hehhe.. ni mesti kes sentimental value..
—
Belum haza, belum berkarat..hihihi..(eh yang kuning2 ni karat ke?..ekeke)
teringat mesin jahit singer yg masih teguh bekerja walaupun semput2 kat rmhku… lenguh gak lerr kaki nak kayuh bila jahit sikit2…
—
Nadia : Masa tu Singer menjamin keluarga bahagia sangat top kan? Sue takde mesin jahit tu sbb tak pandai menjahit..
Tapi mesin jahit tu lagi canggih dari mesin jahit hitam tu kan sbb boleh pilih2 jenis jahitan, betul tak? (Rasa cam pernah nampak kat rumah org lain..hihi)
huhu, saya tak pandai gunakan mesin taip.. walaupun mesin taip elektronik..
kalau ada apa2 yang memerlukan saya menaip dengan mesin taip,
saya akan upah sape2 sahaja untuk taipkan.. heheheheh…. teruk kan?
sue orang kuala kangsar ke? hmm….
—
Senang je Sya : Ketuk ketuk (kena kuat sikit baru nampak tulisan)
Kalau Sya ada apa apa kena taip, Sya upah Sue ye?
Sue org Sg Siput (U), hb org Kuala Kangsar..
wah sue, tidak ku sangka sue org perak juga kah?? sekapallah kite kalau cmtu
—
Ye ke Zura : Buleh la balik kampung sama sama jumpa di tol..hihi