Hari Rabu lepas suami saya ajak main bowling bersama kawan2 ofisnya
Saya risau nak bawa Iki, takut Iki meragam
Tapi bila mengenangkan yang Iki happy pergi karaoke tempohari
Saya drive bersama sama Iki ke ofis daddynya
Dia dah terbiasa sambung2kan ayat sampai boring
Daaa? Di…. (yang biru, Iki sambung)
Maa? Mi…
Jaaa? Tuh…
O? Pah..
Ne? Nek..
I? ki…
Ammar? Ziki…
Jadi kalini bila saya cuba ajar –”Kita nak pergi ofis daddy”
Bila diulang suara — “Kita na pergi o?”
“Pah daddy”
Oh salah ibu mengajarkah?
Sampai di ofis, saya bawa Iki ke kedai tempat saya melepak malas kerja
Saya dah janjikannya coklat sbb dia gosok gigi semalam
Oh..dia juga dah pandai beritahu daddy berulang2 “Daddy, Iki dah goshok gigi”
(Selama ni dia TAK NAK gosok gigi :sigh: )

Sampai di ofis lama saya, menanti teman2 siapkan kerja sebelum bertolak ke Mid Valley
Iki main apa yang disukainya
Telefon.. (Mr K temankan Iki main telefon)
TIPS:Kerap bermain dengan anak kecil akan mengurangkan usia anda 1 ke 2 tahun
Macam Mr K, nampak macam baru 21 lahh…hihihi

Cable dan plug sana sini

Saya dah mula menguap2 masa ni penat berkerja sendiri di siang hari
Sebab tu muka suram, kusam uh uh alasan semua tu..hihi
Iki dengan Birthday Hair Band ZEN

Makanan berMSG ini ditaja oleh saya..hihi
Tengok, nasibbaik saya takde org ajak pun join bowling ni
Ada juga orang bawa makanan ringan cikedis ![]()
(Ditujukan kepada lelaki lelaki bujang yang ada di ofis)

Iki dah mula nak bermain bowling
Gambar di ambil menggunakan HP Nokia E71
Ianya agak kurang shanteks kan?


Alang alang dah datang
Rasa gatal2 tangan kalau tak membaling
Biarpun skor jatuhan pin tidak setinggi mana
(Tahap Shalin masa umur 4 tahun agaknya)

Tapi gaya mesti ada…keh keh

Ini budak budak ZEN yang pantang tengok kamera
Ikut perangai siapalahhh : geleng geleng kepala:

Scoreboard kami..pening kan, ada piglet, ada doggy ape, ada monkey

Ini scoreboard saya sebelum nama saya ditukar menjadi chop suey

Mereka mereka ni jangan ditanya bila nak kawin
Confirm mereka jawab esok tahun depan
(Isk isk lelaki zaman sekarang takutkan komitmenkah?)

Saya dan Iki berserta makanan berMSG
Gambar lentok2 kaver ngantuk amat…hihi

Kepada kalian di ZEN,
Kalau ada aktiviti makan makan, free, ada kamera sana sini jemputlah si shantek ni lagi ye
Ala tak payah susah2 jemput datang ke rumah, SMS je
Nanti saya datang sendiri….hohoho
Related posts:




sue..peyot kecik nye..xnmpk cm bwk baby pn inside your tummy..
—
Oh oh belum besar lagi Aini. Mungkin bulan depan agaknya (Tapi montot dah besar sudaaa) hihi..