Disclaimer
    The entire contents of this blog are based upon the opinions of author unless stated otherwise noted. The information in this blog is not intended to replace a one-on-one consultation with lactation consultant. It is a sharing information and knowledge from the research of author. This blog outlines sources, ideas and suggestions on breastfeeding your baby. The author and family disclaim any liability arising directly or indirectly from the use of the information contained in this blog.
[Google]
Announcement
    Lunatots Booth (Maju Junction)
    Date : 1-30 Sep 2010
    Venue : LG Floor, Maju Junction KL
    Time : 10.30 am - 7 pm
    Contact No : 010-2414050 (HOTLINE)
Luna’s Counter
Friends Online

View My Stats
Nuffnang ADV
Sponsor





Luna’s Shop
Readers
Lunatots @HotFM
Luna’s Sponsor
ShoutBox

Title entri saya – NWOM – Not Work at Office Mother mode agak gedik kan…hihi
Ini kisah minggu lepas hari Jumaat
Ada yang nakal meneka, saya tak update blog sebab tak bangun lagi kih kih
Saya bangun awal pagi, cuma tak mandi update blog terus je tau
Saya campak uruskan kain baju ke dalam mesin
Hantarkan Iki ke rumah pengasuh
Bersarapan dengan teman ofis lama di Samy Corner
Terus ke bank sampai tengahari
Rasanya seminggu 2-3 kali saya ke bank
Bukan sbb duit banyak melimpah ruah (saya jujur bila mengaku)
Tapi sebab dalam proses membuat akaun semasa utk syarikat
Oh selepas ini, segala urusan duit raya pembayaran boleh dibuat melalui :

Maybank Account No :5647-5310-1424 (Luna Solutions)
CIMB Account No : 1428-0000-1701-03 (Luna Solutions)

Saya juga dapat buku cek
Muka saya blur amat masa receive buku tu sambil berfikir
“Nak buat apa pula buku cek ni?” Kasian saya kan? Hihi…

Oh oh sekadar berkongsi
Setiap kali saya ke bank, ianya akan mengambil masa yang agak lama (1-2 jam)
Sign sana, cop sini, fotostat sana sini
Jadi sepanjang proses itu pegawai bank tersebut akan mengendalikan banyak kes lain selain saya
Dan kesemua kes itu adalah bangsa Cina
(Ini bukan entri berbentuk perkauman)
Saya kagum  ternganga….dari semuda muda mereka (19-20 an)
Sehingga ke pertengahan usia (30-40 tahun) memakai seluar bermuda memang tak hensem
(Tapi duit banyak)
Sampailah yang tua (50-60 tahun) lebih tua dari ayah saya
Mereka datang dengan tujuan masing2
Ambil buku cek syarikat, update akaun semasa syarikat, pindahkan berpuluh2 K kedalam akaun saving

Wah wah…. :berpeluh:
Dan bila saya buka akaun syarikat, pegawai bank (org kita) berkata
“Syabas, teruskan usaha. Saya bangga membantu seorang lagi usahawan Bumiputera”
Mujur saya tak nangis basah basah hidung kat bank tersebut..hihi

Kepada kawan kawan yang ada cita cita utk berkerja/berniaga sendiri
Saya bukan orang yang layak utk menasihati
Sebab saya pun belum sampai ke mana mana
Cuma saya galakkan dari dalam hati
Ianya berliku liku, tapi insyaAllah itu yang akan membuatkan kita lebih tabah dan kuat..Amin..
Serasanya dari kecil kita diterapkan dengan azam
“Belajar pandai2 nanti boleh kerja bagus”
Tak pernah terucap dek ibu bapa kita “Belajar rajin2 nanti boleh berkerja sendiri”  kan?

Selain daripada ada buku cek (wah ulang2 beritahu walaupun tatau nak buat apa dengan buku tu)
Saya juga ada masa membeli belah semasa hari siang Jumaat
Dari bank, saya ke Seri Kembangan menghantar dan mengambil barang
Barulah ke Giant Bandar Tun Razak

Tak banyak gambar yang saya ambil sbb terlupa yang saya dah ada handphone semula
(Dah terbiasa tak ada handphone berkamera selepas seminggu handphone rosak)

Saya nak tunjuk gambar saya gigih memilih halia
Saya tengah pilih yang paling kecil diantara mereka
Last last saya pejam mata dan main ambil siapa yang kena..keh keh

09072009045

Pusing pusing troli ambil, pusing lagi, ambil lagi
Sampai ke bahagian kaktus saya terberhenti
Eh kenapa kaktus ni lain?
Tak sama macam yang dirumah saya?
Ala yang saya beli di Cameron Highland tu..
Maksud saya, kaktus ni gebu, bercambah cambah

09072009046

Sementara yang dirumah saya, macam seksa dia nak tumbuhkan satu demi satu daun
(Siap ada yang kering mati..hihi)

09072009049

Ini dia troli NWOM yang penuh dengan makanan berkhasiat
File utk saya buat filing
Jagung untuk bubur jagung
Telur untuk telur goreng
Sayur untuk sayur goreng
Cendawan buat cendawan goreng
(Ha..mula la tu buat muka pelik bila tgk angan2 resipi2 saya :P )

09072009047

Yang paling penting, saya beli Kuah Kari Daging instant
Tinggal tambahkan daging (mengikut arahan dibelakang)
Dan itulah yang saya buat
Tetapi suami bisik2 beritahu semua masakan saya malam itu semuanya tawar2
Saya defend diri saya dengan memberitahunya yang tidak tertulis dibelakang plastik kuah kari daging itu untuk ‘tambahkan garam’
Dan saya berinya kicap sebagai pembantu rasa
(Kantoi saya ‘buta’ rasa..keh keh)

09072009048

Dan apa kes dengan masakan lain, tak tambah garamkah?
Saya menjaga kesihatan keluarga dengan mengurangkan garam dalam masakan
Menambahkan manisan dalam senyuman…hihi

Related Posts with Thumbnails

Related posts:

  1. ..dan saya seorang NWOM
  2. Mode Berehat Sebentar
  3. Orang Tamak Selalu Rugi
  4. Kemas meja
  5. Amcorp Mall – Excess Book Store

4 Responses to “NWOM mode”

  • zai:

    sy pun bangga dgn akak yg sentiasa berusaha utk maju.. semoga perniagaan akak terus berkembang..
    pssttt .. xnak kongsi menu bubur jagung ke?

    Pst : Bubur jagung yang kak Sue masak LAIN sangat dengan yang biasa mak akak buat…nape ntah
    (alala..buat2 tanya padahal takde santan dan daun pandan..jadilah begitu…ekek) Gambar bubur jagung takleh ditempek kerana dibimbangi akan menjatuhkan reputasi syarikat..ekeke..

  • syaz:

    huhu..bagus ar akak ni…saya skrg ni bercita2 utk membuka bisness sendiri…maybe buka kedai stationary..huhu..tp itu baru cita2…terlaksananya belom tahu bila..hehe..:p

    Syaz : Tak apa, cita cita dulu :)
    Amin…utk kedai peralatan alat tulis Syaz

  • sue,
    dah preggie2 nih kurangkan mknn instant ye…tak elok..byk preservatives..tak elok utk SEJU…:)

    Baiklah Kak Ina : Sue akan beringat setiap kali di dapur :) Eh di supermarket..Thanks..

  • aini aziz:

    sue..kelakar la sue nie…suke hati die jek bile da keje sndr nie ek…buat ku ketawa bile bc ayat² dlm entry ini…

    Aini : Terima kasih kerana sudi menjenguk blog Sue petang2 ni. Pisang goreng tadi ada lagi? Hihihi..uih sedapnya kalau dpt makan pisang goreng kan

Leave a Reply