Entry jam 4 pagi lagi
————————–
Lepas terkebil kebil beberapa ketika di atas katil
Saya ambil keputusan untuk on laptop dan update blog
Sejak hari siang saya difully utilizekan untuk berkerja
Saya dah kurang sempat mengupdate cerita
Itu yang tersurat, yang tersiratnya? Kalau tiap tiap malam tak boleh tidur macamni, harus kitaran lebaman bawah mata saya berselirat selirat…hihi
Saya tak boleh tidur kerana memikirkan kemungkinan2
Macamana kalau macamni? Kalau macamtu, cemane pulak?
Kalau tak sempat, ada hal..cemane pulak?
(Apa yang saya risaukan, nanti2 saya khabar2kan)
Bukan saya taknak bersharing is caring, cuma ianya masih kemungkinan
Belum terjadi, tapi dah mula risau.. (tipikal wanita shantek mandungkah?)
Ini gambar aktiviti kami di hari Ahad lepas
Makan tengahari di Que Bistro di Bandar Tasik Permaisuri
Jakun kagum la saya sekejap bila nampak waiter bangla ambil order pakai PDA
(Dahla waktu ni handphone saya rosak, memang rendah keyakinan diri acik!)
Bagi yang mahu melayari internet, charge RM1 sejam dikenakan utk penggunaan elektrik
Isk..macam cybercafe je ni..ekek
Tempatnya cantik, tempat basuh tangan pun lawa
(Tiada gambar sbb kami datang utk makan tengahari membawa perut yang lapar)
Jadi semua makanan dan minuman dihabiskan sebelum sempat nafas dihela..ekeke
2 keping gambar anak teruna saya sedang mengorat
Lepas makan, kami ke Cavenzi
Cari…em…cari ketenangan..hihi
Kalian, tengok neh…lawa kan? kan? (paksa org lain cakap lawa)
Lawa sebab…dalam gambar di bawah ni kemas jer
Tak penuh dengan pelbagai aneka barangan kan?
Agak2 kalau putih suci gini, apa jadinya kalau Iki jumpa pen?
Oh tak dapat bayangkan :tangan letak di dahi:

Lepas cuci mata sahaja tawaf kedai depan ke belakang, kami roger ke Toyota pula
Cuci mata encik suami pula
Iki di usia 1 tahun 7 bulan?
Dah pandai marah dan baring di lantai bila tak puas hati…hihi
Mulutnya riuh mengira “three, four, five” (one takde)
Bila dia boring, dia menyanyi ABC sendiri
Yang saya rasa kelakar, bila dia menyanyi lagu Burung Kakak Tua
Ianya akan jadi Burung Kakak Tuwe ( e= ekor)
Hinggap di jendeleee (e= ekor)
Nenek sudah tuwe (masih e=ekor)
Giginya tinggal duwe (dan e=ekor)
Prfff….
Related posts:






ingat bile dh jadi WAHM ni blog kak su di update tiap ari…hihi
—
Farah : Kak Sue juga berkerja sebagai WOHM (Work Outside Home Mother) jadi masa mengupdate blog agak terbatas..hihi
dh besar iki… nk jd abg dh pn.. comel la dier
—
Huda : Iki dah besar, dah macam macam akal. Tak lama je lagi anakmu Amirul menyusul pula..hihi
cute la iki ni.. nanti kalau jumpe lagi nak suruh dia nyanyi burung kakak tua jugak…hehe
—
Haha : Boleh Azza..kita minta dia nyanyi bersama Airyll..hihi
ala comei sungguh abg iki ini..
nak ada adik kena la pandaikan kak sue!
p/s: kak sue nak ty…anak zahkan klu kat umah pengasuh takmo minum stok ebm pasai pa ekk…?sehari kadang 5 ke 7 oz sahaja…risau juga tp klu mlm memang pulun..tak hinggat dunia…anak nak masuk 6 bulan next month…klu zah start ngan solid food takpe ke..?tak sampai hati la bila zah amik je dari umah pengasuh…masuk keta terus jadi mcm burung…kelaparan..
—
Izzah : Iki dah besar, tak comei dahh..ekeke..
P/S- Kak Sue perlukan lebih info seperti berapa lama tinggalkan dia? Berapa berat dia sekarang? Bagaimana pengendalian ebm Izzah?
Apa cara pemberian ebm kepada bayi? Botol,cup atau sudu?
Dan kalau boleh tunggu sehingga baby genap 6 bulan sebelum diberi makanan tambahan ye.
sue chantekkkk….mr hubby u too p jamu mata tgk kete aper..hehehhe….dah beli kete baru 2 mai la jalan ganu..ku belanja makan sotong, udang n ……..seme yang celup tepung..best tau sue…..( dalam hati, lamanya aku x makan mende2 nie…)
—
Ina : Cuci mata saja…lepas cuci mataku tgk perabot, cuci mata dia pula..Kemudian baru pulang rumah dengan gembira..ekeke (busuk kan perangai)
salam…
sue, iki nyanyi ikut loghat perak ke?hihihi…
comei je bunyi nye..
—
Ha a : Macam orang Bote ( e=ekor) tu Aleeya
kak sue..
berat dia 6 kg..
zah tinggalkan akmal dari kul 7 pagi sampai 7 mlm..
ebm…zah bg 3 fresh, 1 ebm…
minum guna botol susu event..jenama lain dia tak mo..tolak…
kak sue…nurse dah warning berat raziq tak cukup la..camne ni?
—
Izzah : BF baby memang kecil berbanding FM fed baby. Izzah cuba tingkatkan intake ebm dia di hari siang dengan cara pemberian susu melalui syringe atau cup dan minta pengasuh offer ebm selang 30 minit.
ok kak sue..
tq…
sedang berusaha…
serius….semalam saya nangis…siap gtalk ngan hubby pasal entry akak..sebab lately masa pumping rasa mcm payah je nak dapatkan 8 oz tak macam 4 bulan yg lalu..
saya pun mcm ibu2 yg lain..nak fully BF baby…walaupun saya tak mampu bg yg terbaik tp sekurang2nya saya usaha ke arah itu..
melalui artikel yg akak tulislah banyak membantu zah..tq akak…semangat akak dan ibu2 yg BF juga membuat zah kuat…
saya perlu kuatkan utk sampai ke misi pertama 6 bulan!
—
Izzah tak perlu dapatkan 8 oz setiap kali pam kerana kuantiti pam berbeza2 mengikut demand anak, mood dan keadaan persekitaran.
Yang penting, baby Raziq dapat minum sekurangnya 10 oz sepanjang Izzah berkerja dan Izzah dapat bawa pulang lebih atau sama kuantiti.
Selain itu, Izzah boleh cuma suplemen lain seperti Milkmaid Tea dan Soya Organic
Get well rest dan makan dengan sihat ye dik
Anda penting buat Raziq (dan bapanya
)
aduh kak…
even simple ayat tu…
menusuk kalbu…
tq kak sue…
—
Welcome Izzah : Bila Izzah gembira, Raziq pun ceria kan?
Biar proses penyusuan kita ini jadi suatu kenangan manis utk semua ye dik