
Saya menjemput anda ke Kelas Penyusuan yang dijadualkan seperti dibawah:
Kelas Penyusuan untuk Ibu/Bapa yang Expecting (OGOS)
Tarikh : 15 Ogos 2009
Masa : 9 pagi – 1 tengahari
Tempat : Sara Kids, TTDI Jaya (Klik sini untuk peta)
Yuran : RM50 seorang / RM80 satu pasangan
Tempat kosong : 20 10
Pendaftaran kepada info@lunatots.com dan bayaran boleh dibuat ke:
Maybank Account No :5647-5310-1424 (Luna Solutions)
CIMB Account No : 1428-0000-1701-03 (Luna Solutions)
Emailkan receipt ke info@lunatots.com dan sertakan tarikh kelas yang anda mahu sertai.
SMS yang masih saya simpan didalam inbox :
Daripada Puan Aida yang pernah menghadiri BF Class for expecting parents pada 6 Jun 2009
Cerita details mengenai kelas di sini dan di sini

Latar belakang Puan Aida, pernah mempunyai seorang anak yang pernah meninggal ketika usianya 6 bulan oleh kerana infection dan pelbagai penyakit lain
(Maafkan saya, saya tak sanggup bertanya sbb tu saya tak dpt details yang lengkap dari dia)
Sejak disahkan mengandung anak kedua, beliau dan suaminya berazam akan memberikan HANYA susu ibu kepada anak mereka
Rasa kesal kerana tidak menyusukan anak pertama masih berbaki sampai sekarang
(Saya dapat rasa ‘rasa’ itu, mungkin sbb kita adalah ibu jua)
SMS yang saya terima pada 10 Julai 2009
“Assalam Farah dan Su, nak ucapkan terima kasih pada Farah & Su. Setakat 6 hari selepas melahirkan, saya telah berjaya menyusukan anak secara fully breastfeed dan buat stock susu. Jaundice baby terkawal dan husband pun sangat supportive on the breastfeeding. InsyaAllah will recommend your course to my relative and friends”
Saya masih ingat Puan Aida ini, dia risau yang she could not make it. Dia minta saya datang ke hospital sekiranya dia mengalami masalah penyusuan seawal hari pertama.
Seperti yang pernah saya beritahu, Kelas Persediaan Penyusuan penting untuk bakal ibu dan bapa dalam list persediaan mental.
Sekiranya ibu itu mengalami masalah penyusuan TANPA pernah menghadiri mana mana kelas
Dan menelefon saya utk konsultasi breastfeeding semasa dalam pantang
Ianya akan menjadi situasi yang susah bagi ibu itu, bayinya dan saya sendiri sebagai kaunselor
Berbanding dengan ibu bapa yang pernah menghadiri kelas
Bukan saya berkira tenaga, tetapi ianya situasi yang sukar… (contoh situasi : anak menangis, mak membebel, ibu yang sedang dalam pantang sedang lemah, suami tidak menyokong kerana tidak tahan anak menangis mahupun bebelan ibu dan saya juga membebel-kerana tak puas jika terangkan sikit sikit-nak terangkan semua tak cukup masa)
End up, selepas 20-30 hari saya follow up, anak sudah diberi susu formula
Jujurnya, hati saya luluh setiap kali mendengarnya
Bukan duit mahupun kekayaan semata yang saya kejar
SMS 20 sen dari ibu dan anak yang gembira dengan penyusuan mereka…sudah menceriakan hari saya (sungguh)
Di luar kemampuan saya utk menyusukan SEMUA bayi di Malaysia
Tapi masih dalam kudrat kami barisan kaunselor laktasi untuk memastikan anak anda disusukan dengan susu ibunya yang custom made utk mereka
Saya harap dapat berjumpa kalian dalam mana mana kelas saya
Dan bagi kelas berikut:
2. Kelas Khas Penyusuan dan Persedian Sempena Kedatangan Ramadhan
Tarikh : 1 Ogos 2009
Masa : 9 pagi – 1 tengahari
Tempat : Sara Kids, TTDI Jaya (Klik sini untuk peta)
Yuran : RM80 seorang / RM150 satu pasangan
Ianya adalah pengisian khas dimana kita akan menyentuh mengenai persediaan ibu dan bapa sebelum menghadapi bulan Ramadhan.
Secara khususnya ialah bagaimana meneruskan penyusuan susu ibu secara fizikal mahupun emosi.
Ianya akan berbentuk kumpulan sokongan yang turut diterajui oleh Mother-to-mother Support Counselor dari PPUM.
Bagi ibu yang mengalami masalah low milk supply, anda di alu alukan untuk menyertai kami bagi memberi peluang kepada kami utk membantu anda
Kelas berikut :
3. Kelas Penyusuan untuk Ibu/Bapa yang Expecting di Johor Bahru (OGOS)
bersempena pembukaan Sara Kids cawangan JB
Tarikh : 8 Ogos 2009
Masa : 9 pagi – 1 tengahari
Tempat : Sara Kids, No 01-32, Jalan Pinang 52, Taman Daya,
81100 Johor Bahru, Johor
Yuran : RM140 seorang / RM170 satu pasangan
Tempat kosong : 20 14
Maklumat lanjut, boleh hubungi Cik Nor: 017-7223008 dan email pertanyaan/pendaftaran pada sarakidsjb@gmail.com dan cc pada admin@sarakids.com
Istimewa untuk PERTAMA KALI nya di Johor Bahru!
Bagi kalian yang berada di Melaka, Johor dan Singapore
Tiada ayat indah yang sesuai dirungkaikan jika anda sudi menghadiri kelas penyusuan kami
Selain itu, saya akan menambahkan slot ‘Pengenalan Terhadap Lunatots Cloth Diaper’ kepada semua ibu bapa yang hadir
Buat semua ibu, masa kita terhad, tenaga juga terbatas
InsyaAllah dengan allocation dan pembahagian task yang terancang, kita dapat merealisasikan Polisi Penyusuan Susu Ibu Malaysia iaitu :
Semua ibu menyusukan anak dengan susu ibu SAHAJA selama 6 bulan pertama dan seterusnya meneruskan sehingga 2 tahun. Makanan pelengkap perlu diberi semasa anak berusia 6 bulan.
Salam penuh hormat,
Puan Suraya, kaunselor laktasi anda.
Related posts:






salam sue… sy tingin sgt nak join kelas2 gini..malangnya sy berada jauh di utara.. sue bile leh mai utara ni especially kat area uum(sbb saya tinggal kat sini)huhuhu..plezzzzzzzzzzzzz
—
Fatonah : Jika ada jemputan dari mana mana badan atau organisasi, insyaAllah saya akan sampai ke sana. Saya pun harap dapat jumpa Fatonah
su..kalau dh byr utk kelas yg ramadhan tu..kalau tak dpt dtg ada refund ke camne
—
Salam Viz : Bayaran tersebut adalah bagi tempahan makanan dan beberapa arrangement lain jadi tiada refund diberikan once confirmed kerana tempat akan ditutup utk ibu/bapa lain
su, aku cop nak join kelas pada 15 ogos tuh, aku sorang je..nnti dah bank in duit, aku kabo kan..nnti aku ym kat su no phone aku (tlg sms no ko yer sue)
—
Faiz, no Sue 0125880515 ye
first time baca blog sue…. best! asyik lagi mengASYIKan dan meLALAIkan…..tiba2 terasa panas jerk buntut ni, rupa2nya dah 5 jam dok depan pc ni.
teruskan usaha..
—
Asri : Pst pst..sempatkah minum air menghilang dahaga sambil2 baca blog tu? Hihi..
Terima kasih kerana melawat blog saya
sue, perlu ke kita g klas utk prepare fizikal n mental utk sambut ramadhan yg x lama lg akan tiba?
—
Salam Misah : Sue minta maaf sbb terlewat reply, minggu lepas minggu yang huru hara utk Sue..hihi
Kelas Ramadhan dah lepas Misah, insyaAllah kalau ada lagi, boleh Misah join kami
satu ari nanti harap dpt join klas2 kak sue….
nak mengadu domba ni…farah terasa hati, geram, meluat dengan org2 sekeliling yg slalu menjatuhkan semangat nak BF. Cthnya kan kak sue..kdg2 baby farah refuse direct, mungkin sbb lapar sgt dan rs lambat kalo direct ni. So, bila diorg nmpak baby xnak isap, mcm2 la diarg kata. ‘anak xsuka susu badan dah la tu..’ ’susu badan xsedap kot, dia nak susu formula’. Kalo farah bagi EBM, baby minum xhbs pon diorg kata mcm tu. Seolah2 nak farah stop kan BF baby. Tapi farah xdulik, still pam secara konsisten. Hopefully smp 2 taon. Masa susu byk melimpah2, ada yg suruh frh ambil perancang utk bg kurgkan susu. Huhh…byk sungguh dugaan. Tension betul rasanya.
Apa pendapat kak sue? xtau nak ngadu kat sapa lagik…
salam sue,
lambat nk wish congrate psl dpt peluang celikkan mata wanita skrg psl bf & cloth diaper. ramai yg tanya psl cd dgn sy skrg ni..hehehe dedulu sy citer diorg x brp paham..tahniah lg sekali
—
Terima kasih Nur. Bolehlah suggestkan pada kawan kawan Nur utk menggunakan lampin kain Lunatots
Akum, kak sy ida dr melaka. saya mempunyai anak berusia 5 bulan. telah berhenti susu badan. tp skrg sy ingin kembali menyusukn anak sy semula. akk ade x buka kelas penyusuan atau laktasi di melaka.
—
Ida : Kami ada kelas di Seremban pada hujung minggu ini. Ida boleh cek di sticky entry di atas.
Artikel relaktasi di sini http://www.diyaluna.com/diary/2009/05/06/relaktasi/
Untuk lebih lanjut, saya cadangkan Ida berjumpa dengan pakar laktasi (Puan Kamariah dari susuibu.com atau Puan Rita)
salam….sy trcari2 kelas bf ni kat jb…bila yer ada lagi kelas nih?…..sy mengharap2 sgt nk g kelas ni..
—
Salam Ezy, insyaAllah kalau ada, akan kami maklumkan. Ada jodoh, murah rezeki, dapat kita berjumpa..amin..
salam…
dah xder buat kelas bf ke 2010 ni.. kalau ada bth lar.. tp saya jauh nu di timur.. hihihi.. tp, sbb nak blaja insyaallah sy akan luangkan masa.. kalau ada jgn lupa bgth sy.. baby dah 2 bulan, disebabkan susu xder & xder info, susu xder.. dah urut, tp baby xnak dah bf.. nak kn pam lak.. baby mcm nak muntah bl bg bf.. dah cuba macam2 utk tambah susu.. milkmaid tea, fenugreek, ubat dr hospital.. tpstill dpt susu bila pam 1oz.. camner ni.. saya tension sgt2 skrg sbb xleh nak bg fully bf
—
Salam Myza,
Kelas terhampir 29 Mei ini di Sara Kids TTDI Jaya Shah Alam. Myza boleh menyertainya dan kita sama sama berbincang mengenai masalah penyusuan Myza,insyaAllah.
Myza masih boleh menyusukan bayi dengan susu ibu kerana bayi masih kecil dan berusia 2 bulan. Jangan risau ye.