Petang ni saya buat kira kira utk seorang anak
Insuran nya RM100 sebulan
Total simpanan selama 21 tahun (RM100x12x21= RM25200)
Total faedah yang diperoleh ialah 6% setahun
Dan dikeluarkan keseluruhannya (RM31,000++) pada usianya 22 tahun(selepas 21 tahun menyimpan)
–Selepas dicek dengan ejen insurans
Simpanan untuknya ialah RM100 sebulan
Sehingga usianya mencecah 18 tahun (masuk universiti insyaAllah), wang terkumpul ialah RM20400
Dengan faedah 7% setahun di ASB, total keseluruhan saya tak tau nak kira
SSPN faedahnya 4% setahun
RM50 sebulan, selepas 17 tahun RM10200
Campur faedah saya tak tau..hihi
Lepas dikira kira
Campur duit raya, duit bonus ayah etc etc RM500 ke RM1000 setahun (RM8500 jika RM500 setahun)
Duit yang ada untuk setiap anak kami ialah jeng jeng jeng RM70100
Dengan kadar faedah (6%+7%+4% = 17% setahun)
Dan tolak kadar inflasi 5% setahun, faedah sebenarnya ialah hanya 12% setahun
Sebulan saya spend:
1.RM300 untuk bayaran pengasuhnya
2.Sementara RM250 utk simpanan dan insurannya
3.Modal susu selama 1 tahun 7 bulan ialah RM800(pam+plestik dan botol bagai) = RM42 sebulan
4.Dan modal lampin kain ialah RM1200 (untuk 30 helai CD) = RM50 sebulan selama 2 tahun
*Item 3&4 boleh diulang pakai utk generasi terbilang seterusnya
Total sebulan kos anak pertama ialah RM642 sebulan semasa usianya kurang 2 tahun
Dan RM550 sebulan selepas usianya 2 tahun
Adiknya nanti RM250 sebulan(jika tidak dihantar di rumah pengasuh)….Gaaaaa….
Semasa saya belajar dahulu, jumlah kos ijazah ialah RM64,000 (tahun 2000-2005)
Iki nanti? Adiknya nanti?
Mampukah saya menyediakan wang sehingga pendidikan tertinggi mereka?
Oh oh…
Inflation rate 5%x24 tahunxRM64000= RM76800 bermakna jika kos itu berharga RM64000 pada tahun 2000, ianya akan berharga RM140800 selepas 24 tahun (2024- Iki 17 tahun)
Kalian ada tips dan panduan utk kewangan anak? Sungguh saya blur…(dan sedikit risau)

Bagaimana dengan idea jual pisang goreng ataupun burger dan paksa anak anak jaga? ekekeke
Related posts:




beratnya tajuk hari ni… luna..sila sapu lantai..ku rasa rambut mu dah gugur ke bawah…
—
Haha : Pening kan? Kalau tanak pening, skip entri, simpan kalkulator dan terus ke entri2 seterusnya ..kekeke
(ku pun pening memikirkan apa Iki boleh buat utk menambahkan uwang-bukan apa ku boleh buat…ahaha)
alg, patutlah alg mahu masuk jangan lupa lirik ye?
alg, doakan iki jd best student dan dpt scholarship masa belajar. doa, solat hajat dr sekarang.
itu saja idea yg ayg ada. hehehe. maaf, ayg x bnyk membantu. :p
—
Ayg : Itu antara idea yang muncul setelah Alg lama
mengelamunberfikirTapi kan Ayang, beli Power Root pun bagus juga “kami nak menang jugaa”
huhu, nampaknya kena tambah simpanan lagi nih..
memang tak cukup untuk masa depan dan pelajaran anak2..
err, patut la orang sekarang tak nak anak ramai2.. huhu
tapi, tiap anak ada rezeki masing2 kan? tugas kita untuk mencarinya…
—
Sya : Ha’a, semua anak ada rezekinya kan.. Manalah tau diofffer mana mana badan biasiswa utk melanjutkan pelajaran..hihi…Amin..
banyak kan duit yg di perlukan untuk2 anak2 sehingga mereka berpendapatan sendiri…?
semoga dipermudahkan ye….
—
Betul Farah : Amin…semoga ada
belen2kekuatan ibunyamataku juling tgk nombor-nombor di entry nie. walaupun dah penah kira sendiri tp bila org lain kira, terus jadi juling dan pening.
org kata, anak ku rezeki. maka buatlah anak ramai-ramai. semoga rezeki lebih murah. mane tau dlm ramai2 tu, ada sorang bawa rezeki melimpah ruah.
for short term goal, leh la cari nak buat investment kat mane2.
—
Haha : Sorry Liz..Itu kira kira Sue buat sendiri..kena minta mana mana pakar ekonomi atau yang lebih pandai mengira utk cek semula.
Ha a betul. Sue pegang, anak itu sendiri adalah rezeki yang bukan dalam bentuk cash mahupun debit tunai di bank
adoi mak mula la kepala ku memikirkan cukupkah simpanan untuk anak2 ku itu sue……
—
Kila : Jadi bagaimana dengan cadanganmu menambah bilangan anak..hihi :kenyit mata:
pergghhhh……. berapakah cost dalam 10 tahun akan dtg ye???? menakutkn tp itu yg kena kena fikir dan hadapi
—
Betul Mar : Kena mula fikir dan bersedia menghadapinya
akak suka bab ini…dah beberapa kali cuba nak respon cuma masa tidak mengizinkan…sekadar berkongsi cerita…
kawan suami akak ni gaji dier sebulan dalam RM3000 sebulan…anak ada 2, 4 thn dan 2 thn…isteri surirumah tangga sepenuh masa…and not fall under WAHM…..tapi dier ada saving RM180k, rumah ada 3 (1 biji ruamh dah habis bayar, masa beli dlm 80k) dan pinjaman ASB 400k–>ni belum dikira saving sbb fall under hutang lagi…guna kereta wira….
mamat ni bukan anak org kaya…tapi dier bijak manipulate dividen, interest dan apa2 yg berkaitan ngan bank…cthnyer ilmu yg dier ajar kami;
amik pinjaman ASB RM 200k tempoh 20 tahun bayar dalam RM 1200.00 sebulan…pastu dalam setahun dividen dalam RM16,000.00. kalu dividen ni bagi 12 sebulan lebih kurang dalam RM1,333.00. duit ni jgn enjoy mungkin kita bole property…cari kawasan yg dijangka akan maju….cthnyer rumah kt tmn tun dr ismail kl 20 tahun yg lepas harga dier lebih kurang dalam RM200k after 20 years umah tu skang bole dijual dalam RM800k +++. jadi bayangkan lah dengan bayar sebulan RM 1200.00 lepas 20 tahun untung nyer dapat lebih dari RM800k….
tu belum lagi dier sentuh bab kiter refinance semula property, jual beli ASB biler interset rendah….dan macam2 lagi ler yg mamat ni buat….
camtu ler lebih kurang ilmu yg dier ajar….byk ilmu yg dier ajar….tapi satu kunci kejayaan nak saving ni disiplin kena kuat….nafsu pembaziran kena dihalang…i tu yg kami sampai skang tak byk jugak duit mcm dier walaupun dah 3 tahun berguru….huhuhuhu….mana taknyer…tambah gaji rasa gatal jer nak tukar kereta…alasan anak bertambah…dapat dividen ASB, rasa gatal jer nak gi melancung…..cam la ni tiket air asia murah2….tengok member2 gi shopping ke bandung kami dah start plan…tunggu twin lahir rasa nak booked jer tiket —> ni kes tak sedar diri….so camner nak kaya….huhuhuh
—
Kak Huda : Inilah yang cuba Sue lakukan tapi..em tapi…bila jalan jalan,mesti rasa nak
terbeli sesuatu yang baru.Bila dah penat berkerja, rasa nak reward diri sendiri. Dah reward diri sendiri, confirmlah duit simpanan tak seberapa..ekeke
Tapi apa yang Kak Huda share tu bagus (sampai RM1200 utk saving…wow)
Biasanya RM1200 tu habis di komitmen takpun expenses :mode berpeluh: Dah lama Sue menimbang2kan pinjaman bank utk ASB, berbaloi atau tidak. Dari cerita kawan Kak Huda, nampak macam sangat berbaloi..
salam sue.
akak galakkan sue melabur dlm unit trust tak semestinya asb.
boleh baca selanjutnya dalam blog abang zaki dan juga link yg akak bagi tu. cepat jgn bertangguh sbb usia masih
muda!!!
—
Terima kasih Kak Yati
oh lupa lak lagi satu psl financial freedom nih. boleh juga baca drpd link itu. segera bertindak.
—
Sue dah menjenguk ke-2-2 link yang bermanfaat itu. Terima kasih Kak Yati.
huhu..sharing yg bermanafaat..risau bile mikir kan soal kewangan nih.utk masa depan anak2..itu lebih penting..nk minta sue tolong share kan dgn akak gak le link yg financial freedom tu.nk tau gak..email to me ek..tq.
—
Salam IbuAdam, Sue tak jumpa link itu.
Untuk info, Kak Maini boleh menghubungi Kak Yati di blog suaminya – link http://akubudaksabak.blogspot.com/2009/06/menyimpan-melabur.html