Minggu lepas kami pulang ke kampung lepas suami balik kerja (malam)
Bermalam di rumah saya di Sg Siput(U) dan pagi Sabtu bergerak ke Kuala Kangsar
Jaraknya lebih kurang 25km dan mengambil masa dalam 30 minit sahaja
Singgah di lembah Kuala Kangsar sbb Liz minta belikan lesung batu licin berwarna hitam
Semua kedai yang ada saya masuk bertanyakan lesung batu berspesifikasi seperti itu

Ada yang menjawab “mula mula memang tak licin dik, lama lama licin la”
Bila saya kata saya nak yang hitam, yang lain pula jawab “dah lama pakai nanti hitam la dia dik..betul akak punya gitu”
Hihi…yang macam ni je dijual disini
(Liz, Sue tak jumpa la lesung batu yang dimahukan)

Petang hari, kami ke Sayong mencari labu sayong tempat isi air yang dipesan oleh kawan
Ini tempat pembuatan labu sayong, jadi tak berapa eksklusif tempatnya berbanding pusat jualan kraf utk pelancong
Harga pun tak mahal, satu labu sayong yang besar dalam RM10



Dah penat pegang, belek dan bergambar dengan labu2 ini
Kami pulang ke rumah melalui Jalan Kampung Beluru
Singgah sebentar mengutip duit raya limau di kebun limau
(eh boleh ke sebut kebun..ada dalam beberapa puluh pokok)
Hujan renyai renyai jadi Iki tak dapat berlama lama bermain tanah

Dan bila hujan makin lebat, kami singgah di rumah pakcik encik suami yang dekat je dengan kebun limau tu
Makan buah – durian, rambutan sampai bulat..hihi
Iki ada geng main kereta dengan Pak Su
Sekarang dia dah kurang marah2 pada teman bermainnya
Beberapa bulan sebelum ni dia kerap marah2…hihi tekanan perasaan kah?
Sebelum pulang ke rumah, Iki tolong kutipkan rambutan di pokok utk dibawa pulang KL
Iki behave di kampung, asyik mengejar tok dan opah
Jadi kurang bergayut di kaki mommy macam selalu tu…ekeke
Kami bawa pulang KL rambutan dan manggis sementara durian dalam bentuk pengat durian
Sedap dicicah dengan roti ![]()
Resepi pengat durian? Alamak, masa mak mertua saya masak, saya tidur jaga anak…hihihi
Ini saya pastekan dari mesra.net
| Bahan-Bahan: | |
| 2 mangkuk isi durian 1 biji kelapa parut 2 keping gula melaka |
2 senduk gula pasir (mengikut rasa) 2 helai daun pandan Sedikit garam |
| Cara: | |
| Isi durian disiat-siat menjadi kecil mengikut kesukaan anda. Masukkan isi durian ke dalam periuk bersama gula melaka dan gula pasir. Kemudian, jerangkan ke atas api dan kacau perlahan-lahan hingga empuk. Perah santan kelapa anggaran dua mangkuk kemudian masukkan ke dalam periuk tadi bersama daun pandan. Masukkan juga sedikit garam secukup rasa. Kacau perlahan-lahan hingga mendidih, kemudian sesuaikan rasanya. Setelah cukup masak bolehlah diangkat. | |

Related posts:




Er.. akak tak makan pengat la sue.. bila mau datang rumah makan asam pedas?
—
Kak Chentahati : Bilalah Sue nak ke sana ye..macam jauh amat je..ekeke
wah, sue, terima kasih kerana cuba mencarikan lesung batu tu. takpela kalau xde. gamaknya saya kena terus pakai blender la walaupun utk buat perencah nasi goreng. hehhee
—
Sorry Liz, sebaris kedai Sue masuk..semuanya tak ada..
wah sue!!! sya nak makan durian..huhuhu..durian kat sini 45 hengget sebiji..:(
—
Mahalnya Sya : Sue poskan sebiji biji, Sya tanam tepi rumah Sya nak?
Nasibbaik buah kegemaran Iffah bukan durian…hihihi
uh sue..iffah sudah mula menyukai durian..:)
ye sue..cita2 sya..nak ade kebun durian..dan jualkan durian sya 1 hengget sebiji..
geram btul kat peniaga durian kat sini..:(
—
Sya : Cuba sya baca betul2..Sue poskan biji durian bukan sebiji durian..ekeke
Berat durian nak naik flight tau Sya, sbb tu mahal..
cit..terharu nye sya..:P
—
hahaha: Sya ni tak baca sampai habis..macamana nak jawab soalan exam
pakai jek laa lesung batu yg putih tu. luar jek kasap sikit. dlmnya licin. makin lama, nanti makin licin. dah gitu gayanya… memang. yg kubeli dulu kaler putih pun dah jadik hitam lama-lama. x caya tanya dgn mak-mak kite bagaimanakah rupa lesung tu masa memula beli.
—
Nadia : Ku nak mencari yang hitam dan licin tuu…hihi