
Sekejap je sudah 3 kali Jumaat saya berada di rumah
Dan harini saya bersama Zikry sbb malas nak mandi hantarnya ke rumah pengasuh
Ini adalah jadual WAHM saya yang sering dipertikaikan encik suami
Kerana hari2 saya tak makan sarapan dan tengahari
Katanya time management saya tak bagus…ekeke
8 hingga 8.30 – tengok uruskan beliau nak ke pejabat
8.30 hingga 10.00 pagi – Hantar Iki, Vacuum rumah, sidai baju malam tadi dan basuh kain, basuh pinggan kotor di sinki
10.00 hingga 11.00 pagi – Update blog
11.00 hingga 1 tengahari – Packing barang
1 hingga 2 ptg – Update account
2 hingga 4 ptg – Sidai kain/ filing/ blogging
4 hingga 5 ptg – Cari makanan di dapur, berehat sebentar (YM)
5.30 ptg – Ambil Iki
Dan hari hari yang saya tak hantar Iki, jadual saya akan lari..hihi
Sedang update blog, Iki tutup suis modem dan selang 1 minit minta saya on kan kipas kecilnya
Dia pandai off kan, tetapi mesti nak suruh saya juga on kan..uwaa…geram!
Bila Iki di rumah, saya perlu masak sesuatu untuknya
Pagi ni saya belum masak apa apa, jadi dia ambil tin biskut saya..hihi
Lihat apa jadi dengan biskut biskut itu setelah beberapa ketika Iki senyap ‘bermain’

Iki berposing depan serpihan biskut
Yang paling penting, saya baru vacuum ruang depan (uwaaaa)
Takpelah, lantai tu tak penting, anak lebih penting kan kan….hiskk (menarik sendu)

Saya beralih ke ruang tengah, Iki pun join sekaki
Vacuum di tengah halaman rindu rumah tu sebab Iki tengah menvacuum

Kalian, saya kena cepat vacuum ruang depan dan tengah sbb nanti ada 2 org nak datang pagi ni
Saya risau mereka tak sudi datang rumah saya lagi lepas tangan mereka terpegang serpihan2 makanan semasa duduk
Saya pergi dulu ya..
Mungkin ada sudi meninggalkan tips untuk entri ini
Related posts:




wah, perabot baru warna putih sudah sampai!!! putih nan suci sebelum iki mewarnakan ia. sy pun minat putih tp tunggu la rumah cheras intan siap. harus buat interior.
ttg kewangan anak tu, sy rasa sue dah buat yg terbagus sbb sue byk menyimpan utk iki melalui byk saluran. jgn terlalu gelabah, nnt sue pening. maybe boleh ambil insurance jugak kalau sue rasa perlu.
dlm masa yg sama, menyimpan utk keluarga juga. wah wah, sy ckp beriya padahal sy pun susah nak menyimpan byk2
—
Oh ye Liz : Tiada gambar semalam semasa Sue & Wan mencuci perabot kerana saya dalam keadaan tertekan. Perabot putih sampai jam 1 pm, jam 6 pm dah selamat Iki lukis peta Semenanjung sampai ke Sabah. Panjang, bersambung2 siap meloncat dari satu ke satu yang lain (mentang2 ianya sebaris).
Isk..
Liz nak hias rumah sendiri, lebih puas. Sue lambat lagi, jadi perlu ada rak tv sendiri, rak buku sendiri dulu demi memujuk hati..ekek
Mengenai kewangan keluarga/masa depan anak, thanks Liz..Perlukah ambil lebih dari satu insurans ye?
seronok kan jd WAHM…
kualiti masa utk anak adalah penting bg saya (mungkin bg org lain jua)
anak ada depan mata….masak sendiri untuknya…main nyorok-nyorok bersamanya…
bacakan buku…layan kerenahnya sepanjang hari…
tapi, masih tak mampu begitu……..
hampir separuh hari di luar rumah…bimbang syifa tak cam muka ibunya kelak…uwaaa………………….
—
Farah : Kelam kabut juga, jika full time housewife mungkin lebih tenang
Jam dah pukul 12 pm, kurier sampai jam 2pm, tapi order belum dipacking sebab siapkan makanan anak dan mandikannya dulu (risau…hihi)
letak iki di celah mana pun tetap comel la…ishh…rasa nak ciom2 ja….
—
Ish ish : Syifa comel sbb girl mesti pink2..Kalau Iki ni…ekeke, kategori comel ke Farah..hihi (geleng kepala)
ala tomei Iki..cantik ler CD.. : )
—
Salam MamaSiti : CD Iki dah berat..dari Subuh tadi…ekeke
comel la kak sue..
Ibu geram ye..
ada satu gambar yg diambil dr belakang (lupa entri mana)..sgt kiut, bulat dan gebu taw…
syifa pun selalu ditampar punggung sbb ibunya geram tgk dr belakang…hihi..
—
Kih kih : Sudah kurus dah sekarang sbb aktif mengemas..ekeke..Cian Syifa
waallaa..sudah sampai itu perabot.. hehhee..zafran la ni pon pantang jumpa pen..abih kusyen..tv..dicontengnya…
—
Sudah sampai Haza. Yang warna hitam tidak pula diconteng Iki, putih tu macam kertas agaknya…gaa
Wah…cantiknye rak. Suci murni je kaler dia Sue…Hehehe!Seronok la Iki meluahkan kreativiti dia kat rak tu ye…
Geram tgk muka nakal Iki masa kat sebelah vacum tuh…Skali-skala Iki senyum…cumil sgt!
—
Diana : Iki dah meluahkan dah segala galanya di rak itu..ekeke.. (mode mommy susah hati berpusing2)
ohhh… diriku takleh menjadi WAHM ataupon SAHM… ku pening kepala dgn anak2… kalau gi keje, dapat break sket… takde la migraine hari2 hehehhe… nway, kalau anak sorang mmg seronot melayan, kalau dah 2-3 orang… penat terjerit2 sbb asyik gaduh la, sepah barang laa… huwarghhh nama pon bebudak kann????
—
Haha: Betul tu scudmami, WAHM/SAHM memerlukan kesabaran yang tinggi. Mana nak berkerja, mana anak anak berlari sini sana. Wah..Sue terbayang kalau tiga org, yang seorang menangis, dan 2 lagi bergaduh..
Harus ada yang lari dari rumah bubuh baju dalam kain batik ikat hujung batang ubi..hihi
rileks sue, baru iki sorang… ga..ga…ga
—
Aja : Tarik nafas dan lepas..seorang..seorang..Sue kena bayangkan ada Iki di merata rata rumah kami..ekeke
Salam sue,
Hitam Putih Kehidupan …
Sungguh yin dan yang gitu … Hehehe ..
p/s – Muka Iki sungguh mischievous dalam gambar terakhir tu … Apalah agaknya yang sdg bermain di mindanya?? Ruang mana lagi yang bisa diselit itu biskut, mungkin?? Kikikikiki …Sabar sue, sabarrr …
Dia tgh fikir, bahagian mana yg boleh dilukis peta lagi..uhuks..
—
Kih kih :Itulah DNNA