Percaya atau tidak
Sejak saya bergelar WAHM/NWOM, saya belum berkesempatan tidur petang :sigh:
Dari jam 4 pagi berblogging kesana kumari, gosok gigi baju, bersiap hantar Iki dan seterusnya bersarapan dengan suami dikedai mamak roti banjir dal satu
Teman lama ofis bertanya “apa rutin Sue hari2?”
Erk, tersangkut2 saya menjawabnya…
Sebab hari2 buat perkara yang lain dan tak siap siap perkara tersebut
Saya ke MBB membuat pelbagai urusan collection dan pembayaran
Seterusnya ke CIMB untuk urusan SSPN Iki
Kedua dua bank penuh dengan manusia macam hari perayaan lagaknya
Quoted dari Utusan Malaysia
“3.33 bilion unit adalah ASM yang mula dijual pada 21 Julai dan dua bilion unit ASW 2020 boleh dilanggani mulai 27 April ini. Kedua-dua dana berkenaan ditawarkan pada harga tetap RM1 seunit.
ASM dan ASW 2020 merupakan dana ekuiti pendapatan yang dibuka jualannya kepada SEMUA rakyat Malaysia berumur enam bulan ke atas.”
dan
“Najib berkata, tawaran jualan unit baru ASM dan ASW 2020, terhad kepada pelaburan maksimum 20,000 unit bagi setiap pemegang akaun untuk memastikan penyertaan yang saksama.”
Setiap di antara mereka yang hadir ke bank membuka sehingga 5 akaun seorang!
Benar, seorang boleh membuka RM20,000 sahaja
Tetapi mereka buka akaun utk anak cucu mereka berlima sekeluarga(kagum kan?)

Orang lain sibuk simpan duit di bank
Saya sibuk spend duit di Tesco…ekeke
Bukan apa, saya kesian pada diri sendiri yang asyik refill air berkali kali goncang2 botol shampu
Walaupun beberapa kali saya buat begitu, masih tak penuh2 ASB kami sekeluarga..ekeke..
Jadi lebih baik saya shopping sakan di Tesco kan kan?
Oh sebenarnya saya nak tunjuk pokok di bawah ni
Shanteks kan kalau berada di ruang tamu kami?

Saya jaga baik baik pokok ni tau
Dari dalam Tesco ke troli ke dalam kereta sehinggalah ke rumah
Tak lepas saya pegang pokok & pasu ini..hihi
Saya letakkan baik baik di atas rak bersebelahan gambar kami
Supaya tetamu dapat buat perbandingan tentang apa lebih menarik, pengantin perempuan atau pasu?

Apa lagi yang saya beli di Tesco?
Saya main ambil2 dirak tanpa mengetahui resipi sebenar
Niat di hati nak beli buat puding, jadi saya beli susu segar Ideal
Tapi bahan bahan lain saya tak tau..sebab belum google resipi

Begini, muda muda mula mula bergelar WAHM memanglah begini
Tapi bila dah lama lama nanti mesti saya pandai makan masak kan?
Saya juga beli kangkung, kentang, limau nipis, serai tapi tang mana nak dicombinekan menjadi sejenis makanan, saya pun tidak ada idea hanya memandang jauh ke dalam troli
Sampai dirumah, saya membungkus order yang dipesan customer
Jujurnya selagi abg courier tu tak sampai, saya rasa berdebar debar macam nak dekat exam
Hati berdetak detuk, sempat ke tidak bungkus semua ni sebelum jam 2 pm?
Ada suara lain menjawab “prioritize, prioritize”
Jadi proses update akaun bagai berserta penghantaran email pemberitahuan akan dibuat selepas courier pulang
Selepas jam 2, saya sambung kerja Lunatots yang tertangguh
Di kesempatan ini, saya ingin memberitahu yang saya masih belum sempat membalas sebarang email mengenai reseller kerana kami di Lunatots sedang memperbaiki sistem kami bagi keluaran Lunatots CD akan datang
Saya akan reply email-email tersebut secepat mungkin
Begitu juga dengan email mengenai masalah penyusuan, saya tidak dapat menganalisis keseluruhan jalan cerita dalam masa yang singkat
Saya perlukan anda berjumpa dengan saya sendiri, hubungi saya melalui email untuk temujanji
Jam 5.30 pm, saya perlu jemput Iki di rumah pengasuh dan seterusnya meluangkan masa bermain bersama dengannya
2-3 hari ni dia sibuk dengan vacuum, jadi saya sempat update blog semasa dia ‘sibuk’ membersihkan rumah
(Ini scene buruh kanak kanak…ekeke)
Dan mengenai perabot putih suci murni itu, saya sudah bertukar jadi watak jahat dirumah
Dialog daddy “Iki, jangan main macam tu, nanti calar perabot mommy”
Dialog saya “Iki, iki jom ke ruang tengah”
Dialog daddy di lain kali “Iki, habisla comot perabot mommy nanti”
Saya “Iki, pasang TV di ruang tengah JOM :mata berkaca-kaca mengharap: ”
Kenapa saya sayang Iki?
Sebab bila saya sebut “Iki maaaa” “sammm”
“Daddy maaaa” “sammm”
“Mommy maaaa” “miiiii”
“Mommy cannnn” “tekkk”
*Yang biru dialog Iki
Hihi… pandai dia ambil hati kan…
(video takde sebab Iki speechless orangnya dihadapan video)
Related posts:




salam sue… cute nyer iki… hehehe.. kamu mmg family yg bahagia!!!
tapi jgn lupa kesihatan ye.
—
Salam Kak Yati : Bila dia buat buat cute, dia memang budak yg cute (masing2 mengaku anak masing2). Tapi bila dia mengamuk, suami isteri pandang memandang dalam hati berkata “ikut siapa lah ni” hihi…
pak guard dari nepal (3thn menetap di m’sia): “kakak tak boleh ambil gambar dalam bank. kakak tak nampak itu gambar ‘tak boleh ambil gambar’ di depan pintu masuk bank ka? kakak boleh kena tangkap sbb nak rompak ini bank”
pn.luna: “oh..oh.. maap la. sy tersilap tekan button. maap la, lain kali sy x ambil gmbr dlm bank lg”
—
Haha : Betul Amma, Sue ingat nak ambil gambar senyap2..sekali kamera keluar flash tauu..uhuks
Lepas tu cepat2 keluar dari bank sebelum pak guard Nepal tu tegur
hihihi … tergelak2 ku baca komen di atas …
pssst Sue – syok kan shopping tanpa ada che abang?? makin beranak pinak plastik beg tesco tu kan. kalau shopping dengan che abang, mesti jumlah plastik beg tak berapa nak maju kan … hihihi
—
Haha : Boring juga DNNA sbb kalau ada dia, dia yang pilih nak itu ini. Tapi kalau ada dia, asal ku ambil serai, dia tanya “nak masak apa?” Keke..terus letak balik sbb tak tau nak buat apa dengan serai tu..hihi (itu contoh sahaja, ada banyak lagi benda yang ku letak balik…kekeke)
baru bermula membaca blog diyaluna 2 hari lepas..
wahh.. sgt asyik menbacanye! sy sangat suke..
byk btol idea pn sue utk cter dlm blog.
thumbs up! keep up d’gud work..
p/s: saya baru bercadang nk membeli CD lunatots tu.. harap2 bonus taun nih memungkinkan sy untuk membelinya. wah wah wah.. =)
dan terima kasih kerana sudi masuk blog luna
—
Pinkedish : Selamat menyertai dunia kami
Nanti nak beli CD, calling saya ya!
nanti kalau jumpe Iki lagi..nak tanyer ah..
Aunty Caaannn…. (hopefully dia jawab tikkkk) hehe
—
Haha : Hahaha (sambung gelak)…boleh Azza..boleh…keh keh
Kalau akak tak buat list sblm shopping, memang boleh bawak balik satu supermarket jawabnya..tiap kali keluar nk shopping mmg dah jadi tebiat intai resepi dulu.
Hope sue cepat2 dapat adapt dari bekerja di opis kepada bekerja di rumah. Akak buat jadual pun berkejar juga akhirnya tapi alhamdulillah dengan kerja di rumah, anak2 pun ada depan mata
—
Haha : Ye la, bila dah ambil rasa macam sikit je, penat datang drive jauh2 ambil 2-3 barang.
Jadi apakata penuhkan je troli segala..ekeke
Ha a, akak punye jadual dah tersusun berserta anak anak dirumah
Kena banyak menuntut ilmu WAHM dari akak ..hihi
heheh… bab dialog daddy tu sama
“zikr jgn makan kat sini nanti rosak sofa mummy”
abah zikr suka no me’refer’ harta benda di rumah milikku…huhuhu… sbb yan particular sket (sbb baru) bila dah lama..tak heran…kotor pon tak pe…leh beli baru! (berangan nak dapat perabot baru)
—
Haha : Betul2…dah jadi watak yang -menjual-ikan- (selfish) ekeke
Ala ala ada set pinggan mangkuk cantik tapi letak di rak berkaca gitu..hihi