Disclaimer
    The entire contents of this blog are based upon the opinions of author unless stated otherwise noted. The information in this blog is not intended to replace a one-on-one consultation with lactation consultant. It is a sharing information and knowledge from the research of author. This blog outlines sources, ideas and suggestions on breastfeeding your baby. The author and family disclaim any liability arising directly or indirectly from the use of the information contained in this blog.
[Google]
Announcement
    Lunatots Booth (Maju Junction)
    Date : 1-30 Sep 2010
    Venue : LG Floor, Maju Junction KL
    Time : 10.30 am - 7 pm
    Contact No : 010-2414050 (HOTLINE)
Luna’s Counter
Friends Online

View My Stats
Nuffnang ADV
Sponsor





Luna’s Shop
Readers
Lunatots @HotFM
Luna’s Sponsor
ShoutBox

ebm

Assalamualaikum,
Teringin berkongsi berita gembira dengan semua
Lazimnya setiap hari saya menerima beberapa panggilan dari ibu2 yang bermasalah dengan penyusuan susu ibu
Dan saya kongsikan di sini, utk memberi panduan kepada ibu2 lain

Ibu A menelefon saya semalam
Asalnya dia benar2 mahu menyertai kelas penyusuan susu ibu yang MBM anjurkan semasa beliau mengandung
Akan tetapi disebabkan jadual kelas dan EDD nya yang terlalu hampir
Dia tidak dapat menghadiri kelas tersebut

Bangga hati saya, bila dia kuat hati menyusukan anaknya dengan susu ibu secara eksklusif selama 2 bulan pertama
Dia akan mula berkerja pada hari Isnin minggu hadapan dan masih belum dapat membuat stok susu perahan utk anaknya
Keadaan ini menyebabkan dia rasa ‘down’ dan celaru tentang proses pengepaman dan penyimpanan stok
Begitu juga dengan berapa oz susu yang patut ditinggalkan serta expectation2 lain
Dia risaukan beberapa perkara yang selalu ibu risaukan seperti anak menangis jika susu sudah diperah terlebih dahulu sebagai stok
dan susah hati bila sekali pam dapat 0.5 oz ke 2 oz
Dia perlukan motivasi, kata kata semangat serta panduan secara teknikal dari saya yang mengambil masa yang panjang

Ibu B pula sudah melahirkan anak 3 minggu yang lepas
Beliau menghadiri kelas penyusuan yang dianjurkan di Sara Kids di bawah kelolaan kumpulan sokongan MalaysianBreastfeedingMom (MBM)
Mula mengepam semasa hari ke-3 kelahiran dan boleh mendapatkan sehingga 7 oz sekali session!
Stok susunya sudah hampir beratus-ratus bekas-siap tumpang peti ais mak & kakak!
Saya tersengih2 kerang busuk semasa dia menelefon saya
Bukan sbb saya atau Puan Farah dia berjaya menyusukan anaknya dengan lebih tenang, tapi atas inisiatif dia dan suaminya :)
Tujuan dia menelefon saya ialah mendapatkan panduan/tips tentang bagaimana dia mahu membawa stok susunya pulang ke rumahnya semula (dari kampung)

Kami berbual pendek dek kerana kesuntukan masa dan katanya “Alhamdulillah berkat datang kelas penyusuan dahulu, saya lebih yakin dengan apa yang saya lakukan. Saya juga ada fakta terhadap segala yang org lain timbulkan. Mak saya pun dah mula percaya tentang supply and demand”

Suaranya bernada gembira
Saya apatah lagi!

Kalian, seperti yang pernah saya beritahu
Susu ibu itu hak anak anda, tapi cara merealisasikannya perlukan sedikit guidance tambahan lagi bagi ibu berkerjaya
Kerana itu ada saya, dan kaunselor laktasi yang lain di MBM

Kami boleh membantu anda cuma ianya perlukan cara yang betul
Saya tidak dapat melayani semua call dan email kerana:
Kadangkala saya perlu menyelesaikan beberapa perkara lain dalam masa yang terhad
dan yang paling penting –> Saya mahu mengakses keseluruhan jalan cerita kerana saya bimbang kalau2 panduan yang saya berikan tidak bersesuaian dengan kes anda

Kisah relaktasi saya dan Zikry di Pa&Ma Ogos 2009
Ianya sebagai suntikan semangat kepada ibu2 yang pernah memberikan anaknya susu formula
Anda mampu menyusukan anak anda secara eksklusif dengan susu ibu sahaja
Ianya belum terlewat!
Percaya pada saya “Anda BOLEH lakukan apa sahaja yang anda MAHU lakukan”

23072009106

Tiada yang lebih indah dari melihat anak membesar dengan susu kita sendiri
Dan percaya atau tidak, tanggungjawab menyusukan anak sebenarnya adalah di bahu bapa
Melalui pembacaan dan ayat2 di dalam Al-Quran, jika ibu tidak berkemampuan menyusukan anak kerana sakit
Atau sebab sebab lain
Bapa harus mencari dan membayar upah ibu susuan
(Bukannya segera ke supermarket mencari susu tin :) )

Dan mengikut kajian, bapa yang anaknya disusukan oleh isterinya sendiri merasa lebih satisfaction berbanding dengan memberi susu formula
Besar sungguh peranan bapa
*Yang bujang, sila ambil perhatian juga tauu..

23072009107

Sempena Minggu Penyusuan Susu Ibu 2009 ( 1 Ogos – 7 Ogos 2009)
“Penyusuan Susu Ibu- Tindak balas Penting Ketika Bencana. Sudahkah Anda Bersedia?”
(Breastfeeding – A Vital Emergency Response. Are You Ready?)

Saya ingin mengucapkan Tahniah kepada SEMUA ibu & BAPA yang menyusukan anak mereka
Keputusan anda bukan ‘benda kecil atau remeh’ buat masa depan si kecil


Salam sayang,
Puan Suraya

Related Posts with Thumbnails

Related posts:

  1. 7 Nov – Kelas Persediaan Penyusuan
  2. Kelas Persediaan Susu Ibu
  3. Kelas Penyusuan Universiti Malaya
  4. Persediaan kelahiran
  5. 24 Oktober 2009 – Kelas Penyusuan di Mumdreams

17 Responses to “Persediaan Penyusuan”

  • .:: Tengah berangan nak menyusukan baby secara exclusive selama 2 tahun nanti plus guna cloth diapers… Hehehe!!!

    “Anda BOLEH lakukan apa sahaja yang anda MAHU lakukan”

    Chaiyoookkk!!! ::.

    Mrs Mondoks : Dari angan anganlah datangnya kenyataan kan dear. Amin.. :)

  • Liz:

    kena yakin pd diri sendiri dan penuhkan ilmu di dada melalui pembacaan dan pengalaman org lain. kita as a mother kena ambil inisiatif utk cari ilmu tu sendiri. jgn hanya harapkan orang beritahu kita atau jgn sekadar dgr ckp org sbb belum tentu apa yg dia beritahu tu betul.

    for me, mmg husband memainkan peranan yg sgt besar dlm hal penyusuan. sokongan dari dia tu sgt penting sbb dia bakal jd perisai kita dan memainkan peranan dlm menangkis segala aura negatif dari orang lain. jadi kaum bapa juga harus dididik ttg perihal susu ibu.

    saya harap saya dpt menyusukan batrisyia hingga umur 2 tahun.. masih ada kurang 15 bulan lagi.

    ceh, nape ayat saya skema ah sue?

    Haha : Gelak dulu Liz..ha a, Sue pun selalu terskema Liz
    Mungkin bila kita serius, kita akan gunakan Bahasa Melayu dengan betul
    Mesti cikgu bahasa kita berbangga ada kita sebagai anak murid….kih kih…

    Yup, fakta kena ada dan jgn biarkan ‘kata kata’ org merubah apa yang kita mahu lakukan
    Susukan anak anda, kerana…..ianya memang untuknya.
    Chaiyok Liz!

  • nurul:

    Berbunga hati sy tgk sue & iki dlm Pa&Ma ogos. Syabas!

    Huda : Huda terkejut tengok moncong Sue ye…ekekek turun ke Zikry akhirnya ..Thanks Huda

  • Ibu "Aina:

    Ish…tak sabar nak tunggu PA&MA Ogos sampai kat umah ni Sue…Susahnye nak tgk Iki hencem ni senyum erk….Geram Diana tgk pipi Iki…

    Diana melanggan ye? Sue melanggan dan sampai ke rumah Sue semalam. InsyaAllah harini/esok sampai kut Diana punya Pa&Ma.
    Sue tersengih2 begitu sebab kelakar rasanya sepanjang sesi fotografi, Iki moncongs begitu..ekeke (sudahnya gambarpipi Sue kembang setaman…ekeke

  • eLMa:

    saye jarang beli PA & MA .. beli ikot ‘tajuk’ aje
    tapi bulan ni beli sbb tgk muke & citer Sue & Farah .. kui kui kui
    nak cari sumber inspirasi la kate…

    Elfi, nanti Sue cari slot utk email masalah Elfi ye..Sue kelam kabut sikit..sekejap ye dear
    Bulan ni Pa&Ma edisi khas sempena Minggu Penyusuan Susu Ibu (Ogos), tak rugi kalau Elfi beli :)

  • Suami k.Pija juga suka beza2kan Arwa dengan anak yang lain. Dia sangat puas hati dgn tubuh Arwa compare dengan yang lain dan k.Pija terpaksa pula mem’backing’2 anak yang lain…ha ha…sian 3 anakku hanya menyusu sehingga 6 bulan, itupun tak eksklusif…

    Ye ke kak Pija..Kak Pija, perasaan ibu kan..bila dikenang2 rasa nak putar balik ke jam pertama melahirkan
    Bila dikenang2, apa yang kita pernah buat pada anak (masa tu tak ada pengetahuan)

    Masa dalam kursus, ada sorang jururawat ni menangis teringatkan anak dia dah umur 7 tahun
    Yang dari hari pertama minum susu formula sepanjang 2 tahun…walaupun dah 7 tahun berlalu, rasa tu masih berbaki

    Tak pe, kita buat yang terbaik utk yang seterusnya kan kak Pija :)

  • aini aziz:

    bestla klo susu meriah cm diceritekan oleh ibu B tuh kan sue..rs bangga sgt bile dgr entry ini..sudah terbukti yg smua org bole nyusukan anak dgn susu ibu..mslh ku pn sama cm ibu A tuh jgk..nnt lps kelas persediaan menyambut ramadhan 1 Ogos akan dtg nie, ku chop appoinment ngn sue ek..ek..ek..plz..

    Appointment untuk consultation ke Aini? InsyaAllah, Sue cuba ye dear.
    Jumpa di sana :)

  • sue..betul la aper la yang sue cakap..persediaan amat penting..ina kenal susu ibu.com masa pregnantkan hadeef..masa najla dl bf kejap jer…menyesal pun x jugakan..n ina x noleh ke blkg lagi..kutip segala ilmu yang ada..beli alat2 mengepam..masuk susuibu.com..jadik silent reader,..godeh itu..godeh ini…alhamdulillah, hadeef exclusive b feed for 5 month last day…masih panjang lagi..tapi syukur dalam tantoo ku ituh ada 300 pek thawed ebm buat bekalan hadeef…setakat nie x penah kurang…mmg yang penting PREPARATION n SEMANGAT YANG KUAT….moga Allah mudahkan perjalanan kali nie…

    Wah Ina ada 300 frozen ebm utk Hadeef? Banyak tu..alhamdulillah. Teruskan Ina ye, nanti semangat Ina boleh di passing kepada ibu2 lain di sini ataupun susuibu.com :)

  • shida:

    Alhamdulillah… kita ibu2 yg terpilih…dibukakan pintu hati olehNya untuk fully bf.. smg akan ramai lg ibu2 yg sedar akan kebaikan penyusuan xklusif ini.. sekadar berkongsi… badan n tubuh baby yg fully bf ni mmg lain… ntah shida pun x tau ape bezanya… tp begitulah kate mak, ayah, umi n ayah mertua shida… tp my own experience, baru2 ni shida batuk n selsema teruk… almost 2 weeks… mmg risau jangkit kat baby… alhamdulillah, baby tak batuk or selsema langsung… so, antibodi die mmg kuat… n pengalaman membuat stok EBM… mula2 dulu mmg dpt 0.5 – 2 oz shj per sesi… skrg ni leh dpt 5 – 10 0z per sesi… thanks sue atas segala panduan n nasihat… yg penting… never give up!

    Wah Shida, lama kelamaan susu perahan akan meningkat sbb signal yang diberi pada otak setiap hari kan dear.
    Sekarang Shida dah sihat sepenuhnya ye? InsyaAllah antibodi yang kita pass kan kepada anak dapat membantu dia pulih dengan cepat jika bayi sakit. Take care Shida dan teruskan menyusukan sikecil Shida ye kalau boleh sehingga 2 tahun :)

  • yan:

    yan pon mula-mula dulu tanpa bimbingan dan tak tau mana nak cari panduan…. macam putus asa kejap… start simpan stok susu pon hari pertama bekerja… dan proses memerah adalah saat paling penat dan tak best… lepas kenal sue dan blog sue..yan jadi bersemangat semula dan berjaya (perasan jap) mengumpulkan stok sikit… dulu perah dapat la dalam 6 auns paling banyak… tapi bila ikut tips sue dalam blog ni… especially sentiasa ingat kat anak masa memerah dan jgn fikir pasal amaun susu yg diperah… akhirnya hasil sekali perah dapat lebih kurang 8-12 auns… satu hari boleh dapat 24 auns… alhamdulillah… thanks sue!

    beruntung kenal sue yg sudi share info ni!

    Yan : Sue bangga dengan semangat dan kemahuan Yan :)
    Harapnya artikel2 Sue selain meroyan mengarut sana sini dapat membantu Yan dan kawan kawan kita yang lain. Banyaknya 24 oz, minta la sikit Yan..ekeke

  • eLMa:

    Slm. Thanx ye Sue ..

    Nak bitau .. kite dah copy2 kan sume info psl BF dari blog Sue utk emel kan kat kekawan yg x dak tenet & print kan utk adik badik …wahhhhh ! semangat sungguh (wlupon projek BF masih belom berjaya seponuhnya)

    psl susuibu.com…. b4 saye jumpe blog Sue & lunatots, saye dah register susuibu.com
    tapi sampai la ni x dpt2 emel balasan.try register balek, dier kate username already use la plak

    Fi :Selamat berusaha ye dear, boleh call/email Sue bila bila masa.

    Mengenai susuibu.com, mungkin Elfi boleh contact administratornya utk memberitahu mereka :)

  • mmg sgt2 berazam dan mengharap agar dapat menyusukan baby secara exclusive selama 2 tahun dan m’gunakan cloth diapers…
    alhamdulillah punyai suami yg pun sama2 mengharap perkara yang sama..moga di izinkan ALLAH…skang ni baby baru jee 18 minggu & 6 hari….hope sihat anak mama…

    Amin utk Ryna&Firdaus..kalau ada apa2 yg keliru, call/email Sue ye. Take care.

  • kak sue, saya dah berhenti bf anak sejak die berusia 2 bulan lagi…skrg ni dah 6 bulan…klu dah bf kan blk boleh x??mcm mane nk buat susu ade blk…???kecewa sgt x pat bf kan anak…sbb saya ingatkn bile bf mlm jerk ok r tuu…siang x de r nak pam ke ape…tapi makin lame makin kurang…skrg ni dah kering dah…tulun r…walaupon anak saya minum susu botol, alhamdullilah anak saya x penah dpt penyakit…deman, batuk, selsema setakat ni x de r plak…tapi jgn r ade…sbb saya x de pengalaman jage anak waktu die sakit lg…hehehehe…kak sue tulun erk….klu bleh nk die susu bdn gak…

    kak sue, leh x reply kat email saya..risau x pat nak bace reply kak sue kat cni…

    Nursalihah boleh refer artikel Relaktasi disini http://www.diyaluna.com/diary/2009/05/06/relaktasi/

    Susu perlu dirangsang melalui hisapan bayi dan bantuan pam 3 jam sekali, 20 minit setiap breast setiap sesi.

  • salam suraya..sy menghadapi masalah tentang penyusuan susu ibu..mcmna nak hubungi puan suraya ya?

    Salam Dynas, cara terbaik, saya cadangkan Dynas menyertai kelas kami kerana biasanya selepas kelas saya akan mempunyai masa untuk berbual dengan ibu ibu yang mempunyai masalah atau hubungi saya untuk counseling appointment.

  • actually,dynas dekat sabah..susahla nak menghadiri kelas kak sue..dynas ada bg df dgn baby tp 1minit ja dia nak df selepas tu dia menangis..tu pun klu bernasib baik..klu x,baby akan menangis bila disuakan breast ..adui..nak xnak terpaksa bg susu fm ..klu perah pun air susu menitik je..sedih sgt xdpt bfkan baby..padahal time mengandung memg dynas da tekad nak bfkan baby..sedih..xdpt jadi perfect mama to my baby

    Dynas boleh meneruskan pengepaman untuk menghasilkan susu untuk bayi.
    Mungkin untuk anak yg seterusnya, Dynas boleh mengumpulkan lebih info dan maklumat penyusuan.
    Jgn sedih ye Dynas.

  • salam kak sue.dynas betul2 nak baca sal kak su dlm majalah pa&ma..mgkin bule dpt suntikan semangat..hehe.. dan tips2 yg len tp malangnya..sold outla majalh pa&ma kluaran ogos..tu yg sedih tu..

    Dynas : Sempena Mini Karnival Karangkraf 29 January hingga 2 Februari ada jual majalah lama Pa&Ma kalau kalau Dynas mahu, jemputlah ke Karangkraf di Seksyen 15 Shah Alam.

  • salam kak Su,

    Ni zura yang masa kelas penyusuan di Sarakids Mac 2010 hari tu…kak su kena tolong saya…saya mengalami zaman merudum…slalu kat office dapat la 12oz but lately nak dapat 9 oz pun susah! Zura ada sikit je stok EBM (dalam 5 paket = 20oz) coz dulu tak pernah terpikir nak fully Bf baby. Ingatkan masuk keja nak bagi baby FM, tapi baby reject mentah2 5 jenis FM yang zura try bagi dia. baby prefer nangis & lapar dari minum FM. mula dari itu lah zura berazam nak fully BF Aaqil selama 2 tahun.

    sekarang zura memang berazam nak teruskan exclusive BF untuk Aaqil & nak stock up EMB banyak2. dah banyak juga la yang zura try, urut, makan ulam2an, pil etc. Please kak su, naikkan semula semangat zura ni…
    TQ kak..

    Salam Zura, terima kasih sebab sudi berkongsi sesama kita masa kela tempohari.
    Yup, yang terbaik untuk Aaqil ialah susu ibunya. Zura, 20 oz stok yang Zura ada adalah banyak!
    Yang penting, konsistenkan sesi mengepam dan sentiasa bertenang.
    Makan makanan yang sihat, dan utamakan direct feeding bila bersama Aaqil.

    Tips buat stok susu perahan:
    -Bangun malam jam 12 mlm-6pg untuk mengepam
    -Mandi air suam atau tuam payudara semasa mengepam untuk melancarkan pengaliran susu
    -Tambah sesi mengepam daripada 3 kali kepada 4 kali semasa di ofis
    -Mengepam semasa weekend (biarpun dapat sikit2)
    -Power pumping semasa weekend- 10 minit pam, 10 minit rehat dan kemudian sambung semula mengepam

    InsyaAllah berkat praktis supply and demand, susu Zura akan kembali stabil. Selamat mencuba ye dear.

Leave a Reply