Dah hampir sebulan saya berkerja dari rumah
Apa hasilnya? Bila disebut secara general, mesti saya jawab keadaan rumah tangga yang lebih terurus
Tapi bila diminta menjelaskan secara spesifik dan kembang kembang hidung, jawapan manja saya ialah
“Saya gosok cadar dan sarung bantal sebelum disarungkan ke tilam”
Haip…ada yang senyum simpul dan berkata “ah, itu aku yang berkerja opis siang malam ni pun buat”
Tapi masa saya berkerja opis, saya tidak sempat buat ![]()
Pst pst… kebiasaannya katil bolen tanpa cadar..prfff…
Tiap tiap pagi sebelum suami pergi kerja, dia akan pesan “jgn lupa siram pokoks”
Ihihi..tgk, saya dah ada 3 pokok kecil dalam rumah
Gambar dibawah saya ambil semasa sedang memberikan ‘cahaya mentari’ sebagai makanan pokok2 kami

Si kecil kami dah ada tempat ‘berkerja’ sendiri
Saya beritahunya yang biru kerusi dia, hijau daddy punya dan pink mommy shanteks punya
Dia angguk2 tanda setuju ![]()
Dan dia juga bebas menconteng sesuka hati meja ini..hihi

Minggu lepas kami ke Ikea mencuci mata mommy..hihi
Geramnya lihat perabut putih2 sejuk mata memandang ni
Tapi saya pegang2, ambil gambar dan berlalu begitu saja
Sebab dalam masa yang sama saya bayangkan Iki dan adik2nya masing2 memegang crayon sambil tersengih2 nakal :gaga:

Ikea sedang mengadakan sale sehingga 19 Ogos 2009
Banyak juga item yang dioffer hingga lebih separuh harga
Ini adalah mangkuk tandas budak2
Sesuai utk ibu bapa yang sedang dlm proses mengajar anak2 membuang air kecil/besar tanpa menggunakan diapers

Berehat makan di cafe Ikea
Saya suka salmon, meatball dan menu ayam di sini
(Tu dia, perut satu..mahu makan 3 menu sekaligus..ekeke)
Kalau kalian perasan, kurang benar dah gambar saya di blog lantaran low self esteem melampau kebelakangan ini
Saya sabar menanti tiba masanya semua jerawat surut ditelan zaman…ekeke
Saya selitkan sekeping gambar rambut keluar keluar saya ya!
Bimbang kalian lupaaaa muka indah saya..hihi


Gigih Iki makan fries dengan garfu :)

Bersiar siar dengan mummy, daddy dan uncle Sara & Sasya
Huru hara rasanya saya sbb Iki tak mahu didukung daddynya
Kasutnya pula tertinggal dalam kereta
Dan saya tak bawa stroller mahupun pouch utk mendukungnya
Sakit pinggang acik dukung Iki dengan SEJU dalam perut yang makin membesar..kikiki


Dari Ikea kami ke Ikano, seterusnya The Curve
Dan makan malam di D Kayu di Tesco Damansara
Tudia, gaya macam couple berkasih mesra jalan berdua tau…padahal kalut sangat dengan anakanda sebenarnya..ekeke
Gambar di bawah, Iki tengah menari tanpa kasut di tengah halaman orang sambil dengar lagu

Sekeping gambar ibu2 (saya & Puan Farah) serta anak2
Susah juga nak dapatkan gambar ni sbb sekejap ibu sana tengah jerit panggil anak
dan sekejap Iki mots menggelinjang…: mode tangan picit picit dahi: hihi
Kami baru sudah Kelas Penyusuan Susu Ibu utk Ibu/Bapa Mengandung pada hari siangnya
(Saya tak ada gambar semasa kelas)
Feedback dari Mrs Azury yang menghadiri kelas kami yang saya ambil dari blog Puan Farah
——-
Azury says:
28/07/2009 at 11:08 pm
Hi Farah! I attended your lactation class last weekend and i must say, it was SUPERB!! Semestinya saya akan rekemen kepada semua expecting moms. Terlalu banyak ilmu penyusuan yang saya belajar walaupun saya pernah menyusukan 2 orang anak sebelum ni (now expecting my 3rd).
Saya akan terus menyokong usaha Farah untuk menggalakkan penyusuan susu ibu secara ekslusif. Keep up the good work!
p/s: “Keluarga SARAKIDS dan keluarga LUNA bersiar2 smp tgh malam last weekend lepas penat bekerja di siang hari =)” – baju pun tak sempat tukar ye? hihi.
—-
Kelas Penyusuan Susu Ibu Persediaan Sempena Ramadhan masih dibuka pada 1 Ogos 2009 (Sabtu)
Masa : 9 pagi hingga 1 tengahari
Bertempat di : Sara Kids, TTDI Jaya, Klik sini untuk peta
Yuran : RM80 seorang/ RM150 satu pasangan
Emailkan details anda dan pasangan serta resit bayaran yang telah dibuat ke info@lunatots.com
Bayaran boleh dibuat melalui:
Maybank Account No :5647-5310-1424 (Luna Solutions)
CIMB Account No : 1428-0000-1701-03 (Luna Solutions)
Pengisian : Asas Penyusuan yang perlu diketahui oleh semua ibu bapa, Teori & Praktikal Penyusuan Semasa Ramadhan, Isu Low Milk Suply yang akan dikupas oleh kaunselor laktasi dan seterusnya bantuan dalam bentuk Kumpulan Sokongan daripada Kaunselor2 Laktasi PPUM.
—-
Bagi ibu ibu yang sedang berpantang dan memerlukan Kelas Khusus Penyusuan, anda boleh menghubungi saya di info@lunatots.com. Kelas khusus akan diadakan dirumah saya di Taman Wangsa, Batu 9 Cheras yang akan menyentuh topik2 penyusuan bermula dari hari di hospital sehinggalah mula berkerja.Isu relaktasi akan dimasukkan mengikut keperluan dan kelas ini terhad kepada 2 pasangan bagi setiap sesi.
—–
Related posts:




mcm kenal je Mrs. Azury ni!! kak Azury, dah bersalin ke belum?? semoga dpt bf anak ketiga dgn berjaya!
sue, pokok lidah jin tu cepat membiak tau. so better pegi cepat cari pasu2 lain utk anak-anak dia nnt. ayah saya dulu, sampai sedekahkan anak2 pokok lidah jin dia kat jiran-jiran. sudahnya satu lorong tu, semua org ada tanam lidah jin. bila dah besar, pokok ni akan ada akar yg sgt besar dan keras dan susah nak cabut dr tanah. mmg lidah jin betul!
ikea mmg best. rasa mcm berada dlm rumah idaman, ruang tamu idaman, bilik idaman, bilik air idaman, baby room idaman.. semuanya idaman la. meatball SEDAP YANG AMAT!!!
wow…cantiknyer cd iki…itukah???
Sue, saya enjoy sangat kelas awak hari tu. Berinformasi dan menghiburkan (macam tagline tv2 pulak). Sue ngan Farah pun sangat passionate pasal bf, menambahkan lagi semangat saya nak susukan anak
Thank you for the great session!
—
Hihi : Thanks Azury, besar hati kami kalau Azury happy. Bila masanya tiba, selamat berjaya menyusukan dan meneruskan penyusuan selama mungkin ye