Disclaimer
    The entire contents of this blog are based upon the opinions of author unless stated otherwise noted. The information in this blog is not intended to replace a one-on-one consultation with lactation consultant. It is a sharing information and knowledge from the research of author. This blog outlines sources, ideas and suggestions on breastfeeding your baby. The author and family disclaim any liability arising directly or indirectly from the use of the information contained in this blog.

    Do drop by at any Lunatots Outlet ( Your Parenting Partner) to buy breastfeeding, cloth diaper and babywearing item. Our official website is http://www.lunatots.com

    Kindly do not SMS me to ask about breastfeeding problem as I may not be able to reply it.
    Feel free to communicate through my email suraya'at'lunatots.com for counseling appointment.
facebook.com/suelunatots
Suraya Lunatots

Create Your Badge
Leave me a msg for friend request approval purpose
Networked Blog

[Google]
Announcement
    LUNATOTS AMCORP MALL , MAJU JUNCTION & CHERAS
    010-2414050/012-5880515

    LUNATOTS PENANG
    012-5510829/012-5280515

    LUNATOTS PUTRAJAYA
    010-2548020/013-6042348

    LUNATOTS GIANT KOTA DAMANSARA
    012-6362919

    LUNATOTS GIANT BUKIT TINGGI, KLANG
    012-4895567
Luna’s Counter
Friends Online

View My Stats
Nuffnang ADV
Luna’s Shop
Readers
Lunatots @HotFM
ShoutBox

Archive for July, 2009

Tudia…hari hari komplen busy tak cukup masa yada yada
Tapi jari jemari lembut ini gatal juga nak memetik keyboard
Sebenarnya saya sedang menyiapkan kerja Lunatots yang tak siap siap
Tapi melencong sebentar berbueno blogging

Sudahnya bila nak siap kan?

Ini tempat berkerja saya yang baru
Tempatnya sahaja di sini tapi saya bersiaran dari atas meja makanla
Kadang kadang dari sofa, bila mood malas pula dari atas katil meniarap sopan santun begitu sahaja
Penuh dengan cable cable segala kan rumah saya
Saya pun tak tahu cable apa ntah tapi saya cuba elakkan memanggilnya ‘wayar’
Seingat2 lupa saya, saya pernah panggil semua benda yang berlingkar sebagai wayar
Tapi kena tegur dengan manja yang ianya adalah kabel..hihi..

Ada yang bertanya, WAHM (Work At Home Mother) kan jaga anak sendiri dan bukannya hantar anak ke rumah pengasuh?
Begini, saya niatkan…kalau WAHM yang lain pun, mesti anak pergi sekolah pagi, sekolah agama, sekolah muzik, kelas tuisyen, kelas balet dan lain lain kan?
Jadi saya anggap Iki pergi sekolah :)
Tapi pagi2 saya siapkan pakaian dan makanannya tauuuuu (beking diri sendiri…hihi)

Ada hari yang Iki tak pergi ‘sekolah’ iaitu hari yang saya malas hantarnya ke sekolah
Dan hari yang saya tak busy sangat, tak perlu keluar dan tak banyak perkara perlu diselesaikan
Bukan apa, tak manis kalau anak disisi mahukan perhatian
Tapi hati dan mulut saya merungut2 nak siapkan kerja cepat lalu TERmarahnya…
(Wah wah, yang selama selama ini tu bukan merungut kah? ekekek)
Saya pun tak faham apa saya cuba sampaikan
Saya harap kalian buat buat faham ye..hihi

Sambung semula, kalau Iki tak pergi sekolah, pagi harinya diluangkan menonton segala macam video
Dari ABC sampai ke Barney seterusnya ke Upin Ipin
Waktu inilah yang saya gunakan untuk menyediakan makanan dan membuat rutin kerja rumah

17072009078

Hari ini saya nak masak Cheesy Makaroni
Bahan bahannya :
Ayam dipotong hancur2
Lobak merah dan tomato dipotong dadu
Serta sesudu teh butter

17072009080

Mula mula masukkan makaroni dan cream cheese berserta air

17072009079

Dalam pada masa yang sama, sekiranya anak anda lapar, berinya makan apa apa dahulu..ekek
Kalaulah Iki boleh bercakap, mesti dia tengah cakap “mommy lambatnya masak…Iki makan apa yang ada je lah”
Memanglah lambat, mommy cincang ayam dulu, potong carrot YM-ing, blogging bla bla bla

17072009082

Tak berapa lama lepastu, masukkan kesemua bahan bahan yang dipotong ke dalam periuk
Anda boleh menggantikan ayam dengan tuna
Atau tambahkan sayur campur (yang ada kacang, carrot dan jagung tu)
Kacau2 periuk sbb ianya cepat masak
Perlukan skil mengawal sbb pasta kena masak (takmo keras keras) dan tak muleh lembik sangat nanti muak
(Hidung kembang2 mengawal api – padahal kacau je perlahan lahan..ekeke)

17072009083

Bila dah siap, Iki baca doa makan “Bismillahirrahmanirrahim…Allahummaaa….Amin…”
*Yang selebihnya mommy baca
Iki belajar dari doa org lapar dalam Upin & Ipin

17072009084

Tada..inilah rupanya Cheese Macaroni yang saya buat kung kang kung kang di dapur

17072009085

Ha? Tak menarik rupanya?
Anda boleh hias cantik2 macam KFC Cheezy Macaroni ini
Bubuh meatball dan daun kecil2 segala

Masa tgk iklan KFC ni malam tadi, saya sangkakan mereka tiru idea saya
Tapi baru saya perasan, saya belum publish lagi resipi saya ini di blog…ekeke…

Kepada yang sudi mencuba, Selamat Memasak dari WAHM nan jelita seketul ini :)

Percaya atau tidak
Sejak saya bergelar WAHM/NWOM, saya belum berkesempatan tidur petang :sigh:
Dari jam 4 pagi berblogging kesana kumari, gosok gigi baju, bersiap hantar Iki dan seterusnya bersarapan dengan suami dikedai mamak roti banjir dal satu
Teman lama ofis bertanya “apa rutin Sue hari2?”
Erk, tersangkut2 saya menjawabnya…
Sebab hari2 buat perkara yang lain dan tak siap siap perkara tersebut

Saya ke MBB membuat pelbagai urusan collection dan pembayaran
Seterusnya ke CIMB untuk urusan SSPN Iki
Kedua dua bank penuh dengan manusia macam hari perayaan lagaknya

Quoted dari Utusan Malaysia

“3.33 bilion unit adalah ASM yang mula dijual pada 21 Julai dan dua bilion unit ASW 2020 boleh dilanggani mulai 27 April ini. Kedua-dua dana berkenaan ditawarkan pada harga tetap RM1 seunit.

ASM dan ASW 2020 merupakan dana ekuiti pendapatan yang dibuka jualannya kepada SEMUA rakyat Malaysia berumur enam bulan ke atas.”

dan

“Najib berkata, tawaran jualan unit baru ASM dan ASW 2020, terhad kepada pelaburan maksimum 20,000 unit bagi setiap pemegang akaun untuk memastikan penyertaan yang saksama.”

Setiap di antara mereka yang hadir ke bank membuka sehingga 5 akaun seorang!
Benar, seorang boleh membuka RM20,000 sahaja
Tetapi mereka buka akaun utk anak cucu mereka berlima sekeluarga(kagum kan?)

21072009092

Orang lain sibuk simpan duit di bank
Saya sibuk spend duit di Tesco…ekeke
Bukan apa, saya kesian pada diri sendiri yang asyik refill air berkali kali goncang2 botol shampu
Walaupun beberapa kali saya buat begitu, masih tak penuh2 ASB kami sekeluarga..ekeke..
Jadi lebih baik saya shopping sakan di Tesco kan kan?

Oh sebenarnya saya nak tunjuk pokok di bawah ni
Shanteks kan kalau berada di ruang tamu kami?

21072009093

Saya jaga baik baik pokok ni tau
Dari dalam Tesco ke troli ke dalam kereta sehinggalah ke rumah
Tak lepas saya pegang pokok & pasu ini..hihi

Saya letakkan baik baik di atas rak bersebelahan gambar kami
Supaya tetamu dapat buat perbandingan tentang apa lebih menarik, pengantin perempuan atau pasu?

21072009095

Apa lagi yang saya beli di Tesco?
Saya main ambil2 dirak tanpa mengetahui resipi sebenar
Niat di hati nak beli buat puding, jadi saya  beli susu segar Ideal
Tapi bahan bahan lain saya tak tau..sebab belum google resipi

21072009096

Begini, muda muda mula mula bergelar WAHM memanglah begini
Tapi bila dah lama lama nanti mesti saya pandai makan masak kan?
Saya juga beli kangkung, kentang, limau nipis, serai tapi tang mana nak dicombinekan menjadi sejenis makanan, saya pun tidak ada idea hanya memandang jauh ke dalam troli

Sampai dirumah, saya membungkus order yang dipesan customer
Jujurnya selagi abg courier tu tak sampai, saya rasa berdebar debar macam nak dekat exam
Hati berdetak detuk, sempat ke tidak bungkus semua ni sebelum jam 2 pm?
Ada suara lain menjawab “prioritize, prioritize”
Jadi proses update akaun bagai berserta penghantaran email pemberitahuan akan dibuat selepas  courier pulang

Selepas jam 2, saya sambung kerja Lunatots yang tertangguh
Di kesempatan ini, saya ingin memberitahu yang saya masih belum sempat membalas sebarang email mengenai reseller kerana kami di Lunatots sedang memperbaiki sistem kami bagi keluaran Lunatots  CD akan datang
Saya akan reply email-email tersebut secepat mungkin
Begitu juga dengan email mengenai masalah penyusuan, saya tidak dapat menganalisis keseluruhan jalan cerita dalam masa yang singkat
Saya perlukan anda berjumpa dengan saya sendiri, hubungi saya melalui email untuk temujanji

Jam 5.30 pm, saya perlu jemput Iki di rumah pengasuh dan seterusnya meluangkan masa bermain bersama dengannya
2-3 hari ni dia sibuk dengan vacuum, jadi saya sempat update blog semasa dia ‘sibuk’ membersihkan rumah
(Ini scene buruh kanak kanak…ekeke)

Dan mengenai perabot putih suci murni itu, saya sudah bertukar jadi watak jahat dirumah
Dialog daddy “Iki, jangan main macam tu, nanti calar perabot mommy”
Dialog saya “Iki, iki jom ke ruang tengah”
Dialog daddy di lain kali “Iki, habisla comot perabot mommy nanti”
Saya “Iki, pasang TV di ruang tengah JOM :mata berkaca-kaca mengharap: ”

Kenapa saya sayang Iki?
Sebab bila saya sebut “Iki maaaa” “sammm”
“Daddy maaaa” “sammm”
“Mommy maaaa” “miiiii”
“Mommy cannnn” “tekkk”
*Yang biru dialog Iki

Hihi… pandai dia ambil hati kan…
(video takde sebab Iki speechless orangnya dihadapan video)

Semua barang2 saya di ofis dahulu sudah dibawa pulang
Termasuklah ‘barang’ jiran sebelah
Ini kisah dahulu demam nendoroid di cubicle sebelah saya
Sebenarnya ini nendoroid saya (Takara Miyuki) hadiah hari lahir dari jiran (memang hari lahir saya lambat lagi-tp dia cakap begitu)
Dan alang alang masa hari terakhir saya, jiran saya itu tak dapat join farewell karaoke session dengan saya
Saya angkut sekali Kokonoe Rin nya  buat kawan Miyuki dirumah

Bila dah berada dirumah
Kedua dua nendoroids itu tak cukup sifat dikerjakan Iki

15072009065

Siap ada sesi gelak2 saya jerit2 bila badan dan kepala nendoroids tercabut

15072009067

Wah..ini boleh dikategorikan hanya untuk tontonan lebih 18 tahun ni..ekeke

15072009068

1 tahun 7 bulan Ammar Zikry, dah pandai berguling kalau tak dapat apa yang dimahukan
Sekali pandang macam, hisyh geramnya kan rasa nak…nak cubitkan….gaa
Tapi bila difikir2, ianya phase pembelajarannya
Dan kalau saya pun saiko berguling2 di tepinya, mesti dia akan lebih keliru
Jadi saya temankannya di tepi dan beri kata galakan…hihi

15072009063

Sambil menangis, sambil beritahu saya “Noo….Noo….”
(dan tangan kecil itu tanda protes No – taknak masuk rumah lagi, nak main di luar :) )

15072009064

Prff..tarik nafas..
Tak pernah2 saya nak join apa apa peraduan, pagi ni di jam 5 pagi saya rasa nak menyertai sesuatu
(Selain daripada menyertai anak dan suami tidur..hihi)

Tada… Pertandingan Gambar Kahwin Unik
oleh Ibu Eiyman (e-Car) – kenalan dari susuibu.com
Pertandingan ini sempena ulangtahun perkahwinannya yang ke-4

Saya selak2 gambar kahwin mencari sesuatu yang unik
Dan serasa nak meletakkan gambar ini..hihi

Gambar di ambil semasa sesi fotografi di Lembah Kuala Kangsar
Dimana kami, kawan2 dan photographer minum teh tarik segelas dulu
Tu dia..sebelum bergambar, kita minum dulu…hihi
Baru perasan, takde mak andam follow nak tacap tacap bedak acik tau..
Mak andam zaman sekarang tak macam dalam cerita melayu dulu dulu
(Yang kejap kejap ambil tisu lapkan hidung..etc etc)

14952084

Penganjur kata sekeping SAHAJA gambar yang akan bertanding
Gambar dibawah bukan utk pertandingan
Tetapi untuk sudut pandangan pembaca yang lebih jelas tentang di mana kami berada..ekeke

14952032

Dan ini details yang perlu diisi utk menyertai pertandingan ini:

Nama suami : Mohd Nor Shazwan Shaharuddin
Nama Isteri nan shanteks jelita :  Siti Nur Suraya Mohamed Ali
Tarikh tunang : Ga….lupa (prfff)
Tarikh nikah : 4 Mei 2007
Tarikh majlis di rumah perempuan : 5 Mei 2007
Tarikh resepsi di rumah lelaki : 6 Mei 2007

Soalan wajib:

1. Kenapa saya rasa gambar yang saya pilih itu unik?
Sebab…kalian tengokla, muka minyak2 terlopong gitu, rambut terkeluar2 hihihi
Mana ada pengantin baru berkelakuan sedemikian di kedai makan
Semua mesti duduks sopan sopan memikat hati pasangan..ekeke

2. Kenapa saya suka baca blog ibu Eiyman?
E-car ialah ibu yang berbadan kecil tapi semangat dan naluri kasih sayangnya kuat, seperti IBU :)
Daripada tulisannya di blog, pembaca akan dapat merasakan yang e-Car AMAT menyayangi keluarganya.
Sempena ulang tahun perkahwinan e-Car, Sue doakan e-Car suami isteri beroleh ketenangan, sentiasa dalam rahmat dan lindungan-Nya..Amin..

Kepada penantin2 lain yang mahu menyertai pertandingan ini, klik banner di bawah dan ditepi side bar blog ini ye

Saya upload gambar dan cerita ringkas kerana hari ini saya mahu keluar mencari ketenangan..ekeke
(Sebenarnya kena buat pelbagai urusan rumahtangga dan kerjaya)
Minggu lepas kami bawa Iki melawat cousin ayahnya yg baru dapat anak kedua 10 hari lepas

18072009086

Nama baby Alisha Umairah/Syahida/Zahirah (parents dia belum pilih..hihi)
18072009089

Iki sayang adik :)

18072009087

Dan malam semalam dalam kelam kabut nak pergi keluar makan malam
Saya pakaikan Iki baju dan cepat2 tempek bedak bagai dimuka yang mampu menutup jerawat dalam rona malam (ye la, keluar makan malam kan..keke)
Lepas tu saya dengar Iki merengek2 cakap sakit
Hati dah libang libu “Iki dah mula mengantukkah?”
Sebab jalan selangkah, dia terjatuh terlanggar almari
Bila saya menoleh….oh oh
Kasian anak saya
19072009091

Pakai ‘skirt’ pendek, memang susah nak berjalan nak..hihihi
(Sebab tu mommy pakai labuh2)

Pengumuman:
Laman web
MalaysianBreastfeedingMom.com(MBM) sudah mula beroperasi hari ini.
InsyaAllah ianya akan mengumpulkan artikel Penyusuan Susu Ibu yang ditulis oleh barisan kaunselor laktasi dan anda sendiri sebagai ahli boleh menyumbang artikel!
Kami membuka keahlian MBM kepada semua yang sudi menyertai kami.
Salam berkerjasama (dari kami di Lunatots)

Related Posts with Thumbnails