Seperti yang diwar warkan, MalaysianBreastfeedingMom.com menganjurkan Kelas Persediaan Ramadhan bagi Ibu yang Menyusukan
Saya keluar awal pagi semasa anak masih tidur
Ikutkan hati, saya suka bawa anak dan suami setiap kali saya ada kelas
Tapi Iki semakin manja dgn macam2 perangai dan bila ada dia, fokus saya terpecah kepada ibu ibu yang memerlukan kaunseling saya dan anak yang minta lebih perhatian
Kali ini biarlah Iki dan daddy berehat dirumah
Dah selalu sangat mereka terlepek di tepi rak baju Sara Kids menanti saya sudah berkerja ![]()

Selit cerita SEJU, ikutkan hati saya, masa nak bersalin nanti baru nak masuk hospital
(Malas nak pergi checkup)
Dia aktif dan dah boleh rasa siku/ lutut /buntut (tak tahu yang mana satu) dari bahagian perut saya
Berat saya semasa mengandung 6 bulan lebih (hari ini ialah 47.5kg)
Ada pertambahan
Gambar semasa di dalam kelas ihsan Puan Farah
(Saya tak bawa kamera kerana charger kamera hilang ntah kemana..hihi)
Antara ibu bapa yang mengikuti kelas
Benar, kaum bapa sekarang telah mengalami suatu evolusi dimana keputusan membesarkan anak bukan dibahu ibu sendiri
Penglibatan kaum bapa AMAT diperlukan bagi menjayakan penyusuan susu ibu sehingga 2 tahun

Sesi demonstrasi masakan yang boleh menambahkan produksi susu ibu – Kerabu Jantung Pisang oleh Puan Amrah, Pengurus Sara Kids Ipoh

Dua wanita di belakang tabir yang membantu menyediakan bahan bahan
Thanks Farah & Haza

Menu sarapan dan makanan tengahari hari itu semuanya adalah makanan yang boleh menambahkan produksi susu ibu
Nasi dagang, nasi putih lauk sup ketam, kerabu jantung pisang yang dibuat oleh kaum bapa di dalam kelas, acar buah dari pelbagai jenis kurma
Serta buah mata kucing yang manis dan sedap!

Kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil bagi kemudahan kaunseling khusus
Istimewanya kumpulan sokongan ialah, masing2 boleh memberikan pendapat dan bantuan kepada ibu yang menghadapi masalah di dalam kumpulan yang sama
InsyaAllah info yang kami kongsikan dapat dimanfaatkan bersama



Bagi ibu ibu yang menghadapi masalah laktasi, kaunseling melalui telefon/email diberikan kepada mereka yang sudah menghadiri kelas di mana keseluruhan jalan cerita sudah difahami oleh kaunselor anda
Semoga bulan ramadhan kali ini dapat dijalani dengan lebih bersemangat dalam usaha ibu mendidik anak mengenai Ramadhan seawal dalam kandungan apatah lagi semasa menyusukannya!
Pembelajaran itukan berterusan ke akhir hayat

Cerita lanjut di blog Puan Farah
Related posts:




ruginyer x dpt join kelas ni ..
—
Salam Elfi, Elfi teruskan usaha relaktasimu ye dear. Chaiyok!
Salam Sue..
Alhamdulillah ade peningkatan sikit .. ke 4oz per session
tapi on off.. kadang2 balek ke 2 oz jugak
tapi takpe .. ni pun dah syukur sgt2
Sue blh share resepi kerabu jantung pisang ni tak
Jgn stress..
—
Elfi : Susu akan meningkat bila ibu tenang dan kerap mengepam,teruskan ye
Sue tak ada resepi kerabu jantung pisang ni…hihihi