Disclaimer
    The entire contents of this blog are based upon the opinions of author unless stated otherwise noted. The information in this blog is not intended to replace a one-on-one consultation with lactation consultant. It is a sharing information and knowledge from the research of author. This blog outlines sources, ideas and suggestions on breastfeeding your baby. The author and family disclaim any liability arising directly or indirectly from the use of the information contained in this blog.

    Do drop by at any Lunatots Outlet ( Your Parenting Partner) to buy breastfeeding, cloth diaper and babywearing item. Our official website is http://www.lunatots.com

    Kindly do not SMS me to ask about breastfeeding problem as I may not be able to reply it.
    Feel free to communicate through my email suraya'at'lunatots.com for counseling appointment.
facebook.com/suelunatots
Suraya Lunatots

Create Your Badge
Leave me a msg for friend request approval purpose
Networked Blog

[Google]
Announcement
    LUNATOTS AMCORP MALL , MAJU JUNCTION & CHERAS
    010-2414050/012-5880515

    LUNATOTS PENANG
    012-5510829/012-5280515

    LUNATOTS PUTRAJAYA
    010-2548020/013-6042348

    LUNATOTS GIANT KOTA DAMANSARA
    012-6362919

    LUNATOTS GIANT BUKIT TINGGI, KLANG
    012-4895567
Luna’s Counter
Friends Online

View My Stats
Nuffnang ADV
Luna’s Shop
Readers
Lunatots @HotFM
ShoutBox

Mungkin ada yang pening bila baca blog hari hari cerita aktiviti rumah
Kih kih..saya ada baaaaanyak perkara mahu ditulis, dek masa yang terhad, saya utamakan yang mana saya rasa seronok utk ditempekkan gambarnya terlebih dahulu
Kisah2 serius akan saya kembali dengan kadar segera selepas kisah rumah tamat
(Kasi can kan kalian, mula mula jadi WAHM/NWOM mesti keterujaannya lebih..hihi)
Dah lama lama nanti..bila aktiviti jadi rutin
Mesti tak best nak tempek gambar yang sama berulang ulang kan?

Aktiviti pagi hari masa anak dan suami masih di katil
Ialah membasuh Cloth Diaper Iki & baju baju lain
Semakin membesar bayi kita, najisnya akan lebih berasid dimana makanan yang diambil adalah hampir sama dengan orang dewasa!
Jadi bayangkan jika org dewasa buang air di dalam CD, pasti sedikit ‘susah’ dan lebih ‘berbau’ berbanding najis bayi kita dibawah 1 tahun kan?
(Mungkin ianya petanda anak anda sudah bersedia utk latihan ke tandas? : wink:)

Ibu bapa patut expect kesan najis bayi akan susah utk ditanggalkan berbanding dahulu
Terutama jika CD yang terkena stool  ’diperam’ selama lebih dari sehari
Cara cara utk membersihkannya ialah :
- Bilas dengan air yang banyak sebelum dimasukkan ke dalam mesin basuh
- Tambahkan sabun dan air
- Sidai di bawah cahaya matahari kerana cahaya matahari adalah ejen pembersih dan pemutih yang TERBAIK!

Sekiranya selepas beberapa basuhan awal (prewash), CD anda masih leaking
Atau mungkin selepas beberapa bulan digunakan, CD anda berbau hancing
Ada kemungkinan terdapat detergent build up pada material fleece tersebut (bagi
CD Lunatots)
Cuba alirkan air paip yang perlahan ke atas inner mikrofleece anda dan lihat samada air tersebut diserap atau mengalir ke tepi
Anda boleh cuba :
- Basuh pocket pants anda dengan sabun basuh pinggan seperti Sunlight
- Sental2 dengan tangan
- Rendam bahagian inner dengan air panas yang tidak terlalu panas yang dicampurkan dengan air paip dan bersuhu lebih kurang 70 darjah celcius
- Cuba elakkan bahagian PUL terendam sama kerana dibimbangi air panas akan merosakkan PUL
- Sidai dibawah cahaya matahari, semuanya akan kembali berseri-seri :)

Bagi membasuh insert yang sudah kelabu, atau kurang gebu dan ada ibu merasakannya ia makin nipis
Anda boleh cuba :
- Tambahkan sesudu kecil soda bikarbonat bersama sabun semasa mode Wash/Basuh didalam mesin basuh

28072009134

- Dan semasa mode Rinse/Bilas, tambahkan sedikit cuka bagi tujuan peneutralan. Penggunaan soda bikarbonat dibimbangi akan menyebabkan diaper rash, kerana itu sedikit cuka diperlukan.
- Jemur di bawah cahaya matahari
- Istimewanya, insert anda akan kembali putih, gebu dan tidak berbau :)

29072009138

Bunyinya macam remeh kan? Jika kalian tak mahu buat pun tak mengapa
Ianya tak perlu dilakukan setiap bulan
Mungkin 6 bulan sekali, atau bila bila rasa mahu melakukan sesuatu semasa hujung minggu
Sebenarnya tips basuhan menggunakan soda bikarbonat dan cuka itu boleh digunakan kepada baju  atau kotoran rumah yang lain

Saya suka memakaikan anak saya dengan CD
Kerana dengan memakai CD, saya boleh tahu makanan apa yg Iki consume di rumah pengasuh
Cek samada stoolnya berdarah ataupun bercacing
Dan mengira berapa kali dia poo poo di rumah pengasuh

Selain itu, dalam usia 1 tahun 8 bulan, Iki dah mula rimas pakai CD
Dan kadang2 saya biarkannya tanpa CD
(Tapi kena bawanya selang setengah jam ke bilik air dan buat bunyi syh syhh berulang kali)
Fakta – Bayi yang memakai CD lebih cepat belajar latihan ke tandas berbanding bayi yang memakai DD

new-lunatots-sticker-v6

Dah sudah membasuh apa yang patut
Saya akan risaukan makanan Iki pula
Sekadar berkongsi
Konsep penyusuan susu ibu sebenarnya adalah pembelajaran tentang makanan berkhasiat seawal usia 1 tahun
Mengikut kajian, bayi yang berumur 4 bulan (yang minum susu formula) akan menconsume 33% lebih susu berbanding bayi berumur sama yang minum susu ibu
(Sumber Breastfeeding Made Simple by Nancy Mohrbacher, IBCLC)
Kerana itu, bayi yang minum susu ibu akan semakin kurang intake susunya tambah2 bila berusia lebih satu tahun
(Menjawab mengapa hasil perahan susu ibu semakin kurang selepas bayi berusia lebih 1 tahun)
Berbeza dengan bayi yang minum susu formula dimana mereka perlu menconsume sehingga 8 oz satu hidangan biarpun sudah berusia hampir 2 tahun!
Fakta 1 : Susu ibu biarpun sedikit (3 ke 5 oz) sekali minum sudah cukup utk memenuhi nutrisi yang bayi perlukan manakala susu buatan manusia mempunyai banyak ‘lebihan’ yang tidak digunakan kerana itu ianya diperlukan dalam kuantiti yang banyak
Fakta 2 : Bayi yang minum susu ibu biasanya akan minum sedikit dari botol, dan berhenti 10 minit kemudian sambung semula (macam minum dari breast ibunya).
Ini biasanya membuatkan ibu risaukan anaknya yang tak mahu minum susu perahan (ebm) dari botol
Apa yang berlaku sebenarnya ialah, bayi anda cuba mengaplikasikan konsep minum sikit sikit tetapi kerap :)
Pattern pemberian susu mungkin berubah selepas satu masa (atau mungkin dari awal memang bayi boleh habiskan 3 ke 5 oz sekaligus)
Tiada apa yang yang tidak kena dengan bayi anda, cuma cara ‘delivery’/ pemberian susu oleh babysitter yang menyebabkan bayi boleh menghabiskan 5 oz sekaligus
(biarpun ianya susu ibu)
Sedangkan amount yang ibu perah tidak sampai 5 oz sekali perah!
Inipun boleh membuatkan ibu rasa tertekan (tambah2 bila pengasuh kata susu anak tak cukup)
Cara mengatasinya :
- Ketahui fakta, mengikut website Kellymom, bayi dibawah 6 bulan minum susu ibu sehingga 30 oz sehari (24 jam)
- Sekiranya anda meninggalkan bayi anda selama 8 ke 10 jam, ini bermakna 10 ke 13 oz sudah memadai
- Susukan bayi anda sebelum meninggalkannya di nursery dan semasa mengambilnya. Ini boleh mengurangkan jumlah susu perahan yang perlu dihantar.
- Gunakan botol yang beraliran paling perlahan sehingga dia berumur 2 tahun
- Latih pengasuh anak anda dengan fakta2 susu ibu
- Sediakan makanan tambahan utk anak anda seperti buah, bubur nasi, sayur, nugget dan finger food (hanya selepas berusia 6 bulan)

Jujurnya, mempunyai anak membuatkan kami sekeluarga lebih particular tentang makanan yang kami ambil
Buah perlu sentiasa ada supaya senang dipotong2 utk Iki makan selang 1-2 jam
Dan setiap hidangan nasi perlu ada sayur dimana garam dikurangkan
Nanti bila saya ada kelapangan, saya carikan info mengenai pemakanan anak yang tinggi kalsium dan zat besi ya!
Oh ya, anak kita PERLU makan dari semua jenis gizi makanan dan tidak bergantung kepada susu sahaja
Mungkin susu formula mengandungi semua zat yang dinyatakan di tin
Akan tetapi kaedah penyusuan susu ibu secara tidak langsung ialah lebih kepada ‘mengajar’ anak kita menerima makanan lain selain kebergantungan terhadap susu sahaja selepas bayi berusia lebih 1 tahun :)

04082009177

Sementara mommy masak, Iki kunyah kismis
Ruang Iki bermain memang semak amat sampai ke bahagian depan dan setiap bilik

04082009178

Saya suka belimbing!
Haritu berbual2 dengan suami yang saya potong belimbing mengikut bentuknya
Maksudnya, sebiji belimbing akan dapat 5 potong
Dan baru saya tahu, rugi buat begitu sbb bahagian tengah tu tak dimakan
(Boleh buat air, tapi biasanya kering begitu sahaja dalam peti ais..ekeke)
Bila potong begini, lebih banyak yang kita akan dapat :)

29072009139

Dah sampai waktu memasak
Saya search resipi di blog Hanieliza

——-
IKAN SELAR MASAK ASAM

Bahan
4 ekor ikan selar
[bersihkan..gaulkan dngan kunyit dan garam..goreng saperti biasa..]

3 ulas bawang kecil
2 ulas bawang putih
1 inci halia 1 biji cili hijau
1 biji cili merah
1 labu bawang besar
[semua bahan ini dimayang]

1 cawan air asam jawa
[sekiranga nak gunakan cuka..2 s/b cuka + 1/2 cawan air]
1/2 s/k kunyit serbuk [sebagai warna masakan tu]
1 biji tomato buah [belah 4]
minyak
garam

Cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan semua bahan yg dimayangkan.
2. Bila dah nampak layu sikit masukkan air asam jawa atau air cuka, tomato buah dan kunyit.
3. Bila dah mendideh masukkan ikan dan tutupkan api.
4. Sedap dimakan ngan nasi putih.

NOTA:
Kak liza selalu makan masa dalam pantang..cuma tambahkan lada hitam.

—-
Kalian, janganla senyum simpul
Ini pertama kali saya masak ikan selain dari ikan goreng tauuu
Walaupun rupanya blur2 mata memandang
Tapi rasanya boleh tahan la setakat nak makan berdua dengan Iki
Belum lepas lagi nak buat majlis makan makan di rumah..hihi

04082009179

Being a WAHM lagi penat berbanding berkerja di ofis
Iki asyik nak libatkan saya dalam semua aktivitinya seperti main kipas, main vacum, main plug
Kalau saya nak berinya diam, saya perlu berinya aktiviti
Seperti semangkuk air utk dikecahkan
Atau kaya utk disapukan ke lantai roti
tapi lepas dia ‘berkerja’, saya kena sambung kerjanya iaitu mengemas..iskk..
Kalau jiran2 dengar saya membebel, mesti mereka salah sangka saya sedang mendera anak
Padahal saya yang terdera mental dan fizikal ..ekeke

Elok2 lepas saya sudah bungkus barang
Iki pula sambung conteng plastik barang utk dipos..uwaa
Kepada yang menerima barangan conteng2 tu, saya minta maaf ye

04082009180

Tepi laptop saya ada minyak cap kapak
Bukan utk sapu sapu masa pening
Tapi utk lap kesan pen yang Iki conteng dan juga kesan calar2 lori mainan Iki di perabot putih bersih mommy  (TIPS bagi mereka yg berperabot putih : berpeluh:)
Eden torai menjadi ibu mithali senyum dari pagi ke petang
Tapi bila sampai petang je, mesti otot2 rasa dah kejang2 dengan tekanan
(Ya tuan tuan dan puan puan, anak saya baru seorang tapi dah hilang seri wajah..hihihi)

04082009181

Petang hari saya buat Puding Diraja
Maklumlah resipi sume tambah sikit2 secukup rasa
Sudahnya saya terbubuh 2 sudu tepung kastard dan rasa puding saya ialah …rasa tepung…
Sebab tu puding saya berwarna kuning dan bukannya putih
Ini percubaan pertama, saya akan cuba lagi dan lagi

IMGP2425

Biasanya petang2 Iki main sorang2 siram pokok kaktus saya
(Pokok tu dah jadi macam kawasan paya, penuh air hari2 siram)
Selepas hampir 3 tahun kami tinggal di kawasan ini, semalam baru ada seorang jiran bernama Kak Mar tegur kami
(Kami = saya & suami)
Sementara suami berbual dengan Kak Mar, saya ambil gambar budak budak ni

03082009175

03082009176

Aktiviti malam WHAM ialah pengsan..ekeke
Jadi tiada gambar yang sesuai  bimbang menakutkan ramai pihak

Update aktiviti Lunatots Cloth Diaper

new-lunatots-card-v6

  • Bagi ibu bapa yang berada berhampiran Petaling Jaya, jumpa saya di Dewan Pulaisari, Pusat Perubatan Universiti Malaya pada esok (Khamis- 6 Ogos 2009) sempena Minggu Penyusuan Susu Ibu
  • Johor Bahru pada 8 Ogos 2009 (Sabtu) bagi Kelas Penyusuan Susu Ibu
  • 9 Ogos (Ahad) di KL Sentral, Level 2 bagi booth Lunatots
  • dan ISTIMEWA : Lunatots Team akan berada di TV3 Rancangan Wanita Hari Ini pada 10 Ogos 2009(Isnin) jam 12:00 tengahari
Related Posts with Thumbnails

Related posts:

  1. seharian menjadi mommy
  2. Growth Spurt-Beralih bulan
  3. Saya Tidak Menghasilkan Banyak Susu
  4. Nipple Preference
  5. Originality

7 Responses to “Seharian..”

  • jutt:

    wah sue. mung makin menjadi isteri mitali nampaknya. skill memasak juga makin improve. bagus2. info tentang penyusuan bayi slps st thn juga bgs. tp ku nk tanya sikit, since aimin ade 6 byg gigi je, geraham langsung takde…dan dia mkn lebih bnyk telan dr kunyah…takpe ke ku kasi mknn ala2 dewasa. cam sian je tgk dia asik telan.

    Tidak perlu terlalu keras bimbang luka gusinya. Agak2 sedang lembut dan sesuai utk anak kita sudah memadai.
    Blend bagi anak yang tiada gigi :)

  • ina:

    sue…wah..berkobar2 masak…besar beno pisang yang sue guna buat puding diraja..kalo apat pisang lemak manis 2 lagi sedap…kecik n comel gitu….rindu nak masak best2….dah anak 2 nie x sempat la sue….oh ya, smlm ina tumpang booth medela( perasmian minggu susuibu peringkat negeri terengganu..) bawak lunatots cd..tup2 ayu( reseller dungun..) pun turun padang gak..kalo sue ada lagi best….so, banyak gak la cd lunatots smlm..org2 terengganu teruja sgt tgk cd..pelik kata mereka n almost soalan yang ditanya tau tak aper….jeng2….” kalo anak berak camner…”..letih ku nak menjawab sue….

    Ina : Pisang dah beli berhari hari. Baru berkesempatan buat. Pelik rasanya bila pisang dah masak sangat :)
    Ye ke..wah bestnya buka booth. Ada dapat jemputan utk buka tapi tak sempat nak arrange. Macamtu Ina kena siapkan kaset rakaman macam di pasar malam :)

  • sue bg akk resepi pisang diraja u..mcm sgt sedap! terliuq plak tgk

    Ummu Umar : Tgk kat link Puding Diraja, sue combine2kan semua resepi dari kawan kawan kita..ekeke

  • awe:

    salam sue, waa jadi SAHM seronoknye! lama tak komen tapi still baca blog neh tiap2 hari…
    tq for the info, baru taw baby lepas 6 bulan kurang minum susu… means sket tp kurang! patutlaa raina makin kurang minum lps makan ni… pam pun dapat 1-1 oz so skrg tak pam, kul 10 pg & 1 pm wajib turun nurseri susukan die tapi die kadang2 je nak…

    Salam Hawa : Lepas ni ibu tak perlu bimbang sbb dah sampai masanya si kecil kita diperkenalkan dengan makanan makanan sihat dan dalam masa yang sama penyusuan susu ibu diteruskan.
    Kalau Hawa ada masa, Hawa pam walaupun dapat sedikit ye. Sayang kalau susu kering berikutan less demand dari anak dan pam :)

  • shakila:

    kurasa ku pernah dapat package yg ada kesan chonteng2 tu…ahakss

    Haha : Kila pernah dapat ye.
    Ya ampun…sue menulis, Iki ikut menulis. Kompius syarikat courier tu…

  • sue,
    fakta ttg kuantiti susu ibu ni menariks..
    boleh sy fowed kat kawan2 saya ye.. sbb ade kawan yg bg 15 oz tp katanya still tak cukup…
    thanks

    Salam Laila : Betul tu, biar semua ibu yang menyusukan tidak rasa stress dan gembira membekalkan stok utk anak :)

  • su,sy minta izin copy info psl nk cuci cd..tq

    Ok Kamilah, minta di creditkan kepada diyaluna.com ya. Terima kasih.

Leave a Reply