Sekali imbas baca tajuk, bunyinya macam ada sambutan birthday Zafran di PPUM je kan
Sebenarnya saya sekalikan 2 peristiwa dalam satu entry
Semalam kami ke Puncak Jalil ke rumah Zafran
Sejak2 berkerja dari rumah, saya aci terjah rumah org berkerja sepanjang hari
Saya tau mereka penat berkerja, sbb tu saya makan siap siap sebelum datang..hihihi
Tengok gambar Safiyyah muncung di blog uminya
Saya teringat ‘akal’ Iki kebelakangan ini
Dia belajar dari bukunya – ada cry, laugh, smile (tenyum) dan angry
Refer gambar di bawah bagi maklumat yang lebih jelas

Dan bila Iki ‘marah’, dia akan muncung begini…ekeke
Pengaruh rakan sebaya betullah Iki ni!
Kami singgah di Klinik Qistina bagi meneruskan rawatan utk Iki
*Pada yang masih ingat kisah ura ura Iki dikhatankan awal
Saya sudah cek di laman web kefahaman Islam dan tiada umur yang disunatkan berkhatan didalam Islam
Ianya boleh dilakukan seawal bayi mahupun setelah belasan tahun
Anak saya suka plug, lampu, kipas dan vacuum
Kami terus ke rumah Zafran menyibukkan suasana..hihi
Dari tepi, Arisa, Iki dan Zafran
Kenapa Iki begitu?
Dia cemburukan daddynya berkepit dengan Arisa..keh keh
(Patutnya mommy la cemburu
)
Majlis potong kek Zafran
Untuk Zafran dan uminya, tahniah kerana dapat menyusukan zafran secara eksklusif dari hari pertama sehinggalah Zafran berumur 2 tahun
Ianya tak mudah, tapi masih tidak mustahil kan Haza?
Dengar-dengarnya Zafran nak sambung kontrak susuan selepas 2 tahun…ekeke
Kongsi kongsikan pendapat anda disini
Beberapa keping gambar semasa majlis kecil makan makan kek
Seterusnya semalam saya ke PPUM bagi menghadiri Sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu Peringkat PPUM
Tema tahun ini 2009 – “Penyusuan Susu Ibu: Tindak balas penting ketika kecemasan. Sudahkah anda bersedia?
Saya tidak sempat bercerita panjang kerana perlu segera ambil Iki di rumah pengasuhnya
Yang mahu saya kongsikan ialah gambar polis wanita di bawah
Beliau adalah polis dari Malaysia yang membantu semasa gempa bumi di China di Sichuan pada tahun 2008
Sementara menantikan bekalan susu formula tiba, beliau menyusukan 9 bayi bergilir gilir secara berterusan
(Gambar dibawah,beliau sedang menyusukan seorang bayi)
Moral of the story yang dapat kita kongsikan :
- Naluri dan susu ibu itu telah tersedia jadi mengapa ianya ditidakkan dengan memberikan anak susu formula?
- Susu ibu tidak perlu dibasuh, dibancuh, ditambah air panas dan sentiasa dalam suhu optimum untuk bayi minum
- Susu ibu adalah supply and demand dimana setiap kali ada demand, susu akan dihasilkan oleh badan
- Dalam keadaan kecemasan, apatah lagi bencana, sanggupkah kita mendengar bayi menangis menantikan susu formula sedangkan ibu ada disisinya. Ibu ini perlu dibantu utk meyakinkannya yang dia BOLEH menyusukan anaknya sehingga kenyang.
- Relaktasi adalah digalakkan kepada ibu2 dalam keadaan sebegini.
- Susu ibu mampu menyelamatkan 1.5 juta kematian bayi dalam setahun yang disebabkan oleh susu formula.
- Susu Ibu mengurangkan risiko penyakit berjangkit pada bayi sebanyak 2.5% dan mengurangkan 3 kali ganda kematian bayi yang disebabkan oleh masalah pernafasan bagi bayi dibawah umur 1 tahun.
- Dalam keadaan penularan H1N1, apa yang mampu dilakukan oleh ibu dan susu ibu? Renung renungkan…
Bergambar bersama barisan kaunselor laktasi PPUM
Puan Ida Murni, Puan Vivian Foo, Puan Farah dan saya (Cik Puan Besar Suraya) hihi
Booth yang dibuka dihadapan pintu masuk hall
Alhamdulillah, sambutan dan pandangan ibu bapa tentang Penyusuan Susu Ibu bukan lagi suatu yang asing dalam masyarakat Malaysia
Malam ni saya ke Johor Bahru, Ahad ke KL Sentral (Level 2) dan Isnin ke TV3 utk rancangan Wanita Hari Ini
Org TV3 “Akak datang kol 11.30 am, mekap2 kita on air 12.00 pm”
Saya “Biar betik dik, akak lama tau nak tacap…Nanti tak sempat”
Dia “kukik kukik…akak ni…….”
Acik nervous.
dan SEJU sudah masuk bulan ke-7
Related posts:






gambate ne sue chan!! take care
—
Thanks Sya
Sue, perasaan bila sampai ke garisan 2 tahun tu amat indah.. tak tergambar..
Sampai belanja untuk bday zafran pon beratus2… sbb award untuk diri sendiri.. Berbelanja sambil sengih2 sah2 org ingat ku gila..:D..PUASSSSSSSSSSSSS!
—
Ala haza : Ku menantikan ‘perasaan’ lain…seperti perasaan melihat 2 line ke…ekeke
Tahniah Haza!
Congrats sis Haza …
dan …
Tabik kat polis yang bertugas tu …
Saya sungguh bangga baca kisah anda …
Semoga dapat dijadikan tauladan …
Sue … tacap jangan tak tacap … Hehehehe
Control shanteks ye sue nanti …
—
DNNA : Bangga kan melihat polis dan Haza
Ibu mampu lakukan apa yg mereka mahu lakukan
Pst, yang penting, control perut…ekeke…
sue, tu polis yang hang citer kat aku tu kan?
banyak jasa die kat baby2 sana…
aku pun selalu habaq citer ni kat kawan2 kalau diorg cakap susu dah takde, plus citer tentera US yang bertugas kt luar US pos susu kt anak die kt US…
—
Ha a Hawa : Polis ni berjasa menenang dan mengenyangkan anak anak mangsa gempa bumi itu.
Agak agak mampu ke kita buat sebegitu kan
Tahniah Hawa, atas kesungguhan terhadap susu ibu!
terharunya baca cerita polis tu…
sue, ala tak dapat la tengok sue isnin tu.. nanti upload la kat sini ye…

—
Sya, Sya pun kena gigih susukan Darwisy ye
InsyaAllah Sue uploadkan gambar2 kami nanti..
sue…nnt ke TV3… tegur achik guard nama Habsah tau.. tu mak yan…(guard pompuan pkai baju polis ada dua je kat situ…mak yan berbadan besar2 dan cantik2 macam anaknya…ahahhahahahah)….heheh… yan akan bagi tau sue nak dtg… jaga2… mak yan tu garang orgnya…hehehheh
suka baca pasal polis yg susukan 9 bayi straight tu,….. chaiyok!!!!!!!!
—
Yan, agak agak kalau la Sue parking kereta tempat Farid Ridzuan, mesti mak Yan terus datang menegur Sue kan..hihi..
Nanti Sue tegur mak Yan ye Yan
Polis tu bagaikan inspirasi Sue utk menyusukan lebih ramai bayi dengan susu ibu dengan cara, membantu ibu mereka! (Tanda seru diperlukan bila sangat bersemangat..ekeke)
wahhhhhhhhhh kak su mau masuk tb! harus nonton ni. heheeheheh
—
Pst Qas : Sila lah lihat jam 12 hari ini, TV3. Yang iras iras Ifa Raziah tu…akak la… (hiks)
kalau iki tgh muncung2 tu..iki tgh marah ye…? kalau mummy iki tgh marah pun muncung jgk ke? ekeke..
p/s: iki blh geng la dgn safiyyah…nnt tgk muncung sape paling pjg. kalu mummy iki nk join pun blh jgk. kuikuikui..
—
Iki muncung sbb mommy tanya “Iki, muncung cemane? Cepat, mommy nak amek gambar…hihi”
Hahaha..pertandingan muncung paling panjang dan lama bertahan, menarik tu Nadiah (kena prektis dari sekarang sebelum Nadiah balik Malaysia
)
sue,sy cukup tgersentuh bila sue cite pasal susu ibu.teringat kekhilafan sy sbb tak susukan haiqal dgn susu sy sendiri.sy rasa malu dgn ibu2 lain yg mampu dan sanggup bersusah payah utk susukan anak mereka.tapi sy dgn segera amik jalan mudah.insyaAllah anak ke 2 ni sy nak pastikan sy susukan nya dgn sepenuhnya.(ter emo le plak pas baca polis susukan bby kat china tu..hukhukhuk)
—
Fatonah : Selamat menimba ilmu utk menyusukan bayi yang seterusnya:)
Kalau Fatonah rasa ‘down’ atau ’susah hati’, sentiasa hubungi kawan2 yang support penyusuan susu secara eksklusif.
Ianya membantu menenangkan emosi ibu
insap betul bile bace psl polis tu .. ale Sue shanteks .. kite keja opis hour.. mane dpt tgk Sue masok tibi …
upload jgn x upload
seju mu udah tau kah jantina nya?
—
Elma boleh tengok di http://www.tv3.com.my (Wanita Hari Ini – tarikh 10 Ogos 2009)