Disclaimer
    The entire contents of this blog are based upon the opinions of author unless stated otherwise noted. The information in this blog is not intended to replace a one-on-one consultation with lactation consultant. It is a sharing information and knowledge from the research of author. This blog outlines sources, ideas and suggestions on breastfeeding your baby. The author and family disclaim any liability arising directly or indirectly from the use of the information contained in this blog.

    Do drop by at any Lunatots Outlet ( Your Parenting Partner) to buy breastfeeding, cloth diaper and babywearing item. Our official website is http://www.lunatots.com

    Kindly do not SMS me to ask about breastfeeding problem as I may not be able to reply it.
    Feel free to communicate through my email suraya'at'lunatots.com for counseling appointment.
facebook.com/suelunatots
Suraya Lunatots

Create Your Badge
Leave me a msg for friend request approval purpose
Networked Blog

[Google]
Announcement
    LUNATOTS AMCORP MALL , MAJU JUNCTION & CHERAS
    010-2414050/012-5880515

    LUNATOTS PENANG
    012-5510829/012-5280515

    LUNATOTS PUTRAJAYA
    010-2548020/013-6042348

    LUNATOTS GIANT KOTA DAMANSARA
    012-6362919

    LUNATOTS GIANT BUKIT TINGGI, KLANG
    012-4895567
Luna’s Counter
Friends Online

View My Stats
Nuffnang ADV
Luna’s Shop
Readers
Lunatots @HotFM
ShoutBox

Archive for August, 2009

Update aktiviti Lunatots Cloth Diaper

new-lunatots-card-v6

  • Bagi ibu bapa yang berada berhampiran Petaling Jaya, jumpa saya di Dewan Pulaisari, Pusat Perubatan Universiti Malaya pada HARI INI (Khamis- 6 Ogos 2009) sempena Minggu Penyusuan Susu Ibu
  • Johor Bahru pada 8 Ogos 2009 (Sabtu) bagi Kelas Penyusuan Susu Ibu
  • 9 Ogos (Ahad) di KL Sentral, Level 2 bagi booth Lunatots
  • dan ISTIMEWA : Lunatots Team akan berada di TV3 Rancangan Wanita Hari Ini pada 10 Ogos 2009(Isnin) jam 12:00 tengahari

Pagi ni saya akan bergerak ke Dewan Pulaisari PPUM bagi tujuan buka booth
PROMOSI utk SNAP BUTTON CD
Harga biasa RM45 sekeping dengan satu insert, tetapi untuk setiap jelajahan saya ke booth
Sekeping CD akan berharga RM45 dengan 2 insert!
(Applicable utk harga semasa di booth sahaja, dan warna adalah terhad)

Jam menghala ke PPUM adalah mimpi ngeri setiap pagi dan petang saya :)

30072009144

Setiap pagi sebelum keluar ke manamana, biasanya saya bersarapan dengan teman lama dari ofis lama
Ada yang kukik kukik dan berkata “sue pakai tudung apa ni?” tanya Mr K
(Cantik Pelik agaknya jadi rupa saya)
“Entahla, tatau apa nama dia. Tapi haritu Sue nampak Arni Nazira pakai lawa giler”
(Mungkin sbb Arni memang lawa) – sambung saya di dalam hati..ekeke
Kalau kalau saya terserempak dengan A”wie, dia ‘jeling’ tak saya ?

30072009146

Barang2 kelengkapan yang biasa dibawa
Yang paling penting,buku mengenai mengenai penyusuan
Tekanan menjadi kaunselor laktasi bilamana setiap info perlu diperbaharui hari demi hari
Kalau boleh dimanfaatkan utk org lain, apatah lagi diri sendiri kan?

30072009143

Pengumuman:
Laman web
MalaysianBreastfeedingMom.com(MBM) sudah mula beroperasi hari ini.
InsyaAllah ianya akan mengumpulkan artikel Penyusuan Susu Ibu yang ditulis oleh barisan kaunselor laktasi dan anda sendiri sebagai ahli boleh menyumbang artikel!
Kami membuka keahlian MBM kepada semua yang sudi menyertai kami.
Download borang disini ,isi dan hantar semula ke admin@sarakids.com dgn bayaran RM 20 utk keahlian. Ahli yang mendaftar akan diberi satu kad keahlian yang mana kad ini mempunyai kelebihannya sendiri seperti:

1) Dijemput utk setiap aktiviti MBM (aktiviti terdekat: Charity work di rumah anak yatim)

2) Diskaun utk pembelian di mana2 outlet SARAKIDS dan LUNATOTS

3) Diskaun utk Kelas penyusuan di anjurkan oleh MBM

4) Latihan berterusan utk menjadi mother support group counselor (wakil setiap negeri)

5) Mendapat keahlian percuma apabila anda menyertai mana-mana kelas penyusuan susu ibu anjuran MBM (SARAKIDS dan LUNATOTS)

dan bnyk kelebihan lain yang hanya akan didapati oleh ahli2 ini.
Tujuan MBM adalah satu: menyebarkan tentang kepentingan penyusuan susu ibu dan keibubapaan dgn info yang tepat dan kajian yang dilakukan. Maklumat terkini akan di upgrade oleh kaunselor2 terpilih dan matlamatnya juga utk menaikkan peratusan ibu menyusu anak secara EKSKLUSIF yang mana Malaysia adalah negara terendah di Asia iaitu hanya 14%! So come and join this group =)

Salam berkerjasama (dari kami di MalaysianBreastfeedingMom.com)

Seperti yang diwar warkan, MalaysianBreastfeedingMom.com menganjurkan Kelas Persediaan Ramadhan bagi Ibu yang Menyusukan
Saya keluar awal pagi semasa anak masih tidur
Ikutkan hati, saya suka bawa anak dan suami setiap kali saya ada kelas
Tapi Iki semakin manja dgn macam2 perangai dan bila ada dia, fokus saya terpecah kepada ibu ibu yang memerlukan kaunseling saya dan anak yang minta lebih perhatian
Kali ini biarlah Iki dan daddy berehat dirumah
Dah selalu sangat mereka terlepek di tepi rak baju Sara Kids menanti saya sudah berkerja :)
01082009151

Selit cerita SEJU, ikutkan hati saya, masa nak bersalin nanti baru nak masuk hospital
(Malas nak pergi checkup)
Dia aktif dan dah boleh rasa siku/ lutut /buntut (tak tahu yang mana satu) dari bahagian perut saya
Berat saya semasa mengandung 6 bulan lebih (hari ini ialah 47.5kg)
Ada pertambahan :)

Gambar semasa di dalam kelas ihsan Puan Farah
(Saya tak bawa kamera kerana charger kamera hilang ntah kemana..hihi)

100_2951

Antara ibu bapa yang mengikuti kelas
Benar, kaum bapa sekarang telah mengalami suatu evolusi dimana keputusan membesarkan anak bukan dibahu ibu sendiri
Penglibatan kaum bapa AMAT diperlukan bagi menjayakan penyusuan susu ibu sehingga 2 tahun

p2

Sesi demonstrasi masakan yang boleh menambahkan produksi susu ibu – Kerabu Jantung Pisang oleh Puan Amrah, Pengurus Sara Kids Ipoh

masak6

Dua wanita di belakang tabir yang membantu menyediakan bahan bahan
Thanks Farah & Haza

mum haza

Menu sarapan dan makanan tengahari hari itu semuanya adalah makanan yang boleh menambahkan produksi susu ibu
Nasi dagang, nasi putih lauk sup ketam, kerabu jantung pisang yang dibuat oleh kaum bapa di dalam kelas, acar buah dari pelbagai jenis kurma
Serta buah mata kucing yang manis dan sedap!

resepi

Kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil bagi kemudahan kaunseling khusus
Istimewanya kumpulan sokongan ialah, masing2 boleh memberikan pendapat dan bantuan kepada ibu yang menghadapi masalah di dalam kumpulan yang sama
InsyaAllah info yang kami kongsikan dapat dimanfaatkan bersama

sg2

support group

sg4

Bagi ibu ibu yang menghadapi masalah laktasi, kaunseling melalui telefon/email diberikan kepada mereka yang sudah menghadiri kelas di mana keseluruhan jalan cerita sudah difahami oleh kaunselor anda
Semoga bulan ramadhan kali ini dapat dijalani dengan lebih bersemangat dalam usaha ibu mendidik anak mengenai Ramadhan seawal dalam kandungan apatah lagi semasa menyusukannya!
Pembelajaran itukan berterusan ke akhir hayat :)

group

Cerita lanjut di blog Puan Farah

Pagi pagi sampai ke malam saya sibuk dengan anak dan rumah
Kebaikan saya bergelar WAHM kepada suami
Dia tak risaukan kain baju/CD anak yang perlu dibasuh
Mahupun yang perlu dilipat serta digosok
Atau anak yang perlu dijemput takut balik lambat
Makanan, setakat goreng2 campak2 sebelah mata pun sekejap je saya boleh buatkan..aiceh

Kami dah bersama dari jaman universiti
Ala ala ke sana kumari bersama
Beli roti john pun kena sama sama tau
Kalau tak, kurang selera makan…hihi
Tapi lepas bergelar WAHM, banyak perkara yang perlu saya selesaikan sendiri
Sebab dia berkerja dan kebanyakan appointment dan urusan saya ialah hari berkerja
Ada harinya saya rasa sengal2 memandu seorang diri
Bilamana perlu bergerak sendiri
Tapi bila ‘Wanita Istimewa’ ini lalu didepan mata saya
Saya insaf sambil memandang kuku kaki yang lama tak dipotong
Walaupun saya sendiri, sekurang2nya saya masih ada kaki yang lebih cepat pergerakannya berbanding ‘Wanita’ ini
Dan wanita ini pandai beli makanan sendiri tanpa mengharapkan BF-masa-belajar nya belikan
Dia nampak gembira, tersenyum2 menegur semua yang lalu (mungkin kawan kawannya)
Saya patut lebih gembira dari itu walaupun sendirian, kan?

03082009160

Ok, close up wanita istimewa yang kedua…ekeke
Ayang Wilda garu garu kepala bila saya cakap saya berjerawat  sakan
Katanya saya merendah diri, hakikatnya saya tempek gambar2 ni incase ada mana mana produk kecantikan yang memerlukan model ‘SEBELUM MENGGUNAKAN’
Saya baru sudah appointment dengan beberapa orang
Dan sekarang, saya nak pulang dan menyambung kerja dari rumah pula! (Tak perlu bubuh tanda seru pun tak apa sebenarnya)

03082009169

Oh minggu lepas tayar kereta saya pecah (bukan pancit)
Mujur ada suami Puan Farah Sara Kids tolong tukarkan dan bawa ke kedai utk tukar tayar
Kalau takde sesiapa dan kejadian berlaku di tepi jalan, agak agak laku tak kalau saya sinsing lengan kaki seluar demi meminta pertolongan dari kereta2 yang lalu lalang?
BF-semasa- belajar sempat menasihatkan saya supaya mengisi angin setiap kali mengisi minyak
Bukan apa, saya isi minyak tengahari banat tau..panas
Nak kena isi angin 4-4 tayar, mesti berlengas kan..
Bagi mengelakkan kejadian yg sama berulang, kalini saya akan gigih isi angin

1. Mula mula pilih tekanan yang sesuai (Anda boleh tanya suami begini, apakah tekanan yang sesuai utk kereta kita yang?)

03082009166

2. Lepas buka penutup tempat angin (tudia, saya tatau nama dia apa), letakkan muncung pengisi angin
Tunggu sehingga mesin pengisi angin berbunyi ting ting ting dengan cepat
(Maksudnya dah penuh) – Lain mesin lain bunyinya kut..ekeke
Kunci kereta di tangan saya sbb kereta perlu dikunci dari luar setiap kali anda keluar dari kereta tau..

03082009165

3. Letak kembali muncung pengisi angin ditempatnya atau beri kepada kereta sebelah yang mahu mengisi angin.
Basuh tangan bersih2.

03082009167

4. Drive ke tempat isi petrol pula.
Ingat, kunci kereta setiap kali keluar dari kereta.

03082009171

5. Buka tempat pengisi minyak (Pastikan anda ingat tangki minyak anda berada di sebelah kiri atau kanan kereta bagi kemudahan parking)

03082009172

6. Masukkan kredit kad bagi tujuan pembayaran dan ikut arahan yang dinyatakan

03082009173

7. Sementara minyak diisi, dan dalam keadaan kereta berkunci, anda boleh membeli belah di Kedai Petronas berhampiran

03082009174

Mudah kan?
Dan tips2 ini utk wanita yang bersendiri ke hulu kehilir macam saya
Sentiasa alert dengan keadaan sekeliling anda
Seperti (ada lelaki berusia lingkungan 30 tahun, bercermin mata, hidung mancung, berkepala botak, berparut *sekiranya ada)
Jadi jika berlaku sesuatu, anda boleh membantu siasatan pihak berkuasa

Salam Sayang,
Bukan model Petronas, Puan Suraya

Mungkin ada yang pening bila baca blog hari hari cerita aktiviti rumah
Kih kih..saya ada baaaaanyak perkara mahu ditulis, dek masa yang terhad, saya utamakan yang mana saya rasa seronok utk ditempekkan gambarnya terlebih dahulu
Kisah2 serius akan saya kembali dengan kadar segera selepas kisah rumah tamat
(Kasi can kan kalian, mula mula jadi WAHM/NWOM mesti keterujaannya lebih..hihi)
Dah lama lama nanti..bila aktiviti jadi rutin
Mesti tak best nak tempek gambar yang sama berulang ulang kan?

Aktiviti pagi hari masa anak dan suami masih di katil
Ialah membasuh Cloth Diaper Iki & baju baju lain
Semakin membesar bayi kita, najisnya akan lebih berasid dimana makanan yang diambil adalah hampir sama dengan orang dewasa!
Jadi bayangkan jika org dewasa buang air di dalam CD, pasti sedikit ‘susah’ dan lebih ‘berbau’ berbanding najis bayi kita dibawah 1 tahun kan?
(Mungkin ianya petanda anak anda sudah bersedia utk latihan ke tandas? : wink:)

Ibu bapa patut expect kesan najis bayi akan susah utk ditanggalkan berbanding dahulu
Terutama jika CD yang terkena stool  ’diperam’ selama lebih dari sehari
Cara cara utk membersihkannya ialah :
- Bilas dengan air yang banyak sebelum dimasukkan ke dalam mesin basuh
- Tambahkan sabun dan air
- Sidai di bawah cahaya matahari kerana cahaya matahari adalah ejen pembersih dan pemutih yang TERBAIK!

Sekiranya selepas beberapa basuhan awal (prewash), CD anda masih leaking
Atau mungkin selepas beberapa bulan digunakan, CD anda berbau hancing
Ada kemungkinan terdapat detergent build up pada material fleece tersebut (bagi
CD Lunatots)
Cuba alirkan air paip yang perlahan ke atas inner mikrofleece anda dan lihat samada air tersebut diserap atau mengalir ke tepi
Anda boleh cuba :
- Basuh pocket pants anda dengan sabun basuh pinggan seperti Sunlight
- Sental2 dengan tangan
- Rendam bahagian inner dengan air panas yang tidak terlalu panas yang dicampurkan dengan air paip dan bersuhu lebih kurang 70 darjah celcius
- Cuba elakkan bahagian PUL terendam sama kerana dibimbangi air panas akan merosakkan PUL
- Sidai dibawah cahaya matahari, semuanya akan kembali berseri-seri :)

Bagi membasuh insert yang sudah kelabu, atau kurang gebu dan ada ibu merasakannya ia makin nipis
Anda boleh cuba :
- Tambahkan sesudu kecil soda bikarbonat bersama sabun semasa mode Wash/Basuh didalam mesin basuh

28072009134

- Dan semasa mode Rinse/Bilas, tambahkan sedikit cuka bagi tujuan peneutralan. Penggunaan soda bikarbonat dibimbangi akan menyebabkan diaper rash, kerana itu sedikit cuka diperlukan.
- Jemur di bawah cahaya matahari
- Istimewanya, insert anda akan kembali putih, gebu dan tidak berbau :)

29072009138

Bunyinya macam remeh kan? Jika kalian tak mahu buat pun tak mengapa
Ianya tak perlu dilakukan setiap bulan
Mungkin 6 bulan sekali, atau bila bila rasa mahu melakukan sesuatu semasa hujung minggu
Sebenarnya tips basuhan menggunakan soda bikarbonat dan cuka itu boleh digunakan kepada baju  atau kotoran rumah yang lain

Saya suka memakaikan anak saya dengan CD
Kerana dengan memakai CD, saya boleh tahu makanan apa yg Iki consume di rumah pengasuh
Cek samada stoolnya berdarah ataupun bercacing
Dan mengira berapa kali dia poo poo di rumah pengasuh

Selain itu, dalam usia 1 tahun 8 bulan, Iki dah mula rimas pakai CD
Dan kadang2 saya biarkannya tanpa CD
(Tapi kena bawanya selang setengah jam ke bilik air dan buat bunyi syh syhh berulang kali)
Fakta – Bayi yang memakai CD lebih cepat belajar latihan ke tandas berbanding bayi yang memakai DD

new-lunatots-sticker-v6

Dah sudah membasuh apa yang patut
Saya akan risaukan makanan Iki pula
Sekadar berkongsi
Konsep penyusuan susu ibu sebenarnya adalah pembelajaran tentang makanan berkhasiat seawal usia 1 tahun
Mengikut kajian, bayi yang berumur 4 bulan (yang minum susu formula) akan menconsume 33% lebih susu berbanding bayi berumur sama yang minum susu ibu
(Sumber Breastfeeding Made Simple by Nancy Mohrbacher, IBCLC)
Kerana itu, bayi yang minum susu ibu akan semakin kurang intake susunya tambah2 bila berusia lebih satu tahun
(Menjawab mengapa hasil perahan susu ibu semakin kurang selepas bayi berusia lebih 1 tahun)
Berbeza dengan bayi yang minum susu formula dimana mereka perlu menconsume sehingga 8 oz satu hidangan biarpun sudah berusia hampir 2 tahun!
Fakta 1 : Susu ibu biarpun sedikit (3 ke 5 oz) sekali minum sudah cukup utk memenuhi nutrisi yang bayi perlukan manakala susu buatan manusia mempunyai banyak ‘lebihan’ yang tidak digunakan kerana itu ianya diperlukan dalam kuantiti yang banyak
Fakta 2 : Bayi yang minum susu ibu biasanya akan minum sedikit dari botol, dan berhenti 10 minit kemudian sambung semula (macam minum dari breast ibunya).
Ini biasanya membuatkan ibu risaukan anaknya yang tak mahu minum susu perahan (ebm) dari botol
Apa yang berlaku sebenarnya ialah, bayi anda cuba mengaplikasikan konsep minum sikit sikit tetapi kerap :)
Pattern pemberian susu mungkin berubah selepas satu masa (atau mungkin dari awal memang bayi boleh habiskan 3 ke 5 oz sekaligus)
Tiada apa yang yang tidak kena dengan bayi anda, cuma cara ‘delivery’/ pemberian susu oleh babysitter yang menyebabkan bayi boleh menghabiskan 5 oz sekaligus
(biarpun ianya susu ibu)
Sedangkan amount yang ibu perah tidak sampai 5 oz sekali perah!
Inipun boleh membuatkan ibu rasa tertekan (tambah2 bila pengasuh kata susu anak tak cukup)
Cara mengatasinya :
- Ketahui fakta, mengikut website Kellymom, bayi dibawah 6 bulan minum susu ibu sehingga 30 oz sehari (24 jam)
- Sekiranya anda meninggalkan bayi anda selama 8 ke 10 jam, ini bermakna 10 ke 13 oz sudah memadai
- Susukan bayi anda sebelum meninggalkannya di nursery dan semasa mengambilnya. Ini boleh mengurangkan jumlah susu perahan yang perlu dihantar.
- Gunakan botol yang beraliran paling perlahan sehingga dia berumur 2 tahun
- Latih pengasuh anak anda dengan fakta2 susu ibu
- Sediakan makanan tambahan utk anak anda seperti buah, bubur nasi, sayur, nugget dan finger food (hanya selepas berusia 6 bulan)

Jujurnya, mempunyai anak membuatkan kami sekeluarga lebih particular tentang makanan yang kami ambil
Buah perlu sentiasa ada supaya senang dipotong2 utk Iki makan selang 1-2 jam
Dan setiap hidangan nasi perlu ada sayur dimana garam dikurangkan
Nanti bila saya ada kelapangan, saya carikan info mengenai pemakanan anak yang tinggi kalsium dan zat besi ya!
Oh ya, anak kita PERLU makan dari semua jenis gizi makanan dan tidak bergantung kepada susu sahaja
Mungkin susu formula mengandungi semua zat yang dinyatakan di tin
Akan tetapi kaedah penyusuan susu ibu secara tidak langsung ialah lebih kepada ‘mengajar’ anak kita menerima makanan lain selain kebergantungan terhadap susu sahaja selepas bayi berusia lebih 1 tahun :)

04082009177

Sementara mommy masak, Iki kunyah kismis
Ruang Iki bermain memang semak amat sampai ke bahagian depan dan setiap bilik

04082009178

Saya suka belimbing!
Haritu berbual2 dengan suami yang saya potong belimbing mengikut bentuknya
Maksudnya, sebiji belimbing akan dapat 5 potong
Dan baru saya tahu, rugi buat begitu sbb bahagian tengah tu tak dimakan
(Boleh buat air, tapi biasanya kering begitu sahaja dalam peti ais..ekeke)
Bila potong begini, lebih banyak yang kita akan dapat :)

29072009139

Dah sampai waktu memasak
Saya search resipi di blog Hanieliza

——-
IKAN SELAR MASAK ASAM

Bahan
4 ekor ikan selar
[bersihkan..gaulkan dngan kunyit dan garam..goreng saperti biasa..]

3 ulas bawang kecil
2 ulas bawang putih
1 inci halia 1 biji cili hijau
1 biji cili merah
1 labu bawang besar
[semua bahan ini dimayang]

1 cawan air asam jawa
[sekiranga nak gunakan cuka..2 s/b cuka + 1/2 cawan air]
1/2 s/k kunyit serbuk [sebagai warna masakan tu]
1 biji tomato buah [belah 4]
minyak
garam

Cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan semua bahan yg dimayangkan.
2. Bila dah nampak layu sikit masukkan air asam jawa atau air cuka, tomato buah dan kunyit.
3. Bila dah mendideh masukkan ikan dan tutupkan api.
4. Sedap dimakan ngan nasi putih.

NOTA:
Kak liza selalu makan masa dalam pantang..cuma tambahkan lada hitam.

—-
Kalian, janganla senyum simpul
Ini pertama kali saya masak ikan selain dari ikan goreng tauuu
Walaupun rupanya blur2 mata memandang
Tapi rasanya boleh tahan la setakat nak makan berdua dengan Iki
Belum lepas lagi nak buat majlis makan makan di rumah..hihi

04082009179

Being a WAHM lagi penat berbanding berkerja di ofis
Iki asyik nak libatkan saya dalam semua aktivitinya seperti main kipas, main vacum, main plug
Kalau saya nak berinya diam, saya perlu berinya aktiviti
Seperti semangkuk air utk dikecahkan
Atau kaya utk disapukan ke lantai roti
tapi lepas dia ‘berkerja’, saya kena sambung kerjanya iaitu mengemas..iskk..
Kalau jiran2 dengar saya membebel, mesti mereka salah sangka saya sedang mendera anak
Padahal saya yang terdera mental dan fizikal ..ekeke

Elok2 lepas saya sudah bungkus barang
Iki pula sambung conteng plastik barang utk dipos..uwaa
Kepada yang menerima barangan conteng2 tu, saya minta maaf ye

04082009180

Tepi laptop saya ada minyak cap kapak
Bukan utk sapu sapu masa pening
Tapi utk lap kesan pen yang Iki conteng dan juga kesan calar2 lori mainan Iki di perabot putih bersih mommy  (TIPS bagi mereka yg berperabot putih : berpeluh:)
Eden torai menjadi ibu mithali senyum dari pagi ke petang
Tapi bila sampai petang je, mesti otot2 rasa dah kejang2 dengan tekanan
(Ya tuan tuan dan puan puan, anak saya baru seorang tapi dah hilang seri wajah..hihihi)

04082009181

Petang hari saya buat Puding Diraja
Maklumlah resipi sume tambah sikit2 secukup rasa
Sudahnya saya terbubuh 2 sudu tepung kastard dan rasa puding saya ialah …rasa tepung…
Sebab tu puding saya berwarna kuning dan bukannya putih
Ini percubaan pertama, saya akan cuba lagi dan lagi

IMGP2425

Biasanya petang2 Iki main sorang2 siram pokok kaktus saya
(Pokok tu dah jadi macam kawasan paya, penuh air hari2 siram)
Selepas hampir 3 tahun kami tinggal di kawasan ini, semalam baru ada seorang jiran bernama Kak Mar tegur kami
(Kami = saya & suami)
Sementara suami berbual dengan Kak Mar, saya ambil gambar budak budak ni

03082009175

03082009176

Aktiviti malam WHAM ialah pengsan..ekeke
Jadi tiada gambar yang sesuai  bimbang menakutkan ramai pihak

Update aktiviti Lunatots Cloth Diaper

new-lunatots-card-v6

  • Bagi ibu bapa yang berada berhampiran Petaling Jaya, jumpa saya di Dewan Pulaisari, Pusat Perubatan Universiti Malaya pada esok (Khamis- 6 Ogos 2009) sempena Minggu Penyusuan Susu Ibu
  • Johor Bahru pada 8 Ogos 2009 (Sabtu) bagi Kelas Penyusuan Susu Ibu
  • 9 Ogos (Ahad) di KL Sentral, Level 2 bagi booth Lunatots
  • dan ISTIMEWA : Lunatots Team akan berada di TV3 Rancangan Wanita Hari Ini pada 10 Ogos 2009(Isnin) jam 12:00 tengahari

Dah lama tak berblogging, ada rasa segan silu
Masih ingatkah kalian pada ku yang seketul ini
(Ahaks, jelas gedik sopan kan)

Macam ni kalian, masa saya tak update blog, saya jemput kalian menjengah entri2 lama buat penawar lara (gitu)

Ada banyak benda yang berlaku
Yang perlu disusun dan dicerita satu satu..hihi

Pada yang masih terkenang2 ruang tamu saya yang penuh dengan kotak2 sampai tiada tempat nak duduk
Alhamdulillah, kotak dah makin surut dan boleh diagih2kan kepada yang memerlukan
Saya cuba jualnya pada van lalu lang yang membeli surat khabar lama
Tapi mereka tidak membeli kotak rupanya
Lalu semuanya masih ada didepan rumah saya sehingga hari ini

Saya teringat sebuat blog yang saya jumpa masa blog hoping tempoh hari
Ada pertandingan ‘Sudut Paling Buruk dalam Rumah Saya’
Kelakar…agaknya kalau saya ada hati menyertai pertandingan itu, penuh entri saya dengan gambar dari pelbagai sudut rumah..ekeke
Ada yang memerlukan kotak?
Jemputlah ambil di Taman Wangsa Cheras

28072009122

Genap sebulan saya berkerja dari rumah dan ini bulan pertama saya tidak bergaji
Beza dengan berkerja dengan majikan, dimana saya akan rasa gembira melayari CIMBclicks apabila hujung bulan
Tambah tambah bila melihat sedikit pertambahan jumlah
Bila sudah berkerja sendiri, tiada hari yang saya senyum dari pagi ke malam
Hari hari adalah hari berkerut dahi
Dari pagi ke petang, saya ada agenda yang perlu dipatuhi
Walau takde bos yang akan marah mahupun KPI yang perlu dipenuhi
Saya masih belum berkesempatan menarik nafas lega
Harap-harapnya di suatu hari yang tenang, saya mampu berbuat demikian kan
(Entah2  masa Iki masuk kolej nanti..keh keh)

Minggu lepas saya ke bank utk masukkan duit pelaburan ASB
Tidak banyak, tapi berdikit2 kan lama lama jadi bukit antarabangsa
Minggu sebelumnya masa saya bersemangat nak menabung, bank penuh dengan org2 yang lebih banyak duit dari saya..ekeke

Yang dibawah ni bukan model mana mana servis Maybank
Saya nak tunjuk muka menggelupas2 yang terkini
Selain itu, jerawat masih tak surut..isk..
Dan saya pergi berjalan2 seorang diri dalam keadaan yang comot
Tudung Sarimah yang lusuh, baju T tidak bergosok dan seluar track yang tak pernah dibawa jogging
Saya cuma percaya kepada diri sendiri sahaja (berkata sambil menggenggam buku ASB dipoket)..ahaha

28072009125

Lepas ke bank, saya ke Tesco mencari barang
*Inilah antara tugas WHAM/NWOM, asyik ke supomarket je selang 2 hari sekali
Bukan apa, ada je yang tak cukup dirumah rasanya…keke
Imej comot yang saya gambarkan dalam perenggan di atas ada dalam cermin di bawah
Bila berjalan sendiri ni, jiwa rasa kurang tertekan
Sebab bila org lain pandang2 pun, mereka  tak tahu isteri siapakah seleweh amat rela dia keluar begitu…hihihi

28072009128

Berbekalkan sehelai kertas yang tertulis barang2 utk dibeli
Gigih saya membeli belah sendiri selepas menyalin resepi asam pedas di blog Syayassir

Ini resepinya
—————-

ikan masak asam pedas suhaila

bahan2:
bawang besar, di belah 4, ambil 1/4 dan hiris
bawang putih di hiris
lada kecil (satu dua biji)
kunyit secubit
garam secukup rasa
bunga kantan belah 4
daun kesum 4,5 helai
asam keping
ikan 2/3 ekor

cara memasak:
1) panaskan sedikit minyak dalam periuk comel untuk menumis
2) tumiskan bawang besar dan bawang putih yang telah dihiris
3) masukkan air + kunyit + asam keping
4) masukkan bunga kantan dan daun kesum
5) setelah mendidih, masukkan ikan
6) taburkan garam secukup rasa…

———-

Semua barang2 ada dirumah kecuali ikan, daun kesum dan bunga kantan
(Bawang putih, bawang merah, kunyit dan asam keping wajib lah ada kan kan..)
Sya, lada kecil tu cili padi ke cili merah Sya? Ihiks..
Ikan pula, ikan apa apa ke Sya?

Round round cari bunga kantan
Mata hati saya bersinar2 bila terjumpa apa yang dicari
Membeli belah di supermarket lebih mudah kerana semua sayur dilabelkan..ahaha..
(Kaver menahan malu kerana sebelum ni saya terambil jantung pisang yang kecil kerana menyangkakan itu ialah bunga kantan)

28072009130

Dan daun kesum….OUT OF STOCK
Ramai org Cheras buat asam pedas Sya agaknya :(
Jadi saya letakkan kembali bunga kantan dengan cita cita yang saya akan kembali utk membeli selepas Sya beritahu lada kecil tu apa..hihi

28072009129

Saya teruskan perjalanan ke pokok2 bunga
Sungguh berjiwa ‘hijau’ kan saya..kui kui
Saya berkenankan pokok dalam cengkerang siput ni

28072009131

Tapi kat mana pula saya nak sangkutkannya?
Rak CD? atau buaian SEJU nanti?
Saya letak kembali pokok tersebut kerana saya akan beli mungkin selepas di halaman rumah saya ada rak penuh pokok yang sama seperti di Tesco ini kan bang?
(Eh, terletak dialog suami isteri pula)

28072009132

Wiu wiu barang lain yang saya perlukan ialah bahan2 membuat Puding Diraja
Saya beli pisang, nata de coco  dan tepung kastad bagi menyempurnakan rasa puding pisang saya

28072009133

Gambar puding pisang setelah siap akan saya war warkan di entri2 kemudian ya

Acik comot baru berangan nak belajar masak perlu mandi pagi
*Iki baru tidur, jadi saya baru berkesempatan mengulit laptop

Saya akan sambung dengan entri WAHM dalam masa terdekat…Jaa Nee…

Related Posts with Thumbnails