Archive for September, 2009
Terima kasih atas YM, SMS, komen di blog dan shoutbox
Dan pada yang sudi berkongsi pengalaman, pun terima kasih atas kasih sayang anda
Saya sihat dan tidak ditahan wad
Cuma di dalam rawatan antibiotik dan pemantauan yang lebih teliti
2 suntikan yang diberi di montot agak sakit..hihi
Saya cuba mengalih perhatian dengan cara berbual kosong dengan doktor
Sementara antibiotik yang perlu dimakan 2 hari sekali selama seminggu amat besar
Serasa rasa macam tersangkut di anak tekak sepanjang hari
Tapi tiap kali saya makan, saya bayangkan wajah anak
Kalaulah semua ni hanya utk diri saya sendiri
Mesti saya simpan dalam locker je antibiotik tu…hihi
Oh semalam saya ke hospital seorang diri sbb encik suami berkerja
Dan keadaan agak kelam kabut sbb saya sudah tiada staff
Jadi jika saya mahu berehat secara total
Kerja encik suami saya akan bertambah berkali kali ganda – Kerja ofis siang, kerja kedai, kerja rumah-(basuh kain,sidai,angkat), kerjakan anak..hihi
Kasian dia, jadi saya decide saya akan berehat dengan cara bergerak perlahan lahan macam siput dan dalam masa yang sama menyelesaikan semua urusan yang saya mampu
Bagi yang sampai ke Hospital Pantai Cheras, Women & Children Centre berada di tingkat 4
Sementara wad bersalin berada di tingkat 1

Gambar di bawah ialah semasa saya sedang menanti dengan sabar di depan pintu bilik rawatan
*Sebenarnya saya bercita cita nak ambil gambar purut (perut)
Tapi lepas ambil gambar ni baru saya perasan, nampak muka saya je lebar penuh gambar..keh keh

Selepas selesai semua urusan di hospital
Saya bergerak untuk ke ofis Lunatots pula
Ada cermin besar di hospital, jadi saya ambil peluang keemasan untuk ambil gambar sendiri..hihi
Tiap kali ada pesakit mahupun nurse lalu lalang, saya gunakan kemahiran berlakon pura pura sedang mendail nombor seseorang

Sesampai di ofis, saya meroyan nak bergambar secara penuh pula
Bimbang org combinekan perut saya di atas dengan wajah jelita ibu lain
Tara….gambar kabur kabur dari handphone saya
Pst..baju mengandung saya adalah dari butik Mumdreams di Bandar Baru Bangi
Bagi yang sudah nyampah bosan melihat saya di dalam warna pink, kalini saya berbusana ros biru pula
(Busana tu bukan utk baju muslimah je ke? hihi)
*Sebenarnya warna pink yang saya mengidam tu sudah dibeli oleh orang lain, uwaa…

Saya dah singgah ke Tupperware nak beli bekas kuih
Tapi tiada yang berkenan
Lalu saya susunkan je balang2 pelbagai warna dan jenis di atas meja..ekeke
Cubalah kuih tart keluaran Quetart Enterprise yang boleh dibeli di Petronas Batu 9
Sedap…25 pcs dengan harga RM10
Saya boleh habiskan dengan sekali hadap…kih kih (gelak malu dengan perangai lahap sendiri)

Kenangan tahun 2007, sehari sebelum melahirkan Iki
*baru saya perasan, baju ni pun dari butik Mumdreams (dulu dikenali sebagai butik Mydreams)
Kalau mahu melihat lihat baju nursing yang cantik cantik, klik disini
Perbezaan 2 tahun telah menambahmatangkan saya walaupun dalam skala yang agak kecil kan kan

Persiapan untuk kelahiran SEJU

Blanket with hood untuk SEJU

Masa melahirkan Iki dulu, saya terlupa beli blanket with hood dan mujur Kak yong belikan
Kalini, saya dah siapkan awal awal
Suami tanya “apa lagi yang perlu?”
Saya listkan…
- Bag baru yang besar utk barang baby & ibu di hospital
- Kad rawatan dan rujukan hospital
- Cloth pad ( night size) untuk mommy
- 3/4 helai baju baby
- 2 helai baju mommy (sbb di hospital pakai uniform)
- Nursing bra mommy untuk menyusukan SEJU
- Tudung yang cantik dipadankan dengan uniform hospital (PENTING)
- Baju daddy untuk temankan mommy di hospital
- Biskut, air kotak, roti, nasi lemak
- Majalah atau buku yang menenangkan perasaan
- Breastpump (sekiranya terdapat sebarang komplikasi yang menyebabkan ) ibu& anak berjauhan
*Ada yang saya tertinggalkah? Saya rujuk kembali entri kelahiran Iki di sini dan tambahkan beberapa kelengkapan yang saya rasa perlu
Baju cukur jambul sepasang adik dan abang pun sudah saya sediakan
Bagi yang mencari baju yang comel2 untuk anak anda
Jom jalan jalan ke Sara Kids, TTDI Jaya untuk melihat koleksi pakaian kanak kanak di sana!

Nota mommy Luna : Saya nak mandi, bersiap, hantar Iki ke rumah pengasuh, servis kereta, ke Jusco cari bekas kuih, dan kemudian ke kedai menguruskan urusan yang tertangguh.
Selamat berkerja kawan kawan
Dan saya tak tahu bagaimana untuk berehat sebenarnya

Kelas Persediaan Penyusuan Oktober 2009
Tarikh : 10 Oktober 2009
Hari : Sabtu
Masa : 9.30 am sehingga 12.30 pm
Bayaran : RM50 seorang, RM80 satu pasangan ( 20 6 lagi kekosongan)
Tempat : Sara Kids, TTDI Jaya (Klik sini untuk peta)
Pendaftaran boleh dibuat melalui email ke info@lunatots.com berserta resit bayaran ke MBB 5647-5310-1424 (Luna Solutions)
Istimewa : Kehadiran HOT FM Viva Zoomers ke Sara Kids pada jam 1 pm sehingga 3 pm – selepas kelas berakhir
Pelbagai hadiah menarik untuk bayi dan ibu dari Sara Kids dan Lunatots untuk diberikan kepada semua ibu bapa yang hadir
Samada yang menghadiri kelas mahupun yang sudi datang menjenguk kami
Jurnalis dari majalah Mingguan Wanita & Pa&Ma juga akan hadir membuat liputan sepanjang kelas dan kehadiran HOT FM Viva Zoomers.

Ini hadiah raya dari Sara Kids dan Lunatots atas sokongan anda kepada kami selama ini
Dan jangan lupa sebut kata laluan untuk barangan Lunatots – “Lampin Kain Moden? Lunatots yang HOT tu kan?”
Buat gaya paling drama menyakinkan tau…ekeke
Salam Aidilfitri,
Puan Suraya & Puan Farah

Loving & support make breastfeeding works

*Right klik untuk membesarkan image – Terima kasih Lyn Mumdreams untuk poster kecil yang comel
Jam 4 pagi saya dah terkebil kebil
(Selepas tersengguk2 pada jam 10 mlm tadi menantikan Iki nak tidur sudahnya saya ZzZzz dulu)
Malam ni Iki lena, tak mengigau dan meragam macam malam sebelumnya
Selalunya dia mengigau dan menangis2 nak iron (seterika) dan vacuum(pembersih hampagas) di jam 2-3 pagi!
Hihihi..mommy dan daddynya dah garu kepala
Dan mula menerima hakikat yang ‘dapat tidur lena’ ialah hadiah terindah yang jarang2 berlaku sepanjang tahun2 untuk membesarkan anak anak
(Pasrah kan..ekeke)
Saya terjaga bukan sebab saya tidak menghargai waktu ‘dapat tidur lena’ malam ini
Saya risau
SEJU dah berumur 31 minggu dengan EFW 1.7 kg – EDD 25 Nov 2009
Pagi Sabtu dalam beberapa 2-3 sudu air ketuban keluar
Saya ambil pendekatan ‘wait and see’ sebab kandungan masih awal dan saya tak rasa apa apa contraction
Sementelah dihujung2 kehamilan, memang bladder control di luar kawalan
Jadi saya gunakan liner pad
Tapi lepas ni saya cadang nak bertukar kepada tuala wanita kain sbb dengan cara itu, saya dapat bezakan urin dengan air ketuban dengan lebih tepat berbanding jika menggunakan commercial pad yang lain
Air ketuban keluar tanpa kawalan, tidak berbau dan mungkin keluar dengan sedikit darah
Saya tak terus ke hospital sbb nak buka Lunatots Showroom sampai jam 3 pm dan seterusnya nak beraya di Sijangkang Klang dan Meru
(Waha…utamakan beraya dulu di bulan Syawal…hihi)
Harini (Ahad) baru saya dapatkan rawatan
Saya perlukan suntikan(2 dos) dan rawatan antibiotik intravena bagi menguatkan paru paru SEJU sekiranya SEJU terpaksa keluar lebih awal dari yang sepatutnya
Dan suntikan itu berkesan kepada bayi selepas 24 jam kedua dua dos di ambil
Sekiranya air ketuban pecah lebih awal, ia mungkin bermakna terdapat infection bagi kandungan di bawah 37 minggu
Dimana tempoh air ketuban pecah dan kelahiran yang agak lama (Uwa…saya baru 31 minggu)
(bagi kandungan berusia 37 minggu ke atas, kelahiran perlu dilakukan dengan segera)
Dan perkara itu menyebabkan saya terjaga awal pagi ini
Saya risau
Tapi saya cuba berfikir dengan tenang sambil mengemaskini to do list
Apa yang berlaku, tetap akan berlaku kan?
Esok saya akan:
- Ke hospital untuk dos suntikan yang kedua (perlu di ambil dalam tempoh 12 jam selepas dos pertama)
- Memulakan rawatan antibiotik makan
- Ke JPJ menguruskan beberapa urusan
- Kembali ke pejabat menyambung urusan duniawi
- Mula alert dengan sebarang contraction mahupun air yang keluar
- Alert dengan pergerakan bayi sekiranya ia bergerak dengan perlahan
Mengikut kata doktor, sekiranya infection berlaku seperti ibu mulai rasa demam
Air ketuban yang keluar bertukar warna (air ketuban adalah jernih)
Dan ibu rasa contraction yang kerap (selang 15 minit sekali)
Saya perlu segera ke hospital bagi proses induce mengeluarkan bayi
Risiko bayi untuk berhadapan dengan infection lebih tinggi berbanding kelahiran awal (pra matang)
*Saya menimbang2kan pilihan untuk elective caesar berbanding induce
Doktor,saya dan suami berharap yang SEJU dapat ‘bertahan’ dalam tempoh sekurang kurangnya 2-3 minggu lagi
Sehingga beratnya mencapai 2kg
Dan sehingga tumbesaran fungsi asas badannya seperti jantung, paru paru, buah pinggang dan lain lain matang ’sedikit’ berbanding sekarang


Baru saya perasan, ini pertama kali saya risaukan SEJU sepanjang mengandungkannya

Semasa kandungan di minggu ke 12 , berat saya ialah 46 kg
Dan semalam semasa minggu ke 31, berat saya ialah 47 kg
Ramai yang beritahu saya nampak tua susut
Perut tak berapa nampak sbb saya pakai baju yang agak besar
Bila termenung depan cermin, saya buat spekulasi sendiri dan beritahu suami
“Abg, patutlah orang lain cakap Sue kurus. Parut jerawat Sue ni dari jauh nampak macam lekuk pipi. Jadi muka lebih runcing…walaupun sebenarnya sama je (hidung kembang kempis menahan rasa gembira)”
“HAH?”
Nota mommy Luna : Setiap jerawat yang berparut pasti ada sebabnya kan..ekeke
SEJU, apa pun yang bakal berlaku, mommy dan daddy akan buat yang terbaik untuk kedua dua kita selamat
Abg Iki pun tak sabar nak ada geng untuk main Ultraman-Raksasa
Emosi bila saya cuba printscreen gambar SEJU dari media player (macam saya selalu buat, tapi tiada gambar bayi yang keluar-tapi frame video ada)
Lalu saya cuba upload di youtube, alhamdulillah boleh
*Macam macam perkara buruk bersimpang siur dalam fikiran saya sekarang
Selamat kembali berkerja kawan kawan
Saya ada bawa kuih raya tunjuk2 ke Lunatots Showroom, jemput datang ye kalian

Sumber bahan rujukan:
http://www.babycenter.com.my/malay/pregnancy/air-ketuban-pecah-awal/
http://www.babycenter.com.my/pregnancy/antenatalhealth/physicalhealth/groupbstrep/http://www.babycenter.com.my/pregnancy/labourandbirth/labour/stagesofchildbirth/
Pagi ni saya rasa syahdu dengar lirik lagu Mawi-KRU, Sujud
Bila dilanda musibah
Hati tabah mula rebah
Jangan biarkan dugaan
Rapuhkan pedoman hidup
Andai waktu itu tiba
Semaikan sifat bersabar
Hanya Dia saja menentu
Dan kita hanya mampu sujud……
Dan air mata itu jatuh lagi (buat mata kelip2 supaya org tak perasan sangat)
*Saya menyibuk di ofis lama sbb tak mahu keseorangan di ofis Lunatots..ahaha, perangai masih tak semenggah
Buat semua,
Selamat hari raya dari Iki dan keluarga
:Iki mode penyimpan mohor mohor besar:
Dan raya takkan meriah tanpa bunyi bunyian, cahaya blink blink dan semak samun yang anak anak buat
Nanti bila saya ada kesempatan, saya buat coverage raya keluarga Iki ye
Dari sesi soping2 ngabihkan duit sampailah perut kenyang buntat makan kuih raya..hihi
Mengimbau kenangan Iki muda muda tahun lepas (2008)
Video masa beraya di rumah aunti Ayg
Comelnya Iki suatu ketika dulu….tapi sekarang…. (mode geleng kepala suami isteri)
Ammar Zikry kami dah berumur setahun 9 bulan
Mulutnya riuh bertanyakan itu ini berulang kali
—–
Soalan 1 : “Mommy pakai tudung?”
Mommy jawab “pakai”
“Daddy?”
“Tak payah pakai”
“Iki?”
“Tak payah”
“Mommy?” – ulang semula
“Payah..eh pakai..”
“Daddy?”
Mommy geleng kepala sbb dah mula penat dan cuba menggantikan jawapan dalam bentuk non verbal communication (haha)
“Iki pakai?”
—-
Soalan 2: “Abang baik?”
Mommy jawab “Baik..”
“Daddy?”
“Baik..”
“Lampu?”
“Baik..”
“Kipas?”
“Baik..”
“Aircond?” -dan pelbagai alatan elektrik yang lain….gaaa
*Pertanyaannya akan berulang ulang sehinggalah malam kita alihkan perhatiannya kepada sesuatu yang lain
Jika anda bercita cita untuk berkerja sendiri dengan alasan tidak mahu terikat dengan jadual 9 am to 5 pm (8 jam sehari 5 hari seminggu waktu berkerja)
Jangkaan anda mungkin tersasar
Kerana berkerja sendiri kadangkala membawa bermakna anda perlu berkerja lebih 8 jam sehari, 7 hari seminggu termasuk Sabtu, Ahad dan cuti umum
Ini Diari Ramadhan Mommy Luna
Jam 8 am – Mandi, basuh baju (+CD) dan sidai, basuh pinggan dan sidai, sapu sampah yang mana nampak jelas dimata
Jam 9 am – Ke showroom memulakan kerja pejabat
Kalau ada Iki, ada lah sesi jerit-jerit marahkan anak
Kalau saya sendiri, maka jimatlah tenaga bersuara saya pada hari itu…hihi

Iki terjumpa pensel warna yang encik suami (dulu dikenali dengan encik teman lelaki) belikan masa saya muda remaja dulu
Pensel warna ni masih elok panjang lagi semuanya sbb saya kedekut cermat orangnya
Saya relakan Iki menggunakannya kerana saya percaya bahawa sesuatu benda itu berpekdah apabila ianya memberikan manfaat berbanding jika disimpan
(Ha…mana nak dapat mommy berhati luhur gini? Ekeke)
Kalau time tekun, memang Iki akan baring meniarap begitu
(Sama macam jika dia di depan laptop)
Rambut serabai serabai, tiap kali dengar bunyi mesin potong rambut daddy
Dia menjerit “takut…takut…”
*Orang lain laaagi takut tengok Iki sengih senyum begini..ekeke
Ha…dah sudah melukis dan mewarna la tu
(Semua pensil warna dah keluar dari kotak)
Pastikan anak anda melakukan ini dibawah pengawasan org dewasa
Ngeri juga kalau dia asah bakatnya dimana mana bahagian dinding mulus Lunatots Showroom
Kalau lah itu terjadi, harus ada yang meratap ala ala Mak Dara dalam movie Kasim Selamat..keh keh
Oh oh sambung diary Ramadhan saya
9am-6pm – Berkerja dengan tekun
6pm – Bersiap siap untuk berbuka
7pm – Berbuka puasa
8pm – Berehat (tidur) sampai ke waktu Sahur esok
Tidak produktif kan? Bila saya fikir- fikirkan
Setahun aktif bergerak, setahun berikutnya kemengahan mengandung
Dan perkara yang sama akan berulang2 selama beberapa kali
Wah…besarnya ganjaran menanti ibu :mata bersinar sinar:!
Cerita menarik yang lain, ini gambar dari belakang ‘orang itu’
*Wah wah.. nak nak dara terus senyum tutup2 mulut nyangkakan Kak Sue mengajar berkelakuan sumbang dibulan puasa ye
Siapa ‘org itu’?
Dia ialah orang yang memasangkan signboard Lunatots
Saya nak tunjukkan bukti gigihnya dia berkerja, tiada niat lain tauuu..

Kepada kawan kawan yang sudi singgah ke Lunatots Showroom
Ini adalah pemandangan dari luar outlet
Bersempena dengan sambutan hari raya tahun ini, Lunatots online dan showroom akan ditutup pada:
18 Sep (Jumaat) sehingga 25 Sep 2009(Jumaat)
Dan mula beroperasi pada 26 Sep 2009 (Sabtu) dengan waktu operasi yang sama iaitu Isnin – Jumaat (9am-6pm) dan Sabtu,Ahad&Cuti Umum(10am-3pm)
Dimaklumkan juga bahawa penghantaran terakhir kami ialah pada 17 Sep 2009 (Khamis) dan bermula semula pada 28 Sep 2009 (Isnin).
Salam kemaafan dari kami seandainya terdapat tutur kata dan perlakuan yang mengguris sepanjang kita berurusan.

Salam Upin & Ipin dari Iki sekeluarga





