Disclaimer
    The entire contents of this blog are based upon the opinions of author unless stated otherwise noted. The information in this blog is not intended to replace a one-on-one consultation with lactation consultant. It is a sharing information and knowledge from the research of author. This blog outlines sources, ideas and suggestions on breastfeeding your baby. The author and family disclaim any liability arising directly or indirectly from the use of the information contained in this blog.

    Do drop by at any Lunatots Outlet ( Your Parenting Partner) to buy breastfeeding, cloth diaper and babywearing item. Our official website is http://www.lunatots.com

    Kindly do not SMS me to ask about breastfeeding problem as I may not be able to reply it.
    Feel free to communicate through my email suraya'at'lunatots.com for counseling appointment.
facebook.com/suelunatots
Suraya Lunatots

Create Your Badge
Leave me a msg for friend request approval purpose
Networked Blog

[Google]
Announcement
    LUNATOTS AMCORP MALL , MAJU JUNCTION & CHERAS
    010-2414050/012-5880515

    LUNATOTS PENANG
    012-5510829/012-5280515

    LUNATOTS PUTRAJAYA
    010-2548020/013-6042348

    LUNATOTS GIANT KOTA DAMANSARA
    012-6362919

    LUNATOTS GIANT BUKIT TINGGI, KLANG
    012-4895567
Luna’s Counter
Friends Online

View My Stats
Nuffnang ADV
Luna’s Shop
Readers
Lunatots @HotFM
ShoutBox

Petang petang ni jom kita layan kisah yang memberi makna, nak?
*Tanak pun kena skroll bawah..hihi

Saya berpurdah bukan kerana alim atau H1N1: Rozita (Pengasas Sendayu Tinggi)

Rasanya sudah ramai yang tahu tentang kesusahan lampau saya kerana banyak majalah menyiarkan cerita itu. Niat saya tiada lain, hanya mahu menjadi pencetus semangat untuk wanita di luar sana . Biar mereka tahu, sebagai manusia jangan terlalu mengharapkan orang lain untuk berjaya dalam hidup.

Saya pernah jadi penoreh getah, sambil-sambil itu melakukan bermacam-macam kerja kampung untuk menampung hidup. Malah pernah juga cuba berniaga kedai runcit, menyertai MLM dan bekerja kilang.

Apabila berjaya dengan perniagaan Sendayu Tinggi, saya mula sedar manusia perlu ada tiga sifat jika mahu berjaya. Pertama, mereka mesti mengorak langkah untuk memulakan perkara kecil dalam diri. Kemudian, jangan pernah berkata tidak sebelum mencuba kerana tiada apa yang mustahil. Ketiga, jangan suka menyalahkan orang lain.

Nilai sepuluh sen

Bila sudah berjaya mengumpul kekayaan, tiap-tiap tahun saya pergi umrah. Ada banyak peristiwa yang dialami di tanah suci namun ada satu pengalaman yang paling menarik. Ia berlaku ketika saya tidur lalu bermimpi, satu suara menyuruh saya membaca beberapa ayat daripada surah Al-Baqarah.

Sekembalinya saya ke tanah air, saya terus mencari tafsir Al- Quran. Saya mendapati antara maksud ayat yang disuruh baca itu ialah mereka yang mendapat hidayah namun jika memalingkan mukanya, mungkin tiada lagi hidayah untuknya selepas itu.

Saya memang sudah lama terdetik mahu berganjak ke alam (fasa) lain sebaik sahaja usia mencecah 40 iaitu membuat persediaan untuk mati. Saya mula melihat betapa kehidupan di dunia ini sangat singkat, indah dan perlu dinikmati. Saya sedih mengenang ramai orang yang berjaya dalam perniagaan tetapi hidup tidak bahagia.

Ketika saya mengejar dunia, hidup dirasakan huru-hara. Pernah saya beli sebuah kereta dengan harga RM1 juta. Setiap kali tiba di satu-satu tempat, saya senang melihat banyak mata memandang dan berbisik-bisik kagum. Namun lama-kelamaan saya tersedar, rasa bangga melihat kekaguman orang itu menimbulkan perasaan riak dan mahu menunjuk-nunjuk.

Jika syiling sepuluh sen terjatuh, pernah satu ketika saya tidak mahu mengutipnya semula. Waktu itu saya memikirkan kelas sebagai seorang jutawan. Tetapi hari ini, saya tidak mahu lagi bersikap begitu. Saya mahu buang rasa riak, sebab nilai duit sepuluh sen itu besar nilainya pada sesetengah orang dan tidak patut dibazirkan begitu sahaja.

Saya tidak pandai mengaji dan tidak tinggi ilmu agama. Jadi saya mengupah seorang ustazah yang tinggal bersama di rumah ini untuk mengajar serta seorang ustaz untuk berkongsi ilmu agama. Sehari setiap minggu, rumah saya dibuka untuk orang ramai menyertai majlis ilmu yang dibuat di sini.

Impian saya yang masih belum tercapai ialah membina sebuah kompleks hasil perniagaan. Di kompleks berkenaan saya mahu membangunkan aktiviti dakwah di samping memberikan kehidupan kepada fakir miskin menerusi perkongsian ideologi perniagaan.

Saya tidak mahu golongan susah yang saya bantu ini memandang saya sebagai sumber kewangan. Saya tidak memberikan mereka ?ikan? tetapi ?pancing? untuk mengubah kehidupan. Caranya saya beri mereka produk untuk dipasarkan. Saya juga mengambil kuih, kerepek dan lain-lain daripada mereka untuk dijual.

Satu lagi impian yang sedang diusahakan, saya mahu bina sebuah rumah perlindungan untuk anak yatim piatu dan mualaf. Rumah sudah ada, tenaga pengajar pun tidak ada masalah. Cuma tinggal mencari bayi dan kanak-kanak untuk dibesarkan dengan pendidikan akademik berserta ilmu agama di rumah tersebut.

Kini mula berpurdah

Purdah ini sudah lima bulan saya pakai. Bukan sebab alim, dan bukan juga sebab H1N1. Sebaliknya inilah antara cara saya menjaga hati daripada dirasuk perasaan riak. Bila mengenakan purdah, tiada orang yang mengenali saya jadi tiada lagi layanan istimewa yang biasa saya dapat.

Saya tidak malu untuk mengaku, selama ini memang saya pakai tudung tetapi hati masih kotor. Ini kerana walaupun memakai tudung saya sering kalah bila syaitan berbisik supaya bersolek setiap kali ke luar rumah sesuai status selaku pengasas produk kecantikan.

?Kau kenalah pakai baju yang menampakkan kelangsingan, barulah orang tahu produk kau bagus? ? itu juga antara bisikannya yang sering menewaskan saya. Barangkali ketika itu saya antara wanita akhir zaman yang disebut dalam hadis ?menutup aurat tetapi masih bertelanjang? .

Sebagai majikan pula, kadangkala saya memarahi pekerja kerana mahu semuanya serba sempurna. Saya menjadi sungguh takut apabila tersedar dan berfikir bagaimana pula saya di sisi majikan paling besar iaitu Allah Taala? Dia pun berhak marahkan saya kerana sungguhpun solat, di mana zikir dan amalan sunat bagi menyempurnakan lagi amalan kepadanya?

Syukurlah, perubahan yang dibuat melimpahkan bahagia dalam hidup. Anak-anak (Nurhayati, Alif Syukri, Aiman Hazim, Nurazizah dan Nurain Sufiyah) dan suami melengkapkan lagi dunia wanita ini.

Kini hari-hari saya lalui sambil meneguk kelazatan ilmu akhirat. Melayan keletah anak-anak, mengulit orkid, epal Madura, daun kesum, kedondong, kari, limau purut dan pokok herba lain; juga melayan burung, ayam, lampam, puyuh, puyu dan tilapia melengkapkan lagi kediaman bak syurga dunia yang saya gelar Sorga Ammi.

Sesudah solat Subuh, tatkala berdiri di balkoni rumah menyaksikan kabus berlalu dibawa angin sambil merenung kalam-kalam bukit , saya semakin yakin betapa perlunya saya bersyukur menjadi hamba yang dilimpahi kasih sayangNya.

Jauh nak dibandingkan kisah saya dengan perjalanan Puan Rozita ni
Belum lagi dibandingkan dari sudut akaun simpanan..keh keh
Tapi siapa tahu kan, suatu hari nanti
Saya dan anda boleh menulis seperti di atas :kenyit mata:

Selalu terngiang2 di telinga saya, apa yang penting bukan ‘berapa banyak kita dapat, tapi berapa banyak kita dapat berikan pada masyarakat’
Kalaupun tak berkepuk2 dalam bentuk RM, saya sumbangkan dalam bentuk tulisan buat bahan bacaan tambahan di petang hari ye :)

Antara tips perniagaan yang saya pegang ialah:

  1. Jangan ‘membuang’ harga
    Maksudnya menjual sesuatu dengan niat untung seringgit dua. Betul, sama sama boleh dapat manfaatnya.
    Naluri manusia perlukan ‘reward’ untuk servis yang diberikan. Cuba bayangkan jika anda menjual sesuatu dengan untung RM seringgit (atau kurang) dan customer asyik bertanya macam macam soalan.
    Anda akan mula merasakan ‘kurang senang’ atau ‘malas’ melayan dan kadang2 terdetik di hati “isk, org ni nak beli brg murah tapi banyak pula songehnya etc etc”
    End up, anda akan mula rasa bosan dan memberikan servis yang ada ada.
    Oleh kerana tiada dana utk memusing modal atau menambah baik produk anda, perniagaan anda mungkin tak akan kemana mana.
    Dan bayangkan pula anda mempunyai keuntungan yang memadai, wang tersebut dapat digunakan untuk memantapkan kualiti produk anda!
    Dalam masa yang sama, anda akan sentiasa berbesar hati memberikan servis yang baik kepada semua pelanggan. Percayalah saya.
    Harga menunjukkan kualiti bak pepatah cina mengatakan ”Ada rupa, Ada harga” dan kerana itulah saya percaya dengan apa yang Lunatots deliver kepada ibu bapa di Malaysia.
    Biar berpatutan, menggembirakan serta berbaloi dengan kualiti yang diterima kan?
  2. Hidup ini perlu dicabar
    Manusia tidak boleh terlalu lama menetap di comfort zone. Semakin minda kita dicabar, semakin ligat kita mencari jalan penyelesaian.
    What does not kill you make you stronger, kan?
    Contohnya, sungguh saya risau dengan sewa kedai, bayaran pekerja, bil api dan air kedai.
    Tapi kalau ianya perlu dibayar, bermakna saya perlu berusaha lebih keras takyah tidur untuk membayarnya.
    Sama seperti semakin besar komitmen anda-samada rumah mahupun kereta, semakin besar wang yang perlu anda bawa pulang setiap bulan kan?
  3. Rezeki anda, bahagian orang lain
    Masing masing dalam dunia punya peranan. Ada yang boleh berniaga, ada yang tidak.
    Dan keuntungan perniagaan anda sebenarnya adalah bahagian semua – be it pasangan, anak-anak, ibu bapa, jiran, anak saudara, anak yatim dan fakir miskin.
    Rezeki anda hanyalah apa yang masuk ke dalam mulut anda pada hari itu (makanan).
    Dengan kata lain, semakin anda beroleh keuntungan, semakin banyak anda boleh memberi.
    Seperti yang suami saya sering beritahu saya “dulu nak letak seringgit dalam tabung masjid pun risau makan esok tak cukup duit, tapi sekarang alhamdulillah, dah boleh menyumbang lebih tanpa risaukan tak ada duit nak makan”
  4. Fikirkan sesuatu yang lain
    Rasanya terlalu klise melihat sebaris peniaga melayu menjual mangga sepanjang jalan (yang sama)
    Kalaulah anda boleh menjual ‘buah’ yang lain contohnya betik atau tembikai. Mungkin kita boleh menjayakan program Kedai Buah Buahan Tempatan ke pasaran antarabangsa, kan lebih mengujakan?
    Be a manggo specialist (dalam kes ini adalah mangga) daripada jual sedikit sedikit, macam macam ada. Jika anda mahu bersaing, pastikan ianya persaingan yang sihat tanpa perlu memburukkan mana mana pihak.

Dan bagi usahawan lain yang sudi berkongsi tips, saya alu alukan

Target jangka masa pendek saya – sebelum berusia 30 tahun
Nak penuhkan buku ASB RM200k…amin..
*Buku sebelum ni penuh juga, tapi penuh sbb banyak transaksi keluar masuk..ekeke
2-3 kali saya baca entry Mommy Lina mengenai ASB, tapi masih belum benar2 faham..isk

03092009259

Dan bahang hari raya mula terasa bila mulut dah mula nak mengunyah biskut raya selepas berbuka
Beli biskut dari pengasuh Iki, berharga RM26 sebekas

03092009260

Dialog hari raya isteri solehah “Abg, hari raya ni mesti lebih meriah kalau ada set emas orkid Poh Kong”
Encik suami “hahaha..apakah”

Related Posts with Thumbnails

Related posts:

  1. Bahang hari raya
  2. Raya!
  3. Kuih Raya 2010
  4. Selamat Hari Raya Dari Alya
  5. Hari Isnin Selepas Raya

7 Responses to “Raya oh raya”

  • eh puan rozita tu dah berpurdah?? sungguh lah ketinggalan daku nihhh…iskkk

    Salam Intan : Pst, Sue pun baru tau lepas baca artikel ini

  • sya:

    Alhamdulillah…

    insyaAllah, satu hari nanti sue dan saya pula.. :P

    Betul tu Sya : Nanti kita sama sama makan epal madura di balkoni..oh oh

  • bagus sue info yg bagus saya juga berpegang kepada itu kalau mahu berniaga. after service sales pd saya amat penting. semoga semua pembaca mendapat manfaat drpd kisah pn rozita n sue sendiri. saya juga menjadikan sue inspirasi ;) *wink* ikhlas nih

    Salam Puan Punyer : Sue kongsikan sikit sikit sebab lama lagi baru ada artikel macam Puan Rozita …hihi (Terima kasih PuanPunyer)

  • rozita pun penah noreh getah..
    sbb tu ama tak kesah jd cleaner klu raye bukak outlet kat miri.. sedia berkhidmat..

    Ama, manalah saya mampu membayar Ama (sambil terbongkok2 mengelap cermin pintu)
    Miri dekat dengan Brunei kan Ama, menarik tu… (cawangan Lunatots di sana?)

  • eda:

    salam kak sue, rozita tu kulaan kita. hehehe. mak dia ngan mak eda sepupu. so, klau ngan ayah kak sue, tak sure lak jd apa

    Ho ho : Betul ke Eda (semangat nak mencari susur galur neh..ekeke)
    Raya ni akak pergi rumah dia la makan epal madura berhari raya

  • Misah:

    katne su baca artikel tentang puan rozita tu? kt majalah ke? nk g cari la….best ni…pemangkin semangat…

    Misah,kawan Sue dapat dari paper Sinar Harian kalau tak silap dan dia emailkan pada Sue :)
    Seronok makan epal Madura sambil pergi umrah tiap2 tahun kan :)

  • nurul:

    salam sue; baru terbaca entry ni.. hehe ..
    sy pernah attend pn rozita masa dia beli banglow 2-3 jibik skaligus kt rahman putra dulu.
    masa tu mmg sy pun menggerutu dlm hati tgk dressing / appearance dia padahal time tu dia lg bbrp jam nak fly pegi umrah..
    alhamdulillah.. sungguh x sangka kata2 tu yg kluar dr mulut dia skrg kan..
    hati dia lebih suci & tawaduk dr org2 lain.. termasuklah sy..

Leave a Reply