Sempena bulan Ramadhan al Mubarak tahun ini, muka saya jadi menggelupas dan kemerah-merahan
Bukan blushing ala ala nak dara cantek jelita tu kalian
Ni iras iras ikan yang kekurangan air bersih di sungai yang semakin kotor dek pencemaran..hihi
Tengok gambar di bawah – merah menyala kan?
Sepanjang di ofis, saya tekap2kan tisu basah buat menambah lembapan
Jadi kalau kalian berselisih bahu di Pasar Ramadhan dengan acik berkulit merah merekah, tegur lah saya tanpa silu ye..ihiks
11 September 2009 (Jumaat lepas) saya ke Majlis Berbuka Puasa di Susuibu.com anjuran Nurturing Concepts Sdn Bhd
Dari kedai, jemput encik suami di pejabat, dan Iki di rumah pengasuhnya
Saya jumpa Haza, Ikha, Amyatie, Yati, Akma, Zatul, Zue dan beberapa ibu lain
Tapi kami tak bergambar bersama lantaran perut penuh dek makanan yang sedap2
Terima kasih NCSB Team(Kak Rita, Kak Kamariah dan Kak Jasmeen) di atas jemputan
Kami doakan kita sama sama murah rezeki dan beroleh kelapangan dalam bidang yang diceburi…amin…
Puan Farah dari SaraKids sampai lewat sebab sesat ikut GPS
(GPS mereka ajak pusing2 keliling..ekeke)
Sementara mommy & daddy Syasya makan, Iki ‘tolong’ jagakan Syasya
Ini aktiviti Iki dan Sara (Yaya)
Bertinggung sambil makan karipap
Karipap sadin ni sedap sangat…(slurp..)
*Entri ni macam tak sesuai ditulis semasa jam 4 pm je :gulp:
Dari Susuibu.com kami ke Butik Pakaian Mengandung dan Menyusukan- Mumdreams
Raya kan hampir tiba kalian…inilah masanya ibu2 tunjuk itu dan ini..hihi
Amik satu baju, masuk fitting room, keluar balik, ambil yang lain
Wah…rambang mata acik!
*Kami buat bising di Butik Mumdreams sampai pelanggan lain berbisik2 sesama sendiri
“Diorg ni tak pernah pergi butik ke?”
Saya ambil sepasang baju menyusukan seperti di bawah
*Kainnya yang memeri sesuai untuk perkembangan perut yang semakin membina..hihi

Memang dalam gambar di atas, patungnya tinggi lampai kan
Tapi bila orang yang renek rendang macam saya pakai, masih kena di depan cermin, insyaAllah.. (uhuks)
Kawan kawan, jom ke link ini untuk melihat koleksi baju menyusukan yang shanteks2 untuk digayakan di hari raya dari Mumdreams
Oh Lyn boss Mumdreams, tak kasihankah melihat wajah ibu ibu bershopping minta diskaun dibawah…ekeke
*Patung mengandung di belakang kami tu memakai baju kurung Mumdreams
Dari Mumdreams, kami ke Pusat Perubatan Annur Bangi
Melawat Puan Ayuni yang pernah menghadiri kelas penyusuan pada 15 Ogos 2009
Baby Safiyyah lahir pada 09/09/2009 dengan berat 4.44 kg dan panjang 55 cm
(Cantik semua nombor tersebut!)
Baby Safiyyah ada jaundice dan perlu mendapatkan rawatan phototheraphy
Tips untuk bayi yang mengalami jaundice:
- Teruskan menyusui bayi anda supaya beliau dapat menyingkirkan bilirubin dari badannya melalui najis
- Susu ibu adalah ‘laxative’ yang terbaik yang mampu membuatkan bayi anda buang air besar dengan kerap
- Menambah susu formula mahupun air suam boleh mengganggu proses penyingkiran bilirubin seterusnya menyebabkan jaundice yang lama
- Malah, ianya boleh memburukkkan keadaan sekiranya bayi anda alahan pada susu lembu
- Sekiranya suspek breastmilk jaundice (dimana ada certain composition dalam susu ibu yang menyebabkan jaundice berpanjangan), JANGAN rasa susu anda adalah tidak elok. Hubungi pakar laktasi/kaunselor laktasi berhampiran bagi mendapatkan rundingan. Tiada treatment untuk jaundice dimana ianya akan surut dengan sendiri dengan bantuan penyusuan yang berkesan (no strict feeding, no other supplement).
- Susu ibu adalah makanan terbaik, tiada siapa dapat meraguinya
Puan Ayuni, anda ibu yang cantik dan kuat
Ibu akan buat apa sahaja untuk kesihatan anaknya kan
Related posts:




aloh sue..lama ku xcoret pape di cini..kiutnye perutmu…bile pule time ku in nk bg kyra adiki..hehehe
—
Pst Riez : Kiut perut? Uhuks..cam wanita yang kuat makan
sampai moncetje kan ku neh..ekekesalam..alahai cumilnya perut sue..berapa bulan kah?
—
MamaSiti:Mengikut kira kira matematikku
yang cukup2 makan ni,dah nak masuk bulan ke lapan acik mengambang (eh mengembang)oh…nama anak puan ayuni sama dgn nama anak saya. lahir pun di tempat yg sama (bangi) tp sy bersalin di Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah…selang beberapa pintu je dr Annur
. kalau ketemu sama dia lg, kirim salam kat dia ye. mdh2an anaknya cepat sembuh dpd jaundis..
p/s: cantik la baju menyusu tu. jubah ke? tergoda lak ^^
—
Nadiah : Nama baby Safiyyah ni panjang, tapi Sue ingat yang depan je..hihihi..
Nanti ‘kakak’ Safiyyah balik, boleh jumpa ‘adik’ Safiyyah ye
P/s-Baju menyusu tu asing baju dan skirt labuh. Baju tu boleh pakai dengan seluar juga
Boleh lihat disini
Salam Sue…
Lama rasanye Diana tak tinggalkan celoth kat ruangan komen mu ini.
Amboi penuhnya aktiviti mu seharian…tak termengah2 kah mak buyung anggun…?
Chanteks baju ngandung mu itu, teringin plak Diana nak beli nnt (mode garu paler…bile plak nak bg ‘Aina teman bermain nih…?)
Ok Sue…selamat maju jaya.
—
Salam Diana : Bila waktu mengah itu tiba, ku bermode hibernate(read:tidur)..hihi
Baju tu baju menyusu sebenarnya Diana, cuma kainnya lembut dan stretchable utk perkembangan
perutyang memberangsangkan!*Sue dah dapat kad hari raya dari Diana sekeluarga, terima kasih
ala siannya sue..maybe hormon preggie buatkan muka sue jadi mengelupas gitu..sbb akak perasan tiap kali preggie sama ada muka akan jadi flawless abisss or kuar jerawat² kecil yg selama ni x penah ada
—
Ha a Kak Ina : Kalau ada SKII boleh juga tepek2kan kat muka kan..ihihi (mahal tuuuu)
cantik2 baju mengandung mu sue. nanti2 bila jutt dah berisi kembali…ku pinjam boleh…dgn harapan perutmu telah kosong…ke iki nak gegirl plak? haha
—
Baju ngandungku yang mana satu Jutt? Ku belum beli lagi..yang di patung itu baju menyusukan yang kusekalikan dengan aktiviti mengandung…ehehe
Jumaat 11/09 lepas, mase kunjungan ‘UN’ dari Lunatots n SaraKids, Sue n Farah, ke bilik wad dalam pukul 9mlm, saya dah macam orang utan, tahap menyangkung sambil nursing my 3days-old-baby (dah tak boleh nursekan sambil tidur mengiring sbb luka caesar dah sakit). Setiap kali orang di pintu saya jadi pressure, takut doc or nurse. Bile dgr suara Sue n Farah di pintu, walaupun tk nmpk orgnye lagi, sbb saya menyangkung membelakangi pintu, tangan ku tertadah ke siling wad dan muke ku terdongak ke atas melaung kesyukuran sambil air mata yang tidak tertahan2 kan lagi..(mase ni muke Farah macam nak panik tp Sue tetap menthhen). Rasa beban terangkat sbb orang yg mengetahui ada di situ n satu lagi sbb dah azab sgt menyusu tak henti2 dari tengahari tp baby tk kenyang2 lagi (sbb baby besar kene minum banyak tp susu kurang) n die pun dah fed-up, masuk je puting die jerit. Depan husband kite act macam smue ok sbb tk nk die panik, bile Sue n Farah dtg, jangan lepaskan peluang-mari nangis!!
Salah saya sebenarnya, smue patut ok sebab hari pertama lagi smue org kate susu saya byk dan saya tiada kesukaran menyusu, baby buang air hourly, smue terkejut bile saya cakap ini first baby. Jumaat itu juga yang mana patutnya dah boleh balik, saya dah missed breastfeed baby, tertidur sbb terlalu pening, bila bangun baby sudah perlu dibawa pergi oleh nursery, sudahnya, lima jam tak nyusu. Bile dipulang pada saya, baby dah ade jaundice n diminta ditahan di nursery, di mana saya sukar nk breastfeed baby disamping masalah lain pula yang tiba2 datang yang membuatkan susu tiba2 kurang langsung. Selepas Sue n Farah pulang, tgh mlm tu, saya akur dan menyerahkan anak saya pda nursery untuk di’formulakan’ sbb dah nk mcm kunyit. Baby perlu minum something dan perlu berada dibawah lampu at all times. Menangis mak 2hari sbb anak kene bg susu formula. Dari kiraan saya yang tak pernah ambil biology kat sekolah tp nak kira jgk perbezaan peratus penurunan jaundice gune susu formula n susu ibu; yang saya tahu waktu itu, untuk turunkan jaundice sebyk 15point (dari 12.4 ke 10.9), susu formula mengambil mase 2 setengah hari. Bile dibenarkan pulang tengahari ahad tp perlu check jaundice esok paginye, saya susukan anak exclusively dan hasilnya, untuk turunkan jaundice 15point (dari 10.9 ke 9.4) susu ibu ambil mase kurang 12jam. Sekarang syukur alhamdulillah, dah pulang ke rumah n baby dah sihat, tak perlu return visit (patutnye on the 16th) ke hospital lagi. Ape2pun, Sue n Farah, tiada ku menyangka wujudnya jenis manusia seperti kalian! Jasamu kukenang dan akan kuceriterakan pada anakku bile die besar nanti (klu luper pun ade dlm jurnal
)
—
Salam Ayuni, bantuan phototherapy kadangkala mengganggu feeding bayi.
Bagi kes kes sedemikian, thermal blanket boleh membantu dimana bayi diselimutkan dengan blanket tersebut semasa menyusukan bayi tetapi bukan semua hospital ada.
Asalnya phototherapy akan membuatkan bayi memerlukan lebih fluid untuk menyingkirkan bilirubinnya.
Dan apa yang bayi perlukan adalah susu ibu seperti yang Intan dan suami lakukan! Tahniah dear!
Sumber rujukan:
http://pediatrics.about.com/library/breastfeeding/blbreastfeedingh.htm
tapi perlu ke gambar meroyan ni ditayang di sini…
untuk makluman, gambar pesakit di atas bukan dalam saiz sebenar..
—
Ayuni, gambar ni cantik sangat…Ayuni nampak kuat (dari dalam)
Kih kih..mak buyung tepi Ayuni tu pun sebenarnya lebih molek di lihat di luar kamera (hihihi)
Baby saya pun kena jaundice masa dalam hari. masa tu dah discharge, balik 2 hr baby kena masuk nurseri 3 hari. 3 hari tdo hospital.. the whole story is damn long… kat blog leh citer.
—
Nadia, alhamdulillah baby dah hilang jaundice nya ya. Selamat menjalani dunia seorang ibu ye dear.