Disclaimer
    The entire contents of this blog are based upon the opinions of author unless stated otherwise noted. The information in this blog is not intended to replace a one-on-one consultation with lactation consultant. It is a sharing information and knowledge from the research of author. This blog outlines sources, ideas and suggestions on breastfeeding your baby. The author and family disclaim any liability arising directly or indirectly from the use of the information contained in this blog.

    Do drop by at any Lunatots Outlet ( Your Parenting Partner) to buy breastfeeding, cloth diaper and babywearing item. Our official website is http://www.lunatots.com

    Kindly do not SMS me to ask about breastfeeding problem as I may not be able to reply it.
    Feel free to communicate through my email suraya'at'lunatots.com for counseling appointment.
facebook.com/suelunatots
Suraya Lunatots

Create Your Badge
Leave me a msg for friend request approval purpose
Networked Blog

[Google]
Announcement
    LUNATOTS AMCORP MALL , MAJU JUNCTION & CHERAS
    010-2414050/012-5880515

    LUNATOTS PENANG
    012-5510829/012-5280515

    LUNATOTS PUTRAJAYA
    010-2548020/013-6042348

    LUNATOTS GIANT KOTA DAMANSARA
    012-6362919

    LUNATOTS GIANT BUKIT TINGGI, KLANG
    012-4895567
Luna’s Counter
Friends Online

View My Stats
Nuffnang ADV
Luna’s Shop
Readers
Lunatots @HotFM
ShoutBox

Ammar Zikry kami dah berumur setahun 9 bulan
Mulutnya riuh bertanyakan itu ini berulang kali
—–
Soalan 1 : “Mommy pakai tudung?”
Mommy jawab “pakai”
“Daddy?”
“Tak payah pakai”
“Iki?”
“Tak payah”
“Mommy?” – ulang semula
“Payah..eh pakai..”
“Daddy?”
Mommy geleng kepala sbb dah mula penat dan cuba menggantikan jawapan dalam bentuk non verbal communication (haha)
“Iki pakai?”
—-
Soalan 2: “Abang baik?”
Mommy jawab “Baik..”
“Daddy?”
“Baik..”
“Lampu?”
“Baik..”
“Kipas?”
“Baik..”
“Aircond?” -dan pelbagai alatan elektrik yang lain….gaaa
*Pertanyaannya akan berulang ulang sehinggalah malam kita alihkan perhatiannya kepada sesuatu yang lain

Jika anda bercita cita untuk berkerja sendiri dengan alasan tidak mahu terikat dengan jadual 9 am to 5 pm (8 jam sehari 5 hari seminggu waktu berkerja)
Jangkaan anda mungkin tersasar
Kerana berkerja sendiri kadangkala membawa bermakna anda perlu berkerja lebih 8 jam sehari, 7 hari seminggu termasuk Sabtu, Ahad dan cuti umum

Ini Diari Ramadhan Mommy Luna
Jam 8 am – Mandi, basuh baju (+CD) dan sidai, basuh pinggan dan sidai, sapu sampah yang mana nampak jelas dimata
Ja
m 9 am – Ke showroom memulakan kerja pejabat
Kalau ada Iki, ada lah sesi jerit-jerit marahkan anak
Kalau saya sendiri, maka jimatlah tenaga bersuara saya pada hari itu…hihi

13092009291

Iki terjumpa pensel warna yang encik suami (dulu dikenali dengan encik teman lelaki) belikan masa saya muda remaja dulu
Pensel warna ni masih elok panjang lagi semuanya sbb saya kedekut cermat orangnya
Saya relakan Iki menggunakannya kerana saya percaya bahawa sesuatu benda itu berpekdah apabila ianya memberikan manfaat berbanding jika disimpan :)
(Ha…mana nak dapat mommy berhati luhur gini? Ekeke)

IMGP2759

Kalau time tekun, memang Iki akan baring meniarap begitu
(Sama macam jika dia di depan laptop)

IMGP2760

IMGP2760

IMGP2761

Rambut serabai serabai, tiap kali dengar bunyi mesin potong rambut daddy
Dia menjerit “takut…takut…”
*Orang lain laaagi takut tengok Iki sengih senyum begini..ekeke

IMGP2762

IMGP2763

Ha…dah sudah melukis dan mewarna la tu
(Semua pensil warna dah keluar dari kotak)
Pastikan anak anda melakukan ini dibawah pengawasan org dewasa
Ngeri juga kalau dia asah bakatnya dimana mana bahagian dinding mulus Lunatots Showroom
Kalau lah itu terjadi, harus ada yang meratap ala ala Mak Dara dalam movie Kasim Selamat..keh keh

Oh oh sambung diary Ramadhan saya
9am-6pm – Berkerja dengan tekun
6pm – Bersiap siap untuk berbuka
7pm – Berbuka puasa
8pm – Berehat (tidur) sampai ke waktu Sahur esok

Tidak produktif kan? Bila saya fikir- fikirkan
Setahun aktif bergerak, setahun berikutnya kemengahan mengandung
Dan perkara yang sama akan berulang2 selama beberapa kali
Wah…besarnya ganjaran menanti ibu :mata bersinar sinar:!

Cerita menarik yang lain, ini gambar dari belakang ‘orang itu’
*Wah wah.. nak nak dara terus senyum tutup2 mulut nyangkakan Kak Sue mengajar berkelakuan sumbang dibulan puasa ye
Siapa ‘org itu’?
Dia ialah orang yang memasangkan signboard Lunatots
Saya nak tunjukkan bukti gigihnya dia berkerja, tiada niat lain tauuu..

11092009278

Kepada kawan kawan yang sudi singgah ke Lunatots Showroom
Ini adalah pemandangan dari luar outlet

Bersempena dengan sambutan hari raya tahun ini, Lunatots online dan showroom akan ditutup pada:
18 Sep (Jumaat) sehingga 25 Sep 2009(Jumaat)
Dan mula beroperasi pada 26 Sep 2009 (Sabtu) dengan waktu operasi yang sama iaitu Isnin – Jumaat (9am-6pm) dan Sabtu,Ahad&Cuti Umum(10am-3pm)
Dimaklumkan juga bahawa penghantaran terakhir kami ialah pada 17 Sep 2009 (Khamis) dan bermula semula pada 28 Sep 2009 (Isnin).

Salam kemaafan dari kami seandainya terdapat tutur kata dan perlakuan yang mengguris sepanjang kita berurusan.

11092009279

Salam Upin & Ipin dari Iki sekeluarga :)

Related Posts with Thumbnails

Related posts:

  1. Pencarian Model Baby Lunatots Cloth Diaper
  2. Aktiviti Lunatots
  3. Lunatots Pulau Pinang
  4. Lunatots Amcorp Mall
  5. Tayar-Pa&Ma-Lunatots

12 Responses to “Iki-Lunatots”

  • Illa:

    Wah!!baikknya iki,kalo adam dh bterabur siap2 kaler penselll tuh…

    Pst Ila : Kalau baik, mesti Iki susun pensil tu kemas kemas dalam kotak selepas main..uwaaa…(mode tersedu sedu tengok pensil warna merata rata kedai)

  • Mar:

    salam aidilfitri buat kak su sekeluarga

    Salam Aidilfitri Mar (sambil menjabat tangan dan cuba tgk2 kalau Mar selitkan envelope berisi..ekeke)

  • ayg:

    iki dh big boy :)

    Ha dah besar dah Ayg (raya ni kami terjah rumah Ayg boleh? ) – Oh sangat tak kurang malu Alg ni ..keke

  • Azza:

    iki memang byk cakap. hihih.. dulu asyik cakp no no no jek.. cute ah. showroom lunatots ni kt ner

    Salam Azza : Selamat hari raya :) Lunatots Showroom berada di sini

  • bagus mommy iki ajar iki pegang kaler/pensil ms tecik2 lg…
    nanti iki akan jadi anak yg cemerlang! saya yakin.

    Farah : Anak kecil hanya pegang pensil di bawah pengawasan di dalam sedar org dewasa sahaja..hihi..
    Bahaya…

  • Nik Ha:

    Gitulah anak kalau dah ‘dapat mulut’..he.hee..dia akn ulang2 dan lagi dan lagi mcm iklan burung murai tu..he..he..layaan ;)

    Kak Nik : Itulah dianya…raya kalini melayankan ‘mulut’ Iki je..eheh

  • kak sue..yang pegang penyapu tu bibik baru ker?zah nak hire boleh..?
    umah nak raya tp dok masih bersepah lagi…..heheheh

    Haha : Zah, dia sapu pusing2 kawasan setempat. Nanti kalau Kak Sue hantar ‘dia’ ke rumah Zah untuk mengemas, terkejut Zah tengok keadaan menjadi lebih buruk..ekeke

  • aini aziz:

    sue..selamat hari ry ku ucapkan..anak ku even same umur ngn iki..masih blom pndi bercakap becok mcm iki..syok dgr iki becok bercakap..semoga hari raya ini anak ku mula becok bercakap…huhuhu..sue..klo lps ry ade lg tak car sticker tuh..teringin la..dala smpul duit tak dpt..sedey jgk…

    Selamat Hari Raya Aini, anak aini sedang fokus pada perkembangannya yang lain tu :)
    Car sticker masih available in stock, cuma sampul duit raya habis tak sempat nak beri pada Aini..insya Allah raya tahun depan Sue buat lagi :)

  • comeynyer iki pengang pnyapu tu!!!
    sue, bilakah waktu memasakmu?? dan juga mengepam??
    ku hanyer sempat pam skali je di opis. bile kaki jejak pintu umah, mmg x sempat pon nk pam…

    Ibu Izz : Memasak di kedai makan berdekatan dan tidak mengepam
    Bila waktu senggang, ku terjah rumah pengasuh susukan Iki..hihi

  • haza:

    wah!dah naik ya! alhamdulillah… menjadikan mood beraya mu ceria!
    muka ganas iki itu haruslah zafran takut..ekekkeke

    Haha : Selamat hari raya Haza!

  • sya:

    sue, selamat hari raya sue…

    hmm, rumah kitorang, jangankan dinding (sebab kat dinding dah sedia ada dari orang lama), sofa pun dah kena conteng.. huhu

    Wah kalau Iki mencanting di sofa, meratap hiba la mommynya…
    Takpun lepas tu mommy tergedik2 ajak daddy beli sofa lain
    (Padahal monitor laptop, kebod laptop acik pun kena shontengs sudah..uwaaa)

  • sue,
    mmg kena hati2 kalau bagi kaler pensel yg kayu ni..
    anak saya damia, hampir2 tercucuk mata sbb kaler pensel ni..
    last2 sy tukar krayon aje….
    papa damia dah tak benarkan sehingga 4-5 tahun kot… hihihiih…

    Ye ke Laila, baiklah. Sue akan tukarkan (konon2 nak jimat kitar semula, kasi dia kaler lama)
    Crayon lebih selamat dan lembut kan :) Thanks for sharing

Leave a Reply