Disclaimer
    The entire contents of this blog are based upon the opinions of author unless stated otherwise noted. The information in this blog is not intended to replace a one-on-one consultation with lactation consultant. It is a sharing information and knowledge from the research of author. This blog outlines sources, ideas and suggestions on breastfeeding your baby. The author and family disclaim any liability arising directly or indirectly from the use of the information contained in this blog.

    Do drop by at any Lunatots Outlet ( Your Parenting Partner) to buy breastfeeding, cloth diaper and babywearing item. Our official website is http://www.lunatots.com

    Kindly do not SMS me to ask about breastfeeding problem as I may not be able to reply it.
    Feel free to communicate through my email suraya'at'lunatots.com for counseling appointment.
facebook.com/suelunatots
Suraya Lunatots

Create Your Badge
Leave me a msg for friend request approval purpose
Networked Blog

[Google]
Announcement
    LUNATOTS AMCORP MALL , MAJU JUNCTION & CHERAS
    010-2414050/012-5880515

    LUNATOTS PENANG
    012-5510829/012-5280515

    LUNATOTS PUTRAJAYA
    010-2548020/013-6042348

    LUNATOTS GIANT KOTA DAMANSARA
    012-6362919

    LUNATOTS GIANT BUKIT TINGGI, KLANG
    012-4895567
Luna’s Counter
Friends Online

View My Stats
Nuffnang ADV
Luna’s Shop
Readers
Lunatots @HotFM
ShoutBox

Jam 4 pagi saya dah terkebil kebil
(Selepas tersengguk2 pada jam 10 mlm tadi menantikan Iki nak tidur sudahnya saya ZzZzz dulu)
Malam ni Iki lena, tak mengigau dan meragam macam malam sebelumnya
Selalunya dia mengigau dan menangis2 nak iron (seterika) dan vacuum(pembersih hampagas) di jam 2-3 pagi!
Hihihi..mommy dan daddynya dah garu kepala
Dan mula menerima hakikat yang ‘dapat tidur lena’ ialah hadiah terindah yang jarang2 berlaku sepanjang tahun2 untuk membesarkan anak anak :)
(Pasrah kan..ekeke)

Saya terjaga bukan sebab saya tidak menghargai waktu ‘dapat tidur lena’ malam ini
Saya risau
SEJU dah berumur 31 minggu dengan EFW 1.7 kg – EDD 25 Nov 2009
Pagi Sabtu dalam beberapa 2-3 sudu air ketuban keluar
Saya ambil pendekatan ‘wait and see’ sebab kandungan masih awal dan saya tak rasa apa apa contraction
Sementelah dihujung2 kehamilan, memang bladder control di luar kawalan
Jadi saya gunakan liner pad
Tapi lepas ni saya cadang nak bertukar kepada tuala wanita kain sbb dengan cara itu, saya dapat bezakan urin dengan air ketuban dengan lebih tepat berbanding jika menggunakan commercial pad yang lain
Air ketuban keluar tanpa kawalan, tidak berbau dan mungkin keluar dengan sedikit darah
Saya tak terus ke hospital sbb nak buka Lunatots Showroom sampai jam 3 pm dan seterusnya nak beraya di Sijangkang Klang dan Meru
(Waha…utamakan beraya dulu di bulan Syawal…hihi)

Harini (Ahad) baru saya dapatkan rawatan
Saya perlukan suntikan(2 dos) dan rawatan antibiotik intravena bagi menguatkan paru paru SEJU sekiranya SEJU terpaksa keluar lebih awal dari yang sepatutnya
Dan suntikan itu berkesan kepada bayi selepas 24 jam kedua dua dos di ambil

Sekiranya air ketuban pecah lebih awal, ia mungkin bermakna terdapat infection bagi kandungan di bawah 37 minggu
Dimana tempoh air ketuban pecah dan kelahiran yang agak lama (Uwa…saya baru 31 minggu)
(bagi kandungan berusia 37 minggu ke atas, kelahiran perlu dilakukan dengan segera)
Dan perkara itu menyebabkan saya terjaga awal pagi ini

Saya risau :)

Tapi saya cuba berfikir dengan tenang sambil mengemaskini to do list
Apa yang berlaku, tetap akan berlaku kan?
Esok saya akan:

  • Ke hospital untuk dos suntikan yang kedua (perlu di ambil dalam tempoh 12 jam selepas dos pertama)
  • Memulakan rawatan antibiotik makan
  • Ke JPJ menguruskan beberapa urusan
  • Kembali ke pejabat menyambung urusan duniawi
  • Mula alert dengan sebarang contraction mahupun air yang keluar
  • Alert dengan pergerakan bayi sekiranya ia bergerak dengan perlahan

Mengikut kata doktor, sekiranya infection berlaku seperti ibu mulai rasa demam
Air ketuban yang keluar bertukar warna (air ketuban adalah jernih)
Dan ibu rasa contraction yang kerap (selang 15 minit sekali)
Saya perlu segera ke hospital bagi proses induce mengeluarkan bayi
Risiko bayi untuk berhadapan dengan infection lebih tinggi berbanding kelahiran awal (pra matang)
*Saya menimbang2kan pilihan untuk elective caesar berbanding induce

Doktor,saya dan suami berharap yang SEJU dapat ‘bertahan’ dalam tempoh sekurang kurangnya 2-3 minggu lagi
Sehingga beratnya mencapai 2kg
Dan sehingga tumbesaran fungsi asas badannya seperti jantung, paru paru, buah pinggang dan lain lain matang ‘sedikit’ berbanding sekarang

seju31wk

seju31wk2

Baru saya perasan, ini pertama kali saya risaukan SEJU sepanjang mengandungkannya :(

16092009305

Semasa kandungan di minggu ke 12 , berat saya ialah 46 kg
Dan semalam semasa minggu ke 31, berat saya ialah 47 kg
Ramai yang beritahu saya nampak tua susut
Perut tak berapa nampak sbb saya pakai baju yang agak besar

Bila termenung depan cermin, saya buat spekulasi sendiri dan beritahu suami
“Abg, patutlah orang lain cakap Sue kurus. Parut jerawat Sue ni dari jauh nampak macam lekuk pipi. Jadi muka lebih runcing…walaupun sebenarnya sama je (hidung kembang kempis menahan rasa gembira)”
“HAH?”

Nota mommy Luna : Setiap jerawat yang berparut pasti ada sebabnya kan..ekeke
SEJU, apa pun yang bakal berlaku, mommy dan daddy akan buat yang terbaik untuk kedua dua kita selamat
Abg Iki pun tak sabar nak  ada geng untuk main Ultraman-Raksasa :)
Emosi bila saya cuba printscreen gambar SEJU dari media player (macam saya selalu buat, tapi tiada gambar bayi yang keluar-tapi frame video ada)
Lalu saya cuba upload di youtube, alhamdulillah boleh
*Macam macam perkara buruk bersimpang siur dalam fikiran saya sekarang

Selamat kembali berkerja kawan kawan
Saya ada bawa kuih raya tunjuk2 ke Lunatots Showroom, jemput datang ye kalian :)

23092009344

Sumber bahan rujukan:

http://www.babycenter.com.my/malay/pregnancy/air-ketuban-pecah-awal/
http://www.babycenter.com.my/pregnancy/antenatalhealth/physicalhealth/groupbstrep/http://www.babycenter.com.my/pregnancy/labourandbirth/labour/stagesofchildbirth/

Pagi ni saya rasa syahdu dengar lirik lagu Mawi-KRU, Sujud

Bila dilanda musibah
Hati tabah mula rebah
Jangan biarkan dugaan
Rapuhkan pedoman hidup

Andai waktu itu tiba
Semaikan sifat bersabar
Hanya Dia saja menentu
Dan kita hanya mampu sujud……

Dan air mata itu jatuh lagi (buat mata kelip2 supaya org tak perasan sangat)
*Saya menyibuk di ofis lama sbb tak mahu keseorangan di ofis Lunatots..ahaha, perangai masih tak semenggah

Related Posts with Thumbnails

Related posts:

  1. SEJU- Week 33
  2. Kelahiran Iki & SEJU
  3. First checkup SEJU
  4. And SEJU is..
  5. Mommy – 31 weeks

13 Responses to “SEJU 31 weeks”

  • salam Sue, Sue banyakkan rehat Sue jangan terlalu sibuk n buat keje berat2. sue kena kurangkan gerak sue. za doakan sue sue sihat selalu macam tu gak ngan bb. semoga semuanya berjalan seperti yang dirancang….

    Za, terima kasih. Nanti Sue berhibernasi di atas katil selepas Iki dihantar ke rumah pengasuh dan daddynya ke ofis.

  • sue takde selera mkn ke? apa pun smg dipermdhkn & smg selamat semuanya…ameen..

    Sue makan dengan berselera lebih2 lagi kalau Nadiah sudi masakkan (Sue selalu jenguk blog Nadiah yang tampil dengan masakan yang sedap2)

  • haza:

    moga segalanya dipermudahkan….. amin…..

    Terima kasih Haza

  • Rose:

    Salam,

    Semoga semuanya selamat ye Sue. Makan kurma bnyk2…
    Nak tanya Zikri still fully breastfeed ke?

    Terima kasih Rose, Iki masih fully breastfeed.

  • salam kak sue…

    zahpun penah alami masalah mcm kak sue semasa 31 weeks…contraction dah ada dan zah dapat injection mcm kak sue dapat…sakit nyer sampai skrg zah ingat…alhamdulillah ubat2an yang doktor bg buat zah bertahan sehingga 36 minggu…cuma Dr pesan supaya jgn terlalu aktif n kurang2kan aktiviti lasak..

    zah tau kak sue ni aktif kan..hehhee…apapun zah harap akak dapat jaga kesihatan dan dipermudahkan segalanya..

    jgn risau2 dan jaga diri ya!

    Zah, kak Sue harap SEJU dapat bertahan selama mungkin :(
    Kak Sue tak aktif sangat dan semuanya aci tunjuk tunjuk sahaja
    (Contohnya, “abg, nak yang design camni, eh camtu la” – ups..ekeke )

  • jutt:

    salam sue. sedih je jutt baca. apa2 pun tabahkan diri dan kuatkan semangat. IBU itukan kuat. Cuma, jutt rasa ader baiknya sue berehat seminggu dua demi seju. bukan aper…selalunya, org tua2 kata…bb second cepat merajuk…yelah, biasanya parents excited dan selalu take precaution utk bb first je. yg lps2tuh…cam kureng dimanjakan. ntah betul ntah tidak. w/apapun…jutt harap sue dan bb sihat. slamat raya. maaf zahir batin.

    Thanks Jutt..Sue tengah buat rancangan bersara Sue – mcm acik Samyvellu juga :)
    Selamat hari raya,maf zahir batin

  • KAYONG:

    hoo.. sue.. risau lak baca.. sila berehat secukupnya k.. Lebih afdal kalau dok diam2 saja.. kalau nk angkat apa2 mintak tolon siti..
    (ekeke… siti…kyong suh kak sue buli siti k :p ) anythin call/sms kyong… leh la kyong lari dari opis.. hua..hua…hua…

    Kih kih : Siti di Melaka lagi sebab atuknya tak berapa sihat
    Jadi Sue akan berulang alik ke kedai utk menguruskan semua urusan management, akaun dan logistik
    (Tarik nafas dalam dalam..I can do it!)

  • zulaikha.dzulkifli:

    Salam Su..
    Insha’allah semoga semuanye dipermudahkan Allah.
    Ika pun suke lirik lagu tu.
    Kisah hidup kite sebagai hamba Allah..
    Benar belaka.
    Su take care..

    Thanks Ikha :)

  • fatonah:

    sy rasa sue mmg kene bykkan rehat..jgn keje teruk2 sgt… kesihatan kene jaga tau..(nasihat ni utk sy gak..jlan tak renti2 dgn harapan bby keluar cepat…ahaks)

    Haha : Terima kasih Fatonah.
    Memang kalau boleh nak baby keluar cepat tapi kesian kalau cepat sangat sampai premature :(
    Fatonah dah berapa minggu?

  • eda:

    salam kak sue, cemana nk tau yg kuar tu air ketuban? hohoho. risau gak ni. esok br check up utk minggu ke 31. kita nye EDD beza sehari je.

    btw, mungkin akan mendaftarkan diri utk kelas yg 10 okt ni. tp tunggu husband konfom diari dia dulu. hehehe.

    Eda : Air ketuban tu jernih, tak berbau (kalau berbau pun berbau besi dan kalau banyak, ianya hanyir sedikit)
    Dan keluar tanpa dikawal (Kalau kencing, kita rasa kita kencing)
    Ini tiba tiba je basah.. :) Eda jaga diri dan kandungan baik2 ye.

    Ha a, ada rezeki boleh kita jumpa semasa kelas penyusuan tu kan :)

  • sue..sue betul2 rehat sue..kesian seju..lunatots tuh biar je dlu..huhu..sya risau aa sue..oh..oh..jangan aktif sangat sue..rasa cm nak ikat je kaki sue..sib baik kat sabah..

    Salam Sya : Sue sambil sambil berehat di Lunatots (sambil menyelam makan kuih raya :) )
    Kih kih…sya nak ikat kaki sue biar Sue baring2 dirumah main dengan Iffah, Qistina dan Iki ye …hiks

  • fatonah:

    saya dah 35++ sue.. segala jenis sakit dah muncul ni.. ptg semalam tgk kaki dah bengkak…aduhai..tapi mcm sue mmg kene ikut nasihat doc..kurangkankan pergerakan!!!! moga selamat sumenyer yer…ameen

    Waha : Nak dekat dah…
    Ha…haritu pun urat kaki tiba tiba mengembang masa tengah bayar buku di cashier MPH.
    Terus berdrama swasta di Mid Valley, terkejut adik sales girl tu tgk Sue..ekeke
    Lepas dah surut semula (picit2 perlahan), sambung lagi jalan terjah kedai lain :)

  • nisa:

    saye rase cam nk mengendung lagi plak. tak boleh lupa perasaan seronok dan ketakutan bile da nk dekat besalin. perasaan seorang ibu yg maha hebat.

    semoga Allah pelihara akak dan SEJU.amin…..

    Nisa : Setiap kehamilan dan kelahiran yang berbeza akan memberikan ‘perasaan’ yang berbeza kan dear.
    Terima kasih atas doa Nisa :)

Leave a Reply