Terima kasih atas YM, SMS, komen di blog dan shoutbox
Dan pada yang sudi berkongsi pengalaman, pun terima kasih atas kasih sayang anda
Saya sihat dan tidak ditahan wad
Cuma di dalam rawatan antibiotik dan pemantauan yang lebih teliti
2 suntikan yang diberi di montot agak sakit..hihi
Saya cuba mengalih perhatian dengan cara berbual kosong dengan doktor
Sementara antibiotik yang perlu dimakan 2 hari sekali selama seminggu amat besar
Serasa rasa macam tersangkut di anak tekak sepanjang hari
Tapi tiap kali saya makan, saya bayangkan wajah anak
Kalaulah semua ni hanya utk diri saya sendiri
Mesti saya simpan dalam locker je antibiotik tu…hihi
Oh semalam saya ke hospital seorang diri sbb encik suami berkerja
Dan keadaan agak kelam kabut sbb saya sudah tiada staff
Jadi jika saya mahu berehat secara total
Kerja encik suami saya akan bertambah berkali kali ganda – Kerja ofis siang, kerja kedai, kerja rumah-(basuh kain,sidai,angkat), kerjakan anak..hihi
Kasian dia, jadi saya decide saya akan berehat dengan cara bergerak perlahan lahan macam siput dan dalam masa yang sama menyelesaikan semua urusan yang saya mampu
Bagi yang sampai ke Hospital Pantai Cheras, Women & Children Centre berada di tingkat 4
Sementara wad bersalin berada di tingkat 1

Gambar di bawah ialah semasa saya sedang menanti dengan sabar di depan pintu bilik rawatan
*Sebenarnya saya bercita cita nak ambil gambar purut (perut)
Tapi lepas ambil gambar ni baru saya perasan, nampak muka saya je lebar penuh gambar..keh keh

Selepas selesai semua urusan di hospital
Saya bergerak untuk ke ofis Lunatots pula
Ada cermin besar di hospital, jadi saya ambil peluang keemasan untuk ambil gambar sendiri..hihi
Tiap kali ada pesakit mahupun nurse lalu lalang, saya gunakan kemahiran berlakon pura pura sedang mendail nombor seseorang

Sesampai di ofis, saya meroyan nak bergambar secara penuh pula
Bimbang org combinekan perut saya di atas dengan wajah jelita ibu lain
Tara….gambar kabur kabur dari handphone saya
Pst..baju mengandung saya adalah dari butik Mumdreams di Bandar Baru Bangi
Bagi yang sudah nyampah bosan melihat saya di dalam warna pink, kalini saya berbusana ros biru pula
(Busana tu bukan utk baju muslimah je ke? hihi)
*Sebenarnya warna pink yang saya mengidam tu sudah dibeli oleh orang lain, uwaa…

Saya dah singgah ke Tupperware nak beli bekas kuih
Tapi tiada yang berkenan
Lalu saya susunkan je balang2 pelbagai warna dan jenis di atas meja..ekeke
Cubalah kuih tart keluaran Quetart Enterprise yang boleh dibeli di Petronas Batu 9
Sedap…25 pcs dengan harga RM10
Saya boleh habiskan dengan sekali hadap…kih kih (gelak malu dengan perangai lahap sendiri)

Kenangan tahun 2007, sehari sebelum melahirkan Iki
*baru saya perasan, baju ni pun dari butik Mumdreams (dulu dikenali sebagai butik Mydreams)
Kalau mahu melihat lihat baju nursing yang cantik cantik, klik disini
Perbezaan 2 tahun telah menambahmatangkan saya walaupun dalam skala yang agak kecil kan kan

Persiapan untuk kelahiran SEJU

Blanket with hood untuk SEJU

Masa melahirkan Iki dulu, saya terlupa beli blanket with hood dan mujur Kak yong belikan
Kalini, saya dah siapkan awal awal
Suami tanya “apa lagi yang perlu?”
Saya listkan…
- Bag baru yang besar utk barang baby & ibu di hospital
- Kad rawatan dan rujukan hospital
- Cloth pad ( night size) untuk mommy
- 3/4 helai baju baby
- 2 helai baju mommy (sbb di hospital pakai uniform)
- Nursing bra mommy untuk menyusukan SEJU
- Tudung yang cantik dipadankan dengan uniform hospital (PENTING)
- Baju daddy untuk temankan mommy di hospital
- Biskut, air kotak, roti, nasi lemak
- Majalah atau buku yang menenangkan perasaan
- Breastpump (sekiranya terdapat sebarang komplikasi yang menyebabkan ) ibu& anak berjauhan
*Ada yang saya tertinggalkah? Saya rujuk kembali entri kelahiran Iki di sini dan tambahkan beberapa kelengkapan yang saya rasa perlu
Baju cukur jambul sepasang adik dan abang pun sudah saya sediakan
Bagi yang mencari baju yang comel2 untuk anak anda
Jom jalan jalan ke Sara Kids, TTDI Jaya untuk melihat koleksi pakaian kanak kanak di sana!

Nota mommy Luna : Saya nak mandi, bersiap, hantar Iki ke rumah pengasuh, servis kereta, ke Jusco cari bekas kuih, dan kemudian ke kedai menguruskan urusan yang tertangguh.
Selamat berkerja kawan kawan
Dan saya tak tahu bagaimana untuk berehat sebenarnya
Related posts:




aduh kak sue..mcm kita ni sama sahajakan..even doktor kata suruh rehat..tapi sehari sebelum melahirkan akmal saya masih menyapu sawang dan menukar cadar katil tau…!
nak tanya..apesal cari bekas kuih…?raya kan hampir2 nak habis….?hehhee rajin betul akak ni
p/s: saya ada emailkan sesuatu kat akak dekat info@lunatots.com..takpasti akak dapat jawap atau tak..perlukan nasihat ni..hehhee
—
Haha : Itulah kisahnya bila ‘ibu’ di suruh berehat.
Kalau masa anak dara nan muda remaja dulu, berehat = baring tak mandi pagi baca novel sampai petang..kih kih..
p/s- Kak sue nak reply pagi tadi tapi Iki meroyan nak main laptop, kak Sue akan reply secepat mungkin ye Izzah
seronok kan membuat persediaan utk org baru… sy dlm 32 minggu ni… asyikkk shopping brg baby.. kadang2 sanggup gi shopping sensorg sbb rasa lebih bebas nak beli ape compare gi dgn hubby.. ngueheheh
Jom ke kelas persediaan penyusuan susu ibu 10 Oktober ni, ajak incik hubby sekali..hihi
—
Marsha pun makin hampir due nya
Ini baby first Marsha ke? Walaupun SEJU yang kedua, tapi perasaan nya sama macam preparation untuk yang pertama (sambil terbayang2 babycot yang mana satu pilihan hati – padahal anak co-sleeping, tak guna babycot)..hihi
Salam Sue …
Hahahaha … teringat akak masa nak melahirkan anakanda ketiga 7 bulan lepas …
Beberapa hari sebelum tu sanggup tu akak redah jalan TAR nak carik tudung matching ngan uniform bersalin purple kat PPUKM ni …
Dan, hasilnya, ramai la yang memuji … Siap tanya, ‘tudung tu hospital provide sekali ke?’ … kekekekeke … owhhh, ku sungguh vain … Hahahaha
Senyum sokmo Sue ye … Tenangkan fikiran … Insya Allah selamat !!!!!
—
Haha…Kellas kak DNNA! Tudung senada seirama dengan uniform. Lepas ni checkup seterusnya, harus Sue round tingkat 1 *wad bersalin* untuk tengok uniform spital (harap2 la pink..harap2 la pink..) kekeke
Terima kasih kak DNNA, yup Sue akan bertendang ups bertenang dan berfikiran positif hari hari
Terima kasih!
sue,cantikla cardigan biru tu.. beli mane ek?hehehehe…
—
Sue beli di butik Mumdreams, Bandar Baru Bangi
hehehe,samelah kite,takat tolak2 perabot kt umah tu,buat sendiri jugak..tp senyap2..heheh, semuge slmt sumernye..lawalh baju mumdreams Su, igt nk singgahla nnt, umah saye kt bangi je ni..tp slalu tgk dr luar je kedai tu

—
Mama Umar, selagi rasa lalu tu, selagi tu rasanya nak buat kan dear
Kalau Sue duduk dalam mumdreams, laaaaama hb Sue tunggu Sue tak keluar2…ekeke
Alahai Sue….
—
Hehe…
memang tak boleh duduk diam kan. Sama lah kita, mirah dulu pun sama, kena tahan wad pun masih kehulu hilir. Apapun sue, hati2 ya, banyak doa juga k. Take care.
—
Terima kasih Mirah, yup, Sue akan makan dengan banyak (eh Mirah suruh berhati hati, bukannya makan dengan bersungguh2..hihi)
wah kak sue…semakin mahu melahirkan semakin tak leh duduk berehat kan?
saya dulu, esok nak bersalin, ari ni masih sempat nonton upin&ipin…hihi
nasib tak terkenan syifa saya…:P
—
Farah..comel dan baik Upin & Ipin tu, patutlah Syifa sentiasa ceria dan comel..hihi
oho sue…itu bukan berehat namanya. ha ha. mari ku ajar cara berehat…mula2 bgn tido terus anta iki. pastu blk umah sambung tido. tgh ari nanti bgn cari mkn…pastu tdo blk. lps tuh amik iki…br fikir nak buat apa ek ari ni? ha ha….sure berehat tahap maksimum.
p/s: tpkan sue, jutt pun takle nk berehat2 selagi bnyk mende tak selesai…kalo dah duk umah, mcm2 nk wat…kain, msk, kemas…dll…bilalah kita nak duk tenang tanpe pk apa2 kan su…
—
Pst Jutt : Dok rumah laaaagila Sue tak berehat. Nampak cadar, nak tukar cadar. Nampak rerambut di lantai, terus ambil penyapu. Nampak habuk di cermin
semasa belek jeragat, amik kain buruk bagai.(oh oh masa menulis reply ni pun terasa
solehahrajin – padahal malas amat sampai sempat berabuk semuanya!Tengok2 dahpun petang, kena jemput Zikry dah..ekeke
owh… sudah 31 minggu… sekejap saje… one day before lahirkan zikr… yan outstaion ke negeri sembilan… dah prepare in case bersalin kat tol..hehhe…
myra pulak… 3 diffrerent clinics comfirm lelaki… alih2…lahir pompuan…sian myra tak de baju kaler pink…ala pompuan… tp tak pe…lepas lahir pon best jugak shopping…
take care…
—
Sekejap ye Yan, Sue rasa lama sangat membawa perut..hihi..
Yan outstation semasa menanti hari? Uish..bahaya tu dear.
Keh keh…Myra confirm boy tetapi girl ye..Tapi mommynya laaaaagi seronok sebab dah dapat sepasang kan kan
tudung yg cantik utk dipadankn dgn uniform hospital???? hehe…dh nk bersalin pun sempat juga nk ye..
—
Kih kih : Lepas bersalin kan nak ambil gambar kan Nadiah kan kan… (meraih sokongan kaum ibu) hihihi
Salam Sue…
Moga dipermudahkan segalanye. Cantik baju maternity Sue…Terasa mcm Diana nak mengandung plak…(alkisah nak juga menggayakan baju mcm Sue…)
Heh…mmg kalo kita da dok umah, takkan ade erti kata berehat kan Sue. Segala2nya nak dibuat…heh!Pape pun jaga diri baik2 taw.
—
Terima kasih Diana (Sue senyum senyum anggap Diana cakap cantiknya Sue – instead of cantik baju maternity Sue) haha…
Betul, sbb tu Sue ke ofis juga untuk merehatkan minda daripada berada dirumah
*Camtu baik pegi ofis org lain je kan Diana..ekeke
wah…agak dah.. meroyan nak beli gak tapi rasenyer kene tunggu kurus dulu..huhuhu..takut baju tu muat tang tangan jer..kukikui..biler sue sebut pasal tudung dalam ward, sy pon tak sabar nak rembat tudung mak yg cantik..(rase yer mmg sepadan ngan unifom wad nanti)…
—
Fatonah : Nanti kalau Mumdreams ada stok lagi, Sue khabar2kan ye. Kalau Fatonah mencari cari baju nursing untuk menyusukan bayi semasa dalam pantang nanti, boleh cek link ini
Wah…Fatonah nak rembat tudung mak ye. Mak Fatonah nak anak angkat tak? (kih kih…-ada hati nak mengendeng tudung mak Fatonah)