Archive for September, 2009

Bagi memulihkan krisis kecelaruan jantina Iki, lepas ni Iki akan bersolat dan meluangkan lebih masa dengan daddy
Instead of mommy
Psssst Iki : Aurat lelaki dari pusat ke lutut nak…
Sempena bulan Ramadhan al Mubarak tahun ini, muka saya jadi menggelupas dan kemerah-merahan
Bukan blushing ala ala nak dara cantek jelita tu kalian
Ni iras iras ikan yang kekurangan air bersih di sungai yang semakin kotor dek pencemaran..hihi
Tengok gambar di bawah – merah menyala kan?
Sepanjang di ofis, saya tekap2kan tisu basah buat menambah lembapan
Jadi kalau kalian berselisih bahu di Pasar Ramadhan dengan acik berkulit merah merekah, tegur lah saya tanpa silu ye..ihiks
11 September 2009 (Jumaat lepas) saya ke Majlis Berbuka Puasa di Susuibu.com anjuran Nurturing Concepts Sdn Bhd
Dari kedai, jemput encik suami di pejabat, dan Iki di rumah pengasuhnya
Saya jumpa Haza, Ikha, Amyatie, Yati, Akma, Zatul, Zue dan beberapa ibu lain
Tapi kami tak bergambar bersama lantaran perut penuh dek makanan yang sedap2
Terima kasih NCSB Team(Kak Rita, Kak Kamariah dan Kak Jasmeen) di atas jemputan
Kami doakan kita sama sama murah rezeki dan beroleh kelapangan dalam bidang yang diceburi…amin…
Puan Farah dari SaraKids sampai lewat sebab sesat ikut GPS
(GPS mereka ajak pusing2 keliling..ekeke)
Sementara mommy & daddy Syasya makan, Iki ‘tolong’ jagakan Syasya
Ini aktiviti Iki dan Sara (Yaya)
Bertinggung sambil makan karipap
Karipap sadin ni sedap sangat…(slurp..)
*Entri ni macam tak sesuai ditulis semasa jam 4 pm je :gulp:
Dari Susuibu.com kami ke Butik Pakaian Mengandung dan Menyusukan- Mumdreams
Raya kan hampir tiba kalian…inilah masanya ibu2 tunjuk itu dan ini..hihi
Amik satu baju, masuk fitting room, keluar balik, ambil yang lain
Wah…rambang mata acik!
*Kami buat bising di Butik Mumdreams sampai pelanggan lain berbisik2 sesama sendiri
“Diorg ni tak pernah pergi butik ke?”
Saya ambil sepasang baju menyusukan seperti di bawah
*Kainnya yang memeri sesuai untuk perkembangan perut yang semakin membina..hihi

Memang dalam gambar di atas, patungnya tinggi lampai kan
Tapi bila orang yang renek rendang macam saya pakai, masih kena di depan cermin, insyaAllah.. (uhuks)
Kawan kawan, jom ke link ini untuk melihat koleksi baju menyusukan yang shanteks2 untuk digayakan di hari raya dari Mumdreams
Oh Lyn boss Mumdreams, tak kasihankah melihat wajah ibu ibu bershopping minta diskaun dibawah…ekeke
*Patung mengandung di belakang kami tu memakai baju kurung Mumdreams
Dari Mumdreams, kami ke Pusat Perubatan Annur Bangi
Melawat Puan Ayuni yang pernah menghadiri kelas penyusuan pada 15 Ogos 2009
Baby Safiyyah lahir pada 09/09/2009 dengan berat 4.44 kg dan panjang 55 cm
(Cantik semua nombor tersebut!)
Baby Safiyyah ada jaundice dan perlu mendapatkan rawatan phototheraphy
Tips untuk bayi yang mengalami jaundice:
- Teruskan menyusui bayi anda supaya beliau dapat menyingkirkan bilirubin dari badannya melalui najis
- Susu ibu adalah ‘laxative’ yang terbaik yang mampu membuatkan bayi anda buang air besar dengan kerap
- Menambah susu formula mahupun air suam boleh mengganggu proses penyingkiran bilirubin seterusnya menyebabkan jaundice yang lama
- Malah, ianya boleh memburukkkan keadaan sekiranya bayi anda alahan pada susu lembu
- Sekiranya suspek breastmilk jaundice (dimana ada certain composition dalam susu ibu yang menyebabkan jaundice berpanjangan), JANGAN rasa susu anda adalah tidak elok. Hubungi pakar laktasi/kaunselor laktasi berhampiran bagi mendapatkan rundingan. Tiada treatment untuk jaundice dimana ianya akan surut dengan sendiri dengan bantuan penyusuan yang berkesan (no strict feeding, no other supplement).
- Susu ibu adalah makanan terbaik, tiada siapa dapat meraguinya
Puan Ayuni, anda ibu yang cantik dan kuat
Ibu akan buat apa sahaja untuk kesihatan anaknya kan
Wah…saya mahu ‘masa ibu’ saya!
Masa bergelar WAHM, saya ada 30 entries sebulan (July 2009)
Selepas sibuk dengan Lunatots online dan showroom, ianya jadi 10 entri sebulan (Aug 2009)
Dan dah sampai pertengahan bulan September, entri masih tak berganjak
(Ni KPI ape kekdahnya mengira entri blog..ekeke)
Tapi, dalam banyak banyak entri
Makin kurang entri berpekdah dari saya..hihi
InsyaAllah bila saya ada motivasi diri yang tinggi utk menulis artikel, saya akan kembali!
Jom saya ajak kalian ‘menilai’ harga website/blog di sini
Masukkan laman web anda dan nilainya akan keluar dalam bentuk RM

Dan….
Boleh jual dimana ye untuk dapatkan duit raya lebih…hihihi

Saya mahu keluar menguruskan beberapa urusan
Teringat iklan horlicks yang si ibu sibuk menguruskan rumah dan anak anak
Dan ‘masa ibu’ nya ialah menikmati secawan horlicks yang penuh rasa
‘Masa Ibu’ saya ialah bila saya dapat menulis di blog
Dan dah lama rasanya saya tiada ‘masa’ itu
Saya suka tempat berkerja seperti di atas, apa ‘Masa Ibu’ anda?
Salam kalian,
Lagu raya dah terngiang ngiang di telinga
Kuih raya pula dah terasa rasa di mulut (weh ni pose ke tak ni..ekeke)
Baju raya saya? Semuanya nampak cantik di patung tapi entahkan pula di badan mak yong ni kan (uhuks)
Jadi saya belum beli apa apa
Hadiah untuk semua customer Lunatots samada di showroom mahupun online
1 peket Sampul duit raya dari Lunatots dengan setiap pembelian RM100 ke atas
*Duit nya kena masukkan sendiri..hihihi

Dunia berbangga dengan sumbangan kecil anda dan si manja
“Abang, Pengorbanan membasuh CD” anda patut dihargai oleh semua
Dapatkan pelekat kereta Lunatots dengan harga RM2 atau secara PERCUMA bagi pembelian lebih RM250 bermula dari hari ini sehingga stok masih ada
Bagi yang berminat mendapatkan sampul duit raya, car sticker mahupun brochure (keras) dari Lunatots dengan kuantiti yang banyak, hubungi saya di 0125880515
*Anda boleh melekatkan nama dan no telefon anda di sampul duit raya dan brochure bagi tujuan promosi sebagai reseller :biggrin:

Baju anak dah beli, seluar pun sudah, tapi kasut belum lagi?
Jenguk2 koleksi Lil’Orangez yang menawarkan 10% diskaun istimewa untuk hari raya!
Bila tgk kasut comel ni, saya terasa teruja nak baby girl pula raya tahun depan..hihi
Baju kurung Sara Kids Japanese Cotton untuk si kecil bertocang berjalan kerumah sudara mara dengan potongan 10% sehingga hari raya
*Buat baju melayu Iki, jambu ok kah?
Ibu yang sedang menyusukan juga tak perlu risau
Untuk aktiviti santai makan lemang dan ketupat sambil tgk macam macam Aznil di kampung ..hihi
Dapatkan baju nursing dari koleksi Mumdreams
*Acik dah ambil sehelai dua buat bergaya sakan..ekeke
Lepas ni tinggal cari tudung yang matching gitu (gelak gelak syok sendiri)
Akhir kata dari saya, saya berbangga yang semua produk di atas ialah produk Malaysia, orang kita
(Hidung kembang kempis)
Inilah yang saya cuba maksudkan dengan Kedai Buah Buahan Tempatan dalam entri sebelum ini
Selamat menunaikan ibadah puasa dan terawih.
Dari mommy yang berbibir kering (hihi..kurang minum air kekdahnya)
9 September 2009




