Tengok!
Tengok!
Kata nak allocate masa untuk satu entri je sehari, tapi rasa nak tambah lagi satu..ekeke
Alasan yang sama – banyak sangat gambar dalam folder goblog
Kalian yang sudi datang menjenguk, ai lev yu all
Sebenarnya kan…saya sedang berkerut2 dahi kerana baaaaanyak perkara perlukan perhatian saya
Dan saya suka berblog sbb nanti saya perasan sangat free ..hihi
Ikutkan hati nan mulus saya, saya mahu berbaring sehingga petang menanti suami pulang kerja
Tapi mungkin saya boleh buat begitu selepas beberapa puluh tahun nanti, kan? kan? (mode mata berkelip2 meraih simpati suami)
Hari Khamis lepas pagi2 kami menghantar mak & ayah mertua ke LCCT
Mereka nak pergi bercuti dan kami tak dapat ikut sekali sebab perut makyong dah tak mengijinkan untuk naik kapal terbang
Jadi saya bawa Iki sampai ke lapangan terbang sahaja..hihi
Iki tengah merajuk ajak saya “Jom mommy…”
“Iki nak pergi mana?”
“Pergi Sabah”
Daddy “Iki dah pernah pergi dah masa Iki dalam perut mommy”
Iki “HA?” (kalau dia tanya HA?-Maksudnya dia tak faham dan minta kita ulang dengan nada perlahan…ekeke)

Sekeping gambar di pagi hari
Saya dah mandi pagi tau…Iki, saya main angkat dari katil masa dia tengah tidur
Jadi fresh dari ladang katil gitew..kih kih

Bersarapan di tempat makan berhampiran
Dan Iki makan bubur nasi yang opah buat
Baca doa sebelum makan

Selepas tu, kami pulang ke Cheras
Hantar Iki ke rumah pengasuh
Dan saya, kembali ke kedai menguruskan pesanan dan perkara2 lain
Saya sebenarnya kembang hidung berbangga dan ulang ulang berkata pada diri sendiri
“Ini lah pertama kali saya habiskan antibiotik sepanjang usia 20 ++ tahun ini”
Hihi…itupun kerana SEJU
(Wallpaper dan mouse saya berwarna pink+merah=warna yang tak tahu nak sebut warna apa)
Wallpaper saya bila bersemangat ada di sini, wallpaper pada hari hari biasa macamni
Dan wallpaper bila meroyan nendoroids disini

Hari Jumaat lepas saya betul betul nak ke Ikea
Nak jenguk banyak beberapa barang yang saya mahukan
Lepas suami pulang kerja, ambil anak, packing baju nak tidur di rumah Kak Yong di Damansara
Kami zassss ke Ikea
Sopan kan acik pakai baju kurung di hari Jumaat
Dah 2 kali Jumaat saya pakai baju yang sama
(Kalau Jumaat ni pakai baju yang sama juga, adalah makna tersembunyi nak baju baru la tu)
Kenapa saya bergambar seorang?
Sebab anak saya sibuk main troli, dan suami sedang parking kereta
Rugi pula masa terluang dibiarkan begitu sahaja (kih kih…sungguh kamera efisien)

Kami masuk kedai kasut di Ikano (bersebelahan Ikea) cari yang mana acik berkenan
Tudia…acik ngetest yang 2 inches and half merah menyalo
Menteri belia dan sukan rumahtangga saya kata “lepas bersalin ye yang”
Lalu saya susun balik kasut tu di rak..(mode tak sedar diri)

Masuk Ikea, pusing pusing ambil yang cukup duit untuk dibayar mahu
Dan dalam masa yang sama kami suami isteri cuba menenangkan Iki yang tak mahu duduk dalam stroller sbb dia nak tolak stroller (apakah?)

Haritu masa saya ke Ikea
Saya berkenankan sofa merah menyala ni tapi tak ambil sbb kononnya nak survey dulu
Survey punya survey, kalini bila saya datang, ianya dah habis…uwaaa…

Kami makan malam di depan kaunter pembayaran Ikea
Makan karipap dan sosej
Dan Iki dapat aiskrim…kelakar bila tgk dia makan aiskrim
Seingat2 saya, ini kali pertama dia dapat aiskrim

Dan saya suuuuuukaaaa Ikea sbb saya reti nak pasangkan rak2nya sendiri tanpa pertolongan sesiapa
Waiceh…belagak tuu..hihi
Hanya ikut setp 1,2 dan 3, anda akan berjaya!

Lagi lagi kalau sikecil anda tolong
Makin cepatlah masa diambil untuk siap memasangnya…hihi

Saya nak mula berkerja, nanti bila saya bosan dengan hidup kerja saya
Saya berblog lagi ye…bye kalians (pstt…bos kat belakang korang tuu) <— macam biasa berlaku je?
Related posts:






sue.. merah lagi sue.. ni yang tak tahan nih.. za pantang nih.. pantang nampak….
—
Hehe
hehehe…
tak pe, 10 entry sehari pun saya sudi baca…:D
nak gi shopping kat ikea, jauh sangat.. mau ke diorang tolong hantar jauh2 tu? hehehe
—
Wah Sya : Mujur ada yang sayang…aiceh mula la tu
Mak yong ni very the sentimental, ala ala jiwa mudah terusik tau Sya…ahaha
Sya, Ikea buat servis penghantaran tapi Sue tak sure berapa casnya
bestnye shopping kat ikea… ngidam ni
—
Wah Marsha, nanti ajak incik suami ye dear
wahhh….voguenya opah iki…wiwittt
—
Pst Kak Ina : Opah Iki kemas orangnya, mommy Iki lemas orang tengok…ekeke
sue, muda btul ler muke mil sue tuh, ape resianya
—
Sekali baca, ingatkan Faiz tanya resia Sue nampak muda
jelitadi penghujung 20++ (Isk)