Disclaimer
    The entire contents of this blog are based upon the opinions of author unless stated otherwise noted. The information in this blog is not intended to replace a one-on-one consultation with lactation consultant. It is a sharing information and knowledge from the research of author. This blog outlines sources, ideas and suggestions on breastfeeding your baby. The author and family disclaim any liability arising directly or indirectly from the use of the information contained in this blog.

    Do drop by at any Lunatots Outlet ( Your Parenting Partner) to buy breastfeeding, cloth diaper and babywearing item. Our official website is http://www.lunatots.com

    Kindly do not SMS me to ask about breastfeeding problem as I may not be able to reply it.
    Feel free to communicate through my email suraya'at'lunatots.com for counseling appointment.
facebook.com/suelunatots
Suraya Lunatots

Create Your Badge
Leave me a msg for friend request approval purpose
Networked Blog

[Google]
Announcement
    LUNATOTS AMCORP MALL , MAJU JUNCTION & CHERAS
    010-2414050/012-5880515

    LUNATOTS PENANG
    012-5510829/012-5280515

    LUNATOTS PUTRAJAYA
    010-2548020/013-6042348

    LUNATOTS GIANT KOTA DAMANSARA
    012-6362919

    LUNATOTS GIANT BUKIT TINGGI, KLANG
    012-4895567
Luna’s Counter
Friends Online

View My Stats
Nuffnang ADV
Luna’s Shop
Readers
Lunatots @HotFM
ShoutBox

Bulan Syawal dah berbaki 10 hari
Barulah saya berkesempatan upload kisah raya kami sekeluarga
Sempat saya round round kisah raya di blog kawan kawan terlebih dahulu
Melihat warna warni baju raya sambil menikmati rasa rasa rendang dan kuih raya secara virtual

Tak banyak gambar saya yang dapat dikongsikan sebab suami tertinggal kameranya, charger kamera saya dan charger handphone kami di KL
Ianya dalam beg yang sama!
Sudahnya gambar kabur kabur ini adalah jasa handphone saya yang setia
(Sepatutnya saya la kan yang digelar setia sebab masih belum ada rancangan menukar handphone lain..hihi)

Tahun lepas saya ambil 9 hari unpaid leave untuk berhari raya
Tahun ini, saya tak bergaji tutup showroom semata mata mahu menikmati hari raya dengan bermakna..hihi

Sedikit gambar hari terakhir sebelum pulang ke kampung
Shopping dua tiga helai baju incik suami, berhelai helai baju dan seluar si kecik (Bukan seluar kecik=seluar dalam tau kalian)
Dan beberapa utas eh helai baju mommy
15092009294

Saya senyum berseri seri mengambil hati suami sementara menanti ‘hadiah raya’
Oh ianya kecil sahaja, tidaklah besar sedebuk macam dalam iklan di surat khabar
Harga emas pun sekarang RM120 pergram dicampur dengan upah, lebih kurang RM140++ pergram
3-4 tahun lepas masa kami memadu kasih mencari cincin pertunangan, harga emas baru RM60++ pergram
Dan mak saya kata masa dulu dulu harga emas ialah RM30++ pergram
Kalau saya tau, saya pesan minta mak belikan DULU..hihi

15092009295

Sempat juga berbuka puasa di Mid Valley dengan keluarga Farah Sara Kids
Riuhnya meja kami dengan anak anak
Nak konsentret makan, risaukan kena buat pengumuman hilang anak berbaju warna sekian sekian pula di meja informasi
Akhirnya kami makan cuit cuit sambil melayan anakanda
Tiada lagi sesi suap menyuap antara kami suami isteri…Aiceh

Lepas makan, kami bawa Iki & Yaya pusing2 Mid Valley dan kemudian kami ke Dataran Merdeka main air pancut dan mercun pop
Hairan tak macamana aktiviti main air pancut disekalikan dengan mercun pop?
Macam ni, mula mula mereka main mercun pop di tepi pancutan air pancut yang cantik
Lepas mercun pop mereka habis, mereka main percik percikkan air pancut sampai lenjun baju
Kreatif kan? Sakit dada mak dia..haha

16092009304

Hari yang dirancangkan untuk pulang ke kampung
Iki temankan daddy drive
Saya tak kuat semangat mengajar anak duduk di car seat
Car seat iki sekarang jadi tempat saya panjat untuk selak atas pintu rumah
Car seat itu juga jadi tempat pertama kami selongkar sekiranya kunci kereta atau apa apa barang kami suami isteri hilang…ekeke
Nanti saya ajar adik Iki(SEJU) pakai car seat bermula dari hari pertamanya! – kalini saya takkan berlembut hati dengan anak anak
(Padahal sebenarnya mana larat kudrat saya nak pangku dua dua sudahnya nanti saya terjun keluar tingkap..hihi)

18092009316

Saya cadang nak beli booster seat utk Iki tapi untuk 4 tahun ke atas kan?

Booster seat tu macam ni

Oh sambung cerita raya
Aktiviti cuti hari raya agak melompat-lompat sebab saya cerita yang ada gambar je :)

(Yang selebihnya, adegan 18sg acik perut besar baring depan TV tengok Jangan Lupa Lirik)

Sampai di Kuala Kangsar, pagi Jumaat nan hening
Daddy potongkan rambut Iki, atuk tolong pujuk dan pegangkan
Tak sangka bila Iki tak menangis sbb selalunya bila nampak gunting, dia lari sambil jerit jerit macam nak dikhatankan

18092009317

Betul, dia happy sepanjang potong rambut
Tengok ni…saya close up :big grin:

18092009318

Ini wajah baru Iki lepas potong rambut
Ha? Takde perbezaan?
Sebab daddy potongkan rambut tepi yang dibahagian telinga sahaja..hihi
*Gambar di ambil semasa sedang menanti opah dan daddy beli barang2 utk buat kek

18092009320

Kami tak keluar kemana mana
Sebab terbayangkan kesesakan lalu lintas di merata rata tempat serta penyebaran H1N1 yang menular
Jadi masa lebih banyak dihabiskan dirumah
Saya tak ambil gambar saya dirumah sebab saya lebih cantik ketika di luar rumah..hihih

Jadi saya ambil gambar Iki & daddy sahaja sebab mereka berdua sama somot di dalam& diluar rumah ….hihihi tanpa perasaan bersalah lagi sekali

19092009321

19092009322

Sehari sebelum hari raya, kami pulang ke Sg Siput (U)
Tak buat apa apa pun, tak tolong makan masak rendang sebab saya tak reti larat
Tak buat kuih sbb kuih dah siap beli
Tak pasang2 langsir sebab mak dah siapkan semua
Jadi saya cuma meluangkan masa berbual bual dengan ibu bapa sahaja
(Aiceh, berbual bual larat pula ya?)

Hari pertama hari raya, Iki main mercun pop sorang sorang
Sian opah dah kemaskan halaman rindu rumah, Iki semakkan semula

20092009323

20092009324

20092009327

Tapi Iki bukan main campak2 mercun tu
Dia letak dan guna kasut mommy utk letupkan
Ala mercun pop ni bunyi manja je kalians..Bolehla utk seusia Iki dibawah pengawasan orang cantik dewasa

20092009328

20092009329

Lepas Iki sudah main, saya passingkannya penyapu untuk mengemas semula

20092009331

Haha…siapa kata saya mendera mental Iki?
Saya cuba menerapkan nilai nilai murni dan sivik sedari kecil lah…ekeke

20092009332

Lepas atuk balik solat raya, Iki duduk siap2 nak bergambar

IMGP2767

Gambar kami bertiga (berempat)
Hai la anak, susahnya nak ambil gambar mu yang sopan santun..isk
Tak laku masuk mana mana majalah gambar raya kita sekeluarga :P

IMGP2768

Sementara incik suami adjust angle di atas sofa
Kami duduk siap2 dulu
*Dan perasan tak, sebenarnya saya tak payah senyum pun sbb nak test je, kan? kui kui

IMGP2773

Tara….gambar hari raya bagi keluarga sebelah saya :)

IMGP2777

Kemudian kami ke Kuala Kangsar sebab tahun ni turn raya rumah sudara mara suami
Tahun lepas dah round Bagan Datoh dengan anak kecil
Tahun sebelumnya di Kuala Kangsar dengan perut
Tahun depan insyaAllah di Bagan Datoh dengan dua anak kecil
Tahun selepas tahun depan dengan dua anak kecil dan perut lagi?

Gambar raya kami sekeluarga
Keluarga kecil Kak Yong tiada dalam gambar sbb Kak Yong beraya di kampung suaminya
Takpe, tahun depan, buleh ambil gambar sama sama kan Kak Yong
Takpun Deepavali Hari Raya Aidiladha ni kita bergambar..hihi

IMG_3136e

Selamat hari raya opah!

IMGP2778

Atok, Iki minta maaf zahir batin sebab semakkan vacuum atuk

IMGP2780

Hoooo..kepada yang perasan bilamana baju Iki tak sama tema dengan kami
Ianya adalah sebab baju raya Iki masih di rumah Mak Teh..ekeke
Masih belum sempat di ambil
Dan saya ada belikan baju melayu untuknya di Sara Kids
Jadi Iki pakai warna tema hari kedua dulu di pagi hari raya

Sekeping gambar Iki semasa melawat kubur Nyang

20092009333

Selebihnya aktiviti melawat sudara mara
Dan sudara mara melawat kami..hihi
Iki dan kanak kanak seusianya (atau lebih) berserta mommy bergumbira tengok Upin & Ipin
*Baju raya dari Aunty Farah Sarakids, terima kasih!

21092009334

21092009335

Saya tak ambil gambar berhari raya di rumah sudara bagi menghormati privasi mereka
*Padahal acik somot amat kurang keyakinan diri (mode termenung fikir bila parut jerawat nak surut)..ekeke
Ada sekeping gambar tapai yang dibungkus dalam daun getah siap dengan tangkai dari Terengganu (Menarik!)

22092009336

Aktiviti lain Iki di mana mana tempat dia berada ialah mercun pop
*Masa pagi raya memang kemas litup berbaju
Dah petang nan hangat, tinggal CD dan diaper je masing masing..hihi

24092009345

Bila hari raya pasti persalinannya berpasang pasang mengikut tema hari itu kan
Tapi hati saya tidak gusar sebab saya ada pembantu
Bagaimana dengan anda?

22092009339

Selamat hari raya dari daddy, mommy dan Iki mots sekeluarga
Andai ada tulisan yang mengguris rasa, ianya di luar niat
Dan saya minta maaf dari hujung tudung sampai hujung selipar

23092009342

Semoga hari hari selepas Aidilfitri ini lebih menyemarakkan semangat kita utk berkerja dan berusaha, chaiyok!

Liputan raya 2008 disini dan  disini

22092009338

Nota mommy Iki : Iki, meh duit raya tu kasi mommy pinjam eh simpan
Nanti habis eh hilang (Isk lepas lepas raya ni asyik tersasyul je…hihi)

Related Posts with Thumbnails

Related posts:

  1. Aidilfitri 2010
  2. Aidilfitri
  3. Aidilfitri 1428H
  4. 12 May 2009 – Taman Tasik Permaisuri
  5. Jemputan Majlis Aidilfitri Lunatots 2011 (Sticky Entri)

3 Responses to “Aidilfitri 2009”

  • pandai iki letupkan mercun pop pop tu hihihi

    Hah : Gunapakai kasut orang lain..hihih

  • KAYONG:

    huu.. pes time kayong xder lam gambar pamili.. iskkk…… seddeeyyyyy…. :p

    Kak Yong : Tak nape, mengikut konsep 1Malaysia, kita ada berbaki beberapa lg perayaan tahun ini..hihi

  • mummy_rn:

    hehehe…sronok bace entry2 kak sue…Selamat Hari Raye…

    Mummy_rn tak kisah kah sehari berentri2 entry meroyan..hihi. Selamat hari raya :)

Leave a Reply