10 Oktober 2009-Kelas Penyusuan
10 Oktober 2009 (Sabtu), kami menganjurkan kelas penyusuan untuk ibu mengandung di Sara Kids
Kehadiran ibu bapa dihadkan kepada maksima 20 orang satu kelas bagi membolehkan semua ibu bertanyakan soalan semahu mereka
Dan kelas ini adalah bagi tujuan pengenalan asas terhadap penyusuan susu ibu
Dimana sebarang kes lanjutan yang diluar pengetahuan kaunselor akan dirujuk kepada barisan konsultan laktasi
Di kesempatan ini, saya minta maaf pada ibu bapa yang hadir kalau saya terlalu ‘laju’ bercakap
Saya risaukan HOT FM Viva Zoomerz yang sudah berada di bawah
Kalau ibu ibu yang menghadiri kelas ada sebarang ketidakfahaman, saya alu alukan email atau panggilan telefon anda
(Sampai ke hari ini saya rasa ‘tak puas’..Bukan apa, biasanya saya menceceh bercakap sampai ibu2 menguap penat.. hihi)
Dah penat berdiri, makyong duduk pula
Antara perkara yang merisaukan ibu ibu ialah “bagaimana jika saya termasuk dalam golongan yang tidak boleh menyusukan anak saya?”
“Jumlah tersebut terlalu kecil jika dibandingkan dengan kumpulan ibu ibu yang gagal menyusukan kerana kurang kefahaman mengenai susu ibu”
Secara biologinya, badan ibu akan dapat menghasilkan susu yang mencukupi untuk anaknya
Bersesuaian dengan keperluan dan kuantiti yang diperlukan untuk fungsi normalnya pada ketika itu
Menjawab persoalan, mengapa susu ibu ’sedikit’ semasa awal awal kelahiran?
Kerana saiz perut bayi kecil ![]()
Indah kan aturan Dia?
Didalam kelas juga, saya sertakan beberapa jangkaan atau expectation apa yang ibu akan hadapi
Bagaimana penerimaan ataupun reaksi bayi mereka terhadap penyusuan?
Apakah yang patut saya lakukan bila bayi asyik menangis seakan akan susu saya tidak mencukupi?
Berapa oz kah susu yang perlu ibu hasilkan sebelum masuk berkerja?
Dan berapa oz yang perlu ditinggalkan semasa berkerja?
Cita cita kami (saya&Puan Farah) ialah meningkatkan peratusan ibu yang menyusukan anaknya secara EKSKLUSIF
Kerana semua kebaikan susu ibu yang dinyatakan dalam mana mana buku
Hanya akan dapat dicapai dengan penyusuan secara eksklusif
Dan sementelah kita sebagai ibu pasti dapat menyediakannya
Kenapa perlu bergantung kepada formula?
Percaya atau tidak, suami pasti mahukan ‘wanita’ yang terbaik untuk menyusukan anak mereka
Dan siapa ‘wanita’ yang terbaik itu?
Berbanggalah anda sebagai ibu
Kelas 10 Oktober menjadi lebih menarik bila terdapat ibu ibu yang sudah melahirkan anak berkongsi pengalaman menyusukan
Bilamana bayi yang disusukan dengan susu ibu secara ekslusif akan kurang terkena penyakit
Lebih aktif , cepat bercakap serta lebih bijak mengikut kajian
————
Teringat Iki saya yang riuh bertanya “Ni apo?” (pengasuh orang Nogori)
Kalau kita tak jawab, dia jawabkan “Bungooo…”
Bila keadaan senyap sunyi takde sapa nak layan dia, dia mengiro eh mengira “Satu, Duo, Tigo, Empat, Limo….”
————
Ibu dan bapa yang hadir pada kelas tempohari
Terimakasih Zaiton dan jurugambar dari Mingguan Wanita bagi ruangan aktiviti
Viva Zoomerz dahpun berada di bawah
Penuh boot mereka dengan gift kecil dan besar dari Lunatots & Sara Kids
Antara peraduan yang disertai oleh kaum bapa ialah “Posisi Menyusukan Bayi”
Bilamana craddle hold – “Tangan belah kanan pegang bayi, kasi baby minum breast kanan”
Senyum simpul malu malu bapa yang hadir
Jangan tak tahu, bila masanya tiba..bila isteri penat dan lesu dengan bayi selepas melahirkan
Bapa yang akan ambil peranan menenangkan dan mengajar ibu memegang serta menyusukan bayi dengan posisi yang selesa
Sokongan kaum bapa bukannya kecil dalam menjayakan penyusuan susu ibu
Oh saya tengah beritahu Shah HOT FM
“Shah, awak tanya diorang ukuran badan Kak Sue, makanan kegemaran, warna yang tidak disukai etc etc tauuu”
Shah “Biar betul Kak Sue,tapi takpe ukuran perut sama dengan saya…”
Ibu bapa dan anak yang hadir menyertai HOT FM Viva Zoomerz bersama Lunatots & Sara Kids
Kelakar bila sampai kata laluan Lunatots
Saya sendiri pun lupa
“Lunatots lampin kain moden HOT?”
“Kan Lunatots tu HOT?”
“Lampin kain moden HOTnya kan?”
“Kak Sue tu HOT wehh”
Dan pelbagai lagi tekaan ibu bapa…ekeke
Akhirnya Ziana yang comel dapat juga jawab kata laluan Lunatots iaitu “Lampin Kain Moden? Lunatots yang HOT tu kan?”
Sekeping gambar kami bersama Shah, Nuar & adik manis akak jeleslah dari HOT FM
Malam tu ada Majlis BBQ bersama HOT FM tapi kami tak pergi sbb tak larat nak bersosial dah..ekeke
Naik semula ke Sara Kids
Saya terangkan mengenai Cloth Diaper/Lampin Kain Moden pada ibu bapa yang bertanya
Oh ye, dalam kelas 10 Oktober ini, ada 3 ibu yang duedate nya sama dengan saya!
Bye (kawan MMU) , Sofia dan Eda (Junior sekolah)
Bezanya mereka berseri seri bakal menimang cahaya mata pertama dan saya gigih nak masuk yang no 2
Nanti kan kalian, kita duduk katil sebelah sebelah senang nak gosip nak? hihi..
Jamuan hari raya dari Sara Kids
Sedap weh mee kari ni ada segala macam bahan bahan
Tak percaya? Tengok acik tudung pink tu bersila makan tak ingat anak
Muka bila eksaited bercerita tentang isu semasa memang akan berkerut kerut..haha
Bersama staff Sara Kids yang banyak membantu dari pelbagai sudut
Kalian nak nak dara yang bertenaga berbeza dengan mak yong dah sezen ni…hihi
Terima kasih Linda, Azie, Hawa & In (maid Puan Farah)
Mula mula cadangnya nak balik terus
Tapi…..(aiceh ada tapi)
Bila Farah ajak makan di Jeram, terus acik terasa rasa ikan stim dan ketam masak merah dalam mulut (apakah?)
Kami order fresh orange sejag
Airnya pun sedap tak cukup sejag
Tak banyak gambar yang saya ambil sebab dah malam
Tudung Siti yang saya pakai dah jadi tudung awek awek lain Dato K yang ditinggalkan…hihi (pepandai je!)
Bagi makyong2 yang teringin makan ikan bakar, saya rekemenkan tempat ini
Ikannya sangat rasa ikan segar dengan harga yang berpatutan
Boleh lihat gambar di fotopages orang lain disini atau blog orang lain juga disini
Sepanjang makan di pinggir laut, Iki duduk diam berpeluk sebab takut air
“Iki takut air” (dia beritahu)
Kesian anak kami, tak pernah mandi laut…
Dan aktiviti mommy Luna pada 24 Oktober

Maklumat lanjut di sini
Nota mommy Luna : Tak pernah berhenti berharap supaya penyusuan susu ibu adalah sesuatu yang praktikal untuk semua keluarga
Kurta pink yang saya sukak dibeli disini



nak join gak, tp susu saya dh kering boleh dptkn susu semula ke?
—
Sueella perlukan kelas khas relaktasi. Selain itu, beberapa perkara perlu dievaluate seperti lama mana penyusuan ditinggalkan, umur bayi dan background Sueella
bestnyer…frust x dpt g…uhuk…
—
Mummy_rn : Nanti baby dah keluar, bawa baby sekali
Dear Sue Shanteks,
Salam, sue tgh2 dok baca sambil meninjau gambar2 mu berpiknik…ku beralih pada ceta viva zoomers…
Acu tgok gmbr sue dok dukung iki…kiki…ku perhatikan…dua beranak dok tekun nengok sampai muncung2…kikiki….sooooo…cute….
—
Kah kah : Kemana tumpahnya muncung kalau tak ke anak kan Shogun..ekeke
(Itu pose di luar sedar namanya…)
salam! next event bla yer? i d jangka bersalin bln jan 2010..jika ada next event sila email ke myazarra_kl@yahoo.com or sms me at 013-632 8618 (intan). thaxx yeah
—
Intan : Intan boleh layari blog ini untuk sebarang aktiviti untuk event akan datang ye dear
maaf yer, sya tggai di rawang, ada x class yg dekat dgn kl like ampang ker or gombak or selayang, agk jauh kalo sya hndk pg ke bangi (akut xsmpt smpi 9.30am)….jika ada sila maklumkan kepada sya secpt yg mungkin yeh..tengkiuuuu so much
—
Intan : Buat masa ini biasanya kelas dijalankan di Shah Alam, Cheras dan Bangi. Mungkin Intan boleh sertai yang di Shah Alam dalam bulan November/Disember nanti
baby sy dah 3 bulan.. mmg x pernah bb nyusu badan, cuma smpat perah kt hospital bila die terkena demam kuning.. doktor kata elok bg susu ibu.. cepat sembuh, seminggu jek smpat bg.. lepas dah blk umah, dah xde pump cmtu.. xde baget nak beli pump tu.. so, terpaksa kasi susu formula la..
—
Salam Sueella : Mula mula beli memang harga pam agak mahal. Tapi bila di campur tolak kos susu formula dan keadaan kesihatan anak, insyaAllah berbaloi. Pam yang sama juga boleh digunakan untuk anak yang seterusnya
salam sue,
susu akak rasanyer mcm santan dan berbau agak kuat berbanding susu kakak akak….
pastu akak pernah cairkan ebm dan baunya agak masam…so ebm tu akak buang…esoknyer akak cairkan lagi ebm dan baunye masam jugak….so akak decide utk rasa dan rasanyer cam santan pekat…tapi sbb baunyer masam akak buang jugak…so sebenarnyer camner nak tahu susu tu elok lagi atau tidak…
—
Kak Huda : Ramai juga ibu yang bertanyakan soalan yang sama. Nanti Sue buatkan satu entri mengenai bau susu perahan ya kak.
Terima kasih kerana link ke blog saya mengenai Ikan Bakar Jeram.
—
Sama sama Skid
ruginye…bile lagi akan dibuat class ni? area bangi, serdang or putrajaya…..
—
Salam Arca : InsyaAllah 7 November di Sara Kids TTDI Jaya