Pen Rabbit
Baru minggu lepas kata, 1 jam pertama setiap hari berkerja musti update blog dulu
Minggu ni terus buat buat lupa diri pernah berkata begitu..hihi
Mujur tiada yang bertanya dan mempersoalkan
Semalam pengasuh Iki ada checkup di hospital
Jadi Iki perlu ikut saya ke kedai
Bila Iki di kedai, dia tolong susunkan CD yang merah letak kat rak hijau
Yang hitam sangkut kat rak CD kuning
Wayar vacuum di depan pintu masuk showroom, muncung vacuum dekat dengan bilik stor
Balang kuih raya usah cerita, dia susun honeystar (cereal manis madu itu) sepanjang kedai macam kisah 2 beradik yang susun cebisan roti sebagai tanda jalan balik tu..kisah apa ye?
Beberapa jam di kedai, beberapa kali keluar masuk bilik air Iki buang air besar
Jadi dicampur tolak masa yang sepatutnya saya allocate untuk blogging
Tapi saya gantikan dengan membetulkan susunan CD, meletakkan semula vacuum di tempat yang sepatutnya,
Mengutip honeystar dan roti yang Iki lenyek2 kan atas karpet
Membersihkan Iki di tandas, main air dengan Iki etc etc
Dan dalam masa yang sama perlu membungkus pesanan dan menyelesaikan beberapa urusan kedai
Tengok tengok hari dah petang dan tiba waktu pulang
*Gambar diambil semalam semasa saya malas pakaikan Iki baju..hihi
(Ikutkan hati saya, saya pun malas pakai baju tapi apa orang tua kata, ikut hati tak lalu orang makan nanti..ikiki
Saya ada beli sebatang pen berdakwat basah semasa mula mula buka showroom
Ala masa shopping perabot, stationary bagai haritu
Dan semalam, dakwatnya habis!
Wah…teruja saya, terus ambil gambar segala
(Tapi pagi ni bila saya nak upload, tgk2 gambar pen tu takde..mana pi ntah)
Saya niatkan dia tak mahu bergambar..hihi
Rasanya ini pertama kali pen saya habis dakwat
Biasanya pen pen saya akan hilang tutup, hilang entah kemana dan rosak dakwatnya jadi putus putus
Kini saya menggunakan pen pink rabbit pemberian Sherlyn (x-ofismate) bagi tujuan menulis
*Masa dakwat pen habis, saya tengah tulis perkataan COOLTEC di bawah
Sebabtu yang ala ala kurang kemas tu kalians
Close up pen rabbit ini
Tiap kali kawan saya datang ke kedai dan nak pinjam pen
Bila saya pass pen ini, mereka akan pusing2kan pen ini dahulu sambil tersenyum2 simpul
Haha…takkanlah wanita jelita vogeh 20++ tak buleh bergaya macam gadis sunti 12 ke 16 tahun?
Kalian ada tak pen yang bila kalian guna untuk menulis sesuatu
Rasa rasa macam tulisan lawaaaaaa sangat… Ada?
Related posts:












er..
Sue.. tak ada.. tak ada pen yang tetap. Sebab tulisan memang buruk giler
—
Hahaha : Sue ada kak serindit, pen warna peach sbb tak nampak sangat tulisan..kekeke
ada… sue
pen upin & ipin… sedap diguna (bukan dimakan),
tulisan licin mcm kepala ipin. beli di kedai upin.
anak murid pun ramai yg ngendeng nk pen tu… er.. sori ye… mahal cikgu beli pen ni, dua ringgit setengah
—
Hahaha : Kak niza ambillah gambar, nak tgk..Sue nak cari jugalah pen itu..hihi
Kedai Upin di Shah Alam tu ye kak
cerita hensel and gretel alang..hehe
—
Oh Ayg, Ayg ingat lagi ye. Ha..macamtu lah iki buat dan macam burung2 yang makan cebisan roti mereka, macam tu lah Alg kutip..Belum lagi part Iki
berlakonberenang di tengah kedai..isk..AF lah Iki ni (Nak masuk AF kena pandai berlakon kan?)