Sungai Lepoh

Wah wah bila anda nak mula buat kerja?
Nasibbaik anda berkerja sendiri
Kalau anda berkerja dengan orang lain
Anda dah boleh bungkus semua stationary, air mineral, nendoroids sume dan keluar ikut pintu ini..hihi
(Mode bercakap dengan diri sendiri)

Rentetan daripada kisah Iki berpeluk takut air laut
Saya teringin nak bawanya ke Port Dickson Ahad lepas
Fikir punya fikir, sudahnya kami ke air terjun Sg Lepoh je (atas sikit dari Sg Chongkak)
Saya kurang dengan air sungai sebab ianya sejuk…kalau air laut suam suam kuku kan
Masa di Pangsun dulu pun saya tak sukak mandi air sungai
Iki dan ayah je tukar baju mandi
Mommy rendam kaki ala ala menikmati pemandangan alam sekitar je la

Saya kesiankan incik suami dan anak saya tiap2 minggu berkerja, jadi kalini kami jalan jalan beriadah pula

DSC_5880

Iki mandi sungai dengan Yaya & Icha
Bezanya, Yaya berendam dari mula sampai ke akhir
Sementara Iki kejap rendam, laaaaamaaaa di atas batu sebab sojuk bona

DSC_5883

Susah juga mendaki batu batu dengan perut begini
Mujur dalam susah susah tu ada banyak makanan yang kami bawa
Jadi perhatian saya boleh dikalihkan daripada penat kepada lapar…haha

DSC_5891

Incik suami & Iki
Incik suami Puan Farah & Icha
Puan Suraya tengah makan tanpa henti secara marathon
Puan Farah tengah amik gambar dari celah batu batu (gaya dah ada dah…kih kih)
Yaya sedang berendam swimming

DSC_5896

Masa ni Iki baru sudah makan nasi ayam
Dia tengah kutip nasi nasi dan campak ke sungai beri ikan makan
(Mode Bawang Merah panggil ikan kaloi gitu)

DSC_5902

Oh oh tak susah berpiknik dengan saya
Saya pasti cari batu untuk bersandar dan menikmati sekotak dua minuman

DSC_5909

Haa.. saya panjat batu tinggi untuk ambil gambar suami & anak
Kalau jatuh, dah tak perlu pelampung bagai
Guna perut saja..kih kih

DSC_5941

Seronok saya lihat Iki seronok
Masa kami pergi Ulu Yam dulu, mommy Iki kecil lagi

DSC_5937

DSC_5950

Lunatots Cloth Diaper pun joing bergambar di air terjun..hihi

DSC_5928

Berdekatan dengan tempat kami mandi, ada sepasang kekasih berpiknik
Saya ambil gambar helmet mereka yang berwarna PINK (alohai sweetnya-bawak balik kang!)

DSC_5940

Lepas anak anak puas mandi, ibu ayah puas makan
Kami bersiap2 untuk pulang ke rumah
Ini Iki yang kesejukan

DSC_5956

Lepas ni kita mandi kolam air panas pula
Tidak lah sejuk sangat..hihi
Takpun kita mandi di bilik air rumah je ye Ki..

Related Posts with Thumbnails

Related posts:

  1. Balik kampung lagi
  2. Four of us (Sticky)
  3. cik huda
  4. Mengidam
  5. Mumpreneur Diary 1

Leave a Reply


3 Responses to “Sungai Lepoh”

  1. Comment by sya

    saya sangat suka mandi air sungai..
    dari zaman belum kawin, dah kawin, dah ada anak.. hehehe

    baru minggu lepas ke ulu yam dengan darwisy..
    dah mula rasa nak pergi lagi..
    jom!

    Wah : Sya berdarah panas agaknya, jadi suka mandi air sejuk…ekeke
    Sue berdarah sejuk kah? Ekeke..tapi Sue prefer laut yang hangat hangat berbanding yang sejuk…hihi

  2. Comment by sitisifir10

    ish…pergi berkelah tak ajak k.pija!!!

    Kak Pija suka air sungai kah? Nanti lainkali Sue beritahu awal awal, Kak Pija siapkan baju mandi sume tau..hihi

  3. Comment by NaDiaH SiDeK

    seronoknya gi berkelah! kite prefer sungai dpd laut…tak tau knp. tak suka air masin kot! haha!

    Nadiah : Nadiah pun suka air sungai macam Sya :)
    Lepas mandi air laut kompem melekit lekit berbau garam..tapi masa mandi tak hingat…ekeke
    Kalau air sungai, bersih je rasanya takyah mandi di bilik air dah kan :)