Ha…ada org tu kan semalam roger ke TGV Jusco Cheras Selatan sangat tepat-tepat pada masanya.
Kalau bab2 lain, mungkin sukahati ditangguh-tangguhkan tapi bila melibatkan hati perasaan
Saya amat menepati waktu..keh keh
Iki masih di rumah pengasuh sebab kalau saya bawanya tengok wayang
Dengan saya sekali jadi Papadom takpun Hulk Hogan
Mulutnya riuh…nanti orang lain yang sama sama bayar tiket marah
Nanti dia tanya “Ni apo? ” Dia jawab sendiri “TV mommy”
(Saya agak je yang dia mesti mempersoalkan TV besar = skrin wayang tu)
Dalam perjalanan ke TGV, saya kemas kemaskan handbag
Oh oh ada garfu, ini mesti Iki masukkan sebab semalam masa makan di kedai mamak
Dia masukkan semua sudu garfu pinggan kedai mamak tu dalam handbag saya
Saya sangkakan saya dah keluarkan semua
Rupanya masih berbaki..isk (Mujur kedai mamak tu takde sensor tit tit tit untuk mengesan pencuri)
Macam macam ada dalam handbag saya ni kalian

Dah sampai parking, saya collect tiket dan beli apa yang patut
Sangat innocent minum air mineral sahaja (uhuks)
Tiada lagi vanilla coke, carbonated drinks bagai untuk saya

Cerita Papadom?
Saya suka! Kisahnya begini…..(saya cerita ringkas2 sbb nak kalian pergi sendiri dan nilaikannya)
Ianya kisah keluarga, tentang papa, mama dan anak
Papa yang rajin berkerja, mama yang gigih menjaga anak dan mengasihi keluarganya
Sehinggalah sesuatu ‘kejadian’ berlaku
Dan dunia semua orang berubah
(Wah…ayat saya…macam review movie magik pula…keh keh)
Yang boleh saya katakan
Bila time pelakon menangis, saya sedu lebih lebih dari pelakon
(Mujur saya selsema, boleh cover macam sedut hingus mukus)
Dan bila adegan kelakar, saya gelak sampai keluar air hidung mata semua
Skripnya kuat macam cerita cerita Afdlin Shauki yang lain
Cuma mungkin kali ini cerita keluarga, jadi saya lebih tersentuh touching..hihi

Semua pelakon dalam cerita ini SANGAT bagus
Dari Afdlin, Liyana, Que Haidar, Vanidah Imran, Farid Kamil termasuk kumpulan boria
Walaupun sekali pandang macam wajah tak komersial, tapi saya suka kesemua mereka!
Berbaloi RM13 untuk tiket, RM15 untuk popcorn, RM1 utk parking, RMtatau berapa untuk petrol
Dan lepas ni saya nak beli DVD original tanda saya menyokong filem Melayu yang bagus
Nota mommy Luna : Benar, filem itu cermin masyarakat. Dan perut papa Dom ialah cermin perut papa papa di Malaysia..haha
Nota tambahan di hari petang : Baru saya teringat, Miasara minum susu formula masa kecil. Mungkin saya perlu jumpa Afdlin Shauki untuk masukkan slot penyusuan susu ibu dalam movie beliau yang seterusnya…kan?
Related posts:




sue nengok sensorg ke? papa iki maner? jutt tak pnah tgk sensorg..takut
—
Jutt : Air mineral ada dua, maknanya Sue berteman tapi mesra..ihihi
Sham pun dah tgk Papadom ni jumaat lepas.. yg klakornya hubby sham belikan tiket ari khamis n bgtau kat cashier utk tgk ari jumaat mlm. tiba show time (kitorang tlambat 5minit) tgk2 seat kitorang dah ada org ambik.. apa lagik mak buyungpun membebel la dlm wayang… tkar seat 2 kali (coz main duduk kat tpt lain rupanya org lain punya gak).. tetiba tpk n ckp kat dia, cuba tgk btul2 tarikh wayang ni.. n mmg btul tekaanku, tarikh dia smlm(khamis) yg cashier tu kasik.. nasib baikla ada tempat kosong lagik, kitorang bjaya tgk papadom sampai abis tanpa pengetahuan staf wayang hahahah….
mmg citer Papadom ni best! Sham ni mmg peminat karya Adlin, n rasa tharu sgt bila tgk citer nih (tambah tharu diorang shooting kat fakulti kitorang, huhu bilalaa diorang shooting nih).. sedih n klako, mmg worth it tgk n mmg ptt film dia mng film terbaik…
—
Haha : Sham salah tengok tarikh? Nasibbaik dapat juga mak yong tengok wayang sampai ke sudah ..ekeke
Sue nangis bila pelakon nangis, dan bila diorg buat lawak, Sue sambung gelak guna air air yang sedia ada…hihi
Yup, filem ni menang filem terbaik dalam FFM ke 12 kan?
Berbaloi untuk wang anda
bestnye..ayg xde kwn nk g tgk..(ayat psiko) haha, tp mmg selalu g gk sorang2 pon..hrp2 wiken ni leh g tgk. x sbr
ayg peminat karya afdlin shauki. malaysia boleh! tetiba.hiks.
—
Ayg : Ayg pi sorang pun okeh sbb di dalam panggung nanti, Ayg akan gelak secara berjamaah dengan penonton lain. Siap lepas gelak ada penonton tu, dia mengeluh sendiri “eh terkuat pula gelak” (sebab dia sangka org lain akan gelak dengan kuat masa scene tu)
a’ah la sue..lps nie kene jumpe afdlin utk komersialkan penyusuan susu ibu di movie pula..aku sukak tuh..aku sgt menyokong itu..
—
Hihi : Kalaulah dia sudi..Sue besar hati
bawa buku otografjumpa dia, sambil2 tu tanya2 kalau ada memerlukan pelakon extra jadi tiang gol ke, pokok krismas ke, orang tempatan ke..:acik mode berangan: