Disclaimer
    The entire contents of this blog are based upon the opinions of author unless stated otherwise noted. The information in this blog is not intended to replace a one-on-one consultation with lactation consultant. It is a sharing information and knowledge from the research of author. This blog outlines sources, ideas and suggestions on breastfeeding your baby. The author and family disclaim any liability arising directly or indirectly from the use of the information contained in this blog.
[Google]
Announcement
    Lunatots Booth (Maju Junction)
    Date : 1-30 Sep 2010
    Venue : LG Floor, Maju Junction KL
    Time : 10.30 am - 7 pm
    Contact No : 010-2414050 (HOTLINE)
Luna’s Counter
Friends Online

View My Stats
Nuffnang ADV
Sponsor





Calendar
Luna’s Shop
Readers
Lunatots @HotFM
ShoutBox

Saya tak sempat update blog smlm sbb baru sampai dari Perak
(Pst..ada orang tanyakah?)
Kebetulan pengasuh Iki ada hal di kampung
Jadi saya perlu bawanya ke showroom
Asyik berbual dengan dia, tak sempat jenguk jenguk laptop menulis sebaris dua
(Sebaris dua tu komen, bukannya entri..hihi)

DSC_5962

Beberapa keping gambar dari kamera incik suami & suami Kak Yong
Oh..saya pun tak faham langsung sangat  term term yang  mereka bualkan
Yang saya faham, di atas gambar Upin Iki di atas sofa
Dan di bawah ni, gambar bunga di rumah kenduri
(Wah..menjadi ibu 2 orang anak = malas berfikir dengan kritis, analitis dan kreatif?)

CSC_5992

DSC_5987

DSC_5985

Haritu masa saya shopping tak ingat masa depan, saya dah berangan tak boleh tidur nak pakai baju istimewa sempena Hari Deepavali
Dari hari baju baju ni dibeli, saya dah basuh lipat siap2 masuk dalam beg
Mujur masa balik kampung haritu, tak terlupa bawa balik
Kalau tidak, harus ada yang moncongs nangis hentak2 kaki kan…hihi

Abg Hasif cakap gambar dibawah ni terlebih exposure
Oh takpe, sekurang2nya saya nampak flawless..hihi
Yang penting, nampak kurta sampai ke seluar..hihi lagi
(Sangat positif orangnya)

Ini gambar sebelum pergi kenduri
Saya minta sekeping gambar di snap sebelum apa apa perkara buruk berlaku
-Seperti sirap, coklat, air milo sume tumpah ke baju Iki
Tiada kurta untuk incik suami sebab saya tak rasa dia mahu pakai kalau saya belikan
*Iki lain, dia anak mommy yang innocent tidak mengerti apa apa :P

DSC_0610

Oh panjangnya intro..jom jom ke rumah kenduri
Anak kecil suami bawa, beg kecil anak pun suami bawa
Muka Iki begitu sebab tengah panas terik syilau

DSC_0703

Sekeping lagi gambar kami bertiga

DSC_0704

Saya tak banyak membantu sepanjang kenduri
Perut acik bergelodak dengan SEJU tinggal nak jerit jerit sakitt, nak beranak dah je..keke
Kejap kejang di bahagian sinun, kejap bahagian sini
Wah, dugaan sungguh menjadi wanita mengandung

Ini gambar semasa budak budak di luar rumah sedang main tepuk2 kompang
Dan Iki terjerit jerit “abang, ape tu?”
“ha…ape tu bang?” “buat ape tu abang?”
Sensitif mak tengok anak mak jerit jerit gitu takde orang layan
Umi (Kak Yong) temankan Iki di pagar dan menjawab semua persoalan Iki
Sebab mommy Iki dok kesat kesat mata dari jauh je perut berat kekdahnya ..ekek

DSC_5980

CSC_5982

Sambil makan bersila, sambil temankan Iki main di peti ais rumah kenduri
Main susun2 fridge magnet

CSC_5996

2 keping gambar dibawah di ambil oleh saya
Jadi kepada mereka yang ‘tahu’ mengenai gambar, tak perlulah persoalkan yang mana fokus yang mana latar belakang kerana dibimbangi akan mengguris perasaan mak yong..haha
Yang mana kurang arif-bukannya tak tahu’ macam saya, meh tengok pipi tembam Iki…hihi

DSC_5997

DSC_5998

Sekejap je Iki dah besar (1 tahun 10 bulan)
Bila bersama sama dia, saya rasa nak pausekan masa
Biar Iki dan saya tak membesar
Biar dia masih mahu hug dan kiss saya bila dia ada mood macam sekarang
Dan masih “nak susu mommy…share dengan adik”
Sambil memainkan watak penyibuk tiap2 pagi masa orang sibuk “mommy, buat ape?” “daddy, buat ape?”
Oh oh…

DSC_0609

2 keping gambar di bawah di ambil masa Iki TAKNAK ambil gambar
“Iki TAKNAK ambil gambar”

DSC_5989

Iki taknak, takpela
Biar mommy je sengih..
(Daripada daddy ambil gambar bunga bunga seperti diatas, baik dia ambil gambar ‘bunga’ di hati dia neh..prfff)

DSC_5991

Ayoo…Iki tanak ambil gambar
Mommy dan daddy bergambar berdua macam pose lepas majlis nikah je?
(Sila sedar diri, ini majlis nikah kahwin orang lain ye)

DSC_0651

Ini adik adik pengantin
Shomel shomel warna kuning merelip kan?

DSC_5999

Majlis kahwin mesti ada sesi merenjis renjis kan
Ini emak pengantin perempuan
Mesti emosi majlis mengahwinkan anak kan kalian?
Rasa macam baru haritu je senak senak perut
Harini dah bersanding di atas pelamin..ohhh (mode cuba menyelami perasaan ibu pengantin)

DSC_6001

DSC_6004

Dah sudah pengantin bersalin
Pengantin lama naik pelamin dengan anak
Niat di hati nak bergambar atas pelaminan
Tak dapek sbb Iki sibuk nak main kipas, bunga pahar  dan segala macam yang ada atas pelamin tu

DSC_6006

Rupanya dia berkenankan telur rebus pengantin
Saya tak tahu sejak bila anak saya ‘pandai’ makan telur rebus
Pandai = suka makan
Sebab kami suami isteri tak pernah masak makan telur rebus di rumah
Iki siap ketuk2 nak pecahkan kulit telur rebus tu di lutut dia..haha

DSC_6009

Walaupun baju Iki hitam, tapi saya risau kan kuning2 telur tu melekat …uwaa…

DSC_6010

DSC_6011

Kami dah nak balik dah
Dah puas makan dan minum :)

DSC_6012

Gambar kami sekeluarga dengan pengantin baru

DSC_6016

Dan Iki masih dengan telur rebusnya…sigh

DSC_6017

Nota mommy Luna : Sumber dari bahan bacaan saya, orang dewasa/kanak kanak tidak boleh makan telur kuning lebih daripada 4 biji dalam seminggu yang sama. Dan tubuh hanya memerlukan 300 kalori sehari dimana sebiji telur sudahpun mempunyai 231 kalori (tinggi dengan kalori).
*Saya sorok semua telur rebus yang kami dapat dari pandangan mata Iki

Dan SEJU berusia 35 minggu pada minggu ini

Saya akan berada di sini pada Sabtu ini

Related Posts with Thumbnails

Related posts:

  1. Kenduri Ms W
  2. kenduri lagi
  3. kenduri niji
  4. Kenduri Oya
  5. Kenduri di Meru

5 Responses to “Telur rebus kenduri”

  • ayg:

    alang, alg xnk bg free gift utk pengomen pertama? hehe.
    ayg mkn baaaanyaaaak telur. sehari 3 kali. patutla bdn susah nk turun. ingatkn diet sbb x mkn nasik. hiks.
    ayg x terpikir nk pakai bj mcm alg di hari deepavali, tp ayg pakai baju ntu masa g kuliah. br ayg tahu, itu kurta.
    alg, soalan dr anak dara yg serba kurang ilmu keibuan: perempuan pregnant berapa minggu sebenarnya? ayg cuma tahu 9 bulan. jd 36 minggu kah? so alg lg seminggu ye?

    Haha : Ayg, Alg syukur ada org sudi tinggal komen utk Alg (pandang kiri kanan tiada yang peduli..hihi)
    Maybe Ayg boleh kurangkan telur dan lebihkan senyuman dalam seharian (apakah?)

    Ayg tau itu adalah kurta melalui tulisan yang ada di tag harga baju tersebut.

    Perempuan mengandung 40 minggu, jadi Alg ada lagi 5 minggu mendatang :)

  • pinkedish:

    sy suke membaca blog kak su.. suke sgt.. kdg2 mmg menunggu apekah pos yg terbaru utk hari ini.. suke membaca ayat2 yg sempoi dan kelakar dan kdg2 membuat sy terkesima membacanya.

    just wondering, skrg dah tak de jual yg CD promo package of 5ive with 2 inserts tu lagi ke??

    Salam Pinkedish : Hah, terkesima sbb penggunaan bahasa yang keterlaluan kah pink? Ekeke..Kak Sue kena masuk kelas bahasa agaknya ye.

    Promo package of five dah habis bermula hari Isnin lepas.

  • red in black berkurta…cantik mu sue..

    Wah Aini : Senyum senyum sue sampai ke malam, Aini cakap Sue cantik…hihihi (padahal Aini kata kurta tu cantik…uwaaa)

  • iranatrah:

    sue mmg cantik pn…ms ira mngandung dulu selekeh je….malah sue pandai berbicara….sebenarnya ira cemburu kat sue…sue bkn sj berjaya dlm kerjaya….malah berjaya menjadi wanita sejati….hny yg mempunyai kesedaran sj yg mahu bersusah pyh mnyusukan anak & b’cd’…krn wanita di opis ni (yg mmg 2 3 kerat je jumlahnyer) semua tidak mberi semangat utk ira bf….sedih kan….

    Ira : Haih, Sue kalau ada kamera, memang kelam kabut betulkan tudung. Cam tindakan refleks gitu.
    Tapi sebenarnya di luar, ngeri orang sekeliling tgk muncung Sue..ekeke
    Ira, keputusan untuk BF dan CD adalah keputusan keluarga. Asalkan suami menyokong dan sudi membantu, semuanya akan berlangsung dengan baik, insyaAllah. Jangan ‘terkesan’ dengan kawan kawan yang tidak menyokong BF & CD ye dear :)

  • mia:

    salam….Arfan pun suke makan telur rebus, walhal kami tak penah pun ajar die mkn telur rebus. bile g umah pengantin, die akan cari & aim telur rebus (tak kira atas pelamin pun….) ibu kena buat muke tebal minta dgn pengantin….huhuhuhu…..

Leave a Reply