
Tiba tiba petang ni terliurkan sosej
Waha……apakah?
Ajak incik suami tengok wayang boleh beli sosej sebelum masuk wayang
Takpun pi IKEA ke makan sosej pun nikmat juga kan
Singgah mana mana 1901 ke…kan?
Jarang saya meroyan teringin makan ni..hihi

Kami suami isteri sedang bertungkus lumus mengajar Iki buang air besar/kecil sendiri
Dia minta buka CD “Mommy, buka pampers”
Dan dia takkan kencing/berak masa tidak memakai CD
Tetapi bila dia rasa nak terrrrrr….
Dia nangis2 minta di pakaikan CD (wahaaa)
Bila saya dukungnya ke toilet, dia tak mahu kencing/berak di toilet
*Pampers = CD (hihihi)
Uwa…sharing is caringlah dengan saya macamana nak potty train anak dengan lebih efisien?
Nota mommy Luna : Wah wah, tadi teringin sosej, disekalikan dengan entri potty train..sesuaikah?
Related posts:




oho sue. baca tajukmu saja ku dah pikir lain…bygkan sosej itu adalah tut….yang mung trainkan kat anak mung…tapi selepas baca isinya…oho 2 perkara yang tiada kaitan…haha. hem, potty training mmg bagus. ku pun tak sabar tp…rasanya umur bawah 2 tahun sudah sesuaikah? jutt ingat aimin start 2 tahun br nak ajar…skang cakap pun ada yg jutt paham…ader yg jutt angguk2 geleng2…haha. apa2pun gudluck utk iki
—
Haha : Uish Jutt..sosej tu ku teringin bila terbayangkan sos, cheese dan sos mustard, tambah bawang2…gulp!
Potty train boleh bermula seawal 8 bulan (secara teorinya) tapi ku nak ngaplikasinya…berpeluh weh!
Jutt kena ucap good luck pada mak pak Iki..ekeke
hahaahhahahahahahahahahahahahaha
nanti kaksue dah berjaya train iki. kasi tau kat qas tau. untuk kegunaan masa hadapan. hahaha
—
Qas : Iki ada kerusi utk potty train tu tau tapi kan dia buat isi air sabun main buih sambil mandi. Grrrrr…
ekekek… sungguh mmg kena sabar… angkat masuk toilet.. ajak main air.. sambil simbah kaki..simbah si burungan… sampai dia pee.. pastu dahhhhh.. ekekekke
potty train sebenarnya boleh dimulakan seawal 6 bulan… dan boleh juga lebih awal.. kawan hubbyku..anknya tidak memakai lampin sejak umur 8 bulan.. walla weihhhh.. kagums.. tapi ibunya surirumah sepenuh masa… (fuhh..lega..ekekek)
—
Awal dia potty train anak dia, ku tak sabar dok dalam toilet lama lama buat bunyi shhhh..shhhh…kekeke
Kalau Sue tunggu di luar pintu, mesti dia nak ikut keluar sekali kan…ekeke
Takpe, ku akan berusaha lagi!
Orang kata potty train anak perempuan lebih mudah… tapi lina rasa anak lelaki lebih mudah…. nurse yang dekat klinik kesihatan ajar cara nak potty train anak… tapi cara ni nampak cam kejam sket… (boleh tak guna ayat cam ni) dia kata kalau anak dah kencing rata-rata cubit kat atas anunyer tu.. bukan dekat *&^$@ tu tau… pernah juga buat kat anak sulung lina tapi sekali je cubit tak sampai hati plak.. Ambik masa seminggu la juga nak bagi dia buang air dalam bilik air… lepas tu skrg turn adik dia pulak …
—
Lina : Dah beberapa hari hujung minggu Sue biarkan dia berbolen lina..Merata rata juga dia menandakan kawasan…ekeke
Sue saspek Iki takut kena marah, jadi tiap kali dia rasa nak terkencing, dia nangis2 minta dipakaikan CD.
Agaknya kalau Sue cubit anunya atau mana mana bahagian, mungkinkah dia akan lebih trauma? Hihi..
Adiknya umur berapa Lina?
wah.. ku pun nak tau juga cara2 ni, manatau boleh train danishku awal.. iki boleh jd model utk danish ni..
—
Hihi Lyn : Iki jadi model ‘sebelum’ potty train…ekeke
mmg mencabar sue…najla potty train dulu agak lambat..dalam 21/2 tahun…skrg rasa lega, siang malam dah x pakai cd….lega makcikk…selamat berjaya..jangan asik nak jadik mak lampir ajer tau…
—
Konon2 niat di hati nak mempercepatkan proses pembelajaran buang air Iki kalau boleh sebelum umurnya 2 tahun Ina..hihi
Kena banyak2 bersabar kan dear
2 1/2 tahun pun cepat tu, pandai Najla..
Masa baca entri ni xde terpikir sosej & potty training xseswai masuk 1 entri tp bila ada nota kaki kat bawah tu tergelak juga. anyway, good luck utk mempottytrainingkan iki & selamat berjumpa ngan sosej idaman tekak, perut & seju.
—
Haha Rina : Masa tulis nota kaki baru terasa tak sesuai ‘mereka’ digandingkan bersama dalam satu entri…kih kih
Doakan kak Sue gigih ke tempat yang dituju mencari sesuap dua sosej ye
ni petua yg saya tahu..tp lom apply lagi sbb anak baru 1 tahun..:p
- setiap 2 jam bwk anak ke tandas..xkira la masa tu dia nk terkencing ke x…bwk je…masuk dalam toilet mintak dia kencing..kalau xterkencing pun xpe…akak basuh2 je anunya konon2 cm kencing…pastu keep telling him..kalau iki nk kencing or ek2..gtau mummy..nnt mummmy bwk g tandas..akak cuba sampai la dia sendiri tiba2 gtau akak…”mummy nk kencing!!!”..masa tu dia dh ok dh…dp pantai guna tandas…so goodbye CD!!!:p
—
Syaz nak tau, Sue bawa 1 jam sekali..Iki meninggalkan ‘tanda’, 30 minit sekali..kikiki
Memang mencabar naluri keibuan sungguh sbb kena bangun ambil kain, ambil air, lap lap sambil membebel cakap “kencing kena dekat TOIIIIII”
Iki sambung “LETTT”
Ha…teorinya dah tau, praktikalnya sangat challenging…ekeke
Terima kasih Syaz sebab berkongsi
sosej IKEA? 9101? perghh, marvellous!!! lapar.. lapar.. tlg!
mmg x sesuai campur entry potty training dgn sosej. buat org pk bkn2. hahaha…
kalau la sy housewife, skrg jugak sy potty training batrisyia
—
Haha Liz : Sodap kan sosej sekali sekala makan..
Kih kih..tu namanya tulis yg mana terlintas tanpa prejudis
Ha, nak minta pengasuh Iki potty trainkan tapi kang pening dia nak basuh tanda tanda yang Iki tinggalkan sementara Iki pandai..isk..
Hehehe…nakal ye Iki…
‘Aina pun tengah gigih memulakan potty train Sue. Maklum la ‘Aina dan Iki kan sebaya…
Alhamdulillah, bab buang air besar mmg takde masalah. Sbb kalo ‘aina nak berak dia akan segera berlari ke arah meja makan. Dan cangkung kat sudut meja makan tepi dinding..hehehe!So, memula tu Diana buat2 tanye, “‘Aina buat ape tu…”Bile dia jawap “‘Aina nak yakkk…”Cepat2 bawak ke toilet n bukak CD n cangkung sambil meneruskan hajatnye…Tp bile da lama2, dia pandai bgtau sndr bile nak berak…
Cume, la ni tengah nak ajar kencing plak…huhuhu!memang mencabar!Penah gak skali dia terkucil kat sofa…UWAA!!!!
—
Diana : Iki tiap tiap malam ada hati tanak pakai CD (yang dia panggil pampers). Dia umpama mimpi ngeri pada mak paknya sbb risaukan dia terrrrkucil.
Hoo…Sue belum dapat pastikan waktu2 Iki nak poo poo sbb tak perasan masa dia meneran.
Sue akan meneruskan perjuangan kami! Chaiyok ibu ‘Aina dan mommy Iki!
Salam… Adik Ajim umur 2 thn 3 bulan…. kalau ajim masa umur ni memang dah boleh buang air sendiri… tapi adik dia lambat sket sebab baru dapat baby yang sekarang ni baru 3 bulan…. yang dua orang tu share susu ibu…. manja sikit kakaknye ni agaknya tu yang lina rasa dia kecik lagi… tu sebab kot lambat potty training… Lina pun buat sekali jer sue cubit tu… bukan anak yang trauma ibu yang trauma… Anak Lina 3 orang Ajim (4 thn), Dadi (2 thn), Hakimah (3 bulan)…. Lina bersemangat menyusukan dadi semula selepas bersalinkan Hakimah selepas Lina baca blog sue ni… Thanx very much… sekarang dadi kalau bagi susu formula selepas susu badan dia kata susu basi hahaha…. Dadi fully bf selama 6 bulan lepas tu ibunyer yang kurang ilmu mengenai bf ni campurkan fm selepas cukup 6 bulan tapi masih bf juga… tapi bila pregnant lina stopkan bf sian dia sedih juga lina masa tu… tapi tu la kurang ilmu… terukkan internet depan mata tapi tak nak cari maklumat… masa mula2 bagi lepas deliver tu dia muntah2 sue tau… masuk nipple kat mulut dia muntah… lepas tu lina tukar botol susu dia yang wide neck supaya dia ingat balik kenangan menyusu ibu dia… berjaya cara tu… tak sangka… dan sekarang… dua2 bf ler…
—
Haha, Sue tergelak Dadi cakap susu formula ialah susu basi. Alhamdulillah Dadi dapat sambung minum susu ibu lepas adik keluar ye.
Masa penghujung kehamilan dan awal kelahiran, susu yang keluar adalah kolustrum yang tinggi dengan protein sebagai pelindung pertama bayi.
Bagi bayi yang lebih besar dan masih minum susu ibunya, mereka mungkin kisah – macam Dadi yang termuntah. Dan mungkin tak kisah dengan rasa kolustrum..hihi..Iki pun selalu tersyasyul “Mommy, nak air mommy” dan bukan lagi “nak susu mommy”..ekeke
Lina boleh teruskan penyusuan selagi Lina rasa selesa dengan keadaan itu ye dear. Chaiyok!