Tayar-Pa&Ma-Lunatots
Harini lambat sikit masuk ke ofis sebab tayar belakang pancit dan perlu ditukar
Bagi tayar saiz kereta kecil begini, satu tayar Continental RM150
Saya pun tak pasti bila ianya perlu ditukar
Saya tukar bila tayar pecah di tengah jalan atau isi-angin-tapi-kempis-balik-lepas-sehari

Gigih saya bergambar di kedai tukar tayar
Sebab saya belum ada gambar pakai baju mandung yang ni
Oh…sopankan saya duduk sabar menanti

Sekejap je tukar tayar ni kalian
Tak sampai 30 minit, baru sempat bergambar sekeping dua
Dah kena bayar..uhuks uhuks
(Bayar tayar, gambar2 ni percuma saja..hihi)

Saya rajin bergambar bila pakai baju bergosok elok je kalian
Ada harinya saya shomot amat, bajek tak jumpa orang di alam nyata
Tapi semalam E-car (Ibu Eiyman) datang ke kedai nak beli CD untuk anak kakaknya yang baru lahir
Lama kami berbual hati ke hati sebagai blogger tegar..ekeke
Bila time bergambar yang saya nervous tak hingat..keh keh
Acik pakai tudung lilit2 simpul kat tepi leher sajo
E-car lawa kemain tudung senada dengan busana (haih, pepandai guna perkataan busana lagi)
Dan bila saya bergambar di tepi E-car yang kecil molek
Memang besar bagak lah saya jadinya..keh keh
Kepada kawan kawan lain yang pernah datang ke showroom saya
Nanti hari hari saya pakai cantik2 sedap mata memandang, kita bergambar nak?
Bukan apa, biasanya tudung saya senget2 susun CD dan naluri nak bergambar itu padam…keh keh
Bagi keluaran Pa&Ma November 2009, refer artikel mengenai Penyusuan Susu Ibu ketika Hamil
Anda boleh klik kanan untuk membesarkan dan save image di bawah sebagai info tambahan
Ini merupakan kesinambungan daripada entri Nursing While Pregnant yang disertakan dengan fakta, kajian dan statistik
Penyusuan susu ibu TIDAK ADA KAITAN dengan keguguran dimana 15% hingga 20% kehamilan ‘ditakdirkan’ untuk gugur
Dan ‘kontraksi’ yang berlaku bukanlah penyebab keguguran sebaliknya ia adalah kesan daripada proses keguguran.
- Rai. R., Wakeford, T. Recurrent miscarriage. Current Obstetric and Gynaecology, Vol. 11, No 4, Aug 2001, pp. 218-224
Ibu, jangan risau untuk terus menyusukan dan tidak perlu tergesa gesa mencari susu formula yang sesuai untuk sikecil anda ye sekiranya anda disahkan hamil


Lampin kain moden Lunatots di Pa&Ma November 2009


Dimaklumkan Promo Package of Five sudahpun berakhir samada di online store mahupun di showroom Lunatots
Gambar gambar di bawah di ambil semasa sesi fotografi Lampin Kain Moden di showroom
Masa ni bau cat dan gam karpet masih kuat

Jurnalis dan jurugambar dari Pa&Ma yang gigih berkerja


Nak hidang2 air sirap tapi masa ni tengah bulan puasa..hihi
Terima kasih Kak Nor dan Encik Photographer, jemputlah datang lagi ye

Beberapa orang bertanyakan saya apakah bezanya lampin kain moden (CD) pelbagai brand, jenis dan harga
Jawapan saya :
Saya percaya pada harga setiap produk yang dibawa
Macam saya percaya pada lampin kain moden yang mahal mahal (RM80, RM100 ke atas) punyai kualiti yang tersendiri
Dan saya percaya apa yang Lunatots boleh sampaikan
Saya mahu memberikan sesuatu yang ‘berbaloi’ dengan jumlah wang yang pelanggan bayar
Tagline “even cheaper than other brand” atau “even bigger than other brand” atau “even ape ape ntah lagi than other brand” sangat tidak membina di mata saya
Oh, mungkin mata saya sahaja
Nota mommy Luna : Saya tak pernah cakap “menyesalnya aku………(ayat ayat tambahan di belakang)”
Sebab saya tahu semuanya pasti ada sebab ianya berlaku
Mungkin saya tak nampak hari ini…mungkin esok atau lusa, siapa tahu kan?
Sekian, mak yong emosi – keh keh
Related posts:












alg, ayg first lg. hadiah plis. :p. pendapat ayg: price indicates the quality. n tentunya kita perlu berikan yg terbaik untuk anak2. sekian saja bebelan anak dara yg menyibuk di ruangan mak dara. hehe
—
Ayg : Thanks..kalau takde Ayg, siapalah lagi yang sudi (kejip2 mata menahan airmata)..ekeke..
Alang cuba call Ayg tadi dan buat2 suara macam supplier incase staff Ayg nampak Ayg bersembang, dia tak sangka yang bukan bukan..hihi
Tapi Ayg tak angkat pula
sue…nak tnye..kirenye sue juge masih meneruskan menyusukan iki la ye sekrang? sue msih lg pam or direct ajer?..nak tau gak pengalam sue sendiri caner..
—
Riez : Jadual kerja Sue agak fleksibel sekarang dan Sue tak mengepam. Zikry menyusu secara direct. Seperti yang dinyatakan, makin besar bayi kita, susu ibu bukan lagi keperluan nutrisi utamanya. Dan biasanya dia hanya mahu susu bila nak tidur, atau waktu nak bermanja.
Bila mana kadang2 hari minggu bila Sue di rumah, sepanjang siang dia tak minta susu..dan corak pemakanan dan minumnya macam orang dewasa.
urrm sayangnya promo package of five dah abis….
br bkira2 ujung thn ni nak ambik lagik… mungkinkah ada promotion yg lebih best? hehehe..
tgh tukar tayarpun bole bgambar hehehe.. steadylaa..
—
Sham buleh nantikan promo yang akan datang. Mungkin bila banyak, dapat kak Sue? wahhhh… (sham dah mula mempertimbangkan, jadi ke tak nak beli lampin kain moden Lunatots ni..keke)
Kak Sue publish gambar tu sbb terlebih exposure jadi ala ala flawless. Kalau jarak dekat, mesti entri ini akan penuh dengan tulisan dengan alasan tak bawa kamera semasa tukar tayar. Sekian…(hihi)
sham dah beli dulu set promo tu… ingat nak pkai dulu n nak menambahkan collection yg ada after deliver n pantang nnt.. almaklumlah kena control bajet bb heheh…
My sis pun tgh bkira2 nak beli for her son after tgk WHI, TV3…
p/s puan sue yg budiman, bole tak tgk emel sham kasik last week? alamat tu tak yahlaa dah ada kat dlm ni, cuma nak yg lelain tu.. (almaklumlah, kiter ni br nak mengikuti blog awak n puan farah nih after g class ari tu, rasa mcm tnganga aje kat kelas ari tu byk info tak tau hehehe… tambah skrg boss sudah kasik kelonggaran utk ibu ngandung so adalaa time baca blog awak nih hehehe, tima kasih boss..)
—
Dear Sham : Sue dah reply emailmu. Nanti nak dtg, boleh rogerku dulu ye
Jemput masuk2 selalu, nanti dalam pantang kontek and keep in touch dengan kami ye.
Jaga diri, waktu kelahiran dah hampir kan
(Rasa macam bercakap pada diri sendiri-debaran kita sama…fuhh)
Salam…Su masih ada lagi x promo untuk lampin lunatot’s tu….saya nak belilah….
—
Suraya boleh tgk di link ini http://www.lunatots.com/shop/index.php?cPath=41