Disclaimer
    The entire contents of this blog are based upon the opinions of author unless stated otherwise noted. The information in this blog is not intended to replace a one-on-one consultation with lactation consultant. It is a sharing information and knowledge from the research of author. This blog outlines sources, ideas and suggestions on breastfeeding your baby. The author and family disclaim any liability arising directly or indirectly from the use of the information contained in this blog.
[Google]
Announcement
    Lunatots Booth (Maju Junction)
    Date : 1-30 Sep 2010
    Venue : LG Floor, Maju Junction KL
    Time : 10.30 am - 7 pm
    Contact No : 010-2414050 (HOTLINE)
Luna’s Counter
Friends Online

View My Stats
Nuffnang ADV
Sponsor





Luna’s Shop
Readers
Lunatots @HotFM
Luna’s Sponsor
ShoutBox

Hari Sabtu (24 Oktober 2009), saya dan Farah dijemput untuk mengadakan Breastfeeding Talk for Expecting Parents di Butik Mumdreams, Bandar Baru Bangi

Topik yang dicover ialah :

  • Asas Penyusuan Susu Ibu – tanpa asas yang kukuh tentang bagaimana susu ibu dan badan ibu berfungsi, proses penyusuan agak keliru untuk dilaksanakan

IMGP2907

  • Teknik Penyusuan iaitu posisi dan lekapan – semua ibu dan bapa perlu tahu posisi posisi penyusuan serta lekapan yang baik supaya kurang masalah berbangkit semasa menyusukan anak kelak
    *Watak sempilan bertudung hijau cuba membantu demonstrasi penyusuan semasa berbaring..hihi

IMGP2927

  • Praktikal Penyusuan Susu Ibu bagi Ibu Berkerjaya dan Expectation Ibu terhadap 2 tahun penyusuan

IMGP2934

IMGP2940

Penggunaan botol biasanya menyebabkan ibu/pengasuh tidak dapat mengawal kuantiti susu yang bayi minum
Kerana itu, susu perahan yang ibu bekalkan biasanya tidak mencukupi
Dari sudut pandangan pakar laktasi, penggunaan cup kecil atau picagari semasa memberikan susu perahan kepada bayi adalah praktikal dan dapat mengurangkan banyak masalah penyusuan seperti nipple preference dan shortage of ebm stock.
InsyaAllah apa yang kami (Puan Farah & saya) cuba sampaikan dapat dijadikan panduan asas untuk ibu2 dan bapa2 yang hadir ke kelas

IMGP2923

Bagi ibu dan bapa yang menghadiri kelas, kami sentiasa terbuka untuk menjawab apa apa soalan yang diajukan samada semasa kelas atau selepas kelahiran nanti
Dimaklumkan bahawa Kelas Khas Penyusuan dibawah tajuk2 khusus akan disampaikan oleh konsultan laktasi dari susuibu.com dan tarikhnya akan diberitahu kelak

Gambar saya & Alyn
Alyn dah susah hati nak balik teringatkan anak anak dan suami di rumah

IMGP2941

Gambar bersama perserta dimana suami suami mereka malu nak bergambar..ekeke

IMGP2943

Buat warga kerja Mumdreams, terima kasih atas jemputan
Kami seronok dan ceria berkerja di ruang atas Mumdreams yang pink cantik
Insya Allah panjang umur, murah rezeki, kita akan berkerja bersama lagi :)

Buat kawan kawan yang pernah menghadiri kelas kami
Sekiranya anda mengalami masalah, hubungi kami (saya atau Farah) samada melalui telefon atau email
Dan sebarang review membina amat di alu alukan, terima kasih tidak terhingga dari mak yong yang duenya lagi 4 minggu…fuhh

——————

Feedback dari Kelas Penyusuan 10 Oktober 2009

Salam Sue,
Terima kasih untuk kelas ari sabtu lepas, insya allah kami akan praktikkan apa yg dipelajari.. husband saya, nazry pun banyak bagi support lepas g kelas tu.. siap dah promote kat member dia untuk beli breastpump n cd (kebetulan isteri kawan diapun mengandung)… balik tu, saya pun cubalaa yg tekan dan picit aerola tu, br ada kuar susu setitis (sebelum ni takde @ mmg tak prasan walopun ada baca kat buku psl kuar susu time ngandung) bila citer aje kat hband saya trus dia ckp jgnlaa, sayang takut nnt kolustrum kuar plak..tunggu baby kuar br buat heheheh…urrmm bkesan jugak bwk dia g kelas nih hehehe…

Puan Sham & Suami

———————————-

Feedback dari Kelas Penyusuan 15 Ogos 2009

Salam Sue,
Saja nak bagi feedback untuk kelas penyusuan Sabtu lepas, Ogos 15, 2009. Macam yang Sue tau, hari tu terpaksa balik awal sebab husband kan keje malam, jadi dia belum tidur lagi. Sabtu pagi tu balik saja dari kerja di KL dia memandu ke Kajang untuk mengambil saya dan kami terus bergegas ke Shah Alam pula untuk ke kelas Sue. Jadi superman jap la hari tu kan.. :)

Kerana belum tidur sedari petang sebelumnya, mungkin orang lain akan perasan muka suami saya yang nampak mengantuk tapi saya cukup terkejut dia tidak tertidur langsung dalam kelas. Banyak kelas yang kami hadiri bersama dan ini pertama kali dia tidak bosan dan berpendapat kelas penyusuan tempoh hari sangat informatif dan bercadang membawa kenalan lain untuk kelas Sue. Dia pula yang beriya-iya bertanya pendapat saya mengenai kelas Sue dan berleter kenapa saya tidak banyak soalan. (kita dah baca kat dalam blog, mana tak faham dah diterangkan dalam kelas hehe)
Kawan saya beritahu segala macam dugaan yang dihadapi ketika menyusukan anaknya dan pelbagai prasangka dan tanggapan masyarakat mengenai susu ibu. Dan katanya lagi, tanpa sokongan moral dan kumpulan sokongan
penyusuan, dia tidak akan berjaya melakukannya. Mendengarkan itu, saya seperti berkenalan dengan fahaman pelik atau ajaran sesat dalam masyarakat kita. Sungguh tak sangka ada orang Islam yang berpendapat sebegitu mengenai susu ibu dan penyusuan badan. Dia memperkenalkan laman web Sue dan ianya terus membuka mata dan minda saya. Terima kasih Sue dan terima kasih pada kawan saya itu.

Puan Ayuni & suami.


Related Posts with Thumbnails

Related posts:

  1. 10 Oktober 2009-Kelas Penyusuan
  2. Roti-Kelas Penyusuan 21 Mac
  3. Kelas Penyusuan Universiti Malaya
  4. 7 Nov – Kelas Persediaan Penyusuan
  5. Kelas Penyusuan Johor Bharu

7 Responses to “24 Oktober 2009 – Kelas Penyusuan di Mumdreams”

  • salam sue.

    akak kagum dengan semangat sue membantu bakal2 ibu.
    banyak pahala sue dapat.
    keep it up ya!!

    Salam Kak Yati : Sebenarnya semangat itu adalah semangat bakal2 ibu dan bapa. Sue dan Farah cuba membantu supaya mereka tak putus asa dan faham apa yang mereka mahu lakukan untuk anak mereka.
    Jasa seorang guru macam Kak Yati laaaaaagi tak terhingga :)

  • alyn:

    heheh dpt jugak interframe kat blog sue :p
    seronok dpt masuk kelas jugak akhirnya, sambil2 refresh dan menambah ilmu penyusuan.
    tq sue n farah..

    Haha Lyn, Sue seram sangat bila Alyn ada tau..Perasaannya macam ada supovisor duduk kat seat paling belakang menilai guru praktikal..ekeke
    Nanti kita jumpak lagi ye Lyn. Lyn kecik macam dulu tak besar besar..hihi
    Sekian, acik besar yang jeles dengan mu

  • arca:

    tumpang tnya, sy tgh mengandung 6 bulan (anak 1st) …tp ari tu mase 5 bulan lebih, tibe2 baju basah….mcm kuar susu…agak ketara sbb mmg nmpk..huhu..tu normal ke? then bukan susu yg mula2 tu yg bgs ke sbb ade kolestrum(btl tak? ;-)) so mcm case sy ni…dah rugi ke?

    Salam Arca, badan ibu umpama jalan yang sedang dalam pembinaan semasa mengandung bagi menyediakan keadaan yang optimum untuk penyusuan susu ibu selepas kelahiran.
    Kolustrum akan hadir semasa awal kelahiran oleh itu Arca tak rugi apa apa, jangan risau ye.

  • salam kak sue…

    bile nak wat class kat area gombak?hehe..lyn teringin nk join… =) nk gi area lain cam x brp nk sempat la kak…

    Salam Harlinda : Kami akan ke Gombak sekiranya ada jemputan dari kawasan sana, insyaAllah :)

  • salam k.sue,

    Memang sangat berbaloi attend bf class last Saturday, very informative!! byk info yg saya dapat tentang bf dan saya berharap dapat bf anak saya sampai umur dia 2thn..lepas ni bole promote dekat kawan-kawan saya plak!!semoga selamat melahirkan anak ke-2..btw, perut k.sue nampak comel je walaupon dah nak masuk 9 bulan..:)

    Amiza : Amiza pun inspirasi akak juga. Ibu kecil tapi kuat semangat! Akak kagum dengan kesungguhan Miza dan suami yang mahukan terbaik utk Aqilah.
    Take care, nanti kita jumpa lagi.
    Perut? Uhuks..dah susah nak bawa ke sana kumari dah perut ni..ekek

  • zatul:

    tahniah

    Kak Zatul, tahniah utk apa? Untuk melahirkan ke..ekeke..itu kena wish me luck tu kak :)

  • Eja:

    Assalamualaikum Kak Sue,
    Sejak mula-mula saya melayari website Kak Sue, saya seolah-olah telah jatuh cinta dengan hasil tulisan Kak Sue. Lepas pada itu saya sentiasa melayari website Kak Sue tika ada masa terluang. Alhamdulillah, banyak ilmu yang saya dapat walau pun saya x mempraktikkannya dan IsyaAllah saya pasti akan mempraktikkannya.
    Untuk pengetahuan Kak Sue, saya mempunyai seorang anak perempuan berumur 1 tahun 1 bulan. saya telah menggunakan cloth diaper (cd) untuk anak saya semenjak dia bermur 6 bulan dan sekarang saya mempunyai 20 keping CD. (suka tengok montok die setelah mengenakan Cd, tambah-tambah lagi Cd yang bercorak) Alhamdulillah, ruam anak saya hilang dan saya dapat rasa penjimatannya. Sekarang x perlu lagi bajet untuk beli pampers. ;)
    Walaupun saya wanita berkerjaya (sepatutnya saya lebih berfikiran ke depan dan terbuka) tetapi saya langsung x terfikir untuk menyusukan anak saya secara ekslusif. Untuk pengetahuan Kak Sue, saya masih lagi menyusu badan tapi campur dengan susu formula. Hanya bila bersama saya sahaja menyusu badan sepenuhnya. Walau pun saya bekerja, tetapi pada waktu tengahari saya luangkan masa ke taska (anak saya dihantar ke taska) untuk menyusukan anak saya walaupun saya sibuk. Bagi saya, itu,perkara wajib harus saya lakukan. Agak meletihkan kerana terpaksa berulang alik ke taska yang agak jauh tetapi saya mahukan yang terbaik untuk anak saya.
    Sebenarnya saya ingin tahu lebih mendalam tentang breastfeeding. Bila Kak Sue nak bertandang ke Terengganu? Saya rasa pasti ramai para ibu dan bakal-bakal ibu di Terengganu menyambut kedatangan Kak Sue dan yang terlibat dengan penuh senang hati. Sekurang-kurangnya para ibu dan bakal-bakal ibu tidak buta dan tidak ketinggalan tentang Bf.
    Nasib saya kurang baik kerana saya tidak mengenali diyaluna sejak saya mula mengandung, kalau saya kenal dari awal pasti saya praktikkan untuk anak saya sekarang.
    Akhir sekali, terima kasih kerana kak sue sudi luangkan masa untuk membaca ulasan saya yang agak panjang. Thanks Kak Sue…

    Salam Eja : Malu malu kucing pula Kak Sue bila dapat tau tulisan Kak Sue dapat memberi semangat untuk ramai ibu lain :) Alhamdulillah…
    Dan kadang ada tulisan yang ter’over’ mengguris perasaan, Eja abaikan je ye, anggap tu mak yong terlebih emosi..ekeke

    Kami dah pernah ke Perak & JB untuk kelas Penyusuan dan kalaulah ada jemputan ke Pantai Timur, kecik tapak tangan, perut besar Kak Sue tadahkan hihi.. Eja kena hadiri kelas tu kalau ada ye, sebab nanti Kak Sue tercari cari yang mana satu Eja..hihihi

    Eja, take care. Muah muah pada si kecil yang berCD dan jangan sedih lagi ye mengenai BF. Kalau tiada sejarah, kita tidak akan jadi seperti kita hari ini..kan :)

Leave a Reply