Disclaimer
    The entire contents of this blog are based upon the opinions of author unless stated otherwise noted. The information in this blog is not intended to replace a one-on-one consultation with lactation consultant. It is a sharing information and knowledge from the research of author. This blog outlines sources, ideas and suggestions on breastfeeding your baby. The author and family disclaim any liability arising directly or indirectly from the use of the information contained in this blog.

    Do drop by at any Lunatots Outlet ( Your Parenting Partner) to buy breastfeeding, cloth diaper and babywearing item. Our official website is http://www.lunatots.com

    Kindly do not SMS me to ask about breastfeeding problem as I may not be able to reply it.
    Feel free to communicate through my email suraya'at'lunatots.com for counseling appointment.
facebook.com/suelunatots
Suraya Lunatots

Create Your Badge
Leave me a msg for friend request approval purpose
Networked Blog

[Google]
Announcement
    LUNATOTS AMCORP MALL , MAJU JUNCTION & CHERAS
    010-2414050/012-5880515

    LUNATOTS PENANG
    012-5510829/012-5280515

    LUNATOTS PUTRAJAYA
    010-2548020/013-6042348

    LUNATOTS GIANT KOTA DAMANSARA
    012-6362919

    LUNATOTS GIANT BUKIT TINGGI, KLANG
    012-4895567
Luna’s Counter
Friends Online

View My Stats
Nuffnang ADV
Luna’s Shop
Readers
Lunatots @HotFM
ShoutBox

Semalam masa sedang menyiapkan kerja di pejabat
Saya menerima panggilan dari seorang ibu
Dia adalah ibu A didalam entri ini
Beliau dan suaminya menghadiri kelas persediaan penyusuan walaupun ketika itu bayinya sudah berusia 2 bulan++

Ianya sekadar panggilan bertanya khabar dan dah beranak ke belum (kih kih..thanks Ros)
Dia menelefon saya semasa tengah mengepam
*Terharu sedu sedan acik bila ada yang ingat padaku

Percaya atau tidak, daripada 0 stok susu perahan (ebm)
Kini beliau sudah ada 40 botol ebm!
Berkat sokongan suami, kesungguhan menyusukan, mengepam dan percaya pada konsep supply and demand.
Saya bangga dengannya!
Inikan pula dia dengan dirinya sendiri kan? Tahniah dear..

Lepas letak telefon, saya menjeling set pam di tepi meja
Dah lama saya tak mengepam
Sejak kandungan berusia 6 bulan

Sejak dari hari itu, Iki tidak minum susu semasa siang kecuali hari minggu
Dan minum secara terus semasa malam
Penyusuan susu ibu pada Iki dan saya adalah lebih kepada bonding berbanding sumber nutrisi utamanya
Dia makan dan minum apa yang kami consume (mengikut kesesuaian-dimana Twisties bagai tu saya sorokkan)

Saya gembira dengan apa yang kami sekeluarga lakukan
Saya tidak kecil hati atau rasa bersalah kerana saya faham apa yang sedang berlaku
Badan ibu menyediakan yg terbaik untuk bayi yang bakal lahir
Dan dalam masa yang sama, ianya momen yang berharga buat saya & Iki pada setiap kali menyusukan dia
Saya seakan tak percaya yang dia akan membesar dengan susu ibu sahaja
Dan masih diluar sangkaan saya yang dia boleh menerima semula susu ibu walaupun telah diperkenalkan dengan botol dan susu formula semasa awal awal kelahirannya

—————–
Cerita ibu XY kepada saya melalui YM, beliau dan suaminya menghadiri Kelas Persediaan Penyusuan pada 15 Ogos 2009.
arini dah 44 hari…last pantang..
aritu besalin c-sec…try bg susu..nampak bb cam ada telan2 tp nangis cam tak puas
nurse dtg, risau tak cukup susu..ckp nak bg fm sbb takut bb tak kenyang…
me n hubby tak leh buat apa..risau sebab nurse kata if dia x ckup susu akan kene penyakit mende ntah tak ingat..
tu yg terpaksa setuju..
1st of all……..sy ada masalah inverted nipple..cam ner nak buat sue?
blk umah..try bg susu..tp environment cam beri pressure…nipple pendek..mak mertua n nenek dah sibuk2 nipple pendek,bb tak puas
tepaksa bg fm lagi..
1 minggu je kat umah mertua dah blk umah sendiri…at the same time bg fm lg tp stil bg susu bdn..try to pump eventhough pump tu utk 2 minggu seblm keje
aritu dr. bg pil utk tambah susu as bb tak sesuai minum cow milk, ada alergy..skang ni minum susu soya
skang if picit nipple ada susu, tp bila pump dah tak keluar..guna spectra 3 double pumping…
sedih………………..dah takde susu ke???? baby mmg tak mo hisap nipple sbb nipple pendek..
skang bg susu guna bottle tommee tippee yg bentuk cam breast tu
so need your advise…hari2 sedih sbb tak susukan chalissa………………..if minum milk tea boleh byk susu semula tak sue..

—————–

Besar hati saya menerima kes sebegini
Walaupun sekali pandang, ibu ini menghadiri kelas dan masih tidak berjaya eksklusif breastfeed
Tapi bila dilihat dari pandangan hati saya, saya tau ibu ini berlaku adil dengan saya
Sekurang2nya dia pernah menghadiri kelas saya
Saya tidak perlu  menerangkan tentang supply and demand, mahupun teknik lekapan dan posisi atau segala macam mitos penyusuan
Yang beliau perlukan, sedikit suntikan semangat dan ilmu ‘refreshment’ baginya meneruskan perjuangan yang bukan mudah

Saya simpulkan kisah ibu di atas
Beliau akan mulakan proses relaktasi bermula dari saat dia log off  YM dengan saya
Beliau faham yang nipple does come in varies  size so does baby’s mouth
Dan apa yang penting dalam proses lekapan bayi ialah bahagian aerola dan bukannya saiz atau bentuk nipple ibu

Siapa mahukan yang susah bila dah terbiasa dengan yang mudah, kan?
Begitu juga bayi kita, sekiranya diperkenalkan dengan botol seawal 50 hari pertama
Beliau akan marah bila tiba tiba diminta menghisap susu dari payudara
Seperti yang saya nyatakan sebelum ini, pemberian susu melalui puting botol banyak menyebabkan masalah berbangkit terhadap penyusuan susu ibu

Ibu XY, anda tahu apa yang anda lakukan sekarang akan berbaloi
Saya harap, anda akan dapat rasa perasaan saya sekarang bila memandang Iki
It worth dengan segala air hidung mata suatu ketika dulu

Update saya selalu ye mengenai perkembangan Chalissa dan mamanya!

——

Selingan :
assalamualaikum sue
harap sue sihat selalu

harap sue ingat lagi pada saya yang ikut kelas sue di manjoi, ipoh tempohari. alhamdulillah , masih exclusive breastfeeding. baby pun sihat.

cuma lagi 2 minggu nak kerja. hari tu saya ada beli botol MAM dekat kedai sue, tapi baby tak nak lah sue. dah try semua cara , contohnya orang lain yang feed etc etc. saya baca kat blog sue kata picagari lebih digalakkan ya?

boleh sue elaborate tak? saiz berapa? macam mana sebenarnya , adakah bubuh di hujung bibir baby ke dan sebagainya.

terima kasih

-siti zufina-

——————

Siti boleh feed bayi melalui picagari atau cup kecil
Mula mula panaskan amount susu yang diperlukan (2.5 oz ke 4 oz mengikut umur bayi)

Bagi penggunaan picagari, beri bayi minum seperti minum ubat
(Gambar daripada Google)

Bagi memberi bayi minum susu melalui cup:
Letakkan cup kecil di bahagian bibir bawah bayi dimana bayi akan mengambil sendiri susu tersebut dengan lidahnya
Dalam kedua dua cara, bahagian kepala bayi perlu dinaikkan sedikit bagi mengelakkannya tercekik

Biarkan bayi minum mengikut permintaannya (tak perlu paksa dia untuk habiskan kesemua 2.5 oz ke 4 oz susu yang telah dipanaskan)
Susu tersebut tahan selama 2 jam
Offer semula susu tersebut dengan cara yang sama selang 10 ke 20 minit

Cup feeding adalah lebih berkesan berbanding bottle feeding kerana masalah bayi minum terlalu banyak dan ibu tidak dapat mengepam jumlah yang sama semasa siang, dapat dikurangkan

Acik buang tebiat, mengepam 30 minit
Ini prepartum milk(seakan akan kolustrum) yang Iki selalu terpanggil “nak air mommy..eh susu mommy”‘

IMGP2948 (Medium)

IMGP2949 (Medium)

Nota mommy Luna :
Kelakar pula bila terfikir (sambil membasuh pinggan di sinki)
Tiba tiba berharap isteri Iki akan menyusukan cucu saya
Sebab breastfed baby will breastfeed their babies
Setiap kali nampak bayi di pangkuan ibunya, dia akan berkata “Baby minum susu…hiiiiiii (sengih)…Nak susu juga”

Bagi ibu yang sedang mengandung dan mahu bersedia, klik entri ini
Mengapa kolustrum itu penting, klik sini

Related Posts with Thumbnails

Related posts:

  1. Nipple Preference
  2. Growth Spurt-Beralih bulan
  3. Membuat Stok Semasa Dalam Pantang
  4. Let Down Reflexs
  5. Saya Tidak Menghasilkan Banyak Susu

10 Responses to “Prepartum-Kolustrum”

  • Riez:

    salam sue…sedikit luahan perasaan dariku..ku sgt jeles pd kwn2 yang masih ada ibu n nenek menjaga diaorg lepas melahirkan..xmcm aku ,ibu n nenek dah xde, saat nak bersalin tercari2 org nak menjaga dlm pantang, sib baik ..ade MIL ..bab ilmu bfeed ni cari ilmu2 bfeed yg xbrp cukup ni sendri2 ajer….tapi ku sgt kesiankan kwn2 yg xdpt support dari ibu n nenek nye sendiri utk bfeed bb…sedangkan diaorg adalah ahli keluarga yang terdekat utk memberi tunjuk ajar n sokongan yg sepatutnya saat mereka berusaha menyesuaikan diri menjadi seorg ibu..moga mereka yang bersemangat nak mnyusukan bb dpt menarungi dugaan n cabaran..yakin boleh ye ibu2!

    sue…nanti kalo dah melahirkan seju n nak tandem nursing cane nak cntrl supaya susu colostrum x di abiskan oleh si abang ek?

    Salam Riez:Semalaman Sue terfikir2 tentang apa yang Riez tulis. Betul tu, kadang2 kita tak hargai apa yg ada sbb ianya ada.
    Haha, abg mesti sibuk bermain dan tak kisah sangat mengenai susu mommy & adik. Selain dari itu, daddy boleh lekakan abang dengan makanan atau toys yang disukainya, tidaklah dia mengendeng mommy :)
    Dan diawal awal kelahiran, semasa adik belum mahir menghisap (terutama bagi lazy feeder), abang membantu pelancaran susu mommy insyaAllah

  • oh begitu…terima kasih banyaklah sue sebab susah payah jawab pertanyaan saya. :0 tak lama lagi nak kerja, nak kena train eva dan carer dia pula. stok EBM alhamdulillah , dah 3/4 penuh chest freezer harapnya berjaya susukan dia sekurang-kurangnya 6 bulan.

    kami doakan sue selamat dan dipermudahkan bersalin nanti, insya Allah
    :) . tak sabar nak tengok SEJU , mesti comel macam Iki juga…

    Salam Siti : Sama sama dan minta maaf sbb Sue lambat reply, terkejar kejar sendirian dengan perut..ekeke
    Tahniah, banyaknya stok Siti..jadual kerja Siti pun tak menentu dan perlukan preparation awal untuk hari hari yang tak terjangka..hihi

    Terima kasih Siti, Eva dan Danial (serta abahnya)

  • jutt:

    su, apa beza kolustrum dgn papadom eh, prepartum? hem…30 minit ngepam, bnyk tuh je ek kuar?

    Jutt boleh cek di artikel yang Sue tulis untuk Pa&Ma Nov 2009.
    Prepartum milk dan kolustrum tak hadir dalam kuantiti yang banyak.

  • Maziah:

    Salam su,ape kabar?
    ingat ma lagi??alhamdulillah ma masih menyusukan ihsan.
    TQ sbb byk bagi info pd ma.
    Ma doakan su selamat melahirkan adik iki.AMIN.

    Salam Ma : Sue sentiasa ingat Ma tapi belum sempat jumpa Ihsan.
    Sue harap Ma akan terus susukan Ihsan sampai 2 tahun, kalau Ma senang, Ma boleh tulis feedback kelas ke email Sue ye dear.

  • ainazura:

    sue, kagum betul zura ngan ibu A tersebut (t’masuk dirimu) gigih n berjaya mengumpul stok ebm sebelum masuk keje, pendedahan yg awal mmg benar2 b’guna, kalau zura mampu ulang semula waktu mmg sue dululah zura jadikan rujukan…

    Zura : Sebelum masuk kerja, kami dapat cukup2 15 oz utk hari pertama bayi di rumah pengasuh.
    Stok ebm disimpan selepas selepas hari itu..Selamat berusaha Zura!

  • Saya suka dgn idea guna syringe dan feeding cup tu.. tp x semua pengasuh yg sanggup… nasib bb x kena nipple preference guna MAM btl…

    Syringe dan cup feeding adalah berguna semasa bencana (macam banjir, gempa bumi etc etc) kerana penggunaan botol lebih mendedahkan bayi kepada contamination sbb biasanya bekalan air bersih susah utk didapatkan pada ketika itu.

  • dadin98:

    utk saudari yg anak dia tak bole guna botol MAM tu apa kata cuba puting NUK…yg leper tu…2nd twin akak sesuai guna tu…1st twin guna MAM…tapi 1st twin ni dua2 jenis puting pun dia laju jer….

  • lala:

    kak sue…kalau BM for 5th month baby berapa oz ye sepatutnya…

  • mami maisarah:

    Salam kak sue..

    Saya nak tanya la ni pun saya tlg kawan saya yg baru jer bersalin pada 9 mac 2010. Dia emai saya n bagi tau susu badannya tak kuar lagi..kesian pula saya dgr.tapi dia kata breastnyer nak membengkak suda so saya nasihatla kat dia utk buat urutan pd breastnya supaya pengaliran susu lebih lancar..saya bagitau dia semasa baby hari pertama memang nmpk mcm x ada susu tapi sbnarnya yg kuar adala kolostrum saja so sbb tu tak nampak.tapi saya suruh gak dia bagi babynya hisap supaya boleh stimulate kan susu badan..mgkin kak sue ada tips2 yg lain lagi. terima kasih

  • Hamie:

    Salam.
    Saya dh nk start keje, dr umur baby sebulan dh ajar baby hisap puting botol tapi baby menolaknya dgn lidah.Baby akan menangis utk tolak puting botol.kesiankan dia lapar saya bg susu badan,Barulah dia diam.
    saya dh try mcm2 puting tp sampai sekarang baby masih xnak.Ada tips2 utk ajar baby saya hisap puting botol?

    Salam Hamie, nanti saya kongsikan dalam blog ye.
    Kalau Hamie berpeluang untuk menyertai kelas penyusuan kami, lebih elok :)

Leave a Reply