Archive for November, 2009
Komen dari Suriati (Su)
—
seperti yg sue cakap…kita boleh handle si kecik tapi emo sungguh dengan si abg..diorg kalo boleh sume nak kita buat utk dia..dari mandi, makan, tengok tv n tdo nak bersama kita..huh tensen betoi..abahnyer keje dok penang,su balik kedah..si abg takmo kat org lain sumer nak mamanya yg buat …su rasa stress sangat masa dlm pantang..
lepas balik penang..su hantar abg pi nursery dia..then su stay berdua ngan adik kat rumah…baru boleh relax2 …masak simple2,kemas umah skit,golek2 ngan adik,..n start buat stok susu…huh heaven jer rasa..
memang kita rasa kesian kat si abg coz time kita bz ngan adik..abg kena play sorg2…but su try juga spend masa ngan abg time adik tdo even dah penat lepas balik keje…huhu…mencabarkan jadi mama ni
—
Fizikalnya saya semakin sihat
Mentalnya saya stress bila Iki mengamuk mahukan saya buat semua
Mandi nak mommy, ambil chocolate pun nak mommy, buka CD, wash poo poo, suap makan etc etc
Lagi stress bila nampak dia menangis terguling2 di lantai..ekeke
Dan bila daddynya ‘tolong’ marahkan dia, saya sedih
Saya rasa kita akan ‘tertekan’ bila kita sendiri tak tahu apa & bagaimana yang kita nak kan?
Saya niat, balik dari hospital nak belikan toys untuk Iki supaya dia leka
Tapi tak sempat beli apa apa
Jadi saya fikir, saya akan bawa pulang ’susu’ dengan banyak untuknya..haha
Kawan kawan, gambar yang ada di dalam blog saya ialah gambar semasa berjalan sebab elok bertudung litup
Gambar semasa saya berehat dirumah, berkain batik yang sama dari pagi ke malam, tiada dalam blog
Oleh itu, saya nampak macam gigih walaupun sebenarnya saya jalan perlahan lahan sahaja dan berehat bila penat
Iki dan kawan2nya
Namanya ‘Ailevyu’ dan bukan Barney (nama sebenar)
Katil kami yang sedia sempit mengisi 4 manusia dan 3 makhluk ungu yang lain
(Tengah-tengah malam, saya sepak 3 ungu itu ke bawah katil)
Iki bolen berCD sahaja sebab dia baru lepas mengamuk tanak mandi, tanak pakai seluar, tanak pakai baju, semua tanak
Saya lenggang kangkung dan jawab “Ok, nak pakai nanti beritahu ye”

Iki ‘tolong’ opahnya kemaskan halaman rindu eh rumah mommy
Masa ni dia dah pakai baju sbb dia ‘nak’ pakai
(Kalaulah anak saya tak mahu ke sekolah, camno eh gayonyo?)
Entri mommy Lina ini menyedarkan saya, yang kami bukan sekadar membesarkan anak
Tetapi bertanggungjawab ‘mengisi’ mereka supaya menjadi ‘orang’ sekurang kurangnya

Kan…kalau aktiviti dirumah, maka tak adalah gambar saya (oh tertekan!) hihi
InsyaAllah petang ni saya akan ke showroom membungkus pesanan online
Kalian, selamat berkerja dengan tekun
Saya tompang bangga dengan kegigihan anda semua!
Dari ibu yang mahu tidur petang sejam dua…ekeke
Saya belum ucap terima kasih kepada semua kawan kawan
Samada ucapan tahniah di blog, email, SMS dan panggilan telefon
–> Terima kasih dari dalam hati kami suami isteri
Tak cukup wang ringgit yang kami ada untuk membayar semua ‘doa’ dan ucapan kalian..terima kasih lagi sekali
Walaupun ber’anak’ dua, saya masih ada hati mahu mengupdate blog setiap hari
Cuma allocation sejam untuk blog kadang kadang jadi berjam jam sbb terberhenti henti
(susukan anak, tukarkan CD anak anak, menari menyanyi dengan Iki etc etc)
*Macam sekarang ni saya sambil temankan Iki cari ‘apa’
Cari ‘apa’ = dia pun tak tau dia cari apa tapi tertonggeng2 bawah meja dan kerusi sambil tertanya tanya “mana?”
Sebelum ke showroom, pagi2 kami siapkan beg anak anak (bukan lagi beg Iki seorang)
Dan makanan anak (sebab Dzakwan belum makan..ehehe)
Roti siap siap bubuh butter & jem supaya boleh terus dimakan oleh kami anak beranak
Air kotak pun bawa siap siap (bunyinya macam nak pergi piknik kan?)

Setiap Sabtu & Ahad, showroom dibuka jam 10 am – 3 pm sahaja
Untuk katalog lampin kain moden/cloth diaper Lunatots yg baru, klik sini




Pulang dari showroom, kami ke KFC di Taman Tasik Permaisuri
Niat saya bergambar di bawah payung di bawah hujan?
Ini payung yang sama dalam entri ini
Murah je, RM15 kalau tak silap..tapi masa student dulu, RM15 macam RM1500..keke
Saya teruja yang amat semasa mula2 beli payung ni
Bila beranak satu, saya dah ada payung lain warna pink
Dan dah lama tak pakai payung lama ni
Incik suami keluarkan balik dari ‘kotak-hikmat-barang-barang-masa-bercinta’ haha

Mengimbau kenangan lama je tauuuuu (walaupun alignment dan saiz perut dah lain..ekeke)

Lepas makan, kami ke Subang Jaya sbb saya mencari cradle utk majlis Aqiqah Dzakwan
Saya cari yang macam dalam gambar di bawah
Belum dapat lagi sbb kena order seminggu
Tarikh dan tempat untuk majlis aqiqah Dzakwan ialah pada 26 Disember 2009 di Kuala Kangsar
Ianya akan disekalikan dengan majlis sambutan hari lahir Iki yang ke-2
Saya akan tepekkan jemputan rasmi nanti ye
(Kepada yang berada berhampiran, saya book calendar anda awal awal ye!)
Kecil tapak tangan Dzakwan, tapak tangan kami anak beranak saya susunkan..hihi

Alang alang dah ke Subang, saya singgah Mydin USJ round round
Sambil carikan goodies untuk budak2 masa birthday Iki nanti
Pegang pegang juga baju untuk majlis itu nanti tapi belum ada yang berkenan
(Sebenarnya perut tak surut lagi dan banyak baju tak muat..ekeke)

Saya teringat teman saya cakap “skrg ni asalkan nak menyusukan je, macam macam ada”
Breastpump, tempat simpan susu, poncho, baju nursing dan nursing bra pun ada!
When there’s a will, the will be a way
*Saya menyusukan Dzakwan ditutup dengan poncho
Anda kisah dengan tudung senget benget saya?
Oh anda lupa agaknya saya ber’anak dua’ ..ekeke
Hari Ahad, saya ke kedai juga
Saya sihat dan saya rasa segar
Kalau diberi pilihan, saya pun mahu cuti bergaji 2 bulan membelek anak
Tapi ini jalan yang saya pilih
Dan we will be fine

Dzakwan bayi yang ‘kuat’ dari dalam perut
Mommy ibu yang asyik bergambar sampai orang keliling naik hairan..ekeke
Nota mommy Luna : Mak mertua saya dah balik, dan mak saya datang malam tadi untuk melihat2 kami anak beranak. Terima kasih (semua) mak!
Sepanjang minggu ini saya belum berkesempatan meng’update’ blog
Mak mertua saya datang tolong temankan kami anak beranak minggu ni
Minggu minggu selepas ini belum dirancang bagaimana aturannya..ehehe
Anak anak & suami dah tertidur kepenatan
Saya bangun nak update blog di tengah2 malam
(oh oh, orang lain bangun tengah malam basuh pinggan, kemas rumah, lipat kain dan kerja kerja berpekdah lain..ekeke)
Hari siang saya dipenuhi dengan rengekan Iki minta perhatian
Muka saya senyum tapi hati saya menahan meroyan..huwoohh
Entri ini akan berbentuk diari seminggu qada’ entri..hihi
Hari Ahad lepas saya discharge jam 4 pm lepas antibiotik terakhir Dzakwan
Sambil kemas kemaskan paper bag saya yang berbondong bondong itu
Iki prektis guna kamera ayahnya
Gaya muncung2 mulut sume dah ada dah..ekeke
Mungkin hanya saya yang rasa anak saya masih kecil
Tapi ada baaaaanyak perkara yang Iki dah faham dan mengerti
Contohnya bila saya bawa turun sampah dari showroom
Dan letak di tepi tong sampah kemudian masuk dalam kereta
Iki beritahu saya “mommy, barang!” (sambil jari tunjuk2 pada sampah yang saya tinggalkan)
Iki dah 2 tahun
Tapi lelah memanjakannya tak pernah bersisa, tak akan


Gambar diambil semasa di luar hospital
Di tangan saya ialah laporan pemeriksaan Dzakwan & x-raynya
Tudung, baju, seluar dengan handbag memang tak matching
Anak acik dah duo (tangan tekup muka tak dapat menerima hakikat..haha)

Sedar tak sedar, ‘lama’ dah kami bersama
Lama = lebih kurang 9 tahun
Sekejapnya 9 tahun berlalu kan?
Bila perkataan –> ‘anak dah dua’<– ditekankan
Kami akan merasa semakin ‘lama’
Erm maksud saya, semakin tua..ekeke

Mommy yang tak sempat oles oles bedak asas..keke

Banyak banyak terima kasih daddy sbb temankan mommy di hospital
Kalau kena tidur sorang, harus mommy bungkus beg bawak IV drip ape sume ikut daddy balik
Malam pertama di hospital agak saiko, kononnya dengar itu dan ini
(Padahal siang dah tidur banyak..ekeke)
Malam kedua, lena tidur (bangun selang 2 jam bila nursery hantar bayi) sampai ke pagi

Sampai dirumah, lepas rindu pada Iki dulu
Menitik air mata tengok Iki tidur selepas menangis mahukan saya
(dia balik dulu dengan opahnya sbb saya kena tunggu keputusan pemeriksaan Dzakwan)
Blues melampau sangat masa tu
Filem Khabir Bhatia pun serender…ekeke
Haruskah saya minta maaf sbb Iki dapat adik lagi?
Patutnya ucap tahniah la pada beliau kan kan?
He will be fine, he should be fine, we should be..
Saya sudah mula mengepam susu
Sempatlah pam sedikit sebelum Iki ambil pam saya dan main
Lihat..sabarkan saya ber-anak dua?
Pengalaman pertama membesarkan anak pertama saya disini
(Yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan ye)

Alhamdulillah, 2 oz ini saya simpan di dalam fridge
Tujuan saya mengepam ialah sebagai ’spare’ sekiranya saya ‘terpaksa’ meninggalkan Dzakwan untuk shopping eh maksud saya utk tujuan yang amat penting (seperti ke hospital)

Storage bottle telah dibasuh dengan air panas oleh incik suami


Selepas dilabelkan dengan tarikh, susu perahan tersebut disimpan didalam deep freezer
(Tahan 6 bulan dari tarikh perahan)
Untuk tips mengepam semasa dalam pantang, klik sini

Hari Isnin, saya ke showroom dengan anak anak sbb stok CD baru sampai
Berhenti sekejap susukan anak sebelum menyambung kerja
Saya buat yang ringan ringan sahaja sbb beri peluang pada yang muda remaja berkerja..hihihi
Terima kasih Lunatots Team yang lain!

Hari Selasa pun saya ke showroom menyambung urusan duniawi
Anak anak saya bawa sekali
Pulang dari showroom, singgah Econsave beli barang dapur
Masa gambar di bawah di ambil, saya duduk sebentar sbb lenguh kaki
Tengah boring2, nasib baik ada kamera phone (nasib baik? )

Tersenget senget saya nak ambil gambar pouch

Sebab ada Dzakwan dalam pouch
*Terfikir juga nak minta pekerja Econsave yang tengah sibuk susun susun barang ambilkan gambar saya..ekeke

Hari Rabu & Khamis, saya berehat dirumah
Tiada gambar sbb bila dirumah, saya agak comot (ayat sebenar = tak agak agak la comotnya..ekeke)
Jumaat, Aidiladha 2009
Bangun pagi, mak mertua & kakak ipar dah masak rendang dan kuih kacang
Saya yang potong nasi himpit tu, sebab tu tak simetri senget benget..ekeke

Raya secara sederhana
Suami solat hari raya di masjid berdekatan
Saya siapkan anak anak dirumah

Warna tema aci sarung namanya..ekeke
(Mommy lupa letak baju melayu hijau Iki dimana)

Dan petang tadi saya saaaaaaaangat gumbira
Sebab suami janji nak bawa ke Big Bad Wolf – Books warehouse sale
Ianya berada di Level 3 Amcorp Mall
Iki saya tinggalkan masa dia sedang tidur petang
Dzakwan ada dalam kantung hijau di perut mommy..hihi

Wah..orang sungguh ramai sampai kena berbaris sebelum masuk
Saya perlu bawa Dzakwan berhati2 bimbang disondol orang
Memang logiknya saya pergi books warehouse sale yang tidak merbahaya tapi mungkin orang ingat yang warna hijau itu adalah handbag saya, kan?
Kami bershopping secara amik-amik-amik-amik-nanti-kat-sudut-pilih-nak-yang-mana
*Nampak pertambahan daging pada pipi saya berkat milo, roti, nasi, buah dan kek setiap hari

Isteri mithali mana nak dapat macamni “Abg nak buku apa, amiklah”
(Memang saya berani cakap begitu sbb paling mahal pun harga buku ialah RM10)
Beg yang disandang ialah beg baby isi CD, tisu basah dan lain lain hadiah dari Puan Watie
Oh Watie, tahniah atas berita gembira ye
Kelahiran yang kedua akan tambah menyerikan kehidupan pastinya

Tu dia….banyaknya buku yang kami pilih!
Soalan cepumas ‘ada masa ke nak baca?’ hihihi
Antara yang membuat saya dup dap dup dap ialah saya beli buku masakan!
Hah, beli buku masakan pun gembira?
Nanti, bila saya dah cuba beberapa resipi, saya tepekkan disini ye
(Nak tepek juga walau orang tak tanya…hihi)

Niatnya saya nak beli set comforter
Tapi penjual tiada di boothnya
Jadi saya tumpang duduk untuk menyusukan Dzakwan
Mujur takde orang nak beli masa saya ‘jagakan’ booth ni
Pouch ini membantu..sungguh!
Bayi tak berbunyi dari datang sampai sudah shopping sebab selesa ‘dibawa’

Jujurnya, saya ok dengan 2 orang anak
Maksud saya, saya masih ok dengan Dzakwan yang belum banyak ragamnya
Cuma masih sukar mengawal emosi dengan emosi bercampur baur Iki
Bila saya buat tak tahu padanya
Dia duduk sendiri dan menyanyi Happy Birthday to You sorang sorang
Bohong kalau saya kata saya tak rasa apa apa

Bila saya kata “mommy sakit, mommy nak makan roti lepas tu makan ubat”
Dia cakap “ok”
Dan bawa buku duduk di bawah kaki saya (ala ala adegan si Tanggang minta maaf dari emaknya)
*Tengok kakinya berlunjur kena kerusi meja makan

Dan bila malam, saya akan ’sedikit’ naik angin sbb dia suka merengek
Dia akan menangis sambil berbaring di kaki saya (macam mak dara minta maaf dari Kasim Selamat)
Emosi kan kehidupan kami? Haha..
Ini gambar Iki dan Dzakwan masa menyusu
Dzakwan = cradle hold position, Iki = football hold

Bila Dzakwan dah kenyang…

Abang saaaaayang adik!

Nota mommy Luna : Sabtu, Ahad dan Isnin ini saya ke showroom. Kalau ada yang sudi menjengah, jom jom ke sana..tengok CD dan baby baru
*Showroom macam tongkang pecah, sungguh!
Teknik Hypnobirthing?
Saya gunakan semasa buang air besar (haha)
Ianya berkesan dengan cara menggunakan teknik pernafasan yang sama cuma ‘aura’nya disalurkan ke bahagian yang berbeza
Recommended :thumbs up:
Keputusan darah Dzakwan adalah baik dimana tiada bakteria infection pada mana mana fungsi badannya (jantung, paru-paru)
Jadi dia boleh pulang ke rumah pada hari Ahad lepas bersama sama saya
2 keping gambar di bawah ialah tempat IV untuk masukkan antibiotik
Uwohh..kadang2 berdarah disitu kalau tersalah pegang
Kasian Dzakwan..
Antibiotik terakhirnya pada pukul 4 petang hari Ahad 22 Nov 2009
Dzakwan di rumah bersama sama kami menyambut Aidiladha
Kata orang, anak kedua dah kurang ‘eksaited’ nya
Pada kami suami isteri, untuk anak kedua ini kami dah ada expectationnya..hihi
Dzakwan minum susu ibu dan bercloth diaper secara eksklusif
Pattern tidur, minum susu, ragam tangisnya boleh dijangka
Dan sepanjang seminggu ni ‘belum’ sukar lagi menjaganya
Alhamdulillah Dzakwan tak ada jaundice
Minum susu dan buang air besar/kecil dengan banyak
Tips berCD semasa dalam pantang?
Nanti dalam entri lain, saya kongsikan ye
Emak beritahu saya, anak sepupu saya (dua pupu Iki & Dzakwan) berumur 25 hari masuk NICU Hospital Teluk Intan
Sebab cirit birit sampai dehydrated
Minum susu formula sebab susu ibunya dah kering (mengikut kata ibunya)
Saya? Kalau ada daya & kudrat untuk saya poskan susu perahan, saya akan buat
Sabda baginda s.a.w :
Bagi setiap tegukan susu yang diberikan kepada bayi, ibu mendapat satu pahala kebaikan.Jikalau ibu terpaksa bangun pada malam hari kerana bayinya itu, maka ia dapat pahala sebagaimana pahala orang yang membebaskan hamba sahaya 70 orang di jalan Allah.
Apabila seorang wanita menyusukan bayinya, maka setiap tegukan susu yang diberikan meperolehi pahala yang sama dengan pahala orang yang menghidupkan seorang yang mati.Apabila ia memisahkan penyusuan bayinya (setelah cukup usia), satu malaikat khusus akan mengucapkan selamat kepadanya kerana keberhasilannya melakukan tugas menyusukan anaknya).
Dan ia berkata : “dosa-dosamu yang lampau sudah diampuni”
Daripada blog kak Elly
Nota mommy Luna : 100% untuk daddy, 100% untuk Iki, 100% untuk Dzakwan

Pagi semalam ada bunyi buzz alert di handphone saya
Rupanya saya tandakan Expected Due Date (EDD) saya di handphone dari masa mula mula mengandungi
Pejam celik pejam celik, Dzakwan dah berusia 5 hari
Teringat masa survey2 beg untuk ke hospital (sebelum bercita cita untuk homebirth)
Saya pegang tak mahu lepas beg yang ni
Suami “amboi, macam nak pergi bercuti 3 hari 2 malam” keke
Sudahnya saya tak beli dan bawa paper bag je berbondong2 ke hospital

Esok dah hari Jumaat dan hampir seminggu sebelum kejadian kelahiran minggu lepas
Rasa macam tak percaya gosok2 mata yang minggu lepas saya sakit di’pitocin’ kan
Dan senyum senyum update blog sebelum masuk Operation Theather (OT)
Rasa lega sangat bila drip pitocin tu dicabut dari saya
Tapikan, logiknya..walaupun drip tu dah dicabut, masih ada pitocin yang mengalir dalam badan saya kan?
Maksudnya, surge itu masih sama kuat cuma perasaan saya sangat ‘lega’ dan tak rasa sakit sehingga larat berjalan ke toilet dulu
Itulah the power of mind kan?
Sementara menantikan doktor di belakang membuat persiapan
(Dia tunduk je, saya agak dia buat kira kira matematik panjang pembedahan yang diperlukan..ekeke)
Kellass ‘tudung’ saya siap ada serkup
Rambut keluar2 tu adalah trademark..ikiki..
*Ayg, tudung tak sama color uniform pink sbb Alg nampak gemuk dalam warna maroon..ekeke
Tuiiiiii… lompat ke hari kedua iaitu Sabtu
Motif gambar di bawah ialah, saya sudah bangun berjalan jalan pada 9 am Sabtu
Gumbira huii…salur kencing pun sudah diremove dari saya
Teruja ke hulu ke hilir dalam bilik sorang2
(Masa ni suami pulang sekejap ke rumah untuk ambil Iki)

Sambil selak selak paper (selak saje…hihi), nampak iklan Prosperity Burger
Wowowo..saya boleh makan burger prosperity hari hari!
Ianya dalam list yang menggembirakan saya!

Ammar Zikry, lahir Jumaat 14 Disember 2007
bersamaan dengan 4 DzulHijjah 1428.
3.02kg, 9.15 am at HUKM Specialist Centre
(Aidiladha 2007 jatuh pada 20 Dis 2007-6 hari usia Iki)

Ammar Dzakwan, lahir Jumaat 20 November 2009
bersamaan dengan 3 DzulHijjah 1430
3.15kg, 3.25 am at Hospital Pantai Cheras
(Aidiladha 2009 jatuh pada 27 Nov 2009 – 7 hari usia Dzakwan)
*Maksudnya birthday Iki & Dzakwan selang sehari dalam bulan Islam
Saya tambah tips menyusukan anak semasa di hospital iaitu berbaring
*Nursing shirt dari Mumdreams
- Tinggikan sedikit bantal ibu
- Minta bantuan orang lain untuk meletakkan bayi secara mengiring (90 darjah) kepada ibu (sekiranya ibu bersalin caesar)
- Sendal bantal di belakang ibu & bayi
- Biarkan kepala bayi di atas tilam dan bukannya di atas tangan ibu
- Ibu berkeadaan selesa
Berbahagialah, anda boleh menyusukan secara berbaring dari hari pertama kelahiran!
Penyusuan waktu malam saya kali ini tidak se’penat’ sewaktu menyusukan Iki (2007)
Saya cuma perlu mengiringkan Dzakwan untuk disusukan
Dimana dalam banyak kiraannya, kami sama sama tertidur semasa/selepas penyusuan
Cuma daddy perlu bangun sekali atau dua kali (waktu malam) untuk menukar CD Dzakwan sebab baby poo dengan kerap
What goes in must come out kekdahnya..hihi
Yay, kami berjaya memuatkan 4 orang di atas katil
Masing2 sedar diri tidur keras kejung takleh lesak2
Plan kami, bila Iki 4 tahun & Dzakwan 2 tahun
Kedua dua mereka buleh ditempatkan di bilik yang berlainan untuk memberi mommy & daddy lebih privacy (nyeh nyeh)
Ini minggu yang ‘tough’ untuk Iki
Hari hari sedih sokmo, minta lebih perhatian
Bila Dzakwan merengek dan saya tanya “adik nak susu ye?”
Iki jawabkan “adik tak nak susu, mommy. tak payah”
Dan ada banyak lagi dialog lain yang men’sayu’ kan hati ibu
Tapi saya percaya, yang kegembiraan itu lebih terasa bila dikongsi bersama yang istimewa
That is the beautiful of tandem nursing!
*Di ambil dari blog Shidah yang baru melahirkan Asri Irfan
Tahniah dear!
Rujuk Pa&Ma Disember 2009 untuk artikel Tandem Nursing oleh Puan Farah
Nota mommy Luna : Tiada harga yang sama dengan rasa menyusukan 2 anak serentak..Tiada..





