Semalam saya menerima sms dari seorang ibu yang bertanyakan
“Umur berapa anak stop makan bubur? Saya baca blog akak,iki makan bubur lagi. Anak saya baru 1 tahun 3 bulan. Umur setahun dia dah makan nasi dll. Kerepek pun dia makan. Giginya 12 btg”
Jawapan saya :
Anak sudah boleh diperkenalkan makanan pejal (seperti nasi, mee dll) apabila sudah ada gigi
Iki makan bubur kadang2 bila daddy/mommynya ada mood rajin masakkan
Atau bila opahnya sudi buatkan..hihi
Sebab dalam bubur boleh campur sayur segala, fish ball, ayam, kentang etc etc
Kalau dia join kami makan nasi, nasi saya nak buh sambal belacan, asam pedas, masak lemak kuning yada yada..ekeke
Nanti tak tersuapkan mulut anak, mulut mak je nganga
Hari hari biasa, Iki makan nasi lauk ayam, ikan goreng, sayur campur atau apa apa lauk orang dewasa yang tidak pedas
Eh saya menjawab ke soalan Puan di atas?
Untuk kerisauan Nur
sue, anakku dh 7 bln, hanya minum direct bf. Susu pump ku langsung tk jln kecuali paksa-tipu guna cawan. mslh skrg, dia dh tk mahu mkn bubur lg. Biskut pn sikit2. Berat dia tk naik. Susuku pula dh tk laju sejak dia mkn2. Skrg ku susah hati kerana mlm2 dia asyik nangis (mcm lapar). Takkan tgh mlm nk bagi biskut jg? Suamiku rimas dia suh bg FM. Tp bb ku tak mahu hisap botol. MAM pon tk jln.
Penyusuan susu ibu masih diteruskan sehinggalah sekurang kurangnya 1 tahun
Dan dalam masa yang sama, makanan diperkenalkan secara perlahan lahan
Isu 1 :
Bayi tidak perlu minum susu perahan melalui botol sahaja (semasa siang)
Ia boleh diberikan melalui cup atau sudu mahupun picagari
Cara pemberiannya di link ini
Bagi bayi berusia 7 bulan, 6 ke 10 oz sepanjang siang (10 jam) sudah memadai
Sekiranya bayi masih menolak susu perahan, buat puding atau agar agar buah untuknya dari susu ibu!
Menarik kan?
Isu 2 :
Pelbagaikan makanan yang diperkenalkan kepada bayi
Ianya tak perlu bubur nasi semata mata
Perkenalkan puri buah dan sayur buatan sendiri
Kentang lenyek atau puding roti
Suhun, dal, isi ayam dan macam macam lagi
Nur boleh refer buku ini selain daripada memberinya processed food seperti biskut
Isu 3 :
Sekiranya bayi menangis semasa malam, Nur boleh menyuapkannya buah seperti betik untuk alas perut sebelum tidur
Ada banyak faktor faktor lain yang menyebabkan bayi menangis
Antranya adalah growth spurt, perut tidak selesa atau mungkin trauma semasa siang
Susu formula bukanlah pilihan yang terbaik untuk mengatasi isu anak Nur kerana ianya sukar dihadamkan dan mungkin akan menyebabkan penyakit penyakit lain
Cadangan saya : Teruskan menyusui anak Nur dan mengepam untuk menghasilkan susu yang mencukupi untuk beliau sehingga usianya 2 tahun, insyaAllah
Update terbaru saya, Iki dan hidup kami (acece..mode perasan artis la tu..kih kih)
Sejak perut semakin mara ke hadapan
Saya tak lalu mengendong laptop yang beratnya berKG KG
Konon2 mahukan ‘sesuatu’ yang laju, sbb itulah saya beli laptop berat ini
Tapi, bulan eh minggu minggu terakhir mengandung, saya gunakan laptop kecil iki ni untuk buat kerja
Biarlah tak laju asalkan tak berat..hihi
(Menjawab soalan kalau saya asyik tersalah2 menaip semasa ber YM kerana kedudukan abjad2nya terlalu hampir)
Checkup bulanan dah berubah menjadi checkup tetiap mingguan
Biasanya kami pergi malam selepas pulang kerja dan ambil Iki di rumah pengasuh
Ini gambar ‘si besar’ dan si kecil di luar bilik rawatan sementara menanti nama dipanggil
Alhamdulillah SEJU sihat, mommynya pun sihat
Naluri ‘menyiapkan sarang’ semakin tebal bilamana tiap2 malam mengganggu tanya suami beberapa persoalan
“Set bilik tidur putih melepak pun cantik juga”
“Dipadankan dengan blind baru, pasti meriah”
Haha..
Seperti yang dimaklumkan, Lunatots Showroom dibuka Isnin-Jumaat hanya dengan appointment
Kerana hari hari biasa, saya menjoreng menguruskan beberapa urusan
Khamis lepas saya & Farah ke Karangkraf berdiskusi dengan wargakerja Pa&Ma
Besar hati kami bila editor sudi ‘turun padang’ berkerja dengan kami yang masih muda belia setahun jagung
Ianya adalah rangka kerja awal kerjasama kami & mereka untuk tahun 2010
Kita merancang, Tuhan menentukan..
(Ya..pen acik warna pink!)
Bergambar bersama jurnalis Pa&Ma yang hari hari ceria sokmo
(Gambar dibawah diambil oleh org yang sedang duduk2 di lobi)
Saya minta tolong “Dik, tolong ambilkan gambar kami..akak ni mengandung, takleh kalau tk dpt apa yg akak nak..nanti meroyan kempunan”
Adik cantek “Haha..oke oke..senyum”

Pulang dari Karangkraf, saya & suami terus ke HUKM melawat suami pengasuh yang ada operation di perut
Sebenarnya kami nak menjemput Iki sbb Iki bersama sama pengasuh di hospital
Wah..dah lama saya tak dtg hospital ini sejak melahirkan Iki
Semasa mula mula mengandungkan SEJU, ada juga niat nak bersalin dengan gynae yang sama
Tapi oleh kerana dia tidak lagi berkerja di sini
Saya cuba memilih gynae yang lain
HUKM ni besar, peluh2 acik berjalan dari parking ke wad
Ada terniat di hati nak minta kerusi roda..keh keh

Kebetulan suami pengasuh duduk di wad Songket bilik 11 (sebelah bilik masa saya bersalin Iki-Songket 12)
Oleh kerana bilik 11 & bilik 12 berkongsi tandas yang sama
Sempatlah saya menjenguk tandas yang saya guna masa sakit2 lepas operation dulu…
(Haha, apa kes kenangan dalam tandas segar di ingatan weh)
Takkan nak buat alumni wad Songket 12 pulak kan..
Dah hampir 2 tahun dah pun anak kami

Dia riuh, asyik suruh “mommy tepi sikit, Iki nak lalu”
Nanti dia lalu lagi “tepi sikit, tak muat..Iki nak lalu”
Wahaaaa… (tertekan kan?)
Related posts:




alang pakai tudung hijau. hehe
—
Ayg, Alg pakai tudung hijau (lagi…) hihihi
Salam. Kak Su, saya baru baca entry ni. Huhuhu. Tak tahu kenapa, dah 2 minggu tak boleh buka blog Kak Su. UTM block agaknya? Alhamdulillah dah boleh bukak. Rindu nak baca bebelan Kak Su. Hehe.
Terima kasih sebab jawab soalan saya. Nanti saya link kan jawapan ni kat blog ye. Thanks again! (Kak Su memang rajin masakkan Iki bubur. Saya malas. Hehehe…. Yakin yang susu ibu dah cukup untuk anak + boleh makan makanan kita)
—
Sama sama Mar : Kak Sue tempekkan di sini supaya ramai ramai buleh baca