Saya menerima beberapa request dari ibu yang mengandung dan mahu membuat persiapan untuk kelahiran bayi
Entri ini hanya sekadar panduan dari apa yang saya sediakan.
Kelahiran Bayi:
- Ketahui apa yang mahu dan apa yang bakal berlaku. Jangan ambil mudah tentang apa yang hospital bakal lakukan pada anda dan bayi. Ambil tahu pendirian gynae dan hospital anda tentang VE, IV Drip, Ethonox, Episiotomi, bagaimana plasenta dikeluarkan, labor room lighting, 1 hour bonding with baby’s without intervention, Baby’s First Day Jab etc etc
- Buat birthing plan dan berbincang dengan gynae anda. Contoh request –> Saya tak mahu vaginal examination. Vaginal examination (atau seluk2 utk cek bukaan) adalah privasi anda dan anda berhak menyaman mereka yang tidak menghormati pendirian anda yang mengatakan ‘No’
- Rancang ‘birthing dream’ anda. Kita merancang, Tuhan menentukan. Terutama bagi pasangan yang melahirkan cahaya mata pertama. Cerita kelahiran kawan kawan agak mengerikan kan? Benarkah kelahiran adalah sesuatu yang menyakitkan sedangkan ia berlaku oleh ‘sesuatu’ yang menyenangkan?
- Saya dan suami tiada birthing dream mahupun birthing plan sehinggalah 9 bulan mengandung. Sebelum ini, saya cuma berharap untuk bersalin secara normal (samada natural atau tidak) supaya cepat recover untuk kembali menjalankan tugas dan mengulit Iki & adik. Dan suami, mahukan anaknya dilahirkan melalui vaginal delivery yang sememangnya mempunyai sebab khusus – seperti better lung compression dan colonization of good bacteria – instead of caesarian birth. Mudah kan kami berfikir?
- Sehinggalah selepas kami menghadiri Hypnobirthing Class dan sekarang saya sedang menyiapkan birthing plan kami (saya & SEJU)
- Anda berhak menentukan bagaimana anda mahu ianya berlangsung
Makanan bayi:
- Bayi berusia 6 bulan ke bawah HANYA memerlukan susu ibu sahaja. Ianya bukan polisi kementerian kesihatan Malaysia sahaja tetapi seluruh dunia oleh WHO. Polisi ini diwujudkan selepas beberapa tahun kajian dibuat bahawa bayi yang diberi makanan lain sebelum usia 6 bulan akan lebih mudah mengalami infeksi dan masalah2 kesihatan yang merbahaya.
- Hadiri Kelas Persediaan Penyusuan oleh mana mana kaunselor / konsultan laktasi bertauliah. Mengapa kelas ini penting? Baca disini dan disini
- Sediakan aksesori penyusuan anda terutamanya breastpump sekarang dan bukannya semasa dalam pantang nanti (atau bila susu ada nanti). The milk is there walaupun ketika anda sedang mengandung. Ingat, hanya anda yang akan susukan anak anda sepanjang 2 tahun dan bukannya mamalia lain. Klik sini untuk perahan menggunakan tangan.
- Aksesori penyusuan lain
- Washable breastpad – Ibu akan menghasilkan susu yang banyak semasa dalam pantang dimana baju akan asyik basah terkena susu. Penggunaan washable breastpad lebih selesa dan menjimatkan berbanding disposable breastpad.
- Saya dah siap2 basuh washable breastpad yang digunakan semasa dalam pantang Iki dulu..hihi
- Nursing Bra – Saya cadangkan nursing bra di pakai semasa di hospital kerana uniform hospital bertali dihadapan yang mungkin membuatkan anda segan untuk menyusukan anak anda. Pilihan lain – minta tetamu anda keluar semasa anda mahu menyusukan anak anda – which is agak sukar kerana BF baby akan menyusu lama dan dengan kerap. Dimana dalam banyak situasi ibu memilih untuk memberi susu formula kerana runsingkan keadaan bayi yang asyik berdakap.
- Baju yang sesuai utk menyusukan semasa dalam pantang supaya anda selesa menyusukan bayi ketika tetamu dtg bertandang. Atas sebab yang sama, BF baby akan menyusu dengan lama dan kerap.
- Nursing Pillow – Ianya dalam top list saya selepas mengalami sakit belakang, sakit semua ketika menyusukan anak pertama..hihi
- Freezer utk buat stok – Refer Buku Panduan tentang cara penyimpanan susu
- Storage bottle / liner – Anda akan mula membuat stok semasa dalam pantang
- Warmer – Susu ibu tidak boleh dipanaskan dalam suhu lebih 40 darjah celcius dimana warmer membantu mengawal suhu.
- Feeding bottle / teat – Anda tidak akan memberi botol kepada anak anda sehingga usianya 50 hari. Refer disini untuk cara memberikan anak anda minum susu ibu sekiranya terpaksa berjauhan sebelum usia 50 hari.
Pakaian bayi :
- Semasa saya membuat persiapan kelahiran anak pertama dahulu, ramai yang memberitahu – baju beli sikit saja, anak cepat besar
- Tapi pengalaman saya, dapatkan 10 (atau lebih) berserta 10 pasang mitten & booties kerana anak anda akan berulang2 pakai baju yang sama sepanjang 5 hari pertamanya – sehari = 2 baju, 2 pasang mitten & booties (bayangkan jika anda hanya ada 6 baju untuknya!) Baju yang sama akan dipakai sehingga usianya 4 atau 5 bulan.
- Barut bayi? Haha..saya tak percayakan angin masuk dari mana mana bahagian kulit bayi tapi ianya adalah efek ke ‘belum matang’ an sistem penghadaman bayi anda. Klik sini untuk membaca mengenai colic.
- Tapi saya masih beria ria basuh dan iron barut Iki sebab saya rasa ianya mengujakan..hihi
Lampin bayi:
- Saya akan bawa lampin kain moden (CD) dari hari kami di hospital. Bayi kami terlalu kecil untuk pendedahan bahan kimia samada formula milk mahupun disposable diaper.
- Oleh kerana bayi dibawah usia 2 bulan kerap buang air besar, saya bercadang untuk meletakkan lampin cotton di dalam CD tersebut instead of mikrofiber insert.
- Berapa banyak CD yang diperlukan? 10 ke 20 keping CD berserta 12 lampin cotton sudah memadai untuk stok 1 ke 2 hari. Saya baca dari blog teman yang anaknya menggunakan 54 diapers dalam tempoh 4 hari pertama. Phew ~
Tempat tidur anak anda:
- Anak anda akan tidur bersama sama anda dan suami di atas katil yang sama selama 2 tahun pertamanya bagi kemudahan menyusukan
- Siapa yang mahu bangun dan mengangkat bayi selang 2 jam setiap malam-menyusukannya 30 minit – dan angkatnya semula ke baby cot – wah penatnya.
- Mungkin anda boleh considerkan king size bed tanpa selimut ropol2 ..hehe
Baby wearing:
- Breastfed baby ialah bayi bijak yang suka didakap ibunya (it is great!). Dia suka berinteraksi dan bau ibu dan ayahnya.
- Dia bukan baby ‘baik’ yang akan tidur selama 4 jam (yang meninggikan risiko SIDS – Sindrom kematian bayi mengejut) selepas minum 3 oz susu formula
- Bawa dia kemana mana anda pergi samada didalam rumah mahupun diluar menggunakan pouch
- Anda boleh menyusukannya semahu yang direquest bayi. Dia bukannya tidak kenyang kenyang kerana susu anda yang sedikit atau kefahaman2 lain. Dia cuma terfikir “dengan cara minum susu ibu, ibu akan memeluk aku dan berada lama dalam dakapannya”

Lain lain :
- Infant car seat bagi kemudahan dan keselamatan ketika travel
- Minuman 3 in 1, bekas air panas, kek, biskut, cereal, buah dan makanan2 sihat lain untuk ibu ketika dalam confinement period.
Oh, saya sekadar berkongsi. Ibu lain yang ingin menambah, saya alu alukan
Nota mommy Luna : Pagi ni saya akan keluar berjumpa Dr Koe (paediatrician & lactation consultant) – ‘keciknya’ saya kan?
Related posts:




kak…insyaalah.kalau ada rezeki…kehamilan kedua nanti saya akan ke kelas akak..huhuhu..perlu ilmu lebih utk BF bayikan…saya kurang disitu..dan saya sgt bersetuju dgn semua list itu…(sebab saya ada semuanya)…hehehehe…
—
Izzah : Kak Sue alu alukan kalau Izzah sudi hadir. Nanti kita bergambar bersama ye..hihi
sangat bermanfaat blog kak sue ni…
saya akan apply kan untuk anak anak anak anak yg seterusnya nanti
nak peli pouch kak suelah, syeefa tak suka duduk dlm stroller, ibunya tak larat nk menampung berat bila g soping moping…hihi.
—
Farah : Kak Sue ulang ulang baca ada Syeefa, adik, adik, adik dan adik…hihihi..berwawasan tuh…ekeke!
Pouch membantu ibu semasa dalam pantang ataupun semasa bershopping
info berguna…
pad.. baju dan kain batik ibu jgn lupaa…
dulu penah excited sgt kan nak baby… sampai keperluan sendiri x bawa.. sib baik hospital sediakan… hehe
time nak balik pakai baju masa gi hospital semalam…. kuang2
—
Ya ya : Sue lupa tambah pad ibu dan baju ibu (sekiranya bersalin di hospital)
Hihi…mujur Wan Anie tak bawa pulang yuniform hospital..ekek
Bile tgk post kak sue nie, lyn tringat betapa xcitednye lyn dok wat preparation mase nak dapat Danish aritu…(lyn baru bersalin bln 5 yg lalu..) Hari2 rase x sabar nak jupe baby… Oowwh…tibe2 rase nak ngandung lagi la Kak Sue!!!! =p
—
Waha Lyn : Itu kena hantar borang permohonan pada Menteri Sumber Manusia rumah Lyn..ekeke
Pst, chaiyok!
sue, ku suka napkin tradisional dr microfibre insert sampai laa nie… sbb byk leh dpt… microfibre insert utk rmh babysitter jek..
—
Ye ke Nadia : Untuk bayi yang kerap pooping, Sue akan gunakan cotton cadangnya.. Thanks for sharing
Vaginal examination (atau seluk2 utk cek bukaan) adalah privasi anda dan anda berhak menyaman mereka yang tidak menghormati pendirian anda yang mengatakan ‘No’
.:: Kak, bab seluk2 tu kita leh request ek, even government hospital??? ::.
—
Lady in red: Lady boleh propose birthing plan dengan gynae dan tanya pendirian mereka supaya expectation Lady can be set up sebelum kelahiran.
sue..ku tggu entry mu ttg dr.koe..bole kah?
—
Buleh Aini : Gambarnya ada dalam kamera Farah. Tak seronok bercerita kalau takde gambar
perut..hihiWoohoo..bile baca posting kaksue ni..rasa macam nak mengandung semula (ehhh..bukan ke aku duk gerun2…seriau2 lagi bab jahitan lepas bersalin???? ) walhal baru bersalin bulan 7/2009 aritu..
Bab persediaan tu…esp.
Kelahiran Bayi:
* Ketahui apa yang mahu dan apa yang bakal berlaku. Jangan ambil mudah tentang apa yang hospital bakal lakukan pada anda dan bayi. Ambil tahu pendirian gynae dan hospital anda tentang VE, IV Drip, Ethonox, Episiotomi, bagaimana plasenta dikeluarkan, labor room lighting, 1 hour bonding with baby’s without intervention, Baby’s First Day Jab etc etc
— haram aku xtau bab ni…esp. dah beranak baru tau..den kene episiotomi rupanya…
Bab sediakan stok susu dalam pantang tu…rugi rasanya, beli pam lg 2 minggu nak kerja..stok pun xbuat…so, skrg ni..pam arini utk kegunaan esok..4-5 hari pertama masuk kerja..sampai abah/suami kena amik stok yg pam kat opis..bawak balik nak cover utk tghari/ptg..hohohoh
* Buat birthing plan dan berbincang dengan gynae anda. Contoh request –> Saya tak mahu vaginal examination. Vaginal examination (atau seluk2 utk cek bukaan) adalah privasi anda dan anda berhak menyaman mereka yang tidak menghormati pendirian anda yang mengatakan ‘No’
— kan bagus klau den tau veg exam ni awal2..boleh request2 rupenya…tp, tgh menggeliat2 sakit pun diseluknya gak..hangin satu badan..rasa macam nak nendang jerk doktor tu..adalaa 4-5x diseluknya nak cek bukaan rahim ku…lepas jahit, seluk lg..nak keluar pun seluk lagi…(mana laa aku xseriau/gerun)
—
Nur : Kak sue baru tahu selepas menghadiri kelas ini. Dan selepas kelas ini juga, baru Kak Sue berangan nak itu dan ini, tak mahu itu dan ini. InsyaAllah untuk bayi kedua dan seterusnya, Nur akan lebih berpengetahuan dan berkeyakinan
Kelas Persediaan Penyusuan Susu Ibu penting bagi ibu yang berkerja membuat persiapan dengan beberapa expectation yang sudah dijangka.
VE adalah hak privasi ibu. Tapi kita takut nak cakap ‘No’ bagi menghormati prosedur hospital. Namun kita adalah human being yang berperasaan. Apapun, discuss dengan gynae terlebih dahulu supaya proses kelahiran tidak menjadi ‘war field’ antara kita dan pihak hospital
salam sue..
minta nasihat..sy k bwk baby saya (1mons ++) ke pead untuk next check up die lagi 2 minggu lg..
tp x sure paed mana yg bgus di area cheras ni..
bb lahir di pantai ceras..tp sy if posible xnak ke paed pantai..nak cari paed lain..
probably yg support breastfeeding ni..
sue ade suggestion?
—
Zrin boleh ke Klinik Dr Koe, dia amat menyupport breastfeeding (menyupport? haha)
Dia cuma terfikir “dengan cara minum susu ibu, ibu akan memeluk aku dan berada lama dalam dakapannya”
This is such a beautiful line..i WILL fully breastfeed when i have my 2nd child nanti. Insya Allah.
—
Farah : Yup, ibu perlu susukan anaknya sendiri. Sue doakan Fara berjaya!
salam sue..saya ada baca awak tulis pasal Vaginal Examination…masih tak faham..betulkah kita boleh request tak nak?VE tu penting atau tidak?
—
Salam Murni,
VE itu penting bagi nurse/doktor mengagak ‘bila’ kita akan bersalin.
Murni boleh berbincang dengan care provider Murni mengenai minimal VE sebelum melahirkan.
kak sue, ecah ni, junior kak sue dkt serata. ingat lagi tak?
insyaallah saya deliver 2nd bb hujung ogos. huhu. sangat takut ok. kak sue deliver dekat klinik dr. koe ke? dkt mane klinik tu ye?
—
Salam Aisyah, Kak Sue ingat Aisyah.
Klinik Dr Koe ni klinik kanak kanak sahaja Aisyah. Jangan takut bersalin, ianya akan menjadi memori indah untuk Aisyah, suami dan baby insyaAllah.
Terus menyusukan bayi seawal mungkin dan 6 bulan pertamanya ya.