Hujung minggu lepas kami suami isteri menghadiri Hypnobirthing Class di Puchong
Pengasuh Iki tak dpt jagakan Iki sbb kesihatan suaminya dan dia perlu balik kampung sebab ada janji dengan orang yang nak potong rumput di rumah kampungnya (perlukah sebab ini ditulis? hihi)
Iki di jaga oleh mak abah saya yang diimport dari Sg Siput (U) Perak
*Terima kasih mak abah
Senang hati kami suami isteri nak berhypno birthing :)
Kami sampai di tempat yang dituju
Sebagai blogger tegar lantik sendiri, harus ambil gambar walaupun dah terlewat sampai
Hypnobirthing Educator dah cekak pinggang sbb saya melenggang2 pen kertas ape sume tak bawa
Bermula dari asas kehamilan, kedudukan bayi, apa yang berlaku semasa kelahiran, otot serta hormon yang terlibat semasa kelahiran
Beberapa perkataan juga dibetulkan semasa kelas
Seperti contraction kepada surge/wave
Catch the baby kepada receive the baby
Due date kepada birthing time/month
Pain kepada sensation
Water breaking kepada membrane release
Ianya perkara yang dipandang mudah, iaitu perkataan yang kita gunakan
Percaya atau tidak ianya memberi kesan bila perkataan lain dipilih walaupun ianya benda yang sama
Seperti Sue buncit kepada Sue mengandung cantik jelita (sama kan?) haha..
Kelas intensif 2 hari dikhaskan kepada 3 pasangan sahaja
(yang mempunyai sebab2 khusus-seperti nak dekat dah wehhh ni-hihi)
Gambar gambar sekitar kelas tak banyak sbb kami fokus
Sesi yang kami suami isteri hargai ialah hipnosis kerana sedar sedar orang lain semua dah buka mata
Kami je masih sukahati tertidur..hihi
Selain teori, beberapa praktikal turut dipelajari antaranya teknik bernafas, teknik relaxation dan deepening
Ikhlas dari hati saya & suami
Ianya pengisian yang bagus
- Kadar kelahiran caesarian didunia lebih tinggi daripada apa yang dicadangkan oleh WHO. Ianya berikutan peningkatan jumlah ibu/doktor yang memilih untuk melalui pembedahan berbanding kelahiran normal atas beberapa sebab (be it high risk pregnancy atau takut dengan kisah ngeri kelahiran normal)
- Kelahiran di hospital biasanya adalah caesarian atau normal dan bukannya normal natural birthing dimana dalam banyak keadaan kelahiran dicetuskan (induce) sekiranya tiada apa apa tanda ataupun dipercepatkan (augmentation) dengan bantuan dadah/artificial hormon.
- Risiko untuk kita mengalami kemalangan jalan raya adalah 1/4 sementara kehamilan/kelahiran berisiko hanyalah 1 daripada 200 orang (kecil!)
- Percaya atau tidak, kelahiran biasanya difokuskan kepada ‘keselamatan’ daripada rasa ‘ketenangan’ of being welcomed to the world oleh bayi. Teknologi sains mengabaikan isu emosi. Babies can remember their birthing process be it serene or traumatic (mom decide)
- A pregnant woman is like a beautiful flowering tree, but take care when it comes time for harvest that you do not shake or bruise the tree, for in doing so, you may harm the tree and its fruit. Peter Jackson,R.N
- Otot menghantar signal kepada otot yang lain.Clenched fists, a tight mouth, a furrowed brow, all send signals to the birth passage muscles, the very ones that need to be loosened. Opening up to relax these upper-body parts relaxes the lower ones. William Sears and Martha Sears.
- Badan ibu adalah dalam keadaan yang optimum untuk melahirkan walau tanpa sebarang tindakan untuk ‘push’ – diiringi sorakan nurses sebaliknya ibu perlu bernafas dengan baik bagi membekalkan oksigen yang mencukupi untuk unborn baby
My dream is that every woman, everywhere, will know the joy of truly safe, comfortable and satisfying birthing for herself and her baby. Marie F. Mongan (the founder of Hypnobirthing Method)
Saya akan sambung tulisan ini dalam masa terdekat

Picture from Wai Han’s website
Nota mommy Luna : Kekuatan saya? Di ambil sikit2 dari pengalaman hidung hari hari berdarah + kekuatan birthing partner (suami) dan anak (Iki) serta ketenangan dan keselesaan SEJU.
Related posts:







ku sokong je mu sue. good for our baby. boleh praktis utk bayi ketiga nnti. nk request berada di rumahmu disaat kelahiran adik iki. nk tolong pegang tisu, pegang air masak. sue, ku doa mu diberi kekuatan utk menghadapi saat ini, menikmati segalanya dgn suami dgn iki tercinta.
p/s: cuba fikir hypnobirth ni dipraktiskn oleh ibu yg bersalin tanpa pengetahuan org. it was so natural! aku nk tunggu dpn pintu mu =)
—
Hoho Paan : Keputusan itu masih dalam pertimbangan (homebirth).
Untuk yang ketiga nanti, Sue sajes Paan ngadiri kelas untuk keyakinan diri & suami (insyaAllah).
Hypnobirthing boleh dilakukan di hospital (jika diijinkan oleh pihak mereka)
farah doakan kak sue selamat menempuhi kelahiran (normal) seju ya…..:)
—
Terima kasih Farah
K.Pija still blurr2 lagi hypnOBIRTHING NI BERKENAAN APA TAPI SEEMS LIke cuba nk beranak secara alami kan??? Mudah2an beranak kali ke 5 ni pun masih normal seperti sebelum ini…dan doa untuk Sue juga… halemak ada huruf ter caps aa plak…tadi Arwa tekan..sori….
—
Kak Pija, hypnobirthing method ialah program kelahiran secara normal, natural bilamana tiada campurtangan drugs sepanjang, semasa dan selepas kelahiran dengan cara menghipnosis ibu dan birthing partnernya tentang apa yang berlaku sebenarnya.
bila kita amalkan hypnobirthing, secara automatik seluruh badan, otot dan urat saraf akan bekerjasama utk melahirkan anak tu kan? tiada lagi istilah takut bila kita dah betul-betul paham akan perjalanan sebuah kelahiran bayi.
selalunya org yg takut tu la yg akan menjerit-jerit dan meraung-raung. ia tidak bagus utk baby kerana baby juga akan tension dan boleh menaikkan degupan jantung dia. selalunya baby yg dilahirkan dlm keadaan tenang akan menjadi seorang yg tenang.
—
Liz : Betul tu dear, konsep hypnobirthing ialah kelahiran yang tenang untuk anak dan ibu.
If a mother fights with others while she is pregnant, the baby will come out fighting in childbirth, causing much pain. The baby will grow up fighting and arguing. Rogu, as quoted in Mamatoto
semoga selamat menumpuh saat-saat kelahiran
p/s-ku tgk bnyk kali gamba2 nih..n prasan naper baju tak sama.
—
Dida : Terima kasih. Baju tak sama sebab ianya 2 hari yang berlainan..Sabtu & Ahad
gmbo tuh penceramah tuh sndr ke..wah..bile da pndi..sndr pn bole sambut baby kan..(mode:ngeri)
—
Ha a: Ianya gambar dia sendiri selepas 30 ke 40 minit kelahiran bayinya. It is unassisted/unattended homebirth. Bersalin sorang sorang, suami tertidur…Bila suami terjaga, dah lahir dahpun bayi
It is inspiring kan?