Disclaimer
    The entire contents of this blog are based upon the opinions of author unless stated otherwise noted. The information in this blog is not intended to replace a one-on-one consultation with lactation consultant. It is a sharing information and knowledge from the research of author. This blog outlines sources, ideas and suggestions on breastfeeding your baby. The author and family disclaim any liability arising directly or indirectly from the use of the information contained in this blog.
[Google]
Announcement
    Lunatots Booth (Maju Junction)
    Date : 1-30 Sep 2010
    Venue : LG Floor, Maju Junction KL
    Time : 10.30 am - 7 pm
    Contact No : 010-2414050 (HOTLINE)
Luna’s Counter
Friends Online

View My Stats
Nuffnang ADV
Sponsor





Calendar
Luna’s Shop
Readers
Lunatots @HotFM
ShoutBox

Saya tak banyak bercerita tentang dia, tentang kami kan?
Ala ala pasangan klasik, rasa sayang di simpan di dalam hati kononnya
Tak macam orang sana atau orang sini (saya tak tau siapa-saje je tulis) yang mungkin lebih terbuka meluahkan rasa sayang

Masa bercinta, gambar dan cerita dia pun pertama kali dipublishkan di entri ini

* Awak nampak pink

Pergi kenduri kawin kawan pun sikret2 nama bopren
(padahal kulu kilir bersama di MMU)

Sebelum kahwin, ‘drama cinta’ nya lebih sikit (haha-sila malu weh)
Lepas kahwin, kami semakin ‘praktikal’
Dimana dalam banyak keadaan, saya terfikir yang kami adalah pasangan dalam Amazing Race berbanding novel cinta melayu/omputih

Contohnya, pagi2 hari setiap hari perlu mengatur strategi
“harini abang nak pergi sana, sue pergi sini, abang ambil Iki jam sekian sekian, kita pergi sana lepas pergi sini”
“OK”

Isu isu discussion harian kami, Iki, rumah, kereta, keluarga, shopping masa depan  etc etc

Bila malam tiba, mata dan mulut masing2 macam ada cellotape/stapler
Tak sempat berdiskus “abg, Sue terasa hati dengan abang harini sebab bla bla bla” atau “Sue tu kan..bla bla bla”
Saya agak masing-masing tak mahu melukakan hati masing masing dengan kata kata yang akan lebih memburukkan keadaan (positif kan?)

Malam sebelumnya dia sakit kepala dengan saya & Iki yang merengek bising
Orang sakit kepala memang cepat marah kan..isk..
Esok paginya – macam biasa – macam tak ada apa apa yang berlaku
(Walaupun malamnya saya berdrama kalah mana mana ratu air mata Tanah Melayu-haha)

Dan dia sediakan sosej untuk makanan tengahari saya pagi itu
Walaupun sosej ini tak cantik macam di Ikea atau berbungkuskan plastik 1901
Tapi ianya ada mustard, cheese, bawang2 dan sos tumpah2 macam apa yang saya bayangkan dalam entri ini

Terima kasih abg!

30102009427

Saya tak terbayangkan ‘team Amazing Race’ kami kalau saya sendiri
Perlahan lahan semuanya berubah, kerana kami sekarang adalah mommy & daddy instead of saya & awak

“Nanti ingatkan abg untuk framekan promises ni ye?”

I promise to love you-unconditionally
I promise to protect you-for your pain hurts me more than my own
I promise to guard and to guide you-materially, mentally, and morally
I promise to foster soundness and strength-in your health, your head and your heart
I promise to catch you doing things right, and let you do things your way no matter how messy or asymmetrical
I promise to applaud your accomplishment-whether they be anonymous for nobody’s eyes, or world famous, for the Nobel Prize
I promise to be a good example always-for there’s no telling what act or attribute you might emulate
I promise to be honest, open and direct
I promise to be a pillar of courage and pillow of comfort
I promise to explore the world with you, explain the world to you and expect the world of you
I promise to be a fortress in which you can hide, a friend in whom you can confide, and a father in whose heart you’ll find love and in whose eyes you’ll find pride




Related Posts with Thumbnails

Related posts:

  1. Kotak

8 Responses to “Promises”

  • lately…banyak blogger yg komen pasal hubungan dgn suami…huhuhu…zah rasa mcm terkena gak hidung sendiri sebab kadang-kadang tu terlepas pandang aje suami tu…anak jugak jadi keutamaan…

    kak…zah rasa suami akak ngan suami zah ni lebih kurang sama…mlm even zah ni jd pelakon air mta..sok pagi..suami dah leh ajak makan sama..aduh..camner nak merajuk lama kan…

    Haha Zah : Kak Sue rasa ada 2 anak kecil (nak masuk 3). Yang sana tak boleh lebihkan, yang sini tak boleh berkurang sedikitpun…hihihi
    Haa…kalau Yusuf Haslam tgk drama Kak Sue, confirm dia keliru nak pilih Kak Sue atau Erra untuk watak nangis2 masa ditinggalkan Awie dalam filem Sembilu…haha!

  • jutt:

    is that true after married, woman alwiz put their children first than her husband? bcoz, in my situasion i always gave the priority to my husband…then…my husband always told me…”OUR SON FIRST”…hem…how come?

    Hehe : Apa kata survey? hihi..

  • sy pon sjak ade anak (bln 5 aritu dpt bb) priority sume kat bb..smpai hubby merajuk..cian die…tp bile bace cite kak sue nie, rase cam terkenang2 zaman indah bercintan-cintun kat campus dulu..sumenyerrr sweet…la nie sweet gak…tp kdg2 bucuk masyam gaks… =p!

    Haha : Ha a..dulu sehabis fragile takleh salah cakap…kih kih..
    Sekarang sweet juga, dalam action yang berbeza kan Linda :)

  • DNNA:

    sweet nyerrrr entry sue yang ni :)

    janji kena ditunaikan tau … :)

    Pst Kak DNNA : Sue yang tak sweet orangnya kak..ekeke
    (Tambah2 bila muncung kepenatan, ala ala jual timbang pun tak laku)
    Ha a, janji kena ditunaikan tau abg!

  • haza:

    so sweet…. ermmm.. no komen.. hahahhahahah

    Haha : Meh ku disclose komen Haza di YM “wahhh, beritahu Wan, ku nak sosej juga..baby dalam perut teringin”
    Kih kihhhhh

  • ayg:

    wah..anak dara di luar sana, catit2 info penting pengalaman mak dara buat bekal. hehe

    Ayg : Ya ya, sila catit dimana segalanya akan perlahan2 berubah diluar sedar. Dan mak dara tu mak mertua Kasim Selamat kan yang?

  • uwhhh.. tersentuhnya hati ku baca entry mu ni, bila lagi suami ku jauh meninggalkan ku dicni dgn danish… =) teringat2 tuuu

    Lyn : Kalau sekali sekala jumpa, pasti lebih meletup2 bunga apinya :) Danish ada buat mengubat rindu..

  • awe:

    sue, aritu pun awe bising2 psl mr.R dgn office mate…
    then die bagi link ni… terkedu weh :)
    nak share gak ng hang, bacalaa…
    http://umidanishku.blogspot.com/2009/10/sayangi-dan-bersyukurlah-dengan.html
    nway, sosej tu nampak umpphhh lg special dari 1901!!

    Awe : Sue dah baca sampai habis artikel tu, terima kasih.

    Sosej tu nampak umph sebab sos tumpah2 sbb bekasnya besar sangat dan tergolek2 dalam beg laptop..ekeke

Leave a Reply