Dr Koe-Growth Chart
Saya selalu dengar nama dan cerita mengenainya
Dia seorang pakar kanak kanak dan lactation consultant
Bagi beberapa kes yang perlu dirujuk, kami (saya & Puan Farah) akan sarankan ibu berjumpa dengan lactation consultant seperti beliau, Puan Rita atau Puan Kamariah dari Nurturing Concepts
Dan kelmarin beliau menjemput Puan Farah hadir ke kliniknya bagi menghadiri satu kes masalah penyusuan oleh patientnya
Saya watak sempilan sahaja..ekeke
Bukan mudah nak berjumpa Dr Koe saja saja kan (mode tersipu sipu)
Tudung pink, baju putih pink gigih acik bawa perut pegi Jalan Klang Lama
Dr Koe ramping, comel, baik, senyum sokmo
Beza dengan wanita disisinya itu…ekeke
Dalam sibuk2 beliau dengan patient yang ramai di luar
Dia masih sudi berbual dengan kami, berkongsi tips, berkongsi cerita dan bergambar (wah!)
Ini gambar di breastfeeding room di kliniknya
Gambar di bawah adalah gambar beliau menyusukan anaknya 30 tahun yang lepas!
Ianya mengagumkan!
Diwaktu semua orang bercakap mengenai kebaikan susu formula
Dia nekad mahu menyusukan kesemua anaknya sendiri
Pernahkah anda membawa anak anda yang fully breastfeed ke klinik untuk checkup bulanan
Dan nurse/doktor mengatakan anak anda underweight?
Sedangkan anak anda menyusu dan makan dengan baik (sekiranya sudah makan)
Anak anda juga aktif mengeksplorasi seluruh kawasan rumah dan tidak nampak lemah
Nurse/doktor tersebut mencadangkan anda menambah susu formula dalam diet anak anda
Apa yang anda perlu lakukan? Dan apa yang anda perlu tahu?
- Periksa dengan doktor keadaan kesihatannya – samada bayi mengalami apa apa masalah kesihatan
- Hubungi kaunselor/konsultan laktasi bagi mengakses keadaan penyusuan anak anda samada dari segi teknik, lekapan, feeding pattern mahupun penyediaan susu perahan.
- Ketahui fakta bahawa breastfed babies akan meningkat beratnya dengan cepat pada 2 hingga 3 bulan pertama dan meningkat berat perlahan lahan dari usia 3 bulan sehingga 12 bulan berbanding formula fed babies.

Kebanyakan doktor masih menggunakan Growth Chart tahun 1977 dimana:
- Kajian dibuat berdasarkan bayi Caucasian (yang lebih besar dari Asian) yang dibuat di Ohio dari tahun 1929 hingga 1975
- Kebanyakan daripada mereka adalah formula fed babies
- Dan diberi makan seawal usia 4 bulan (sebelum polisi diubah kepada 6 bulan ke atas)
- Nyatanya, growth chart ini tidak sesuai untuk breastfed babies!
Growth Chart pada tahun 2000 pula adalah kombinasi antara formula fed dan breastfed babies dimana chart ini agak ‘mengelirukan’ bagi mendiagnosis keadaan kesihatan bayi berikutan kadar pertambahan berat yang berbeza
Growth Chart terbaru dari WHO dikeluarkan pada 27 April 2006
Ianya berdasarkan daripada kajian dan pemerhatian terhadap 9000 bayi yang menyusu secara eksklusif sepanjang 6 bulan pertamanya
Chart ini juga boleh digunakan oleh formula fed babies bagi mengakses tahap ‘lebihan’ beratnya kerana susu formula meninggikan risiko obesiti di kalangan anak anak kita
Anak anda tidak kurus kerana kurang khasiat!
Dia kecil sebab anda dan suami bertubuh kecil
Ibu bapa yang berinformasi tidak akan membiarkan sesiapa (atau doktor) undermine keyakinan anda terhadap susu ibu!
She’s doing fine ….just fine….
Chart for boys, birth to two years, showing percentiles (pdf)
Chart for girls, birth to two years, showing percentiles (pdf)
Nota mommy Luna: Ada juga doktor yang menggunakan growth chart yang diberikan secara percuma oleh syarikat susu formula untuk mengukur kadar pertumbuhan bayi yang nyata tidak sesuai untuk breastfed babies.



patutla pun growth chat syeefa tak naik mencanak2…hihi..mula2 rasa tak best la gitu kan…
tp dh baca fakta ni baru la farah tau….tq kak sue
—
Salam Farah : Geram bila lihat bayi lain bam bam kemain kan dear. Breastfed babies are consuming what are they needed, jangan risau ye Farah.
lega je bila baca artikel sue ni. sbb hadif ni, dah dua bulan naik 200gram je..hubby pon dh syak i tak bagi anak susu dgn baik..uwaaaaaa!!
You are a great mom!
—
Lydzar : Skrg mama tak risau lagi dan boleh menyusukan Hannah & Hadif dengan tenang
dulu ada gak orang cakap chart yg hospital2 guna termasuk gov, tidak sesuai utk BF babies. jadi tak de la risau bila Afra punya weight tak ikut chart. tapi mak nye risau gak takut anaknya tak cukup nutrients. haha. tapi bila dah tgk chart dr koe nih.. afra dah cam terlebih skettt je dari skala.. hahahaha…
yang paling saya setuju banget part nih “Ibu bapa yang berinformasi tidak akan membiarkan sesiapa (atau doktor) undermine keyakinan anda terhadap susu ibu!”
hihi..
—
Shaza : Afra sihat dan cargas
Info ini boleh disebar sebarkan pada ibu ibu lain yang menyusukan anaknya.
Posting cukup meng”comfort”kan hati I. I got sick each time gi check up & kena lecture on my toddler punye meal intake, as if labelling I tak bg anak cukup makan and anak terlalu byk breastfeed.
Mama Miyaa tak susah hati dah lepas ni..hihi
—
Bagus!! Sekurang2nya dapat tahu helah yang digunakan oleh pengeluar FM untuk menackle duit dalam beg duit mak2 semua…
—
Haha : Kak Pija, kita geram bila anak kita kurus.. (padahal mak bapanya tidak sebesar mana kan)
Macam sinonim, besar gebu = bagus sihat. hihi..
salam…thannx 4 d info sue…pasal ank sy 1st bb n 2nd bb mmg breastfd..tp yg adiknye masuk je 7 month brat x naik2.risau gak sy..tp dia active n xde mslh kesihatan…bile bc info sue sy lebh yakin yg ank sy xde problm…yg pntg dia mkn makann yg nutrition..skang nih dia dh msuk 1thn 2 bln…sy suka dgn ayat sue “Ibu bapa yang berinformasi tidak akan membiarkan sesiapa (atau doktor) undermine keyakinan anda terhadap susu ibu!”…sgt memberi semangt..
—
Good luck Nurul! Selamat memilih makanan bernutrisi untuk anak kita (Jajan, twisties sume kena sorok di ofis mama..kekeke)
Fuh lega!! baru peh checkup anakku…
Mmg berat x ikut graft tu… berat nye skarang 1 thn 1 bln =8kg lebey sket.
same dgn berat masa dia umo 4 bulan= 8 kg lebey gaks!!!
ape lagi,nurse mule la tanye memacam..
Siap kaci vitamin lysin.. (ntah cemane ejanyer.. x ingat. Main agak2 je ni)
Mau tambah slera makan.
Adoi.. anakku mmg amat payah mau makan.. jenuh la mujuk2
Tp mau nenen aje!!
Tp padaku, slagi anakku aktif + xde mslh kesihatan… insylh ok kut..
Lgpun ku konfiden la sbb dia BF..
Leh ke pk camtu hek???
—
Ibu Izz : Ibu Izz boleh refer growth chart WHO tahun 2006 yang Sue linkkan untuk menyemak sendiri berat Izz.
Susu ibu (BM) adalah sumber nutrien yang baik untuk bayi walaubagaimanapun anak anak kita perlu mendapatkan sumber makanan yang lain juga. Selamat ‘menyuapkan’ anak makan ye dear.
(Sue pun berpeluh ketiak juga tiap kali menyuap anak..hihi)
Untuk lebih confident, Ibu Izz boleh bawa Izz checkup di klinik yang menyokong penyusuan susu ibu.
ooo macam tu rupenye!
tQ sue, ramai org ckp raina kecik huhuh
aku bls balik, dah mak bapak die kecik…
tapi diorg ckp, raina jarang demam ngan sakit2
—
Salam Hawa : Raina comel sbb mama & papanya comel..yup, exclusive BF babies jarang sakit dan cepat recover bila sakit kan
Tahniah Hawa & suami
sue,
kalau anak sy 10 bulan baru 6kg wajarlah sy susah hati kan..
my baby boy, lahir cukup bulan..bila dah mula mkn pula berat tak naik2…
sedih sgt
mmg dah bg fm waktu siang..
—
Fiza boleh bawa bayi Fiza ke Klinik Dr Koe untuk mengakses keadaan kesihatannya.
Bagi Sue, tak pernah terfikir yang FM adalah solusi nya sebaliknya pengambilan nutrisi nya yang perlu diperhatikan
Sama macam orang dewasa, you are what you eat (dan seboleh mungkin elakkan pergantungan terhadap supplemen pil)
sue, saya DAH LALI dgn ckp2 negatif dr org ttg berat anak saya. walaupun ada yg pandang seolah-olah saya tak reti jaga anak, tak beri anak cukup mkn, bla bla bla.. saya diamkan aje (kecuali kalau dgn nurse, mmg saya akan berhujah mcm nak berpidato.. hehe) sbb saya tau yg saya dah buat yg terbaik dan beri yg terbaik utk anak. she’s a healthy, alert and active baby.. itu sudah cukup.
—
Liz : Ianya macam severe problem bila baby tak gemuk & tembam..ekeke
Sabar Liz ye, Batrisyia sihat dan aktif (uwaa..sian jari dia kena makan dengan abi dia..ekeke)
oooooooo cmtuh ke..emm..pengetahuan tambahan yg sgt bagus..ape² pn susu ibu adalah sumber khasiat yg terbaik kan sue…satu hari nnt pn teringin nak jumpe dr koe klo ade mslh kesihatan anak²
—
Haha aini, kalau buleh biarlah anak anak kita sihat dan tak perlu jumpa dr
sue, garisan yg kaler 2 yg ada 4 garisan dlm carta tu apa dia ek?? sori sbb x fhm carta tu… hehehe (ada juga yg x fhm yer)
—
Salam Zura : Carta sama seperti carta dalam buku rekod bayi kita iaitu overweight, normal dan underweight
tul la su.. baby saya pun underweight dr usia die.. makan ok, cuma kdg2 susah sket.. minum pun ok.. tu yg malas nak g klinik.. huhu..
—
Fieza perlu monitor keadaan bayi ye. Selagi dia aktif, sihat, mahu makan dan minum susu, insyaAllah semuanya selamat
sue..tq for sharing those info ya!
—
Welcome Nadiah : Kalau ianya bermanfaat, seronok jika dapat berkongsi
salam…
kita pun ada masalah yg sama…smpkan nurse tu kata kita tak bagi fiyya makan…tensen jer….dah tu siap tulis suh topup formula…..berat fiyya 7.6 now umur dia 1thn 1 bln..bukan main aktif..makan apa saje yg kita suap…so.sue rasa mcm mana? ok tak berat fiyya?…siap nak amek darah fiyya…erm..
thanks….ummie yg kebuntuan
—
Ummie Fiyya : Kalau Ummie ragu2 dengan keadaan kesihatan Fiyya, Sue cadangkan Ummie bawa Fiyya berjumpa doktor.
Dear sue..
Ika memang perlukan info ni.Thanks su for sharing.Love u muah muah
Ika pun kecil orangnya, takkan Arisa nak jadi ’sebesar’ mommy Sue?
—
Salam Ika : Jangan risau risau lagi ye Ika
Saya nk minta maaf, blh tak terangkan mengenai carta tu? bagaimana mahu membacanya? saya betul2 tak faham.
—
Azrinna pernah lihat carta tumbesaran dalam buku rekod anak? Ianya mempunyai indikasi yang sama bezanya cuma kadar kenaikan graf yang lebih perlahan dan realistik utk bayi yang exclusive breastfeed